::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

28 January 2015

E-novel: 7 Years of Love 06



7 Years of Love 06
            “Macam mana keadaan adik kawan Aman tadi?” soal ibu sewaktu aku masuk ke dalam rumah. Aku memandang ibu sekilas. Masih fokus menjahit seperti masa aku keluar tadi.
            “Masih tak sedarkan diri lagi, ibu. Mungkin kena buat pembedahan. Ada darah beku dalam kepala katanya. Entahlah, Fiya pun tak faham sangat. Dengar gitu-gitu je tadi,” balasku ringkas. Aku meletakkan beg di atas lantai lalu aku duduk di sofa single di sebelah ibu.

            “Iya? Habis tu, Mak Cik Julia dah tahu apa yang Aman buat?”
            Aku mengangguk. “Noriza tu terlepas cakap tadi. Membebel Mak Cik Julia sepanjang jalan balik tadi!”
            Ibu menggeleng perlahan. “Mahunya tak membebel, Fiya. Aman tu satu-satunya anak lelaki dia. Kalau apa-apa jadi, macam mana? Janganlah nak berani sangat. Lagi-lagi dengan orang-orang yang macam tu. Kalau Aman tak cerita dekat Mak Cik Julia, ibu yang akan cerita nanti.”
Aku tersengih mendengarkan bebelan ibu. Memang betul apa yang ibu katakan. Sorry, Aman. Dengan ibu memang Fiya tak berahsia.
“Ibu pun mesti risau jugakan? Amankan bakal menantu ibu...” usikku.
Ibu menjeling aku sekilas. Melihatkan jelingan ibu, aku mengekek ketawa.
“Belajar dulu baru fikir pasal kahwin!”
Aku hanya tersenyum. Ibu ni tak boleh nak minta kautim! Lepas habis SPM pun boleh kahwin, apa?
“Iyalah ibu... Fiya belajar dulu...!” aku tersenyum panjang. Teringat-ingat riak wajah Aman yang kelat kerana dibebel Mak Cik Julia.
“Ibu... kalau Aman ada orang lain macam mana agaknya, ya?” soalku apabila teringatkan Noriza tadi. Sepanjang kami berada di hospital, dia tak pernah jauh daripada Mak Cik Julia dan Aman. Aku pula yang terasa asing di situ walaupun sesekali Aman cuba mengajak aku mengikuti perbualan mereka. Aduh! Cemburu aku tak hilang lagi ni!
Ibu memandang aku sekilas. “Kalau dia dah ada orang lain, Fiya pun carilah orang lain...”
“Alah... ibu cakap senanglah! Aman tu cinta mati Fiya, tau!”
“Amboi...! Cinta mati Fiya cakap ya? Tak padan dengan kecil! Umur baru tiga belas tahun dah cinta mati! Bercinta pun belum pernah. Hrm...!” ibu menjuihkan bibirnya. Aku mencebik.
“Alah... dulu ada kawan Fiya ajak couple, Aman tak bagi. Jadi, terpaksalah dia jadi penggantinya.” Aku memerhatikan siling yang bercorak di atas.
“Tapi Fiya serius ibu... Fiya rasakan, Noriza tu suka pada Aman! Kalau tak, takkan dia boleh minta tolong Aman uruskan perkara besar macam tu? Aman pun dengan rela hati nak tolong. Buatnya apa-apa terjadi, macam mana?”
Aku menelan air liur. Ish! Takkanlah... “Jangan-jangankan ibu, Aman pun suka pada Noriza tak?” Aku menggigit bibir. Kalau betul tanggapan aku ni, memang aku gigit jari sajalah!
“Fiya... Fiya. Banyak lagi hal lain Fiya boleh fikirkan tau! Bukannya Fiya nak kahwin esok pun, Fiya. Perjalanan Fiya masih jauh. Kalau tak Aman, adalah tu orang lain jodoh Fiya. Lagipun, kata-kata ayah dulu tu, kalau Aman dengan Fiya tak ada pilihan masing-masing. Tak semestinya jadi kenyataan, Fiya. Kita tak pernah tahu rahsia Allah ni...”
Aku diam. Ah! Aku tak peduli! Akan aku jadikan kenyataan kata-kata ayah itu.
‘Aman & Fiya.’
Dah terbayang-bayang gandingan nama aku dan Aman di atas kad kami nanti. Amboi! Berangan tak sudah aku ni. Teringatkan wajah Noriza, hilang terus mood aku untuk berangan-angan. Huh!
“Oklah ibu! Fiya naik dulu.”
***
Fiya, jom pergi sekolah petang ni. –Aman-
Aku membaca mesej Aman dengan seribu persoalan. Dah kenapa Aman mengajak aku ke sekolah petang-petang ni? Musykil sekejap. Mesej daripada Aman aku balas laju. Papan kekunci plastik itu aku tekan satu persatu. Kebas ibu jari hendak memicit benda alah ni.
Buat apa pergi sekolah? –Fiya-
Aman ada latihan petang ni. Fiya nak ikut, tak? –Aman-
Aku tersenyum lebar. Aman masih tak lupakan aku! Dia tahu aku suka sangat kalau dapat melihat dia berlatih setiap kali hari sukan bakal tiba. Aku rasa hendak menjerit kegembiraan. Ini baru Aman ajak tengok dia berlatih. Kalau ajak kahwin nanti mahu satu rumah aku bergolek kegembiraan. Hah! Over sangat kau, Fiya!
Nak! Pukul berapa? –Fiya-
Lima. Jangan lambat Fiya. Aman pun dah lewat ni. Selalunya pukul empat setengah dah dekat sekolah. –Aman-
Ok Aman. Pukul lima Fiya depan rumah Aman. –Fiya-
Aku menjeling jam di dinding. Sudah pukul empat setengah. Cepat-cepat aku menukar kepada pakaian lain. Minyak wangi yang aku beli di kedai The Body Shop aku spray ke badan. Malas nak mandi. Jadilah minyak wangi saja yang jadi pengganti. Balik nanti baru aku mandi.
“Ibu!” jeritku sebaik aku keluar dari bilik tidur aku. Sayup-sayup suara ibu menyahut panggilanku. Aku berlari menuruni anak tangga lalu aku pergi mendapatkan ibu yang menjahit.
“Fiya nak pergi mana ni? Wanginya!”
Aku tersenyum lebar. “Aman ajak tengok dia berlatih dekat sekolah untuk hari sukan nanti. Fiya pergi ya, ibu?”
“Pergi padang pakai macam ni Fiya?” Ibu memandang aku dari atas ke bawah. “Kalau ibu cakap tak boleh, Fiya nak buat apa?”
“Alah, ibu... janganlah macam ni. Ini baru kali pertama tau Aman ajak sejak dia ada latihan ni.”
“Iyalah... tapi baju Fiya tak sesuai!” tegur ibu.
Aku mencebik. Apa yang tak sesuainya? Aku melihat pakaian yang tersarung di tubuh aku. Tak peliklah! Lainlah kalau aku yang kena berlatih. Memang patut  pun aku pakai baju sukan. Ini Aman yang berlatih, bukannya aku!
“Tak apa ibu. Oklah ibu! Fiya nak tunggu Aman dekat depan. Dia suruh cepat tadi!”
Ibu menggeleng bila aku tak menghiraukan tegurannya. Selepas menyalam tangan ibu, aku bingkas keluar dari rumah dan duduk di kerusi batu yang ada. Sesekali aku menjeling ke arah rumah Aman yang masih bertutup. Tepat jam lima, pintu rumah Aman terbuka. Cepat-cepat aku bangun daripada duduk dan berlari anak ke pintu pagar rumah Aman. Aman yang baru mengeluarkan basikalnya terhenti. Matanya memandang aku dari atas ke bawah. Sama seperti pandangan yang ibu berikan tadi.
“Kenapa?”
“Kenapa pakai skirt? Mana basikal?”
Aku tersengih. “Fiya tak ada seluar. Basuh. Aman boncengkan Fiya ya hari ni?” pintaku manja dengan senyuman.
Aman memuncung. Akhirnya dia bersetuju juga walaupun dia boleh saja memaksa aku menukar baju dan menunggang basikal sendiri. Aman... sikap gentleman Aman inilah yang buat Fiya makin sayang, tahu! Aku duduk di belakang Aman dengan kedua belah tangan memeluk pinggang Aman. Rasa bahagia betul!
“Fiya... lain kali pakailah seluar dengan t-shirt...”
“Kenapa? Kan Aman yang nak berlatih. Fiya temankan Aman je, kan?”
“Tak adalah. Kalau pakai seluar dengan t-shirt, boleh Fiya bersukan sekali dah alang-alang kita ke padang. Berat Fiya dah naik, tahu?”
“Aman!” Aku menampar belakang Aman kuat. “Sensitif tau cakap perempuan gemuk!”
“Aman cakap benda yang betul. Letih tahu kaki Aman nak mengayuh ni...”
“Alah... exercise juga ni. Kasi kuat sikit kaki Aman lari nanti.”
“Banyaklah!”
“Betul!” Perbualan kami mati. Aku memandang Aman di hadapan dengan perasaan yang menggebu-gebu dengan rasa sayang. “Aman...” panggilku lembut.
“Hrm...”
“Terima kasih sebab boncengkan Fiya...”
“Hari ni je!”
Aku mencebik. Huh! Tak romantik langsung!
***
Aku memerhatikan pelajar wakil setiap rumah sukan berlatih di atas padang sekolah. Penuh padang dengan aktiviti masing-masing. Aku pula duduk di hujung padang sambil mata memerhatikan setiap pergerakan Aman. Tak jemu-jemu rasanya mata ni memandang Aman walaupun hampir setiap hari aku melihat dia. Leka memerhatikan Aman, aku tidak sedar ada seseorang duduk di sebelah aku.
“Lekanya tengok Aman tu. Macam tak jumpa setahun!” tegur suara itu.
Aku tersentak. Sebaik saja aku memusingkan kepala, memandang ke kiri, Ayem duduk di sebelah aku. Dia juga turut memakai pakaian sukan. Berpeluh-peluh saja wajahnya.
“Eh...! Hai kawan Aman!”
“Panggil Ayem sudahlah. Tak payah nak ‘kawan Aman’ sangat!” Ayem tersengih. “Seorang je ke?”
“Ha’ah. Seorang sajalah. Datang dengan Aman sekali. Awak masuk apa?”
“Tu...” Ayem menunjukkan ke arah sekumpulan pelajar yang sedang berlatih lompat tinggi.
“Oh...! Sesuai sangatlah dengan awak. Tinggi!”
Ayem hanya tersengih dan mengangguk. “Noriza tak datang ke petang ni?”
Dahi aku berkerut mendengarkan sepotong nama itu. Noriza? Temankan Aman?
“Noriza? Kenapa dia nak datang pula?”
“Selalunya dia yang datang temankan Aman kalau balik kerja awal,” cerita Ayem ringkas.
Air muka aku berubah. Darah aku mula menggelegak apabila mendengarkan cerita ringkas Ayem itu. Amboi! Konon hidup susah, kena kerja part time nak tolong keluarga. Boleh pula kau sibuk temankan Aman buat latihan, ya? Kenapa tak duduk rumah saja rehat jaga atuk kau tu? Argh! Stresnya aku! Ayem yang tersedar perubahan riak wajahku mula cepat-cepat memohon maaf.
Sorry! Awak marah ke? Saya saja je tanya. Tak maksudkan apa-apa pun.”
“Rapat sangat ke Noriza tu dengan Aman?” risikku.
Ayem mengangguk tak bersalah. “Rapat. Budak-budak ni cakap, Noriza suka pada Aman.”
See! Aku dah agak! Mesti dia rapat sebab ada apa-apa ni! Aku mengetap bibir menahan marah. Rasa hendak campak saja Ayem disebelah ni ke sebelah sana padang. Kenapa mesti mulut Ayem ni ringan sangat nak bercerita itu ini? Argh! Geramnya! Marah dengan Noriza, marah dengan Aman! Tak tahu ke Aman tu aku yang punya?
“Aman pula macam mana?”
“Hrm? Macam mana apa?”
“Dia... suka pada Noriza?”
Ayem mengangkat bahu. “Entahlah. Dia tak cakap apa. Tapi dia baiklah dengan Noriza tu. Siap tolong Noriza tangkap Arai kan? Yang buli Nuqman tu!”
“Awak tahu?!”
Ayem mengangguk. “Tahulah. Aman itukan kawan saya. Beberapa cikgu sekolah kita pun tahu. Cuma perkara ni dirahsiakan daripada umum...”
Aku diam. Kalau Aman tak suka pada Noriza, takkan Aman siap sanggup tolong Noriza tangkap Arai. Tapi, kalau betul-betul Aman sukakan Noriza macam mana? Takkanlah aku nak gigit jari? Tak boleh jadi ni.
“Awak cemburu ke Aman rapat dengan Noriza?”
“Hrm? Kenapa tanya macam tu?” aku sudah tergelak-gelak hendak menutup kegugupan.
“Iyalah. Nampak air muka awak berubah kalau ada apa-apa berkaitan dengan Noriza. Mesti lama sangat jadi adik angkat Aman sampai awak cemburu Aman rapat dengan perempuan lain, kan?” serkap Ayem.
Aku menggeleng laju. “Bukanlah cuma...”
Aku kematian kata-kata. Hendak menidakkan kata-kata Ayem tentang aku adik angkat Aman sebenarnya. Tapi entah kenapa, lidah aku terkelu. Akhirnya aku menggeleng perlahan. Tanda tidak ada apa yang aku ingin katakan.
Aku memandang Aman baru selesai berlatih. Dia berjalan ke arah aku dengan Ayem. Sempat dia berbalas mengangkat tangan dengan Ayem. Bila Aman tiba di hadapan aku, Aman menghulurkan tangan meminta sesuatu. Faham dengan tindakannya, cepat-cepat aku mengeluarkan sebotok air minuman isotonik dan aku hulurkan kepada Aman.
“Kenapa Noriza tak ikut? Bukan hari ni dia off ke?”
Aman yang baru menogak air tersedak. Lama dia terbatuk-batuk. Aku hanya mampu menepuk belakang dia perlahan. Huh! Kalau ikutkan hati aku, aku tamparkan saja belakang dia ni kuat-kuat! Sebut nama Noriza pun tersedak sampai batuk macam ni. Sesuatu sangat! Aman menjeling wajah aku yang masam sekilas sebelum menjawab soalan Ayem.
“Dia dekat hospital. Adik dia pitam tadi...”
Ayem mengucap panjang lalu menggeleng perlahan. “Arai pula macam mana tadi?”
“Kena tahan dah budak tu. Bukti semua dah ada. Tunggulah perbicaraan nanti macam mana...”
            Kami bertiga terdiam. Lama kami melayan perasaan masing-masing sehinggalah guru yang bertugas memanggil Aman dengan Ayem sebelum latihan untuk hari ini tamat. Minggu depan sudah hari sukan. Jadi, pastinya mereka mahu berusaha sehabis boleh sebelum hari sukan tiba. Aku memerhatikan Aman yang berjalan ke tengah padang, membelakangkan aku. Entah kenapa, hati sedikit kecewa bila mengenangkan hubungan Noriza dengan Aman. Aman... Fiya ni Aman nak letak dekat mana?
***
            “Aman...” aku memanggil Aman perlahan sewaktu kami berjalan menuju ke basikal yang terletak di hujung blok. Aman memandang aku sekilas.
“Kenapa, Fiya?”
Aku menelan air liur. Patut ke aku bertanya apa yang bermain di fikiran aku sejak kebelakangan ni? Nafas aku hela perlahan. Wajah tenang Aman di sebelah aku pandang daripada hujung mata.
“Ayem kata, Noriza selalu temankan Aman kalau Aman ada latihan setiap petang?” aku memulakan soalan dengan menggunakan nama kawan baiknya, Ayem. Aman tidak menjawab. Melihatkan dia diam, aku semakin tidak sabar.
“Patutlah Aman tak pernah ajak Fiya datang latihan. Aman dengan Noriza rapat, kan?” soalku lagi.
Aman akhirnya menghela nafas berat. “Kenapa Fiya sibuk tanya ni?” soal Aman sedikit keras. Mendengarkan soalan aku dijawab dengan soalan, aku mula hendak marah.
“Sebab Fiya ambil berat pasal Aman, sebab tu Fiya tanya,” kataku cuba berlembut.
“Aman dengan Noriza tak ada apa-apa. Dah dia yang nak datang tengok Aman. Takkan Aman nak halang?”
“Iya ke tak ada apa-apa? Kalau tak ada apa-apa, kenapa Aman sanggup membahayakan diri nak berkawan dengan Arai semata-mata nak tangkap si Arai tu?” soalku lagi.
“Yang Fiya nak sibuk sangat kenapa? Salah ke Aman tolong kawan Aman yang dalam kesusahan?”
“Salah tu tak... tapi mesti ada sebab! Aman sukakan Noriza ye? Baik Aman cakap...!”
“Tak payah masuk campur urusan peribadi Amanlah, Fiya. Dengan apa Aman nak buat, dengan siapa Aman nak berkawan...” Aman sudah merengus marah.
Aku memberhentikan langkah aku. Apasal pula Aman nak marah? Aku lagi ada hak untuk marah, tahu?
“Fiya nak tahu sebab Fiya sayangkan Aman. Fiya rasa tak salah kalau Fiya sekadar nak tahu siapa Noriza pada Aman. Salah ke?”
Langkah Aman mati. Dia menoleh ke arah aku. Wajah yang tadinya tenang nampak garang. Aku mula kecut.
“Sayang adik kepada abang, tak perlu sampai ambil tahu hal peribadi abang, Fiya. Fiya tak ada hak pun nak tanya Aman macam-macam. Kalau mak Aman pun tak cakap apa-apa, kenapa Fiya mesti nak lebih-lebih?” marah Aman.
‘Fiya ada hak sebab Fiya ni tak pernah anggap Aman abang Fiya! Takkan itu pun tak faham-faham lagi?!’ kata-kata itu hanya terlahir di dalam hati aku.
Merajuk dengan tingkah Aman, aku terus berpusing dan berjalan meninggalkan Aman yang sudah menyambung langkahnya. Cepat-cepat aku berjalan agar tidak perlu berselisih dengan Aman nanti. Ah! Menyesal pakai skirt. Kalau tidak, aku dah buka langkah seribu!
“Fiya! Jangan nak mengada-ngada. Naik basikal sekarang!” marah Aman sewaktu kami berselisih tidak jauh daripada pintu pagar sekolah.
Aku mendiamkan diri. Langkah aku atur ke aras deretan rumah kedai yang terdapat di sebelah sekolah. Aman turut mengikuti langkah aku.
“Jangan nak buat kepala sendiri. Dah pukul berapa ni? Nak sampai rumah pukul berapa?” marah Aman lagi.
Beberapa orang awam yang ada di situ memandang kami pelik. Huh! Buat malu saja! Tapi biar malu daripada aku naik basikal Aman tu. Aku terus melangkah tanpa menghiraukan Aman. Tidak sedar masa bila Aman ke kedai, tiba-tiba saja Aman menarik tangan aku dan menghulurkan aiskrim Drumstik strawberi kegemaran aku. Nak pujuk akulah tu. Jangan harap!
“Fiya... please...? Aman minta maaf, ok?” nada suara Aman yang tadinya tegang kembali lembut seperti biasa. Aku mengeluh. Hanya dengan bersuara begitu pun hati aku dah terpujuk. Akhirnya aiksrim itu aku ambil. Tanpa sepatah kata, aku duduk di atas basikal Aman. Aman mengayuh perlahan menuju ke rumah kami.
xxx
ps:
Maaf lewat update. Hihi... ada yang bertanya, kenapa watak saya selalu budak sekolah ya?
Hrm... sebab, target pembaca saya adalah untuk remaja dan awal belia. Which is dalam golongan pelajar sekolah dan kolej. ;) Tapi, gembira sangat saya rasa jika karya saya dibaca oleh semua golongan. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua. ^_^
Buat anda yang sentiasa menyokong, terima kasih daun keladi saya ucapkan. You are my great motivator untuk terus menulis. ^_^

3 comments:

Ilman Nafia said...

Thumbs up 👍!
Lagi sis.
hehe

Iera said...

Hi writer :) Firstly, I think the story a bit dragging. There're just an event after event. I dont see any characters development (or maybe too little) so I hope there will more progress in the story and also moral values.
I'm truly a fan of your writing so I hope my comment doesn't bring any harm to you one way or another :D

Anonymous said...

kasih suci x dak ka