::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

24 December 2014

E-novel: 7 Years of Love 03



7 Years of Love 03
            Seperti yang aku katakan sewaktu waktu rehat tadi, aku dengan Aman pulang berasingan. Tapi sejujurnya aku tak tahu aku patut rasa puas hati ataupun marah bila sebenarnya Aman terlebih dahulu pulang tanpa menunggu aku. Huh! Tak ada usaha nak pujuk aku langsung! Tadi sewaktu dia datang ke kelas aku pun, dia hanya meninggalkan roti dan air tin di atas meja aku tanpa menunggu aku pulang dari bilik air. Aman ni, memang tak faham perasaan perempuan agaknya!
            Aku mengayuh malas sehinggalah tiba di rumah. Ibu yang menyambut dengan senyuman pun aku balas seadanya. Seperti biasa, selepas makan tengahari bersama ibu, aku terus naik ke bilik dan baring di atas katil. Sesekali aku bangun dan mengintai bilik Aman dari tirai. Seperti semalam, biliknya gelap dan langsirnya tertutup. Kalau tak silap aku tadi, basikal dia pun tak ada. Aku memandang siling yang kosong. Perasaan geram pada Aman masih belum hilang. Akhirnya aku mencapai sebiji bantal dan aku tutup muka aku.
            “Fiya... Aman datang ni. Turunlah...!” jerit ibu dari bawah.
            Aku mematikan diri, seolah-olah tidur dan tidak mendengar jeritan ibu. Sorry, ibu! Fiya tak nak jumpa Aman hari ni. Melihatkan tiada jawapan daripada aku, ibu akhirnya naik ke bilik aku dan pintu bilik aku dibuka perlahan.
            “Fiya?”
            “Hrm...?” balasku berlakon tengah mamai.
            “Aman datang tu. Tak nak turun?”
            “Hrm....” balasku perlahan lalu memusingkan badan ke arah bertentangan dan berpura-pura kembali tidur.
            “Fiya...”
            Aku diam. Tidah memberikan apa-apa balasan. Akhirnya pintu kembali ditutup dan ibu turun melayan Aman yang hendak makan tengahari. Sementara menunggu Aman pulang, aku bergolek-golek di atas katil sehinggalah aku tersentak sewaktu telefon bimbit Nokia 3310 pemberian ibu berbunyi.
            - Aman tahu Fiya tak tidur. Buka sliding door, Fiya -
            Mesej daripada Aman aku baca sekali lalu manakala arahannya aku tidak hiraukan.
            -Cepatlah. Aman dekat luar bilik dah ni...-
            Arahnya lagi. Akhirnya aku turun juga daripada katil. Namun bukan pintu gelongsor yang aku buka, sebaliknya aku hanya mengintai Aman yang sudah bersila di atas lantai dengan gitar di tangan melalui tingkap. Dia memandang ke arah pintu aku yang masih bertutup rapat. Kemudian dia mencapai telefon bimbit dia yang letakkan disebelah tempat dia duduk.
            -Tak apalah tak nak buka pintu. Aman tahu Fiya boleh dengarkan?-
            Sebuah lagi mesej dia hantar. Aku hanya membaca sekali lalu. Kemudian, mata aku fokus memerhatikan Aman yang tengah tuning gitarnya. Rasa berdebar hendak mendengar lagu apa yang dia hendak nyanyikan. Ini kali pertama ni dia pujuk aku dengan cara begini.
Maafkan kami 4x
Wahai cik adik jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kamilah rela hai kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami 4x

Kalau Cik Adik tak mahu maafkan
Kami nak tinggal Tanjung Rambutan
Wahai Cik Adik tidakkah kasihan
Kami nak mati berderai badan
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami 4x

Wahai cik adik jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat
Kalau Cik Adik mukanya kelat
Kelubang jendela kami nak lompat
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami 4x
            Meletus tawa aku mendengarkan suara sumbang Aman menyumbangkan lagu P. Ramlee yang popular di dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Akhirnya aku membuka pintu gelongsor dan keluar ke beranda, berdiri berhadapan dengan Aman yang sedang duduk.
            “Berapa banyak maaf, tu?”
            Aman tersenyum. “Sampai Fiya maafkan.”
“Tapi Fiya tak cakap yang Fiya dah maafkan. Kenapa Aman berhenti nyanyi?”
“Bila Fiya sudi buka pintu dan keluar tengok Aman ni, maknanya Fiya dah maafkanlah, kan?”
            Aku menjeling Aman tanpa memberikan sebarang jawapan.
            “Hari ni Aman balik lambat lagi. Pergi mana? Dating dengan Noriza?” soalku geram.
            Aman hanya tersengih. “Ada janji dengan kawan...”
            “Norizalah tu!” aku mengetap bibir menahan marah. “Aman jangan main-main...”
            “Ye... Aman tahu. Fiya akan beritahu mak. Oklah, Aman nak masuk dulu,” kata Aman seraya bangun sambil memegang gitar dengan tangan kanannya dan tangan kiri mencapai telefon bimbit di atas lantai.
Aku memerhatikan Aman yang sudah masuk ke dalam biliknya. Aman menyandarkan gitarnya di dinding manakala dia berjalan menuju ke almari pakaiannya. Apabila melihat jari-jemarinya mula membuka butang baju kemeja sekolahnya satu persatu, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik dan bersandar di dinding di sebelah pintu gelongsor. Hish, Aman ni! Lain kali tutuplah langsir tu dulu. Malu aku walaupun tak melihat apa-apa.
Aku kembali berbaring di atas katil dengan senyuman tak lekang daripada bibir. Aman... pandai dia memujuk, ya? Aku menyanyi-nyanyi kecil lagu yang Aman dendangkan tadi. Maafkan kami... maafkan kami... maafkan kami... maafkan kami...
Aku mencapai bantal peluk dan aku peluk ia sekuat hati. Ah.... hilang sudah rasa marah pada Aman dengan apa yang berlaku di sekolah tadi. Dalam aku leka melayan perasaan, tiba-tiba pintu bilik aku dibuka dari luar. Spontan aku terduduk dengan muka yang cukup terkejut.
“Hah! Ingatkan tidur! Berangan rupanya!” tegur ibu.
Aku hanya tersengih untuk menutup rasa bersalah. “Sorry ibu...”
“Hrm... dah boleh senyum tu... dah eloklah tu dengan Aman?” serkap ibu.
Aku ketawa kecil. “Mana ibu tahu Fiya bergaduh dengan Aman?”
“Alah... anak ibu. Ibu dah kenal sangat dah. Ingat ibu tak dengar suara ala-ala P. Ramlee menyanyi tadi?”
Ketawa yang tadinya perlahan menjadi besar. Ibu pun dengar Aman nyanyi tadi?
“Suara ala-ala P.Ramlee apanya, ibu. Aman tu, bakat dia pada larian je. Bukannya menyanyi. Sumbang ibu tahu?”
“Alah... sumbang-sumbang pun, suara itu juga yang buat Fiya senyum, kan?” usik ibu.
Aku mencapai sebiji bantal dan aku tutup muka aku yang sudah mula merah. “Ibu....” rengekku.
 “Fiya... Fiya...” Ibu ketawa melihatkan gelagat aku. “Sudah. Bangun. Siapkan kerja sekolah apa yang patut. Ibu ingat nak keluar malam ni, shopping barang dapur.”
“Ok ibu...” kataku lalu kembali berbaring dengan memeluk bantal. Ibu ni pun, tengah-tengah minggulah dia nak ajak shopping. Hujung minggu duduk rumah nak tengok cerita hindustan kata dia.
“Eh? Cakap ‘ok’ tapi tidur pula dia. Bangun, Fiya...!”
“Alah ibu... baru pukul dua. Ibu kejutkan pukul empat ye. I love you...”
“Hrm... iyalah!” kata ibu sebelum melangkah keluar. Aku memejamkan mataku kembali. Masih terngiang-ngiang rasanya di telinga suara Aman menyanyi tadi. Fiya dah maafkan Aman dah... aku tersenyum sendiri.
***
“Eh? Aman ikut sekali?” soalku pelik bila Aman berdiri terpacak di hadapan pintu pagar rumah kami, menunggu ia dibuka.
“Ha’ah. Tadi ibu tanya kalau Aman nak ikut sekali ke tak. Sajalah Aman ikut.”
Aku mencebik. Sebaik saja pintu pagar dibuka, Aman terus masuk tanpa segan silu.
“Ibu tengah siap sekejap. Tak payah masuk dalamlah,” ujarku pendek. Aman hanya mengangguk. Sementara menunggu ibu, aku melangkah ke arah kerusi kayu yang arwah ayah buat untuk kami sekeluarga bersantai.
“Mak dengan ayah Aman dah sampai?”
“Mak mesej tadi kata gerak lepas maghrib. Tengah malam baru sampai agaknya.”
“Oh...” aku mengangguk perlahan. “Aman...”
Aman menoleh dengan kening di angkat tanda bertanya.
“Aman tak takut ke duduk rumah sorang-sorang? Dahlah rumah kita besar. Sekali ada hantu ke...”
Aman tersengih. “Cakap benda bukan-bukan. Ni dah malam ni. Jangan nanti ada benda ikut Fiya sampai Fiya tak boleh tidur malam ni. Aman tak tahu...”
Baru aku hendak mengusik, aku pula yang diusik Aman. Aku menelan air liur. “Choi! Mulut tu...! Kalau Fiya tak boleh tidur malam ni, siap Aman! Fiya call Aman sampai Aman tak boleh tidur!” marahku lalu menampar lengan Aman.
Aman hanya ketawa mengekek. Suka sangatlah tu dapat mengenakan aku. Tidak lama kemudian, ibu tiba dengan beg tangan dan kunci kereta di tangan. Dia hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat kami berdua.
“Sudahlah tu, Aman. Jangan dilayan Fiya tu.”
“Tak apalah mak cik. Tak dilayan nanti merajuk. Anak mak cik ni manjanya mengalahkan budak lima tahun. Lupa agaknya umur dah tiga belas tahun...”
“Aman!” aku menampar lengan Aman buat kali kedua. Dia hanya ketawa. Huh! Geram betul rasanya bila orang asyik kata aku ni tak matang, tak pandai bawa diri dan seangkatan dengannya. Aku manja pun sebab ibu dengan ayah yang selalu manjakan aku. Aman pun sama. Kalau tak, tak adalah aku rapat dengan dia.
“Sudahlah tu, Fiya. Jom kita gerak sekarang. Lambat-lambat nanti Jusco tutup,” ujar ibu mematikan tingkah aku. Cepat-cepat aku berlari ke kereta dan membuka pintu penumpang sebelah pemandu bila ibu sudah menghidupkan enjin.
“Aman kunci pintu pagar!” kataku seraya menutup pintu kereta. Kemudian aku menurunkan tingkap dan menghulurkan kunci mangga dengan senyuman. Dalam keterpaksaan, Aman menyambut juga kunci di tangan aku dengan geram. Sempat dia menarik rambut yang terjuntai di dahi aku untuk melepaskan geram.
***
Hampir sejam juga melayan ibu mencari barang dapur. Walaupun stok untuk dua orang, penuh satu troli dengan segala barang basah dan kering. Aman membantu ibu menolak troli manakala aku membantu ibu untuk memilih barang. Sampai di hujung pasaraya, aku menarik tangan Aman untuk ke ruang menjual sushi.
“Fiya nak ambil sushi sekejap.”
“Dah malam, Fiya... masih nak makan lagi?” dahi Aman dah berkerut.
“Sikit je. Fiya teringinlah. Lagipun selalunya malam-malam macam ni ada less!
“Makanlah... makan. Gemuk nanti, Aman tak tahu!”
Entah kenapa kata-kata Aman terasa seperti ugutan di telinga aku. Seolah-olah dia ingin menyatakan, ‘gemuk nanti, Aman tinggalkan Fiya!’ Oh, tidak!
“Okeylah, Fiya tak jadi beli...” aku meletakkan kembali sekotak kecil sushi yang aku sudah ambil tadi. Walaupun aku rasa makan sekotak ni tidaklah menggemukkan pun, tapi demi Aman, aku turutkan juga.
“Eh? Mana sushi? Tadi kata teringin?” soal ibu bila dia melihat aku meletakkan kembali kotak tadi di tempatnya.
“Aman tak bagi beli, ibu...” kataku tanpa perasaan lalu berjalan meninggalkan ibu dan Aman di belakang.
Terpinga-pinga ibu melihatkan gelagat aku. Aku terus berjalan ke kaunter pembayaran kerana tahu tiada apa lagi yang dicari ibu. Bila ibu dengan Aman tiba di belakang aku, terus aku memberi mereka ruang manakala aku keluar untuk menunggu di laluan keluar.
“Nah.” Aman menghulurkan plastik putih kecil kepada aku. Aku melihat dengan hujung mata. Tak berminat.
“Ambillah. Tadikan Fiya teringin sangat. Sorry, Aman tak patut buat macam tu...”
“Apa tu?” soalku tanpa menghiraukan kata-katanya.
“Sushi Fiya tadi.”
Aku mencebik. “Tak naklah! Nanti gemuk!”
“Fiya...” tiba-tiba Aman mencapai tangan kanan aku dan plastik itu dia letakkan di atas tapak tangan aku.
“Kenapa sehari dua ni asyik nak marah, merajuk je ni? Tadi Aman usik pun Fiya dah naik angin. Fiya period, ye?” soal Aman terus.
Muka aku terus terasa panas. Ada ke patut tanya aku soalan macam tu. Buat malu saja!
“Mengusik bukan macam tu caranya!” bidasku.
“Tengok tu? Marah-marah lagi. Kalau tak, kenapa asyik nak marah, merajuk je?” Aman sudah tersengih. Aku sedaya upaya cuba mengawal riak wajah aku. Malunya!
“Diamlah! Aman sengal!” marahku lagi yang secara tidak langsung mengiyakan anggapan Aman tadi. Aman sudah mengekek ketawa. Sukalah tu dapat mengusik aku. Argh! Geramnya! Kenapalah aku boleh jatuh hati, jatuh sayang segala dekat Aman ni...?

xxx
Terima kasih atas masa yang anda berikan untuk membaca SYoL ni. Teruskan memberi kritikan yang membina untuk saya terus bersemangat! Yeah! ^^,


lots of love,
aku_dia

4 comments:

nurliyana izzati said...

Waaaaaa amannn sawitttttt sngat

Anonymous said...

Woahhh bestnyaaa...sweet sgt aman ni..cuma nakal sgt kekadang..x sbr nk tgg sambungan citer ni..cepat cepat la update ye kak

Anonymous said...

Hi,xde sambungan lg ke?..happy new year writer!!!..:)

ana said...

alala.. bestnye lahai dieorang tu. siyes rndu zaman skola. haha. sis da lme da ni, x de entry baru ke? da bpe kali asyik ulang bce ni., haha. btw.. hepy new year.