::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 February 2012

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 15

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,)v


Suami Aku Ustaz?! 15
BELUM sempat kedua-dua belah kaki memijak tanah, Abang Hafiz sudah berdiri di sebelah dengan payung di tangan. Aku berdiri tanpa mengeluarkan sepatah kata. Baru hendak mula berjalan, aku terasa seperti hendak tersungkur dibuatnya apabila kaki kiri tidak boleh menampung berat badan. Serentak dengan itu, aku mencapai tangan Abang Hafiz untuk berpaut. Tidak lama kemudian, aku dapat merasakan ada tangan yang memaut pinggang aku. Spontan terasa darah menyerbu ke muka. Aku mengangkat muka. Mata aku bertentangan dengan mata Joe. Boleh dirasakan debaran di dada aku semakin menggila. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku, ya Allah.
“Tak sangka ya, ustaz boleh duduk berdua, serumah dengan adik sepupu,” sinis Cikgu Liana bersuara.
Aku memandang Abang Hafiz yang statik berdiri sebelah aku. Dia tersenyum.
“Jemput masuk dulu, cikgu?” tenang Abang Hafiz bersuara.
Aku sudah mula merasa tidak sedap hati. Ini kalau ajak masuk, hanya ada satu sahaja jalan penyelesaian dia.
“Tak perlulah, ustaz. Saya tak nak bersubahat dengan orang-orang yang macam ni. Lagi-lagi dengan ustaz yang sepatutnya lebih tinggi ilmu agama daripada saya. Bukan begitu Ustaz Hafiz?”
Boleh di dengar Cikgu Liana menekan perkataan ‘ustaz’ sewaktu dia bersuara. Abang Hafiz beristighfar perlahan di sebelah.
“Masuk dulu, cikgu. Kita berbual. Saya tak nak nanti makin banyak salah faham.”
Aku mengerdipkan mata dua tiga kali. Hendak menghuraikan salah faham ke, ustaz? Aku sudah tidak tentu arah. Terasa mahu terus masuk ke dalam rumah, kunci pintu, tidur dan bangun balik esok pagi dan berharap ini semua hanyalah mimpi. Alahai... Kenapalah aku boleh terjatuh motor pula tadi? Kalau tidak, tidak adalah aku kena berhadapan dengan semua ni. Cikgu Liana terdiam. Abang Hafiz membantu aku berjalan sehingga ke dalam rumah tanpa menghiraukan dua pasang mata lagi yang memandang dengan penuh tanda tanya.
“Masuk dulu, Johan.” Abang Hafiz mengarah.
Akhirnya, Cikgu Liana dengan Joe melangkah masuk ke dalam rumah. Aku berjalan terhincut-hincut menuju ke sofa. Baru aku hendak melabuhkan punggung di atas sofa single, Abang Hafiz sudah menarik tangan aku, menyuruh aku duduk di sebelah dia. Kemudian dia memegang kaki kiri.
“Aww!” Sakit! Bergenang air mata aku dibuatnya. Apa yang ustaz ni buat? Aduh! Janganlah patah pula!
“Cuba goyangkan?”
Aku mengikut arahan Abang Hafiz. Eh! Sudah tidak sakit sangatlah!
“Terkehel ni.” Abang Hafiz bangun sambil dengan senyuman di bibir. Sempat dia menggosok kepala aku, sebelum kembali mengambil tempat duduk. Hish dia ini lah...
Cikgu Liana dengan Joe masing-masing mengambil tempat. Aku dapat merasakan mata Joe tajam memandang aku dengan Abang Hafiz. Aku menelan air liur. Tidak mampu hendak mengangkat muka untuk memandang Joe. Serba salah aku dibuatnya kerana tidak pernah bercerita rahsia aku kepada sesiapa, sekalipun kawan baik aku.
“Macam mana boleh terjatuh?” Abang Hafiz bertanya. Dia membelek-belek pula siku aku yang sedikit luka. Mujur aku pakai dua lapis baju tadi. Baju hujan dengan baju kurung sekolah. Jadi, lukanya tidak adalah teruk mana aku rasa.
“Jalan licin.” Itu sahaja jawapan yang keluar daripada mulut aku.
“Demam lagi ke?” Tangan dia sudah melekap pula di dahi dan leher. Aku menggeleng. Di dalam hati sudah terasa serba salah apabila Abang Hafiz terlebih mengambil berat. Terus aku berdehem apabila terperasankan muka Cikgu Liana sudah berkerut semacam. Ustaz, ada oranglah dekat depan! Lagi mahu tunjuk dialah satu-satunya suami penyayang. Isk!
“Minta maaflah, Cikgu Liana. Pagi tadi Alisa demam. Risau juga saya kalau demam dia tak kebah lagi,” kata Abang Hafiz. Agaknya dia baru tersedar ada orang sedang tertunggu-tunggu penjelasan daripada dia.
“Tak kisahlah apa pun, ustaz. Saya rasa lagi bagus ustaz terangkan apa yang ustaz kata saya salah faham tadi. Saya pun tak boleh nak lama-lama dekat sini.” Cara percakapan Cikgu Liana sedikit memaksa.
Abang Hafiz mengangguk faham. “Beginilah. Saya tahu, cikgu banyak fikir yang bukan-bukan tentang saya. Dan saya juga tahu cara layanan saya pada Alisa boleh mengundang banyak fitnah.”
Aku sudah mula tidak senang duduk.
“Jadi sebelum apa-apa perkara yang saya tak nak terjadi, sebab itulah saya minta cikgu dengan Johan masuk dulu. Dengar apa yang saya nak jelaskan.”
Kami bertiga tekun mendengar Abang Hafiz bersuara.
“Saya sayang Alisa, Cikgu Liana. Mungkin sebab itulah layanan saya pada dia lain sikit.”
Suhu muka aku serta merta bertukar menjadi panas. Mata sempat menjeling Joe yang sudah terangkat keningnya sewaktu mendengarkan ayat itu. Dahinya sudah berkerut.
“Saya sayang Alisa lebih daripada seorang adik sepupu. Saya tahu perasaan sayang tu tak bermakna saya boleh buat yang bukan-bukan. Tapi memandangkan Alisa isteri saya, saya rasa benda tu tak salah.”
Aku menelan air liur. Waahh! Aku rasa nak jadi halimunan je sekarang. Fokus aku hanya pada Joe. Cikgu Liana di sebelahnya aku tidak hiraukan. Terkesan di mata aku, air muka Joe berubah terus. Aku tahu dia terkejut. Macam mana penerimaan dia agaknya ya?
“Saya... tak salah dengar kan?” Teragak-agak Cikgu Liana bersuara.
Abang Hafiz menggeleng. “Tak... Cikgu tak salah dengar. Kami dah bernikah. Sebelum mak dengan ayah mentua saya ke Mekah.”
Cikgu Liana terdiam.
Abang Hafiz menyambung lagi. “Di sekolah hanya ada dua orang je yang tahu hal ini. Pengetua dengan guru kelas Alisa, Cikgu Kamariah. Sengaja saya rahsiakan perkara ni. Saya tak nak Alisa terbeban dengan hal-hal macam ni sebelum masanya. Saya harap cikgu faham.”
Kali ni aku pula yang terpinga-pinga. Pengetua dengan Cikgu Kamariah tahu? Aku ingatkan tidak ada sesiapa yang tahu! Patutlah mak dengan ayah nampak tenang sahaja sewaktu aku mengutarakan perihal sekolah dulu.
“Macam mana ustaz dengan Alisa boleh terkahwin?” Akhirnya Cikgu Liana menyoal apabila sejak tadi hanya Abang Hafiz yang bercerita. Mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak percaya dengan berita yang di dengarinya.
“Bukan ‘ter’, cikgu. Ada orang fikir bukan-bukan bila dengar perkataan ‘ter’ tu.”
Abang Hafiz memandang aku, seolah-olah meminta persetujuan untuk becerita. Aku pula hanya menayangkan muka selamba. Perlu ke beritahu semua orang, mak dengan ayah aku suruh dia jaga aku? Sangat tidak logik ya disitu.
“Hrm... panjang ceritanya.” Akhirnya Abang Hafiz mengambil langkah mudah.
“Insya Allah, nanti kami akan jemput semua ke majlis kami. Jadi buat masa sekarang biarlah orang tak tahu dulu.”
Topik bertukar. Kini masing-masing terdiam. Tidak lama selepas itu, Joe memberi isyarat ke arah Cikgu Liana untuk meminta diri apabila mengingatkan motor dia masih berada di tepi jalan tadi. Cikgu Liana turut bangun apabila Joe sudah berdiri.
“Joe!” Selepas bersalam dengan Cikgu Liana, aku memanggil Joe.
Joe buat tidak dengar. Sekali lagi, perasaan bersalah menyapa hati aku. Lebih besar dari tadi.
“Saya balik dulu, Ustaz!” Joe bersalam dengan Abang Hafiz.
Abang Hafiz mengangguk. “Terima kasih Johan, sebab tolong Alisa.”
Aku nampak Joe senyum separuh hati. Selepas itu, dia terus berjalan keluar. Muka aku pun tidak dipandangnya. Ah sudah! Dia... terasa yang amat ke?
***
“MANA datang huruf wau dekat situ, Lisa?”
Aku terhenti daripada membaca Al-Quran. Sebenarnya fikiran aku sudah melayang memikirkan Joe yang langsung tidak mengangkat call dan tidak membalas mesej aku. Sampai huruf yang tidak sepatutnya ada pun aku tertambah.
“Ulang sekali lagi.”
Aku menggeleng sewaktu Abang Hafiz menyuruh. “Kita stop dekat sini, boleh?” soalku dengan muka meminta belas kasihan.
Tanpa menunggu jawapan Abang Hafiz, aku sudah menutup Al-Quran. Doa selepas membaca Al-Quran aku basa sebelum Al-Quran aku ambil dan aku letakkan ke rak.
“Kenapa ni? Dua tiga hari lepas bacaan Lisa dah mula ok, kenapa hari ni berterabur balik?” Abang Hafiz menegur sewaktu dia berdiri di sebelah. Tangannya menggantungkan sejadah di tempat penyidai.
Aku hanya menggeleng tanpa memberi jawapan. Takkanlah aku nak cakap, Lisa sibuk fikirkan tentang Johan semasa tengah mengaji? Sungguh tidak senonoh sekali buat perangai macam tu.
“Lisa risau ya sebab hal siang tadi?” duga Abang Hafiz.
“Nak risaukan apa? Tak ada apa nak dirisaukan.” Selepas melipat telekung, aku terus melangkah keluar bilik dengan kaki yang baru nak ok. Tidak ada apa hendak dirisaukan, Alisa? Nampak benar kau tengah menipu. Walhal sekarang ni otak engkau tengah penuh dengan nama Joe je.
Selepas makan, seperti biasa aku membuat latihan yang diberikan oleh cikgu di sekolah. Abang Hafiz juga duduk sekali, menemankan aku. Sekarang ni dia tengah sibuk menyediakan soalan untuk final exam nanti.
“Lisa?”
Aku tersentak. Mata yang tadi leka melihat tangan Abang Hafiz menulis, kembali memandang buku teks Matematik Tambahan di hadapan. Soalan yang separuh jalan dibaca tadi, aku baca sekali lagi.
“Lisa, kenapa ni?”
“Kenapa apanya?” Bosan pula aku rasa apabila dua tiga kali disoal dengan soalan yang sama semenjak dari bilik tadi.
You look depressed.Why?
Aku mengetap bibir. Terasa kesabaran aku semakin menipis. “Lisa ok...”
No, you’re not!
Aku mengangkat muka, berlaga pandangan dengan Abang Hafiz. “Bila Lisa cakap Lisa ok, maknanya Lisa oklah! Tak payah nak tanya banyak kali!” marahku.
Berkali-kali kena soal dengan soalan yang sama, siapa boleh tahan? Kena pula apabila emosi aku tengah tidak menentu sekarang ni. Buku aku tutup. Kemudian kaki dihayun ke bilik walaupun jam baru pukul sembilan suku. Aku sudah cukup risau apabila mengingatkan Joe. Argh! Stresnya aku dengan ustaz ni!

No comments: