::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

15 January 2015

E-novel: 7 Years of Love 04

Maaf lewat update. Rasa tak best nak update dengan musibah banjir yang berlaku di negara kita. Moga mangsa-mangsa diberi kekuatan oleh Allah s.w.t.


7 Years of Love 04
Hari sukan sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Setiap rumah sukan sibuk membuat pemilihan untuk menghantar wakil dalam setiap acara yang bakal dipertandingkan. Aku tersenyum kegembiraan bila ditakdirkan untuk berada di dalam rumah Biru bersama-sama dengan Aman. Memang berjodoh betul aku dengan Aman ni.

Cikgu Khalil yang menjadi guru bertugas untuk sesi hari ini sibuk memberikan penerangan kepada kami, pelajar tingkatan satu. Disebabkan aku bukanlah berbakat dalam sukan, semua penerangan yang diberikan oleh Cikgu Khalil aku dengar ibarat angin lalu. Sedikit pun tidak melekat di fikiran aku. Hanya wajah Aman yang aku nampak di mata aku sekarang. Selesai memberi penerangan, kami diarahkan untuk memanaskan badan, tidak mahu ada yang mengalami kekejangan sewaktu bersukan.
“Fiya! Jomlah!” teguran Diyana mengejutkan aku.
Tanpa aku sedari, seluruh pelajar perempuan tingkatan satu sudah berjalan menuju ke tempat untuk lompat jauh. Aku mengeluh. Sudah tahu diri tiada bakat, malasnya hendak ikut sesi pemilihan ni. Tetapi, saat terpandangkan Aman yang sudah memanaskan badan untuk berlari sekejap lagi, terus aku bersemangat untuk bersukan hari ni.
“Hoi! Sudah-sudahlah tu tengok Si Sprinter tu!” tegur Diyana lalu menyenggol siku aku. Aku tersentak lalu ketawa kecil lalu mencari tempat duduk yang strategik yang membolehkan aku melihat Aman dari jauh. Seorang demi seorang rakan aku bangun untuk lompat jauh. Aman aku perhatikan sudah bersedia di trek untuk lari pecut. Leka aku memerhatikan setiap gerak geri Aman.
“Safiya!” jerit Cikgu Humaira.
Aku terkejut. “Ya cikgu?” soalku terpinga-pinga.
“Hai... leka! Sepuluh kali saya panggil nama awak, awak tak dengar!” bebel Cikgu Humaira. Sedar sudah tiba giliran aku untuk melompat, aku terus bangun dan berjalan ke tempat untuk mulakan lompatan. Sempat aku menjeling ke arah Aman yang sudah berlari untuk acara seratus meter. Tersenyum aku bila melihat dia mendahului rakan-rakan yang lain.
Aku melompat-lompat sedikit sebagai persediaan sebelum berlari. Baru aku hendak memulakan larian, mata aku sempat menangkap susuk tubuh Noriza yang berdiri di hujung trek, menunggu Aman dengan botol air minuman isotonik di tangan.. Dia bukan berkumpul dengan budak-budak rumah Merah ke tadi? Apa dia buat dekat situ?
“Safiya! Apa yang lama sangat tu?!” jerit Cikgu Humaira. Dalam terpinga-pinga kerana kena jerit ditambah dengan rasa geram melihatkan Noriza tadi, aku terus berlari dalam keadaan yang tidak bersedia. Tiga... dua... satu... pijak kayu dan lompat!
“Argh...!!!” aku terbaring dengan memegang kaki yang tiba-tiba kejang. Mengalir air mata menahan rasa sakit.
“Ya Allah, Safiya... kenapa ni?”
“Kejang, cikgu...” aduku.
“Sakit sangat ni. Aduh....!” kataku lagi.
“Ya Allah...”
Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Cikgu Humaira lalu dia menunduk, membantu aku untuk menghilangkan kekejangan. Cikgu Khalil yang berada tidak jauh dari tempat kami turut datang untuk membantu dengan membawa spray untuk melegakan kejangan.
“Awak tadi warming up betul-betul ke main-main?” sempat Cikgu Humaira bertanya.
Aku diam. Takut nak menjawab yang aku leka tengok Aman. Itulah! Main-main lagi masa tengah bersukan. Kan dah kena! Merasakan kekejangan mula hilang, aku cuba menggerakkan kaki aku perlahan-lahan.
“Sudahlah Safiya, awak rehat dulu. Setengah jam lagi baru sambung,” ujar Cikgu Humaira. Aku mengangguk faham. Cikgu Khalil pun sudah kembali ke tempat lompat tinggi bila kaki aku sudah elok sedikit tadi.
Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke hujung padang. Melihatkan Cikgu Humaira kembali sibuk dengan tugasnya, aku membelok ke tengah padang. Mahu berhadapan dengan Noriza. Baru aku hendak membuka mulut menegur, Aman sudah berdiri di hadapan Noriza dengan senyuman di bibir. Hish! Berbulu aku tengok!
“Eh? Fiya? Buat apa dekat sini?” tegur Aman bila tersedar kehadiran aku di antara mereka.
Noriza memandang aku sekilas sebelum dia membuat muka menyampah tanpa disedari oleh Aman. Aku memerhatikan wajah Aman yang tertanya-tanya. Kemudian pandangan aku jatuh pada botol yang berisi air minuman isotonik pemberian Noriza tadi. Rasa geram menggebu-gebu. Sabar Fiya! Jangan buat drama dekat tengah-tengah padang ni. Sudahlah tadi kau buat drama kaki kejang lepas lompat jauh tadi.
“Tak ada apa. Saja Fiya nak tengok Aman lari,” balasku berdalih lalu menjeling Noriza sekilas. Jangan berangan nak ambil hak aku! Aku takkan benarkan! Biar kau tahu siapa Fiya yang kau cakap tak matang ni!
“Lah... bukan Fiya kena ikut pemilihan ke? Pergilah, mana tahu boleh jadi wakil rumah sukan nanti,” usik Aman.
Aku mencebik. “Macamlah Aman tak tahu yang Fiya ni takde bakat dalam sukan...”
Aman ketawa. Noriza ketawa kecil.
“Bontot besar, berat sangat. Sebab tu tak boleh lari...” sindir Noriza dalam tawa. Ketawa yag menyakitkan hati.
Aku mengetap bibir. Spontan aku mencapai botol minuman di tangan Aman dengan niat hendak menyimbah Noriza yang bermulut celupar itu.
“Fiya!”
Belum sempat aku hendak berbuat apa-apa, Aman terlebih dahulu menahan tangan aku daripada menyimbah air itu ke muka Noriza. Tak pasal-pasal air tumpah ke tangan aku.
“Apa ni Fiya? Kenapa nak main simbah-simbah pula ni?” marah Aman, cukup membuatkan senyuman kemenangan terukir di bibir Noriza. Aku mendengus geram.
“Aman! Aman dengar tak apa yang dia kutuk Fiya tadi?” soalku tidak puas hati.
“Dia nak kutuk tu dia punya pasal. Yang Fiya tu, kenapa sampai nak simbah air dekat orang? Ingat elok sangat?”
“Dia kutuk, dia punya pasal?” nada suara aku mula meninggi.
“Aman! Dia kutuk pasal Fiya, tau! Fiya ada hak nak mempertahankan diri Fiya!”
“Sudahlah Fiya... tak guna pun Fiya menjerit dekat sini. Aman tak nak dengar apa-apa lagi. Fiya pergi balik dekat kumpulan Fiya tadi. Kalau Fiya tak datang sini tadi, tak adalah jadi isu macam ni...” arah Aman.
Aku terpinga-pinga. Noriza yang cari pasal, aku pula yang kena halau? Aku mengetap bibir. Rasa sedih bila Aman yang dulu selalu melayan dan memanjakan aku jadi begini. Kenapa, Aman? Salah ke Fiya hendak mempertahankan diri Fiya? Aku menahan air mata yang mula hendak merembes keluar. Tidak mahu dimalukan lagi dihadapan Noriza, cepat-cepat aku melangkah keluar dari padang lalu menuju ke blok yang menempatkan bilik air yang terdekat. Tempat yang paling sesuai untuk aku melepaskan rasa hati.
***
“Hoi! Kau lari ke mana tadi?” tegur Diyana sewaktu aku naik ke kelas untuk mengambil beg. Pelajar lain tiada di kelas walaupun jam baru pukul satu lima belas minit. Laju betul budak-budak ni kalau bab balik.
“Aku duduk bilik sakit,” balasku ringkas.
Lepas puas menangis di bilik air tadi, terus aku ke bilik guru, berjumpa dengan guru bertugas untuk meminta kebenaran untuk duduk di bilik sakit.
“Bilik sakit? Kau sakit apa? Sakit hati?” Diyana sudah mentertawakan aku.
“Tak kelakar, Diyana...” kataku tak berperasaan lalu mengambil beg dan bersedia untuk meninggalkan kelas.
“Eh, Fiya! Relaxlah! Aku bergurau saja...”
“Bergurau? Ke kau dah nampak apa yang berlaku dekat padang tadi?”
Diyana menahan senyum daripada terukir di wajahnya. “Nampaklah sikit, tapi bukannya faham hujung pangkal cerita.”
Aku diam. Malas rasanya hendak membuka cerita yang menyakitkan hati tadi. Masih tak boleh terima rasanya bila Aman menyalahkan aku tanpa sedikit pun menegur mulut Noriza yang celupar tu.
“Eh, Fiya! Tunggulah! Kita jalanlah sekali...!” kejar Diyana dari belakang.
Aku merengus geram. “Kau kalau nak jalan sekali, jangan banyak bunyi. Telinga aku panas ni, tau!”
“Okey... okey! Aku zip mulut ni! Zip!” Diyana membuat gaya menutup mulutnya. Aku menjeling geram. Orang tengah panas hati, dia boleh nak mengusik lagi.
“Fiya... kau gaduh dengan Aman Sprinter ke tadi?” Diyana mula mengorek rahsia. Aku mengetap bibir.
“Tadi kau kata kau dah zip mulut tu?” marahku.
Diyana ketawa. Tak makan saman betul budak ni tau! “Alah... tak bolehlah, Fiya. Bila nampak kau je, rasa mulut ni nak bercakap je...”
Aku menjeling. Geram.
“Fiya... kita ni baru form one, tau! Umur kita baru tiga belas tahun. Muda lagi... perjalanan masih jauh!” Diyana bercakap lagi.
“Kau bayangkan eh, kita dekat sini lima tahun. Lepas tu, masuk matrikulasi. Lepas tu, masuk universiti. Kau boleh bayangkan tak berapa ramai lagi lelaki yang kita akan jumpa?” Diyana menggeleng dengan senyuman.
“Ramai gila, weh! Buat apa kau nak sedih sangat kalau Aman Sprinter tu dah ada awek? Kau cari ajelah pakwe baru. Apa susah?”
Aku menghela nafas berat. “Diyana, kalau kau tak boleh nak pujuk aku, apa kata kau diam?”
Diyana memuncung. “Aku tengah pujuklah ni. Tengah merasionalkan otak kau yang asyik fikir pasal Aman Sprinter tu je. Aku tahulah dia tu tunang kau. Tapi, apa guna kalau kahwin dengan orang yang tak suka kau? Buat menyiksa jiwa aje, tau!”
Geli hati melihatkan mimik muka Diyana yang bersungguh, aku ketawa kecil.
“Amboi! Cakap macam ada pengalaman je...”
“Belajar daripada keadaan sekelilinglah, kawan. Kalau tak, macam mana boleh ada drama melayu kalau tak ilham daripada kisah orang?” Diyana cuba untuk menang.
“Iyalah tu kau! Oklah, aku nak pergi ambil basikal. Bye!”
“Okey, bye! Jangan sedih-sedih...! Kumbang bukan seekor!” balas Diyana sedikit menjerit. Aku tersenyum sumbing. Memang bukan seekor, tapi kalau hati ni dah berkenan yang satu tu, apa boleh dibuat?
“Apa yang bukan seekornya, Fiya?” tegur satu suara di sebalik tiang. Aku tersentak. Kus semangat! Hish! Hari ni sibuk pula tunggu aku, nak balik sekali?
“Sibuklah, Aman! Aman tak payah ambil tahu!” marahku.
Aman tersenyum sumbing. Amarah aku tidak dilayannya. Sebaliknya, dengan selamba dia berjalan di sebelah aku seolah-olah peristiwa pagi tadi tidak berlaku.
“Fiya tu, baru masuk tingkatan satu dah macam-macam. Jangan sibuk nak main cinta pula. Fiya tu bukannya dah besar sangat!” bebel Aman.
Aku mencebik. Main cinta pun dengan Aman je tau! Ibu pun tak pernah marah!
“Aman apa sibuk?”
“Mestilah Aman kena sibuk! Ibu dah amanahkan pada Aman untuk tengok-tengokkan Fiya, tau!”
Aku mencebik. “Tengok-tengokkan tu, termasuk marah-marah sekali ke?” kataku geram. Kunci basikal aku buka dengan kasar lalu aku campakkan ke dalam bakul bersama dengan mangganya.
Aman tersentak. “Aman bukan marah... Aman cuma nasihat...”
“Nasihat apa kalau marah Fiya depan Noriza tadi? Macam Fiya ni tak tahu malu pula, Aman marah Fiya depan orang lain...” marahku. Aku menaikkan tongkat basikal dengan kasar dan tanpa menunggu Aman, aku terus menyorong basikal untuk ke pintu pagar. Kenapalah peraturan sekolah tak bagi murid menunggang basikal dalam sekolah? Kalau tak cepat sikit aku boleh lari daripada Aman.
“Lah... tak habis lagi pasal pagi tadi rupanya...” Aman mengeluh. Tiba-tiba tangannya memegang lengan aku, tidak mengizinkan aku meninggalkan dirinya.
“Fiya, dengar sini. Aman marah Fiya sebab Aman tak nak Fiya jadi orang yang berdendam, tau! Elok sangat ke Fiya balas dendam dengan cara macam tadi? Aman dengar apa yang Noriza cakap tapi Aman saja nak tengok macam mana reaksi Fiya bila dia cakap macam tu.”
“Mulut orang kita tak boleh nak kawal, Fiya. Tapi, kita boleh kawal diri kita. Apa yang kita dapat lepas kita balas dendam pada orang tu? Kepuasan? Kesoronokan? Lepas tu? Habis macam tu je,” bebel Aman kepada aku.
“Tapi Aman, dia burukkan diri Fiya, tau!”
“Ye, Aman tahu dia burukkan Fiya. Tapi Fiya, tak kisah kalau orang bercakap buruk pasal kita, kalau peribadi kita baik dan elok, kata-kata buruk orang tu tak beri kesan pun sebab orang boleh nampak diri kita macam mana...”
“Tak! Bila orang cakap buruk tentang kita, dah jadi satu tanggungjawab kita untuk betulkan balik apa yang salah!”
“Tapi bukan dengan cara simbah air, Fiya...”
Aku memandang Aman lama. Tanpa sebarang kata, aku menarik tangan aku daripada pegangan Aman. Kemudian, aku terus berjalan sambil menyonsong basikal untuk pulang. Lebih kurang lagi sepuluh langkah untuk aku tiba di pintu pagar, aku terfikirkan sesuatu. Lalu aku menghentikan langkah aku dan menoleh ke arah Aman yang tersenyum di belakang.
“Kenapa?” soal Aman dengan senyuman seolah-olah mengusik aku.
“Hari ni tak ada janji dengan kawan?” sindirku bila mengingatkan hampir setiap hari dia akan ke tempat lain dahulu sebelum pulang ke rumah.
“Ada...” Aman tersenyum lagi.
Aku merengus geram. Tak boleh jadi, ni! Aku mesti siasat ke mana dia pergi selama ni. Mak Cik Julia pun tak pernah bercerita apa-apa dengan ibu. Kalau tak, mesti ibu akan ceritakan pada aku juga. Aku dan Aman berjalan ke pintu pagar bersama. Sebaik saja kami sudah melangkah keluar dari kawasan sekolah, aku terus menunggang basikal menghala ke rumah manakala Aman menunggang ke arah bertentangan.
Tidak sampai 10 meter daripada pintu pagar sekolah, aku berhenti dan berpusing. Mata aku dapat menangkap susuk tubuh Aman yang semakin menjauh. Cepat-cepat aku menukar arah aku dan mengikut Aman dengan jarak yang bersesuaian agar dia tidak sedar akan kehadiran aku. Siaplah Aman... Fiya mengadu dengan Mak Cik Julia nanti!

1 comment:

hajar harani said...

Tak sabar nak tunggu sambungan.Good job writer.Saya mmg suka gaya penulisan akak.