::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

26 September 2014

OMP UPDATE!




Assalamualaikum.
Apa khabar? Masih ingat saya? Hihi. Lama rasanya tak update blog @ fb. >.<  Maaf.
Sedikit berita gembira saya ingin kongsikan buat pengikut setia kisah OMP malam ni. Alhamdulillah, OMP sudah lulus penilaian untuk diterbitkan. Bila terbitnya? Belum tahu lagi. Insya Allah, sebarang update akan saya beritahu nanti ye. Terima kasih atas sokongan anda semua. Tiada anda, tiadalah OMP, tiadalah Hannah Dhaniyah.. :’)

17 July 2014

Mini Novel: Kasih Suci 2



Kasih Suci 2
DUA minggu aku terpaksa ke Kuantan, atas urusan kerja. Ada masanya, terasa bosan juga dengan gaya hidup macam ni. Kalau tidak bercuti di kampung, aku terpaksa ke sana-sini berkursus. Kalau tidak berkursus, aku duduklah di rumah sewa, menghabiskan waktu dengan buat apa yang patut. Kalau tidak menyiapkan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah, aku mengemas rumah. Kalau tidak pun, baking apa yang aku teringin nak makan. Yang lebih, aku berikan kepada anak jiran di sebelah rumah. Hendak lepak di shopping complex dengan kawan-kawan, aku rasa bukan umur aku untuk buat benda tu. Lagipun, kebanyakan kawan-kawan aku dah ada keluarga sendiri.

10 July 2014

Mini novel: Kasih Suci 1



Kasih Suci 1
Entah buat kali keberapa mak bisingkan aku masih tak ada tanda-tanda untuk mendirikan masjid. Sampaikan setiap kali balik ke kampung, soalan yang samalah yang asyik diulang berkali-kali sampai dekat dua bulan aku tak menjejakkan kaki ke sana. Bukannya apa, tak tahanlah aku hendak mendengar mak berleterkan aku.

05 May 2014

E-novel: Oh, My Prince! 38




Oh, My Prince! 38
            “Nak 100 Plus lagi ke?” Aku menyoal bila terpandangkan botol 100 Plus yang dia bawa sudah kosong.
            “Nak tolong belikan?” soal Hairi pula.
            Aku mengangguk lalu mengeluarkan beg duit. Kemudian, aku bangun dan melangkah ke meja urusetia. Mujurlah budak-budak ni rajin nak menjual air minuman isotonik. Nak ke vending machine, nun jauh menghala ke gelanggang tenis sana. Selepas membuat pembelian, aku kembali ke kerusi yang kami duduk. Hairi leka menyaksikan permainan di depan mata. Giliran dia lambat lagi. Kalau aku, mesti tak senang duduk sekarang ni.

14 April 2014

E-novel: Oh, My Prince! 37



Oh My Prince 37
            Hairi mengajak aku untuk sarapan terlebih dahulu sebelum ke komplek sukan universiti. Kami singgah di warung yang tidak jauh dari rumah aku. Hairi meminta satu set roti bakar bersama dua biji telur setengah masak manakala aku memilih nasi goreng untuk mengisi perut. Kami menikmati sarapan pagi dalam keadaan yang tenang sekali walaupun suasana sekeliling tak setenang mana. Ada saja suara kanak-kanak menjerit tiba-tiba. Sudahlah suaranya nyaring. Bila aku jeling Hairi, dia relaks saja. Aku pula yang bengang tak tentu hala.

31 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 36



Oh My Prince! 36
Sebaik saja kaki melangkah ke dalam Swensen’s, kami duduk di meja yang jauh daripada meja lain. Selesai membuat pesanan, perbualan kembali bersambung berkisarkan topik yang sama. Kahwin.
“Dulu, auntie dengan uncle tak kenal pun satu sama lain. Kami kahwin, semua family yang aturkan.” Auntie Mai membuka cerita semasa kami menunggu makanan tiba.

24 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 35



Oh My Prince 35
            Aku menarik nafas lega bila Auntie Mai mengajak aku keluar hari Sabtu. Rasa nak berjoget masa Hairi menceritakan rancangan Auntie Mai. Bukannya apa, aku lega gila bila dapat mengelak daripada menemani Hairi untuk sesi pemilihan. Sudahlah kena berdepan dengan  Putera Danial dekat sana. Tak suka betul aku bila kena berada dalam satu tempat yang sama dengan dua lelaki tu walaupun aku dan Putera Danial hanya berkawan.

17 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 34



Oh My Prince 34
            Aku sampai di bilik bila jam menunjukkan pukul sebelas. Tadi ada juga Putera Danial ajak aku lunch sekali, tapi aku menolak sebab risau kelam kabut bila nak pergi kelas petang ni. Selepas mandi dan bersiap, aku keluar untuk ke kelas.
Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari sewaktu aku turun daripada blok. Baru nak berjalan ke stesyen MRT, perut dah berkeriuk menandakan aku tengah lapar. Aku singgah di Onestop minimart. Seperti biasa, semangkuk mi segera dan sepaket coklat 3 in 1 aku capai. Hampir dua puluh minit juga aku duduk dan menikmati makanan tengah hari aku.

10 March 2014

E-novel: Oh My Prince! 33


Oh My Prince! 33
            Aku berlari masuk ke dalam Hospital Pakar Permata melalui pintu utama. Sebaik saja aku masuk di lobi hospital, aku menuju ke kaunter pertanyaan yang ada. Terpinga-pinga staf yang bekerja di situ melihatkan aku yang tercungap-cungap.
            “Danial... Danial Alauddin,” aku terhenti. Cuba menenangkan diri sebelum membuka mulut bertanya. “Danial Alauddin Ibni Sultan Hussin. Dia... accident tadi. Dia dekat mana sekarang?”

03 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 32



Oh My Prince 32
Aku tersedar bila telefon aku sudah berbunyi berkali-kali. Dalam keadaan mamai, aku menjawab panggilan yang aku tak tahu daripada siapa. Sayup-sayup aku mendengar suara Hairi di hujung talian.
            “Hrm... sayang? Ada apa telefon pagi-pagi ni?” soalku malas. Mata kembali dipejamkan.
            “Ada apa? Adele, cuba tengok jam dah pukul berapa?”

24 February 2014

E-novel: Oh My Prince! 30, 31




Oh My Prince 30
            Kami menikmati makan tengah hari dalam keadaan suasana yang paling senyap. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Aku menghela nafas perlahan. Kalau macam inilah gayanya, baiklah aku makan seorang diri. Makan berteman pun macam tak ada teman je gayanya. Aku mengerling ke arah Putera Danial yang menyuapkan sesudu spageti ke dalam mulut.
            “Kenapa, Adlina?” tegur Putera Danial bila tersedar aku memandang dia lama.

17 February 2014

E-novel: Oh, My Prince! 29



Oh, My Prince! 29
            Aku menutup pintu dan berjalan masuk ke dalam. Jasmine sedang membelek-belek sesuatu di atas rak yang melekat di dinding. Terpandangkan kehadiran aku berdekatan dengan dia, Jasmine menoleh.
“Panggil Danial. Cakap I nak jumpa,” arahnya.

10 February 2014

E-novel: Oh, My Prince! 28



Oh My Prince 28
            “Hairi masuk sports competition ke?” Putera Danial menyoal sewaktu kami berada di dalam kereta. Aku menjeling dia sekilas.
            “Mana awak tahu?”
            “Kami tak tahu sebab tu kami tanya, sayang...”
            Aku mencebik bila mendengarkan dia memanggil sayang. Tolonglah...

03 February 2014

E-novel: Oh, My Prince! 27



Oh My Prince! 27
            Aku bangun awal daripada biasa untuk mengikut Hairi untuk ke Komplek Sukan Pertama dekat Jalan Kenanga. Dia cakap nak praktis main badminton dengan kawan-kawan dia. Oleh sebab pasal nak pergi main badminton pun jadi isu hari tu, jadi bila dia ajak, terus aku bersetuju. Mujurlah ada dua je assignment nak kena submit minggu depan.

27 January 2014

E-novel: Oh, My Prince! 26



Oh My Prince 26
            Seperti dijanjikan, Hairi mengambil aku jam tujuh setengah. Aku mengenakan pakaian yang ringkas untuk ke rumah dia. Jeans dan blouse dan rambut aku biarkan lepas. Malas hendak memakai contactlenses seperti selalu, aku menyarungkan cermin mata ke muka.
            “Nampak lain bila sekali sekala kau pakai specs macam ni,” tegur Hairi sebaik saja aku masuk ke dalam perut kereta.

20 January 2014

E-novel: Oh My Prince! 25


Oh My Prince! 25
            Aku dan Hairi sama-sama berjalan melewati blok H. Kelas yang baru je tamat 5 minit lepas betul-betul membuatkan tenaga aku hilang. Mana tidaknya, hari ni hari jadual aku paling penuh. Selalunya, lepas kelas memang aku balik bilik dan tak keluar-keluar lagi. Pagi tadi, Hairi datang mengambil aku untuk bersama-sama ke kelas. Mujurlah dia bersikap macam biasa lepas peristiwa malam tadi.

16 January 2014

E-novel: Oh My Prince 24



Oh My Prince 24
            Aku tiba di depan pintu masuk Nori’s tepat jam lapan setengah malam seperti yang dijanjikan dengan Abang Jade. Tanpa melangkah masuk ke dalam restoran, aku membelok ke kanan untuk menuju ke pintu belakang restoran. Dalam pada itu sempat mata memerhatikan motorsikal yang Abang Jade selalu gunakan untuk menghantar pesanan. Mujur ada di tempat parking.

13 January 2014

E-novel: Oh, My Prince! 23



Oh My Prince 23
            Tamat kelas Prof Yash, aku dan Hairi berjalan meninggalkan blok H dan menuju ke kawasan parking kereta. Kami berjalan menalui susur gajah yang menghubungkan setiap bangunan yang ada di dalam universiti. Susur gajah yang sangat membantu kami apabila musim hujan tiba. Tak adalah kami kebasahan kalau hendak ke kelas.

06 January 2014

E-novel: Oh My Prince! 22

Oh My Prince 22
Cuti pertengahan semester tamat juga. Rasa tak puas pula cuti dua minggu yang pihak universiti berikan. Mujur tak kerja hari tu. Kalau tak, lagilah tak puas aku bercuti. Konon semangat nak kerja sangat. Aku ketawa sendiri mengenangkan semangat berkobar-kobar hendak mencari kerja hari tu.

01 January 2014

E-novel: Oh My Prince! 21



Oh My Prince 21
            “Kak Adele!” Acha tiba-tiba memanggil sewaktu aku hendak turun daripada kereta. Aku menoleh memandang Acha yang duduk di tengah-tengah antara aku dan Hairi.
            “Ada apa, Acha?”