::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

10 December 2014

E-novel: 7 Years of Love 01



*Sebenarnya saya update sebab saya kesian sangat blog ni bersawang.

*Nak update Bidadari, saya baru perasan ada masalah penomboran untuk setiap entry. Jadi saya nak kena go through balik everything. Memandangkan tak ada proof reader, maka saya pun rasa penat nak baca tulisan sendiri. Sob sob.
 *Kisah Kasih Suci pula saya tak boleh nak update sebab tiba-tiba writers block. Plot dah ada, tapi bila bukak word saya selalu gigit kuku sendiri. Akhirnya saya tengok cerita bersiri. Keh keh keh.
*Macam tajuk blog ni, things on my mind. things. thingS. Maka, banyaklah perkara yang saya selalu berangan setiap hari. Berangan je lebih, hasilnya nan hado. Sob sob. Mungkin saya patut fokus satu demi satu supaya dapat hasil yang lebih lagi. Malangnya, disebabkan saya berada dalam situasi comfort zone sekarang, maka susahlah saya hendak menulis. Bila under pressure nak final exam boleh pula siap oh my prince. Lol. Maaf. T.T
*Cerita ni saya saja nak test market. Nak tengok feedback pembaca. Kalau ok, manalah tahu jadi macam OMP. 8 bulan dah siap. :P

7 Years of Love 01
Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah tamat untuk hari ini. Aku menjeling ke arah Miss Zara yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Kemudian, aku menjeling ke arah jam yang tergantung di atas whiteboard. Cepatlah! Cepatlah! Kalau lambat nanti Aman tinggalkan aku!
Aku sudah mula resah di tempat duduk. Diyana yang duduk di sebelah sudah tersenyum-senyum melihatkan gelagat aku. Dia sudah faham sangat dengan diri aku walaupun baru enam bulan kami berkawan. Aku menggigit bibir beberapa kali. Geram dengan Miss Zara yang masih sibuk memberi penerangan di hadapan. Argh! Geramnya!
“Ok, kelas. Sampai di sini saja pembelajaran kita hari ini. Jangan lupa siapkan exercise yang saya berikan tadi di rumah.”
Thank you, teacher!” ucap kami selepas kelas tamat.
Belum sempat Miss Zara hendak melangkah keluar, aku terlebih dahulu berlari keluar melalui pintu belakang dengan beg sandang milikku. Sempat telinga aku menangkap suara Miss Zara bertanya mengapa manakala Diyana dengan baik hati tolong jawabkan,
“Dia nak balik dengan tunang dia!”
Aku hanya tersenyum kecil mendengar jawapan Diyana. Kaki laju mengatur langkah ke tempat meletak basikal.
“Aman! Tunggu Fiya!”
Aku menjerit bila terpandangkan Aman sudah menunggang basikalnya menghala ke pintu utama. Aman menjeling aku sekilas. Aku menghadiahkan senyuman kepada dia walaupun aku tahu senyuman aku tak berbalas. Aku berlari anak menuju ke tempat meletak basikal. Lagi lima langkah untuk aku sampai, aku terpijakkan kain sekolah aku sendiri. Tak sempat aku hendak menahan, aku sudah tersembam di atas tar. Semua pelajar yang ada di situ memandang aku. Tapak tangan dan lutut aku terasa pedih. Aku menggigit bibir. Sakitnya! Belum dicampur dengan rasa malu lagi apabila dilihat oleh pelajar lain. Aman... sampai hati Aman tak tunggu Fiya.
“Awak ok?”
Seorang pelajar perempuan mendekati aku dengan senyuman di bibir. Aku mengangguk perlahan. Entah kenapa rasa sedih sebab bukan Aman yang bertanya. Dengan bantuan pelajar itu, aku bangun.
“Terima kasih...” kataku perlahan. Aku melangkah lemah menuju ke basikal aku. Dengan rasa sedih, aku menyonsong basikal sehingga ke rumah. Sedih sangat rasanya bila Aman tak ambil pusing tentang keadaan aku. Aku mengetap bibir. Dia bukan Aman aku yang dulu. Ibu... Fiya sedih...
***
“Ya Allah! Fiya? Kenapa ni?” soal ibu sebaik saja terpandangkan aku yang tiba di rumah dengan tapak tangan dan lutut yang berdarah.
Aku hanya diam. Sebaik saja kasut sekolah dibuka, terus aku naik ke bilik meninggalkan ibu dengan soalan yang tidak berjawab. Aku terus merebahkan diri di atas katil. Bantal aku gunakan untuk menutup muka lalu dengan sepuas hati aku menangis. Sedih dan kecewa bila Aman sudah tidak mengambil berat tentang diri aku. Sampai hati Aman! Aman dah tak sayang Fiya!
“Fiya...” suara lembut ibu memanggil aku. Aku mematikan diri.
“Fiya... kenapa ni? Cuba cerita dekat ibu...” pujuk ibu lembut. Aku menangis lagi. Sedih!
“Aman tinggalkan Fiya. Dia tak tunggu Fiya pun. Fiya kejar dia sampai terjatuh pun dia buat tak tahu...” aduku manja pada ibu di sebelah. Ibu hanya mengangguk faham. Kemudian dia mengangkat sedikit tangan aku.
“Meh sini ibu sapukan minyak, ya? Aman sibuk agaknya tu... Fiya janganlah ambil hati...” pujuk ibu lagi.
Aku menggeleng perlahan. Kalau sibuk mesti dia akan stay di sekolah. Ini elok je tunggang basikal keluar sekolah walaupun dah nampak aku berebut hendak kejar dia untuk balik bersama. Aku mengetap bibir. Kecewa!
“Ibu... betul ke ibu cakap yang Aman dengan Fiya dah bertunang?”
Ibu diam. Tidak mengiyakan, tidak pula menafikan.
“Masa dengan Aman kecil-kecil, Fiya dengan Aman rapat sangat. Sebab tu arwah ayah ada berbunyi untuk kahwinkan Fiya dengan Aman bila kamu berdua dah sedia nanti. Dah habis belajar... dah ada kerja sendiri...” cerita ibu buat ke sekian kalinya.
“Tapi... Aman dah tak macam dulu, ibu. Dia dah lain... dia dah tak sayangkan Fiya lagi...”
“Fiya... Fiya yakin dia tak sayangkan Fiya?” soal ibu kembali. Aku terdiam.
“Fiya... Fiya dengan dia bukannya budak-budak lagi. Fiya dah remaja. Takkan dia nak tunjukkan sangat kemesraan dia dengan Fiya. Lagipun, Amankan dah nak SPM tahun depan. Mesti dia nak fokus untuk belajar dia dulu. Kalau tidak, macam mana dia nak berjaya dan jaga anak ibu ni?” pujuk ibu, cuba merasionalkan fikiran aku.
Aku hanya mengangguk menandakan aku memahami kata-kata ibu. Namun hati aku tetap menolaknya. Aku tak percaya Aman sibukkan pelajarannya. Bukannya aku tak tahu yang Aman dengan Noriza berkawan rapat. Aku menghela nafas berat.
“Dah. Ibu dah bersihkan dan letak minyak. Lain kali hati-hati, Fiya...” pesan ibu. “Fiya nak makan tengah hari? Ibu masak makanan favourite Fiya. Asam pedas ayam. Boleh kita makan sekali.”
“Ibu tak makan lagi?”
“Belum... ibu tunggu anak ibulah. Pernah ke ibu makan dulu sebelum Fiya?” soalan ibu membuatkan aku tersenyum.
“Ok ibu. Fiya salin baju sekejap. Dua minit lagi Fiya turun ye...” kataku seraya bangun dan berjalan ke almari pakaian. Ibu pula keluar dengan bekas ubat yang dibawanya tadi. Selesai menukar baju, aku terus turun ke bawah untuk makan tengahari bersama ibu. Sejak pemergian ayah, belum pernah kami makan berasingan. Tak sampai hati aku hendak melihat ibu keseorangan.
“Tadi Mak Cik Julia telefon rumah...” ibu memulakan ceritanya. Mak Cik Julia itu pula merupakan ibu kepada Aman.
“Hai... sebelah rumah pun guna telefon ke, ibu?”
Ibu tersenyum. “Dia ada di Kuala Lumpur. Ikut Pak Cik Ramli kursus dua hari.”
 “Oh... patutlah Fiya tengok rumah sebelah tadi suram je...” kataku perlahan.
Teringat pula Aman yang balik awal daripada aku tadi. Tak nampak pula basikal Aman dekat garaj. Aman ke mana sebenarnya? Jangan-jangan keluar dengan Noriza agaknya. Hish! Geramnya aku!
“Fiya... dengar tak ibu tanya?”
“Huh? Apa dia ibu?” aku kembali ke alam nyata. Fikirkan Aman sampai tak dengar ibu bertanya apa.
“Hish! Berangan pula dia. Fiya nak ikut ke Mak Cik Julia dengan Pak Cik Ramli pergi Pulau Pangkor cuti sekolah nanti?”
Bulat mata aku mendengarkan soalan ibu. “Betul ke ibu? Bulan lima ni?”
Ibu mengangguk.
“Aman ikut tak, ibu...?”
“Aman juga yang dia kisahkan. Mestilah ikut.”
“Kalau Aman ikut, Fiya nak ikut jugalah! Mesti seronok dekat sana nanti. Jalan-jalan... main tepi pantai... teman ibu shopping...
Shopping apanya, Fiya? Pulau Pangkor bukannya macam Pulau Langkawi!” tegur ibu. Tersedarkan hal itu, terus aku ketawa menutup rasa malu.
“Fiya confuselah, ibu...” kataku manja.
“Nanti ibu cofirmkan dengan Mak Cik Julia, tau. Jangan lupa...!” pesanku buat ibu. Dalam fikiran sudah membayangkan percutian dua keluarga di Pulau Pangkor nanti. Lagi-lagi bila membayangkan aku dapat menghabiskan masa dengan Aman. Seronoknya!
Selepas makan tengahari, aku naik ke bilik untuk mengintai bilik Aman yang bertentangan dengan bilik aku. Langsir biliknya tertutup menandakan dia tiada di dalam bilik. Tak puas hati dengan apa yang aku lihat, aku bergegas turun ke bawah dan terus ke arah pintu untuk keluar. Teguran ibu aku balas dengan senyuman. Fiya nak cari Amanlah, ibu!
Aku berjalan ke arah pagar batu yang memisahkan rumah kami berdua. Ruang yang selalu Aman gunakan untuk meletakkan basikalnya kosong. Dahi aku berkerut. Mana Aman pergi ni? Merayaplah tu! Hish...!
“Buat apa tu? Menghendap rumah orang?” tegur satu suara. Aku terkejut besar.
“Aman! Pergi mana tadi tak tunggu Fiya? Sampai hati Aman tau. Fiya sampai terjatuh sebab nak kejar Aman!” marahku sebaik saja terpandangkan wajah Aman yang berdiri di sebelah basikalnya. Aman hanya tersenyum.
Sorry Fiya... Aman nak cepat tadi. Ada janji dengan kawan Aman. Sorry, ya? Sakit ke Fiya jatuh tadi?”
Aku memandang Aman geram. Perasaan marah aku sekelip mata hilang tatkala mendengarkan ucapan maaf Aman.
“Sakit sikit je...” kataku perlahan sambil membelek luka di tapak tangan. “Aman dah makan? Mak dengan ayah pergi KL, kan?”
“Ha’ah. Belum makan. Ini yang datang rumah Fiya ni. Mak pesan, makan di rumah Fiya. Fiya boleh tolong bukakan pintu pagar?”
Aku mengangguk laju. Kemudian, aku bergegas masuk untuk mengambil kunci mangga.
“Terima kasih Fiya...” ucap Aman lembut sebaik saja pintu pagar dibuka.
“Sama-sama...” aku sudah melangkah masuk ke dalam rumah. “Ibu! Aman nak makan...!” jeritku.
“Fiya... ibu dekat sofa ni hah. Buat apalah terjerit-jerit?” tegur ibu. Aku hanya tersengih apabila tersedar kesilapan sendiri.
“Mak cik... Fiya inikan tak matang lagi. Sebab itulah terjerit-jerit...” usik Aman sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Kemudian dia berjalan mendapatkan ibu untuk bersalam sebelum dia meletakkan begnya di atas sofa yang kosong.
“Ibu, Fiya pergi sediakan makanan, ya?”
“Tak payahlah Fiya. Ada berkecah dapur itu nanti. Fiya duduk sajalah. Temankan Aman.”
            “Ok, ibu!” balasku senang hati. “Aman, jom!” ajakku pula sambil menarik tangannya.
            Aman hanya menurut. Kemudian dia menggeleng perlahan melihatkan keletah aku. Sambil berbual, aku memandang Aman penuh minat.
            ***
            Aku membelek-belek album lama milik aku yang aku simpan di rak. Satu persatu gambar yang tersimpan aku belek dengan senyuman. Setiap kali ada gambar aku, pasti ada Aman di sebelah. Nampak sangat aku sudah rapat dengan Aman sejak kecil sehingga aku tidak memandang lelaki lain lagi walaupun ada rakan sekelas aku yang ajak untuk berkawan.
Masih lekat lagi di ingatan aku, amaran Aman kepada aku untuk tidak berkawan dengan mana-mana lelaki semasa Faiz ajak aku berpacaran sebaik saja tamat peperiksaan UPSR tahun lepas. Aku ketawa kecil. Aman... Aman. Aman tak tahu ke di mata Fiya tak ada lelaki lain yang sebaik Aman, penyayang macam Aman dan bertanggungjawab seperti Aman? Sejak kecil lagi Fiya pandang Aman tak toleh pada lelaki lain lagi, tau!
Aku menyelak pula ke muka surat sebelah. Sekeping gambar bersaiz 3R yang sudah sedikit kekuningan aku lihat. Arwah ayah berdiri di sebelah ibu yang sedang mendokong aku bersama satu pasangan suami isteri yang isterinya turut memegang seorang bayi yang lebih kurang sama umurnya dengan aku. Aku mengeluarkan gambar itu dari tempatnya. Catatan yang ditulis ibu di belakang gambar itu aku baca walaupun aku sudah hafal apa yang ibu tuliskan.
‘Samsudin, Rahimah dan Saiful. 1990’
Aku menyimpan kembali gambar yang diambil di hadapan rumah kami itu di tempatnya. Kata ibu, ini keluarga susuan aku. Sewaktu ibu melahirkan aku, ibu mengalami komplikasi sehingga terpaksa ditahan di wad dan rahimnya terpaksa dibuang. Jadi, aku diberikan kepada keluarga Ayah Din untuk dipelihara selama dua bulan. Sekarang ni, keluarga Ayah Din sudah menetap di Sabah, negeri kelahiran Ibu Imah. Cuma sesekali ibu menghubungi mereka sekeluarga.
Aku menyelak lagi ke helaian yang lain. Satu demi satu gambar aku dengan Aman aku lihat dengan perasaan yang menggebu-gebu. Aman... rasa macam mimpi masa ibu cerita tentang pertunangan tak rasmi aku dengan Aman. Aku rasa bagaikan di awang-awangan. Agak-agaknya Aman dah tahu ke belum tentang perkara ni? Kalaulah tak kerana aku masih bersekolah dua tahun lagi, pasti aku minta dikahwinkan dengan Aman sebaik saja dia tamat sekolah. Tak sabar rasanya hendak hidup bersama dengan orang yang aku sayang. Hihi!


3 comments:

fizafeesh said...

Salam.. hai..selama ni saya silent reader blog ni je..sory..tp hrni tegerak hati plak nak tulis komen..:)..suka baca tulisan2 dalam blog ni..harap ianya berterusan..^___^

ana said...

ok. nice intro sis. mcm best je. nak tahu jgak knape aman macam tu.

Anonymous said...

Bestt sgt..im looking forward 2 this story..intro cam best je.