::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

10 February 2014

E-novel: Oh, My Prince! 28



Oh My Prince 28
            “Hairi masuk sports competition ke?” Putera Danial menyoal sewaktu kami berada di dalam kereta. Aku menjeling dia sekilas.
            “Mana awak tahu?”
            “Kami tak tahu sebab tu kami tanya, sayang...”
            Aku mencebik bila mendengarkan dia memanggil sayang. Tolonglah...

“Hrm... dia masuk. Cita-cita konon nak wakil fakulti.”
            “Badminton?”
            “Hrm...” jawabku malas. “Awak dekat mana tadi? Macam mana boleh nampak saya dengan Hairi?”
            Court C.”
“Hah?! Saya tak nampak awak pun?!” aku sedikit terkejut.
“Kamu leka dengan novel kamu. Mana nak perasankan kami?”
Aku mencebik. “Yelah... ni kita nak pergi mana ni?”
Lunch.”
“Dekat mana?”
“Kediaman kami.”
Aku tersentak. “Hah?!”
Putera Danial hanya tersenyum. Matanya fokus memerhatikan keadaan jalan raya. Aku dah susah hati. Jangan cakap aku nak kena jumpa Sultan Hussin, Permaisuri Safiyyah hari ni?
“Jangan risau. Kediaman kami, rumah kami, bukannya balik istana,” jelas Putera Danial.
Aku mengerutkan dahi. Kalau rumah dia, bukan dekat istana ke? Tak faham aku. Takkanlah dia ada rumah lain? Istana sikit punya besar pun, nak duduk asing-asing ke? Akhirnya aku mendiamkan diri. Mata turut sama memerhatikan ke arah jalan. Tunggu dan lihat sajalah macam mana nanti.
***
Putera Danial membelokkan kereta dia ke pintu masuk Golden Palace Heights. Sebaik saja kereta melepasi guard, Putera Danial terus memandu ke basement, tempat meletak kereta. Segalanya nampak seperti biasa sehinggalah tiba-tiba dia berhenti di hadapan pintu besi dan pintu itu perlahan-lahan terbuka untuk kereta ini masuk. Dahi aku sudah berkerut.
Putera Danial memberhentikan kereta di dalam bilik kecil ni yang hanya berdindingkan kaca yang telus cahaya. Kemudian dia mengajak aku untuk keluar dari kereta. Aku terpinga-pinga. Dahsyatnya sampai tempat parking tuan putera seorang ni dalam bilik macam ni. Melihatkan aku nampak blur, Putera Danial menarik tangan aku untuk mengikut langkah dia. Kami keluar melalui sebuah pintu kaca yang ada.
Putera Danial bergerak ke arah  dinding yang terdapat panel suis. Aku hanya menjadi pemerhati apabila dia scan ibu jari dia dan menekan beberapa butang sebelum dia menarik tangan aku menuju ke lif penumpang. Apa yang dia buat tadi sebenarnya? Aku menoleh ke belakang. Aventador merah dia perlahan-lahan berpusing. Rahang aku jatuh sendiri.
Kami diam sepanjang perjalanan untuk naik ke atas. Sesekali aku memerhatikan keadaan sekeliling. Eksklusifnya! Tersedar tangan aku masih berada dalam pegangan dia, perlahan-lahan aku menarik tangan aku. Putera Danial menjeling aku dengan hujung mata. Bibirnya sedikit tersenyum melihatkan reaksi aku. Kawan apa kalau berpegangan tangan macam ni? Hairi tengok pun boleh mengamuk dia jadinya.
“Siapa je yang ada dekat rumah awak ni?”
“Kita berdua je.” Selamba saja dia menjawab. Aku dah mula tak senang duduk. Gila ke apa nak duduk berdua dengan dia dekat tempat tertutup macam tu?
“Jangan risaulah. Ada orang lain lagi. Kami tahu prinsip kamu...”
“Prinsip saya? Prinsip apa yang awak tahu?”
Well, kamu ni nampak je macam ni, tapi value kamu tinggi.”
Ringkas sekali penjelasan dia tapi sangat mendalam. Aku mula membandingkan lelaki ini dengan Hairi. Walaupun sekejap berkenalan dengan dia, tak pernah lagi dia mengambil kesempatan pelik-pelik dengan aku. Kalau Hairi... aku memegang pipi yang pernah bersentuhan dengan hidung dia. Aku mengeluh. Eh, sekejap! Macam mana dia boleh tahu prinsip aku?
“Awak...”
“Hrm?” pergerakan Putera Danial untuk membuka pintu terhenti. Dia memandang aku tenang. Tiba-tiba terasa kekok pula melihatkan pandangan dia yang redup tu.
“Awak... tak... cari tentang life saya di kampung, kan?” soalku teragak-agak. Dahi Putera Danial berkerut.
“Maksud kamu?”
“Err... tak ada apalah!”
“Kamu tanya soalan macam ni, buat kami lagi tertanya-tanya tahu?”
Alamak! Aku hanya tersengih menutup kegugupan. Jangan lepas aku tanya, tiba-tiba dia pergi cari keluarga aku di kampung sudah!
“Oklah. Selamat datang...” ucap Putera Danial sebaik saja membuka pintu rumahnya untuk aku. Senyumannya lebar terukir di wajahnya.
Bulat mata aku melihatkan perhiasan ruang tamu dia yang eksklusif. Gabungan warna hitam dan putih yang dia gunakan nampak naik sangat. Aku memerhatikan ke sekeliling rumah dia. Ruang tamu je dah macam sebesar rumah sewa aku je aku tengok. Sudahlah banyak dinding kaca berbanding dinding batu. Dahi aku berkerut. Bila melihatkan kereta dia sudah selamat berada di dalam garaj di luar rumah. Gila! Entah berapa juta dolar rumah ni.
“Awak tak pasang langsir ke?” aku menyoal bila melihatkan dinding kaca kosong tak berlangsir.
Putera Danial memandang aku terkejut. “Langsir?”
Aku menunjukkan tingkap.
“Dalam banyak-banyak benda kamu boleh tegur, langsir juga yang kamu nampak ya? Kenapa? Risau kalau kita duduk sini nanti, orang boleh nampak dari luar apa kita buat, ya?” Putera Danial mengenyitkan mata nakal. Aku mencebik. Aku pula yang kena.
“Buat apa saya nak duduk sini dengan awak?”
Well, kalau kita dah kahwin nanti, takkan nak duduk asing-asing...”
Aku membuat muka. Dah mula lah tu. Malas mahu memanjangkan perbualan, aku melangkah meninggalkan dia di belakang. Teringin juga nak pergi setiap pelusuk apartment dia ni. Tapi macam tak beradab pula. Aku berjalan di sekeliling ruang tamu. Masuk ke ruang makan dan kemudian berjalan melintasi satu pintu yang terbuka. Terpandangkan Joe yang lengkap berapron sedang memotong sesuatu di atas papan memotong, aku sedikit terjerit.
“Eh...?!”
Joe mengangkat muka. Kemudian dia tersenyum sekilas sebelum menyambung kembali kerja-kerja dia.
“Kenapa Adlina?”
“Tu...” aku menunjukkan ke arah Joe. Keliru bila tengok Joe menyiapkan bahan untuk memasak.
“Oh. Joe. Kenapa?” Putera Danial memandang aku pelik.
“Tak tahu pula saya, Joe ni bodyguard merangkap tukang masak awak?”
“Bila masa dia tukang masak kami?” soalan aku dibalas dengan soalan.
“Habis tu?”
“Dia pembantu chef je. Chef untuk hari ni, kamulah!”
“Saya?!” aku dah terjerit. “Apa pasal pula saya? Awak yang sibuk sangat nak ajak saya lunch?”
Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba aku nak kena masak ni? Ni yang nak marah ni! Aku dah tayang muka tak puas hati. Melihatkan reaksi aku, Putera Danial ketawa. Selamba tangannya menggosok perlahan kepala aku.
“Kamu ni... kami bergurau je. Hari ni, kami nak masak special untuk kamu.”
Aku menjeling dia geram. “Untuk Hairi pun saya tak pernah masakkan tau! Tiba-tiba nak masakkan untuk awak. Marahlah saya...”
“Oh? Kalau macam tu, akan datang kamu masakkan untuk kamilah, ya? Boleh jadi lelaki pertama yang rasa masakan kamu.” Dia tersengih.
Aku membuat muka. Malas hendak menjawab. Aku melangkah ke arah Joe yang leka memotong lobak merah. Laju saja dia melakukan kerjanya. Melihatkan bahan-bahan yang ada atas kaunter ni, dah boleh agak apa tuan putera seorang ni nak masak. Aku mengeluarkan bangku dari bawah kaunter. Sambil duduk, aku memerhatikan Joe melakukan kerja-kerjanya. Putera Danial pula meminta diri untuk ke bilik.
“Kesian awak kan...” kataku perlahan. Joe memandang aku sekilas.
“Kenapa?”
“Tak adalah. Kena ikut je apa yang bos awak tu suruh. Dengan saya-saya pun tak boleh nak mengelak kalau dia nakkan sesuatu.” Aku merungut. Joe ketawa.
“Putera Danial tu baik je. Sepanjang saya berkerja dengan dia, dia tak banyak masalah.”
Aku hanya menjongketkan bahu. Tak tahu hendak komen apa.
“Awak duduk sini dengan dia ke?”
Joe mengangguk. Selesai memotong lobak, dia meletakkan lobak-lobak itu ke dalam mangkuk kaca. Kemudian dia mengeluarkan periuk dan dia isikan dengan air sebelum diletakkan periuk itu ke atas dapur.
“Berdua je?”
“Dengan Zul.”
“Putera Danial tu kena buang dari istana ke?” aku merisik lagi tentang putera seorang tu.
“Siapa yang kena buang istana, Adlina?”
Aku tersentak. Joe pula hanya tersengih memandang aku apabila Putera Danial tiba-tiba dah berdiri di sebelah kaunter.
“Awaklah!”
“Kenapa kamu cakap macam tu?”
“Tak adalah. Awak duduk sini, tak duduk di istana. Awak belajar dekat universiti awam tu, bukan dekat universiti diraja. Awak banyak habiskan masa dengan err... rakyat jelata, dan tak banyak habiskan masa dekat istana sana.”
Mendengarkan komen aku yang panjang berjela, Putera Danial ketawa besar. Kemudian dia menggelen-gelengkan kepala dia. “Macam-macam kamu ni, Adlina. Kelakar juga kamu ni!
“Dah siap, Joe?”
“Dah tuanku.”
“Ok. Awak pergilah sediakan apa yang patut di meja makan.” Dia mengarahkan. Tak mahu menganggu Putera Danial memasak, aku bangun daripada duduk dan berjalan menuju ke ruang tamu.
“Eh, Adlina nak ke mana? Duduklah sini, teman kami memasak.”
“Eh. Tak apalah. Saya duduk dekat depan. Boleh tengok-tengok rumah awak ni.”
“Oh! Okaylah kalau macam tu. Buatlah macam rumah sendiri.” Dia mengenyitkan mata lagi. Aku pula hanya menjelirkan lidah. Mengada!
Aku melangkah keluar dari dapur. Joe tengah menyusun pinggan dan kutleri di atas meja makan. Aku berjalan pula ke arah tingkap, teringin hendak melihat pemandangan Amanjaya daripada tingkat lima belas ni. Rasa miskin gila bila masuk apartment Putera Danial ni. Bilik aku dahlah sekecik-kecik bilik. Mana nak bandingkan dengan apartment dia yang gila besar ni. Mesti dia pun terkejut tengok keadaan bilik aku hari tu.
Khayalan aku mati apabila terdengar loceng berbunyi. Aku berbalas pandangan dengan Joe. Melihatkan dia pun tengah sibuk, aku menawarkan diri untuk membuka pintu. Bulat mata aku memandang insan yang berdiri di hadapan aku. Jasmine! Satu-satunya penyanyi yang aku minati sejak dia debut sebagai artis pop tiga tahun lepas. Rahang aku jatuh. Macam bermimpi je melihatkan penyanyi kesayangan dekat depan mata.
“Who are you?” Jasmine memandang aku dengan riak tak puas hati. Aku pula terkelu tak tahu nak menjawab apa. Hanya bibir yang mampu membentuk senyuman untuk dihadiahkan kepada dia.
Maid baru ya? Danial ada? I call dia asyik engaged saja.”
Jasmine menolak badan aku ke tepi dan dia melangkah masuk ke dalam dengan lagak sombong. Terkelu dengan tindakan dia, aku hanya memerhatikan gelagat Jasmine yang selamba berjalan masuk mencari Putera Danial. Kurang ajar juga dia ni rupanya. Kalau iya pun aku ni ‘maid’ dekat sini, tak perlu rasanya nak tayang muka sombong dan tolak aku macam tadi. Tapi, yang aku musykil, apa hubungan dia dengan Putera Danial? Hati aku mula disapa rasa ingin tahu.
xxx
Jeng jeng jeng! xD

8 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Ohnooo!!! This story really make my day! Untungla Adlina dpt pergi rumah Tn Putera. Eksklusif gitu. Hahaha. Part verangan itu best. Ok part Jasmine tu makin menggula-gulakan cerita ni. Putera jual mahal dgn Jasmine. Kalau Tn Putera tahu kisah Adlina kt kampung bagaiman reaksi dia agaknya.. Hopefully that thing is not a big matter for him.
Smkn adventure. Keep it up! :) Next entry as usual? Monday lagi ke? By mean time pls update Bidadari. hehe

baby mio said...

BEST....

Peminat Prince said...

Maka akan timbul lah konflik lepasni. Agak2 apa jwpn Putera bila Jasmine tny sapa Adelia tu kan..

Good job writer. Smkn best cerita ni.

Anonymous said...

xsbr nk tnggu next entry..nk taw jd mcm mna..

Anonymous said...

Haishhh...mesti propa nye bile tetibe jasmine terlibat dgn prince tuh... silap2 bikin kecoh smer suratkabo magazine bagai...
agak2 prince anta org siasat ttg background adele x?

Fiesha Ibrahim said...

Knp lmbt ni? Xsbr nk tggu next n3

Mim Sulaiman said...

Ok, I juz did a reading marathon & now I'm hooked! Adele's life is sooo complicated...gd job, writer ;)

Mim Sulaiman said...

Ok, I juz did a reading marathon & now I'm hooked! Adele's life is sooo complicated...gd job, writer ;)