::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

01 March 2015

E-novel: 7 Years of Love 07


Lama saya tak update 7YoL. Selamat membaca! :)
7 Years of Love 07
            “Aman?” panggilku bila soalan yang aku ajukan tidak berjawab.
Aman masih leka mengayuh tanpa menghiraukan aku di sebelah. Sebaik saja tamat waktu persekolahan tadi, buat kali pertama Aman menunggu aku di tangga yang selalu aku gunakan untuk balik. Berbunga-bunga hati aku bila Aman tunggu untuk balik bersama-sama. Sempat aku tayang muka eksyen dekat Diyana di belakang tadi. Tapi tengoklah sekarang! Walaupun dapat balik bersama, jasad dia je yang mengayuh basikal. Jiwanya entah ke mana.
            “Aman!” panggilku sedikit kuat. Barulah Aman menoleh ke arah aku dengan wajah penuh pertanyaan.
            “Kenapa?”
            Aku merengus geram. “Fikirkan apa? Penat Fiya cakap dengan Aman, Aman buat tak dengar!”
            “Bukan buat tak dengar, Aman memang tak dengar. Fiya cakap apa tadi?”
            Aku diam. Tiada mood hendak meneruskan cerita. Apa yang aku ceritakan tadi pun aku sudah terlupa.
            “Aman tanya, dia senyap pula...”
            “Biar! Saja nak Aman rasa apa yang Fiya rasa tadi!”
            “Iyalah... Aman tak kisah pun. Bukan Aman yang beriya nak bercakap dengan Fiya pun!” balasan Aman membuatkan rasa sakit hati tadi kembali merajai hati. Aku mengetap bibir menahan rasa marah. Ini mesti pasal Noriza ni. Mesti!
            “Tak payahlah nak cakap macam tu! Suka sangat sakitkan hati Fiya kan?”
            “Fiya sakit hati ke? Sorry... Aman tak ada niat pun. Apa yang Fiya cakap dengan Aman tadi? Ceritalah... I’m all ears!”
            “Iyelah tu...”
            “Betul, Fiya...”
            “Tak apalah. Fiya pun dah lupa apa yang Fiya cakap tadi...”
Mendengarkan jawapan aku, Aman tersenyum. Hati aku sedikit terpujuk melihatkan senyumannya. Ah, Fiya! Lembut benar hati kau bila dengan Aman, kan?
“Kenapa Aman termenung? Sejak masa rehat tadi Aman nampak macam ada masalah,” soalku cuba mencungkil rahsia hati Aman. Tidak dapat banyak, sedikit pun jadilah.
Aman menggeleng perlahan. “Tak ada apa pun, Fiya...”
“Bohonglah! Fiya tak percaya...”
“Tak percaya sudah...”
“Aman ni... main-main pula!” aku mencebik. “Ini mesti pasal Noriza kan?” soalku sedikit cemburu. Wajah Aman sedikit berubah. Hah! Aku dah agak! Mesti sebab Noriza ni...!
“Kenapa? Ada apa-apa perkembangan ke pasal adik dia?” soalku dalam pada masa yang sama, aku cuba untuk merasionalkan fikiran aku.
Aman menggeleng. “Noriza tak datang sekolah hari ni. Pada cikgu pun dia tak cakap apa-apa. Aman risau juga kalau ada apa-apa berlaku pada dia.”
Aku menelan air liur. Pahit. Tidak mahu kisah Noriza dipanjangkan, aku mendiamkan diri sehinggalah sampai ke taman perumahan kami. Aman berhenti di hadapan rumahnya manakala aku berhenti di hadapan rumah aku. Rasa cemburu tadi masih belum hilang. Argh! Kenapalah mesti ada Noriza dalam hidup aku?
“Fiya, nak ikut Aman praktis tak petang ni?”
Soalan Aman mematikan pergerakan aku yang sedang membuka mangga pintu pagar. Aku mengangkat kepala, memandang Aman yang sudah separuh masuk ke dalam kawasan rumahnya. Aman ajak aku ke sekolah? Noriza ada ke petang ni? Selepas membuka pintu pagar dan memasukkan basikal, aku mengunci kembali pintu pagar dengan mangga dan kemudian aku letakkan basikan tempat biasa. Aman turut melakukan perkara yang sama. Kemudian, Aman berjalan ke arah pagar yang memisahkan rumah kami berdua.
“Nak ikut tak? Kalau nak, pukul empat kita gerak. Kalau tak nak, Aman pergi sendiri...”
“Noriza?”
“Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia?”
“Diakan awek Aman. Ayem kata, kalau dia tak kerja dia datang tengok Aman? Fiya tak nak dia ada kalau Fiya ada sekali. Rimas!”
Aman tersenyum nipis. “Kenapa sekarang Aman rasa macam Fiya pula awek Aman, ye? Cara Fiya cemburukan Noriza melampau-lampau!”
            “Iyalah! Dia tu bajet bagus je. Menyampah! Bukan Fiya je yang tak suka dia! Dia pun tak sukakan Fiya, apa? Kalau dengan Fiya, mulut macam longkah depan rumah tu hah!”
            “Amboi mulut...! Habis tu mulut Fiya wangi sangat?” marah Aman.
Aman menjeling tajam. Teringatkan gertakan dia semasa aku membebelkan tentang Noriza dahulu, cepat-cepat aku mengawal suhu kemarahan aku. Takut Aman terus tak hiraukan aku langsung. Huh! Kalau bercakap pasal Noriza je aku dah terasa panas macam ni. Kalau berdepan dengan dia, panas dalam hati aku ni mengalahkan panasnya matahari.
“Dia tu, budak pandai. Baik. Betanggungjawab! Kalau dia tu tak bagus, tak adanya cikgu-cikgu semua sukakan dia tau!” Aman mempertahankan Noriza.
Aku mencebik. “Dia tu baik sebab nak perhatian orang je! Dia baik dengan Aman pun sebab dia sukakan Aman. Ingat Fiya tak tahu?”
Aman tersengih. “Mana Fiya tahu dia sukakan Aman?”
Wajah aku masam. Bertambah rasa gram bila melihatkan mimik muka Aman seolah-olah dia turut mempunyai perasaan pada Noriza. Argh! Stresnya!
“Ayemlah yang cerita! Siapa lagi! Aman! Aman suka dekat Noriza ye? Aman jangan nak mengada-ngada tau!” marahku.
Aman ketawa kecil. Geli hati agaknya bila aku larut dalam rasa cemburu ni. Aku merengus geram.
“Sudahlah Fiya. Pukul empat nanti Aman nak Fiya dah siap. Pergilah masuk. Ibu mesti dah tunggu anak kesayangan dia ni, nak ajak makan sekali. Kirim salam ibu. Cakap dengan ibu Fiya ikut Aman petang ni, ok?” pesan Aman.
“Iyalah!” Aku menjeling Aman geram. Sudahlah soalan aku tidak berjawab. Dia tinggalkan aku macam tu je dalam persoalan. Aman! Aman janganlah main-mainkan perasaan Fiya. Sakit hati Fiya tau bila Aman rapat dengan Noriza. Argh!!!
***
Aku tertidur sebaik saja baring di atas katil selepas makan tengah hari dengan ibu tadi. Kelam kabut aku bersiap bila mata terpandangkan jam yang sudah pukul tiga lima puluh sewaktu tersedar tadi. Aduh! Sudahlah terlupa hendak memberitahu ibu tentang program aku petang ni. Kalau tidak, bolehlah aku minta ibu kejutkan.
Telefon bimbit aku mula berbunyi bila jam sudah menunjukkan pukul empat sepuluh minit. Pasti Aman yang menelefon. Aku cepat-cepat menyarungkan t-shirt berwarna biru tua yang aku keluarkan sebelum mandi tadi. Aduh, Safiya... sudah tahu lambat, kenapalah gatal nak mandi sangat tadi? Tapi masa tidur tadi badan berpeluh sangat. Ada bau masam ikut Aman pergi sekolah nanti.
“Aman! Seminit! Betul! Seminit,” ujarku ringkas lalu menamatkan panggilan. Beg tote yang aku bawa ke mana berjalan aku capai lalu aku terus keluar dari bilik dan turun ke bawah.
“Ibu! Fiya keluar ikut Aman pergi sekolah!” kataku pada ibu sewaktu aku berjalan ke pintu.
“Pergi mana, Fiya?” soal ibu.
Aku mengeluh. Ibu ni bertanya macam tak biasa pula aku keluar ikut Aman. Akhirnya aku melangkah ke arah ibu yang sedang menjahit sambil menonton televisyen.
“Aman ada latihan. Fiya ikut dia. Boleh ya, ibu?”
Aku sudah berdiri di sebelah ibu, menunggu ibu memberikan kebenaran. Ibu menghela nafas berat. Baju kurung yang dijahit diletakkan di atas meja. Kemudian sepenuh perhatian diberikan kepada aku. Aku menelan air liur. Kenapa ibu ni?
“Dah berapa hari dah Fiya asyik ikut Aman pergi sekolah. Balik Fiya dah penat. Lepas tu malam tidur awal. Bila Fiya nak ulang kaji, Fiya?” ibu mula menyentuh isu sensitif. Aku sudah tidak tentu arah. Alahai, ibu... ! Lain kalilah kalau nak tegur pasal ini, ibu?
 “Alah ibu... Fiya bukannya tak belajar langsung. Janji kerja sekolah Fiya semua siap. Boleh, ye ibu? Please...?” Aku membuat muka meminta belas kepada ibu. Harap ibu termakan dengan pujuk rayu aku.
Ibu merenung aku lama. Dia melepaskan keluhan berat. Aku sudah terasa serba salah. Tapi perasaan yang meronta-ronta hendak mengikut Aman membuatkan aku buat-buat tak faham saja dengan reaksi ibu.
“Bolehlah ibu, ya? Aman dah tunggu tu. Fiya pun dah siap ni. Oh, Fiya promise, malam ni Fiya tak tidur awal. Fiya ulangkaji dulu. Boleh ibu, ya?” pujukku lagi. Dalam hati berdoa panjang agar ibu benarkan. Akhirnya ibu mengangguk.
“Fiya... lepas ni janganlah asyik nak berjalan je. Kena ingat nak kena belajar juga. Asyik leka je beberapa minggu ni. Periksa bukannya lama lagi. Ibu tak nak tengok result Fiya teruk macam ujian bulan lepas! Kalau periksa setengah tahun ni jatuh, ibu batalkan rancangan kita ikut Mak Cik Julia pergi Pangkor!” tegas ibu.
Aku menelan air liur. Payah ni bila ibu dah mula mengungkit. Lagi-lagi bila dia sudah mengugut macam tu. Tidak mahu memancangkan cerita, aku hanya diam dan mengangguk. Berjanji.
“Ok ibu... Fiya pergi dulu!” ujarku lalu menapak perlahan-lahan untuk keluar. Ibu mengangguk.
“Hati-hati.”
Sempat ibu berpesan sebelum aku keluar. Sebaik saja aku menutup pintu, aku bersandar sekejap di pintu lalu menghela nafas lega. Mujur ibu benarkan. Terpandangkan ke arah rumah Aman di sebelah, cepat-cepat aku mendapatkan basikal dan bersedia untuk pergi. Masam wajah Aman bila aku tiba di hadapan rumahnya.
“Kenapa lambat sangat? Dah empat dua puluh tau!” marah Aman.
Aku tersengih bodoh, cuba menutup kesalahan dan rasa bersalah.
“Fiya tertidur tadi. Lepas tu bila nak keluar, ibu bising Fiya asyik berjalan, tak belajar.”
“Tak belajar?”
“Kalau Fiya keluar petang, balik rumah lepas dinner terus tertidur. Selalu ibu jarang tegur, tapi dah banyak kali kot ibu perasan, itu yang dia bising tu. Kena pula result test bulan lepas terus sikit...”
“Dapat berapa?” Dahi Aman sudah berkerut. Dalam kami berbual, kami mengayuh perlahan menuju ke sekolah.
Aku tersengih lalu menggaru kepala yang tak gatal. Alamak! Aman tanya pula! Malulah aku nak cakap result yang tak ada ‘A’ tu.
“Tak ada ‘A’. ‘B’ pun ada tiga je. Lain ‘C’ dengan ‘D’.”
“‘D’?!” Aman terkejut. “Apa yang dapat ‘D’ tu? Aman pun paling teruk dapat ‘C’ tau! Fiya... subjek form 1 tak susah manalah Fiya! Memang patut ibu bebelkan Fiya!”
“Ala... Aman pandai... lainlah! Aman janganlah bebel juga! Yang ‘D’ tu Sejarah dengan Geografi. BM dapat ‘C’. Maths dengan Sains Fiya dapat ‘B’ tau!”
“BM dapat ‘C’? Fiya dekat sekolah Fiya belajar ke bercinta ni?” marah Aman.
Aku sudah mencebik. Nak buat macam mana? Ingat senang nak buat karangan dengan nak betulkan tatabahasa? Sudahlah ejaan pun ada masa berubah-ubah. Contohnya perkataan tengah hari. Masa UPSR cikgu cakap ejaannya ‘tengahari’. Tiba-tiba katanya sekarang dah jadi ‘tengah hari’. Itu baru satu. Penggunaan perkataan ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’ itu ingat senang ke nak ingat kalau tak betul-betul? Aku hanya mampu membebel dalam hati. Malas hendak berdebat dengan Aman. Nanti aku juga yang salah!
“Fiya bercinta. Dengan Aman.” Perlahan saja suara aku, hampir tidak kedengaran.
“Apa dia?!”
Cepat-cepat aku menggeleng. “Tak. Takde apa-apa!”
“Fiya, lepas ni setiap hujung minggu Fiya datang rumah Aman,” arah Aman tanpa meminta pendapat aku.
Dahi aku berkerut. “Kenapa?”
Study. Kita belajar sama-sama. Fiya tak faham, Fiya tanya Aman. Aman cuba ajarkan nanti...” jelas Aman.
Hati aku melompat kegembiraan mendengarkan saranan Aman. Bahagianya dapat belajar sama-sama dengan Aman! Pasti lagi bersemangat aku belajar nanti. Aman baru nak buka mulut mengajar, aku dah faham semuanya. Fuh! Ibu, ibu tengoklah keputusan peperiksaan Fiya nanti. Akan Fiya buktikan, ibu!
“Fiya! Tepi sikit! Kereta tu!” jerit Aman.
 Laju aku mengawal basikal untuk ke tepi. Gila kau Fiya! Berangan sampai tak ingat dunia. Tak pasal-pasal mati katak je nanti. Memang kau bagi percuma saja Aman depat Noriza tu. Huh!
xx
Terima kasih sangat2 kepada semua yang meninggalkan komen yang membina. Jangan risau, saya baca dan nota kesemuanya. Hihi. ^^,

No comments: