::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

28 August 2011

Suami Aku Ustaz?! Special Edition: Raya [FULL]


Dahulu...
Jumaat
“Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama…”
Rancak aku mengalunkan sekali lagu yang sedang berkumandang di radio. Mak dengan ayah hanya mampu tersenyum melihatkan kelaku aku. Seronoknya balik raya! Kat kampung ramai kawan. Pak Ngah, Mak Lang, Mak Usu yang belajar dekat Indonesia pun balik. Yes!
“Kita singgah rehat dekat Pagoh sekejap boleh ya, Lisa?” soalan ayah mematikan nyanyian aku. Aku termangu seketika. Apa yang ayah tanya tadi?

27 August 2011

Suami Aku Ustaz?! Special Edition: Raya part I

Salam/Hi semua.
Fuh! Dekat sebulan blog ini tak berupdate.
Bukannya apa, final exam makin menghampiri,
maka adalah lebih baik saya berehat sekejap.
Oh, Cerpen ni special buat peminat Hafiz dan Alisa.
Insya Allah ada 2 part sahaja. Sambungannya, insya Allah esok pula. :)
Selamat membaca! ^^,

ps: disinilah kisah Hafiz dan Lisa bermula ;)

---
SAU Raya Version

“Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama…”
Rancak aku mengalunkan sekali lagu yang sedang berkumandang di radio. Mak dengan ayah hanya mampu tersenyum melihatkan kelaku aku. Seronoknya balik raya! Kat kampung ramai kawan. Pak Ngah, Mak Lang, Mak Usu yang belajar dekat Indonesia pun balik. Yes!
“Kita singgah rehat dekat Pagoh sekejap boleh ya, Lisa?” soalan ayah mematikan nyanyian aku. Aku termangu seketika. Apa yang ayah tanya tadi?
“Apa dia ayah? Lisa tak dengar.”
Ayah menggeleng perlahan. “Ayah kata, kita berehat sekejap dekat Pagoh. Mak Long kata dia pun bergerak malam ni daripada rumah dia. Boleh tunggu dia sekali. Kita konvoi,” panjang lebar penerangan ayah.
Aku hanya mengangguk perlahan. “Ok,” aku hanya menurut tanpa banyak soal. Bukannya aku yang bawak kereta.
Ayah kata Mak Long balik Melaka sekali? Rasanya hari tu macam terdengar dia nak balik beraya di kampung Pak Long. Aku silap dengar agaknya. Wah! Makin meriahlah aku beraya kali ini. Seronoknya! Entah kenapa, raya kali ini terasa lebih bermakna. Cewah! Bukannya apa, baru dua minggu lepas aku tamat UPSR. Mestilah beraya sakan lepas exam.

Ayah memberikan signal ke kiri setelah kereta menghampiri simpang ke hentian sebelah Pagoh. Mata aku memerhatikan lampu-lampu yang gah berdiri yang melimpahkan cahaya berwarna oren. Kemudian, aku kembali memerhatikan ke kawasan parking kenderaan. Ramainya orang hendak pulang beraya! Iyalah, esok hari Sabtu. Raya hari Ahad, semestinya ramai yang berebut nak balik raya last minit ni.
“Mak nak pergi bilik air. Lisa nak ikut?” mak bertanya sebaik sahaja kami keluar daripada perut kereta.
Aku menggeleng. “Tak apalah. Lisa ikut ayah,” balasku.
Mak mengangguk lalu bergerak pergi. Aku pula berjalan di sebelah ayah, menuju ke kedai yang menjual makanan.
“Lisa pergi duduk dulu kat meja tu. Nanti ada orang lain duduk,” arahnya. “Ayah beli air dulu. Lisa nak air apa?” soal ayah.
“Nak Horlick ais, boleh yah?” soalku dengan menayangkan muka manja.
“Nak jugak air berais malam-malam ni. Ialah...” sempat ayah membebelkan aku sebelum dia pergi. Bukannya tak tahu aku ni tak boleh minum ais. Kalau minum ais, memang mencari penyakitlah. Tak lama lepas tu mesti batuk mengokol.
Sementara menunggu ayah, aku mencari-cari mak di jalan yang aku dengan ayah lalui tadi. Kut-kut mak tercari-cari kitorang. Sebaik sahaja ternampak mak, laju tangan aku melambai, mencuba menarik perhatiannya.
“Ayah mana?” mak menyoal.
“Beli air,” aku menjawab sambil menunjukkan kedai yang ayah masuk tadi.
“Siapa punya air yang ada ais tu? Lisa ya?” mak bertanya apabila terpandangkan segelas air di atas dulang yang ditatang ayah. Aku hanya mampu menayangkan gigi dengan muka tak bersalah. Takut jugak kalau mak marahkan aku dekat sini.
“Lisa... Lisa tahu kan Lisa tak boleh minum ais? Kenapa degil sangat ni? Hrm? Dah banyak kali mak pesan. Nanti batuk, awak jugak yang susah,” bebel mak. Nasib baiklah perlahan. Kalau tak, malu je aku dekat sini.
“Tak apalah. Sekali-sekala, biarlah dia. Teringinlah tu...” tenang ayah menjawab, memenangkan aku. Aku tersenyum senang.

“Mak, Mak Long jauh lagi ke? Dia dah sampai mana tadi?” sengaja aku menukar topik perbualan. Risau jugak kalau mak membebel lagi.
“Tadi Mak Long kata dah sampai Machap. Tak lama lagi sampailah tu.”
Aku mengangguk tanda faham. Sesekali mata meliar ke arah kedai-kedai yang menjual bermacam-macam makanan ringan. Mata aku terpandangkan lolipop berwarna warni yang diletakkan diluar kedai. Nampak manis dan sedap. Aku memandang ayah yang duduk dihadapan. Kalaulah ayah boleh baca fikiran aku sekarang...
“Nah. Ambillah. Beli apa-apa untuk buat makan dalam kereta.”
Sekeping kertas berwarna merah diletakkan dihadapan aku. Mata aku membulat. Terasa nak senyum sampai ke telinga, tapi nanti mak bising pulak. Perlahan-lahan duit di atas meja aku capai dan...
“Tiga ringgit dik.”
Aku menghulurkan duit kertas yang diberi ayah tadi. Tiga ringgit? Untuk lolipop bentuk bulat yang kecik macam ni? Mahalnya! Tak apalah, duit ayah. Bukannya duit aku. Aku tersenyum senang. Plastik yang membalut lolipop aku buka dan lolipop berwarna warni tu selamat masuk di dalam mulut aku. Ah! Sedapnya! Manisnya!

“Ini bukan beli makanan untuk dalam kereta, ni beli makanan makan dekat sini ni,” tegur mak.
Aku hanya tersengih, menayangkan muka tak bersalah seperti selalu. Terperasankan Mak Long dengan Pak Long yang sudah tiba, aku menghulurkan tangan untuk bersalam keduanya. Ala... kerusi aku dah kena duduklah pulak!
“Pergilah duduk dengan Abang Hafiz dekat sebelah tu,” arah mak apabila aku setia berdiri di sebelahnya.
Aku mendongakkan kepala, mencari-cari pemilik nama yang disebut mak. Abang Hafiz tengah duduk berseorang di meja sebelah ayah. Dengan malas, aku menarik kaki ke arah meja tersebut.
Sebaik sahaja duduk, aku memandang Abang Hafiz dari hujung mata. Dia tengah leka bermain dengan handset di tangan. Mesej mak we agaknya.
Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Lolipop di tangan masih setia dimakan. Sesekali tangan menyelitkan rambut yang terjuntai di telinga. Rimas! Setelah bosan melihat orang ramai, aku kembali memandang ke hadapan. Tanpa sedar, aku berbalas pandang dengan Abang Hafiz. Tapi tak lama. Abang Hafiz awal-awal sudah mengalih pandang ke tempat lain. Tak tahu hendak berborak apa, aku hanya mendiamkan diri sejak awal aku duduk di hadapan dia. Dia pula tak bertanya apa. Hatta, tentang UPSR aku pun. Huh! Bosannya bakal ustaz ni!

***

Hari terakhir Ramadhan.

Aku berjalan-jalan di sekeliling kampung dengan menaiki basikal milik Tok Dolah. Panas terik cahaya matahari aku tak hiraukan. Inilah yang seronok balik kampung, pokok banyak, jadi tak adalah panas mana walaupun aku berjalan tengah-tengah hari buta macam ni.
Sampai di jambatan sempit, aku terpandangkan cucu-cucu Nek Siah yang tengah memancing menggunakan buluh. Kata mak, mereka ni dua pupu aku. Laju aku membrek dan berhenti di situ. Basikal Tok Dolah aku baringkan di atas rumput. Daripada jauh aku menjerit memanggil mereka.
“Ayob! Yunus! Usop!” aku menjerit.
Ketiga-tiga beradik itu menoleh. Ayob meletakkan telunjuk dibibir. Melarang aku menjerit lagi.
“Larilah ikan nanti!” marahnya dengan menjerit jugak.
“Abang, kau pun jeritlah!” Yunus membebel.
Ayob memuncungkan muka. Aku tergelak apabila mendengar Yunus memarahi Ayob.
“Bila kau sampai Lisa?” Yusuf bertanya sebaik sahaja aku duduk disebelahnya.
“Malam tadi.” Jawabku pendek. Mata memerhatikan air sungai yang deras mengalir.
“Dah dapat banyak ikan ke?” soalku.
“Belum. Daripada pagi kitorang lepak dekat sini. Tapi rezeki tak ada lagi. Ikan puasa kut!” balas Ayob selamba.
“Hahaha! Banyaklah kau ikan puasa.”
Ayob turut sama tergelak mendengarkan lawak yang dibuatnya tadi.
“Kau lepak sini, mak dengan ayah kau tahu tak?” Yunus bertanya.
Aku mengangguk.
“Ramai dekat rumah sana? Apa projek hari ni?” soalnya lagi.
“Biasalah. Yang perempuan kemas rumah...” balasku nak tak nak.
“Kau tak kemas pulak eh?” Ayob mencelah.
Kureng betul mamat ni sindir aku. Tak agak-agak. “Eh? Aku perempuan ke?” soalku selamba.
“Eleh! Tak mengaku perempuan. Rambut tu dah panjang mengalahkan pontianak dah aku tengok!” kutuknya.
Aku mencebik. “Aku malaslah! Dah ramai yang kemas. Aku rasa dah siap pun,” laju aku memberikan alasan. Lagipun, betul apa? Bukannya tak ada orang lain dekat rumah tu. Kalau tak ada orang, memang tak patutlah aku tinggalkan. Hahaha!
Bunyi enjin kereta yang menghampiri membuatkan aku menoleh ke arah jalan. Eh? Macam pernah nampaklah kereta ni. Aku masih lagi berusaha melihat pemandu kereta. Erk! Abang Hafiz! Muka aku berubah. Laju aku mengalih pandangan ke arah sungai. Aduh! Kantoi! Janganlah....
“Siapa?” soal Yusuf apabila melihat muka aku berubah.
“Abang Hafiz.”
“Abang Hafiz? Anak Mak Long kau kan? Kenapa kau takut sangat? Kau gaduh dengan dia ke?” serkap Yusuf.
Aku menggeleng. Jangankan bergaduh, bercakap pun dah jarang sekali. “Tak adalah.” Risau dia cakap dengan mak ayah je aku dekat sini!
Yusuf memandang aku tak percaya. Aku buat muka bersahaja. Ada nanti dia banyak soal pulak.
“Lisa, malam ni malam raya kan?”
“Ha’ah...” aku mengangguk tanpa memikirkan apa-apa.
“Kitorang ada projek. Kau nak ikut?” soal Yusuf dengan kening sengaja dijungkitkan dua tiga kali.
Aku terdiam. Mencari-cari jawapan. Nak ikut ke tidak? Selalunya, malam-malam raya ni satu je projek diorang. Buat nakal, main mercun dekat-dekat rumah orang. Selalu sangat Tok Dolah membebelkan perangai diorang ni setiap kali raya. Memandang muka Yusuf dengan riak nakal tu, aku bagaikan tergoda untuk mengikut sekali.
Tanpa menunggu lama aku menjerit.
"NAK!!!"
Wah! Inilah baru namanya raya!

To be continued...

-----------
Tak sempat komen?
Jemput rate di bawah. :)