::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

31 March 2011

Suami Aku Ustaz?! 25 i

Aku baring golek-golek atas katil macam orang dah habis sekolah. Sepatutnya, orang yang nak ambil SPM ni, kena belajar. Ini aku punya relaks, macamlah soalan SPM tu aku yang buat. Walhal, trial boleh dikira dengan jari je berapa bulan lagi. Eh? Ke berapa minggu? Jangan hari sudahlah. Memang sengaja gali lubang kubur namanya. Walaupun trial je, tapi kalau trial pun tak boleh buat, SPM apatah lagilah kan?
Tadi awal malam, Umi ajak aku masuk dapur. Bukan masuk dapur suka-suka nak buat survey hiasan dalaman, tapi Umi ajak aku teman dia masak. Atau dalam kata lebih mudah, Umi suruh aku belajar masak. Ceh! Aku tak tahulah daripada mana Umi tahu aku tak suka dan tak pandai memasak ni. Tapi, siapa je lagi pusat sumber maklumat aku kalau bukan Mohd Nor Hafiz tu.
Aku cuba pejamkan mata, tapi rasa mengantuk tak juga datang menjengah. Iyalah, jam pun baru pukul sembilan. Umi dengan Walid dekat depan. Aku pulak bagi alasan masuk bilik awal nak siapkan kerja sekolah. Hrm... Kerja sekolah apanya? Daripada tadi aku lagi banyak berfikir benda lain daripada berfikir pasal belajar. Benda lain? Ok. Aku mengakulah yang tunggu orang yang kata nak call tadi tapi sampai sekarang tak call. Huh! Satu kerja aku pun tak jalan.
Handset yang tiba-tiba melagukan lagu Avril Lavigne – When You’re Gone buat aku terkaku sekejap memandang handset dekat sebelah. Dahi aku dah berkerut. Bila masa pulak lagu ni ada dekat dalam handset ni? Dan, bila masa pulak caller ringtone aku bertukar ni? Seingat aku, aku pakai ringtone nokia biasa je. Masa dekat sekolah tadi aku set dekat mode silent. Baru ni aku tersedar yang ringtone biasa aku dah jadi luar biasa.
Bila handset berbunyi lagi sekali, barulah tangan aku ni mampu nak bergerak capai handset yang ada dekat sebelah. Walaupun lagu tu sedap dan jiwang yang amat, tapi aku kesian jugak dekat Avril Lavigne yang dah melalak-lalak daripada tadi. Aku tahan bibir daripada nak tersenyum bila baca nama pemanggil. Kalau dia dekat depan aku, sah-sah kantoi terang tang tang. Mesti dia cakap aku anagau. Isk! Button hijau aku tekan. Dengan lemah gemalai handset aku dekatkan ke telinga.

“Tak boring ke call Lisa tiga kali sehari?” Tak sempat Abang Hafiz bersuara aku dah bertanya.
“Tak adalah. Kenapa nak boring? Or Lisa yang boring dengar suara abang tiga kali sehari?”
Aku mencebik. Tiru ayat aku. Ceh. “Tak adalah...”
Erk! Aku dengar ada suara ketawa dengar jawapan aku. Sukalah tu aku terlepas cakap. Terlepas ok? Bukan ikhlas dari hati. Aku memang boring gila dengar suara dia. Ah! Tapikan, bukan ke apa yang kau rasa selalunya akan terlepas cakap, Lisa? Spontan muka aku panas. Kureng betul! Doa apalah yang dia baca masa call aku tadi ni?
“Kenapa Lisa lambat angkat? Tengah buat kerja ke?”
“Tak adalah. Tak perasan handset bunyi.”
Aku main dengan hujung bantal. Masa angkat muka, terpandangkan reflection aku dekan cermin. Apahal gaya aku berbual dekat handset macam orang tengah bercinta? Tiba-tiba aku terasa segan sendiri. Laju aku tukar posing.
“Hai? Tak perasan? Berangankan siapa? Teringatkan abang ke?”
Suhu muka aku naik lagi dua degree celcius. Dia ni, kalau depan aku macam boleh baca fikiran aku. Dah jauh ni pun, takkan boleh baca suara aku? Suara? Sungguh tak logik di situ.
“Ceh... tak kuasa. Baik Lisa hafal lens law.” Laju aku menjawab.
“Hah, iyalah. Hafal ye. Bawak tidur.” Dia menyindir.
Gelak besar aku dengar nada suara dia macam merajuk. Bawak tidur? Hahaha! Sekalipun aku rebus refference book Pelangi tu, aku minum air dia belum tentu aku A1 SPM tahu?
“Apa je program abang dekat sana?” Tiba-tiba aku jadi ramah nak berbual dengan dia.
“Biasa je. Pagi petang seminar. Malam baru free sikit. Tak pack sangatlah kursus ni. Ni baru lepas dinner.”
Dinner? Tiba-tiba aku teruja sekejap. “Mesti makan sedap. Makan kat hotel ke?”
Abang Hafiz ketawa. “Tak adalah. Makan kedai dekat luarlah Lisa. Umi masak apa tadi?”
“Dalca daging.”
“Oh sedap! Umi yang masak ke Lisa yang masak?”
Aku terasa pelik dengan soalan Abang Hafiz. Kenapa aku rasa macam Umi dengan Abang Hafiz ada komplot yang aku tak tahu je ni?
“Did Umi tell you anything?”
Abang Hafiz dah ketawa besar. “Abang baru lepas call Umi tadi.”
Aku buat muka dengar jawapan Abang Hafiz. “Ceh! Baik tak payah. Mesti daripada A sampai Z abang dah tahu kan?” Daripada macam mana slownya aku potong bawang sampai siap masak dalca tu. Umi siap komen lagi, aku potong bawang macam guna pembaris!
“Agaknya kalau dekat rumah, mesti abang report bukan-bukan dengan Umi kan?” tanya aku lagi. Ah! Terasa tak bebas gila hidup macam ni. Kalau dengan Umi, Umi cerita dengan Abang Hafiz apa yang aku buat. Bosan betul.
“Mana ada. Cuba jangan fikir benda yang bukan-bukan?”
Aku diam tak menjawab.

“Hrm? So, how is your day, today?” Abang hafiz dah tukar topik. Malas nak panjangkan topik tadi agaknya.
“Biasa je.”
“Iya? Sekolah macam mana?”
Ngee... aku dah terasa boring berbual. Tak ada topik lain ke nak bercerita selain hal sekolah? Hish. Kalau macam inilah gayanya, cancel aku nak jadi Ustazah. Hahaha!
“Bosan.”
“Kenapa? Sebab abang tak ada?”
Dahi aku dah berkerut. “Eh? Mana abang tahu ni? Serius bosan sebab abang tak ada. Zzzz... ” Mendatar je suara aku. Nampak sangat tengah menyindir. Kalau time chatting orang selalu taip huruf ‘z’ tanda malas nak layan. Ni time berbual aku pronounce terus huruf tu.
“Amboi. Abang tak ada betul nanti, baru tahu bosan ke tak?”
Tersentap sekejap aku bila dia cakap macam tu. Isk! Apalah dia ni. “Kenapa? Abang nak pindah sekolah ke?” Sengaja aku tanya macam tu. Nak hilangkan rasa tak sedap hati dekat dalam ni.
“Abang, tadi kan Cikgu Liana kan...” Saja je aku buat-buat bunyi susupen sikit. Teringatkan kes Cikgu Liana masa dekat sekolah tadi, terasa nak bercerita dekat Ustaz ni. Kes? Gaya macam Cikgu Liana ditangkap tengah langgar tatatertib cikgu dekat sekolah je
“Kenapa dengan dia?”
Akhirnya Abang Hafiz bertanya bila aku lambat sangat nak bercerita. Aku tersenyum simpul. Laju aku bercerita peristiwa dekat sekolah tadi. Abang Hafiz tak menyampuk. Cuma sesekali je dia ketawa.
“Itulah. Lain kali jangan fikir buruk orang je.” Sempat dia menegur.
Aku buat muka. Ceh. “Bukan fikir buruk. Tapi dah kebetulan dia yang tahu pasal kita. Lepas tu, dia panggil Lisa pergi bilik guru. Macam mana tak terfikir yang bukan-bukan?”
“Hrm... Kalau dia tanya abang macam mana kita kahwin, Lisa nak abang cerita?”
Aku mencebik. Benda tu jugak yang dijadikan hal. Macamlah kisah kitorang kahwin hot sangat. Kalau bagi dekat surat khabar, belum tentu laku. Kalau nak lakukan pun mungkin diorang akan bagi tajuk yang catchy sikit. Contohnya, Ustaz menikah dengan anak murid bawah umur. Itupun orang boleh cakap, kitaorang kena tangkap basah. Tak pun aku kena kahwin paksa. Haish! Apa ke jauh sangat aku merepek ni?
“Tak payahlah. Tak ada yang menarik pun.”
“Eh? Iya ke? Kan menarik kisah kita?” Abang Hafiz ketawa.
“Eh! Menarik gila. Macam kisah cinta artis gitu kan?”
“Hai... Lisa, Lisa...” Itu je balasan dia.
Aku tak tahu kenapa rancak pulak kitorang berbual malam ni. Selalunya aku banyak diamkan diri daripada dia.
“Lisa...”
“Hrm?”
“Suka dengar Lisa macam ni.”
Kening aku bertaut. “Kenapa?”
“Sebab selalunya kalau dekat rumah, abang yang banyak cakap daripada Lisa.”
Aku terpegun sekejap. Tak sangka kitorang berfikir benda yang sama. Aku diam tak menjawab.
“Oklah. Lisa pergilah study. Nanti lambat sangat, mengantuk pulak. Esok balik rumah dulu ye baru pergi sekolah?” Dia bertanya. Mesti Umi dah cerita tadi.
“Hrm.”
“Oklah. Jaga diri. Jaga iman. Assalamualaikum.” Seperti biasa pesanan dia bila nak pergi.
Aku menjawab salam didalam hati. Dah rancak-ancak berbual tiba-tiba jadi macam dulu. Ah! Tiba-tiba rasa macam tak pernah berbual dengan dia selama ni. Habislah aku kena gula dengan Wati kalau dia tahu ni.

27 March 2011

Suami Aku Ustaz?! 24

Aku bangun bila jam menunjukkan dah nak masuk pukul lima setengah. Makin aku baring, ada yang tertidur atas katil ni. Aku ni bukannya boleh percaya sangat. Sedangkan nak tunggu Isyak lepas mengaji pun boleh terlelap, ini pulak memang dah sedap-sedap baring atas katil. Lagilah senang je mata ni nak tertutup. Sebelum mengambil wudhu’, aku terus salin baju sekolah aku. Selesa sikit nak solat. Elok lepas solat, pintu bilik diketuk daripada luar. Terus aku bukak pintu. Bibir menghadiahkan senyuman bila terpandangkan muka Umi.
“Lisa tengah buat apa?” Lembut Umi bertanya.
“Baru lepas solat. Kenapa Umi?”
“Walid ajak pergi kebun petang ni. Lisa nak ikut ke nak duduk rumah je, rehat?”
Aku menjeling jam dinding yang tergantung dekat ruang makan. Dah nak masuk pukul enam.
“Tak lambat sangat ke Umi? Dah dekat pukul enam ni?”
Umi tersenyum. “Dekat je kebunnya. Naik kereta tak sampai sepuluh minit. Lagipun, bukan nak buat apa. Walid nak ambil pisang je. Hari tu tengok tak sesuai lagi nak ambil. Tak ambil hari ni, takut esok ada hal lain pula. Ada makan di burung pisang tu nanti. Lisa nak ikut ke? Kalau nak, siaplah. Nanti terus pergi.”
Aku diam je dengar Umi bercakap. Kat otak dah membayangkan kebun. Kebun maka isinya ada pokok dan semak walaupun tak banyak. Pergi waktu petang macam ni, maka kawannya nyamuk. Aku dan nyamuk? Memanglah cinta bertepuk sebelah tangan. Si nyamuk sibuk nak bagi love bite, aku pulak sibuk tepuk sebelah tangan. Akibatnya? Ada dua tiga hari kesan kena gigit nyamuk tak hilang. Aduh!
Tapi, masa-masa macam ini ajelah aku boleh nak rapat dengan mak dan ayah mentua aku ni. Walaupun aku ni jenis pendiam kalau dengan diorang, takkanlah balik rumah ni terus menerus nak jadi pendiam. Bila lagi nak ambil hati diorang, kan? Akhirnya aku mengangguk. Nasib baik aku tak mandi lagi tadi.
“Siaplah. Lepas tu terus pergi.”

Lepas sarung tudung, terus aku lepak dekat ruang tamu. Tangan bermain dengan handset. Sekali orang tengok, macam orang tengah berbalas-balas mesej. Tapi kalau di tengok betul-betul, orang cakap aku gila. Mana taknya, daripada tadi aku duk bukak tutup, bukak tutup mesej yang sama. Nak delete, tak terdelete. Lepas tu, kalau baca sepuluh kali, sepuluh kali lah aku tersengih. Kalau lebih? Korang fikir ajelah sendiri. Bengong dah aku ni agaknya.
“Senyumkan apa?”
Hilang terus senyuman dekat muka aku. Hai... kalau dengan si anak aku terkantoi, dengan mak dia pun perlu ke aku terkantoi semua benda?
“Tak ada apa umi!” Ceh. Berahsia pulak aku ni. Aku terus bangun bila Umi dah berjalan ke pintu. Walid dah sedia menunggu di dalam kereta. Tak penat ke Walid ni? Dari pagi sampai ke petang dekat pejabat. Habis office hour, boleh pulak ke kebun lagi. Agaknya sebab itulah Walid ni badan dia fit. Sekali, malam pun setiap malam dia qiam agaknya.

Cakap pasal qiam, tiba-tiba aku teringat kisah Salahuddin Al-Ayubi dengan askar-askar dia. Tengah-tengah perang, dah malam pun boleh larat lagi nak qiam semua. Sebab itulah diorang boleh menang agaknya. Sebab berperang tu kerana Allah, ikut kata ketua diorang, Salahuddin Al-Ayubi pun sebab Allah. Jadi bila buat rancangan apa-apa senang nak ikut, sebab? Ikut kerana Allah.Wah... Bagus cerita ni kalau kita bagi dekat askar-askar kita. Bagi diorang berhati waja sikit. Eleh, Alisa... Cakap nak gah! Kalau engkau yang cakap, manalah ada orang yang nak dengar. Sebabnya? Engkau pun dua kali lima je macam diorang. Abang Hafiz paksa bangun, barulah nak bangun. Walhal diri sendiri pun tengah berperang jugak. Ok, silap. Berjihad. Menuntut ilmu pun berjihad apa?
“Hafiz tak ada call?”
Terpinga-pinga sekejap aku bila kena soal tiba-tiba. Aku mengangkat muka dengan menayangkan muka blur.
“Lisa ni, daripada tadi Umi perasan dia leka. Fikirkan apa Lisa?”
Aku tersengih. Takkan nak cakap aku leka duk menatap mesej anak dia masa anak dia tak ada? Bikin malu je. Ada Umi ingat aku ni dah pandai menggatal. Isk! Aku tengok mesej ini pun bukannya apa. Sebab teringat kebodohan aku tadi je sampai dah buat aku malu. Itu je ok? Bukan sebab aku rindu kat Ustaz tu. Huh tak kuasa.
“Tak ada apa Umi. Baca mesej lawak tadi. Umi tanya apa tadi? Abang Hafiz?” Cepat-cepat aku tukar topik lepas bagi alasan.
“Walid yang tanya. Hafiz tak ada call ke?” Walid pula yang bersuara.
“Oh!” Aku mengangguk. “Ada tadi. Masa baru sampai. Kenapa, Walid?”
“Hafiz tu, risau betul nak tinggalkan kamu dekat rumah. Siap minta Umi dengan Walid pergi sana kalau kamu tak balik.”
Ternganga aku dengar ayat yang keluar daripada mulut Umi. Dia suruh Umi dengan Walid datang? Apa dia ingat aku tak pandai jaga diri ke? Aku mencebik. Aku ni, walaupun baru tujuh belas, aku dah besar tau? Mesti dia risau kalau aku keluar lepak dengan Joe agaknya. Ngee...
“Sekarang ni macam-macam kes. Baru-baru ni dekat kampung, ada rumah kena pecah masuk. Itu ada orang tu. Cuba Lisa bayangkan kalau apa-apa jadi dan Lisa seorang je dekat rumah? Nauzubillah!”
Terdiam sekejap hati aku daripada memberontak. Tiba-tiba rasa terharu. Oh, ok. Memang perempuan jarang berfikir panjang. Eheh! Aku ni di antaranya lah. Manalah sampai terfikir benda tu semua. Tapi, alah... Abang Hafiz tu, kecoh je lebih. Kawasan rumah aku itukan kawasan yang apa tu... rukun tetangga? Yang malam-malam ada orang berjalan tengok kawasan kampung. Tapi itu dululah. Masa awal-awal popular. Siap masuk surat khabar lagi. Sekarang? Wallahualam.
“Oh. Itulah. Lisa saja je menyakat Abang Hafiz hari tu cakap tak nak balik. Tak sangka pulak dia siap suruh Umi dengan Walid datang jenguk Lisa. Apalah abang tu.” Ceh! Buat ayat bagus pulak ye, Lisa
eh?
Walid ketawa. “Orang sayang Lisa. Kalau tak sayang, tak adanya Hafiz nak ambil berat. Lagipun memang Walid dengan Umi dah cadang nak ke sana malam ni.”
Aku tersenyum sumbing. Orang dah sayang? Hrm.. entah iya entah tidak. Tapi part ambil berat itu aku percayalah. Masuk Walid, dah dua orang yang cakap perhatian Ustaz dekat aku ni, lebih sikit. Siapa lagi seorang? Wati lah.
“Pakaian untuk sekolah esok ada?”
Aku tersengih menampakkan gigi. Lepas tu aku menggeleng. Manalah ada! Dah sah-sah tadi aku balik sehelai sepinggang. Nak pakai baju tadi? Euw...
“Esok pagi-pagi kena balik sanalah dulu.”
Dan aku hanya mengiyakan. Hai... Ini yang aku malas nak balik sini. Tak pasal-pasal kena bangun awal esok. Nasib baik aku memang jenis gosok baju seminggu terus. Alah, salah sendiri jugak. Laju je bawak motor balik rumah Umi tadi. Kan boleh siap-siap baru balik.

Belum sempat kerusi kereta ni panas, Walid dah berhentikan kereta. Aku memerhatikan kawasan kebun. Nak cakap apa ye? Dah namanya kebun, memang macam inilah. Banyak jugak pokok buah yang ada. Yang kat depan ada pokok pisang yang banyak. Dekat dalam tu macam nampak ada daun pokok durian, sukun pun macam ada. Rambutan, duku. Ah, standardlah kebun dekat Malaysia ni. Kalau nak jumpa strawberry, pergi panjat Cameron Highland lah. Itupun jumpa yang masam.
Belum sempat aku nak melangkah mengikut langkah Umi dengan Walid, tiba-tiba pipi dah terasa gatal. Cis. Tak guna punya nyamuk. Dia buat pesta darah pulak sambut kedatangan aku dekat sini. Kan dah tak pasal-pasal kena maki. Nak tak nak, aku gagahkan jugaklah kaki masuk ke kebun. Kalau diikutkan hati, nak je aku mintak kunci kereta daripada Walid. Tapi, nanti risau pulak kalau Umi pandang aku lain nanti.
Kalau Umi dengan Walid sibuk ambil pisang dengan tebang pokok pisang yang memang tak akan berbuah dua kali, aku pulak sibuk mengajar nyamuk yang sibuk mengerjakan darah aku. Baru bunuh seekor, datang lagi seekor. Bagus jugak nyamuk ni tak serang sebatalion terus. Kalau tak, memang kering darah aku. Nyamuk ni mengingatkan aku dekat Namrud. Punyalah kalau kita ni riak lebih-lebih, tak payah tunggu gajah, nyamuk yang halus itu pun boleh bunuh. Allahuakbar.
Eh, sekejap. Aku pelik degan diri aku hari ni. Kenapa semua benda aku nak kaitkan dengan sirah ni? Ahah! Lupa pulak. Kan ada dekat buku teks sejarah (nama lain bagi sirah), siapa yang tak mengingati sejarah, dia akan mengulanginya kembali. Patutlah orang zaman sekarang dok sakan buang anak, buat hubungan songsang, buat maksiat. Mesti lupa sejarah zaman jahiliah dengan kaum Nabi Luth dulu.

“Lisa ok ke?”
Spontan aku menurunkan tangan yang tadi duk tergaru-garu badan yang kena gigit nyamuk.
“Ok je Umi. Kenapa?”
“Tolong bawakkan pisang ni dekat kereta.” Umi menunjukkan setandan pisang tanduk yang masih hijau. Buat kerepek pisang sedap ni.
Aku mengangguk. Elok aku berdiri sebelah Umi nak ambil pisang, Umi dah pegang muka aku.
“Ya Allah, banyaknya bintat!”
*bintat-kesan gigit nyamuk. :)
Aku sengih nak tak nak. Bukannya sengih suka. Sengih tension sebab jadi tumpuan nyamuk. Kena pulak pakai t-shirt hitam. Lagi bertambah sukalah nyamuk tu.
“Lepas ni kena rajin ikut Umi dengan Walid ke sinilah. Biasakan diri dengan nyamuk. Baru nanti nyamuk tak kisah dah.” Umi mengusik.
Aku mencebik. “Lagi menggemukkan nyamuk adalah Umi.” Sopan je aku menjawab. Kalau dengan Abang Hafiz, sedas dah aku bagi.
Umi masih tersenyum. “Kesian anak Umi. Pergilah dekat kereta. Tak lama dah ni. Tunggu Walid nak bersihkan sikit bawah pokok pulasan tu. Lepas ni kita balik.”
Itu yang aku nak dengar tu. Laju aku mengangkat pisang menuju ke kereta. Lega oh bila dapat keluar daripada kebun ni. Walaupun tak duduk dalam kereta, sekurang-kurangnya tempat aku tunggu ni kawasan yang lapang sikit.

Handset yang vibrate membuatkan aku tersenyum walaupun belum tengok nama pemanggil. Hati berbunga-bunga? Rasanya tak adalah sampai ke tahap tu. Tengok skrin handset, senyuman dekat muka aku hilang terus. Malas je aku nak angkat call dari Cik Wati seorang ni.
“Ada apa?”
“Waalaikumussalam!” Wati menyindir.
Aku mencebik. “Iyalah... iyalah! Assalamualaikum!”
Wati dah ketawa. “Waalaikumussalam. Hah... Pandai pun beri salam! Kan tanda kiamat kecil tu bila orang tak bagi salam kecuali dekat orang kenal je. Yang kau ni? Aku yang dah terbelih kenal pun tak nak beri salam apa cerita? Kau dekat mana ni? Kata nak aku teman kau malam ni?”
Aku buat muka. Tak ada Ustaz Hafiz, orang lain pulak yang bagi tazkirah. “ Aku dekat kebun. Ikut Umi dengan Walid.” Ringkas aku menjawab.
“Umi? Walid? Bakal mertua aku ke?” soal Wati.
Dahi aku dah berkerut. “Apahal pulak?” Suka-suka hati dia je mengaku mertua aku tu bakal mertua dia.
“Iyalah. Nak kata mak dengan ayah kau, tak logik sebab hujung minggu ni baru balik. So siapa lagi kan? Mestilah bakal mertua aku. Aku kan second-wife-to-be, Ustaz Hafiz?”
“Ah, blah kau.” Spontan aku menjawab. Merepek je budak ni.
Tiba-tiba Wati ketawa. “See? Tak mengaku sayang dia, suka dia. Aku acah sikit, terus gelabah!”
Muka aku panas sekejap. Isk! “Mana ada. Alah, kalau dia nak kahwin sepuluh pun aku tak kisahlah.”
“Memanglah kau tak kisah dia kahwin sepuluh. Sebab tak dibenarkan dalam Islam. Cuba kalau dua, tiga atau empat? Mesti dah melayang kuali kat dapur walaupun aku tahu kau tak pandai masak!” Makin sakan Wati mengenakan aku. Ada sahaja idea dia nak menyakat. Pantang aku salah sebut sikit.
“Suka hati engkaulah. Malas nak layan! Hah, ada apa call?” Baru habis soalan aku, tiba-tiba terdengar bunyi beep tanda ada call lain tengah masuk. Spontan aku menjarakkan handset daripada telinga. Nama pemanggil aku baca.
“Weh kau dengar ke tak ni? Kenapa aku rasa macam tengah cakap sorang-sorang?” Wati membebel.
Aku tersengih. “Wati, ada call masuk. Nanti aku call kau malam ni. Assalamualaikum!” Siang-siang aku beri salam sebelum dia sindir lagi sekali.

Lepas putuskan talian dengan Wati, aku angkat call Abang Hafiz. Mata memerhatikan Umi dengan Walid yang dah berjalan keluar dari kebun.
“Ada apa call? Kan tadi dah call?” laju aku bertanya lepas menjawab salam.
“Hai? Tak suka kena call? Ke tunggu call orang lain? Tadi beriya-iya marahkan abang tak call.” Dia mengungkit.
Muka aku panas sekejap. “Mana ada tunggu call sesiapa?” Eheh. Tadi masa Wati call, bukan ke kau harap nama dia yang keluar?
“Iyalah. Siapalah kita ni. Tadi call sekejap sangat. Tak dapat nak berbual lama. Lisa tengah buat apa?”
“Dekat kebun. Ikut Umi dengan Walid.”
“Kat kebun? Yang abang dok dengar bunyi pukul tu apa?”
Aku tersengih. “Nyamuklah. Habis satu badan kena gigit.”
Abang Hafiz dah ketawa besar. Dia ni... kalau tak ada Umi dengan Walid dekat sini, memang dah kena sembur dengan aku. Ceh, gaya macam berani je kan?
“Abang Hafiz call,” kata aku bila Umi mengangkat kening bertanya. Tersenyum panjang Umi dengar jawapan aku.
“Kenapa?” Abang Hafiz pulak yang bertanya dekat talian.
“Umi tanya siapa. Dia takut Lisa berbual dengan lelaki lain agaknya.” Mesti dia ingat masa aku berborak dengan Joe dekat belakang rumah hari tu.
“Bukan Umi je yang risau. Abang pun.”
Terkelu sekejap aku dengar ayat yang keluar daripada mulut Abang Hafiz.
“Apa-apalah.” Aku malas nak layan. Buat apa nak bagi jantung aku gedebuk gedebak je kerjanya. Penat oh!
Muka aku terasa panas bila Walid pun tersenyum pandang aku. Mesti Umi beritahu Abang Hafiz yang call. Isk. Segan aku berbual dengan Abang Hafiz depan diorang ini lah.
“Abang, call malam lah. Battery dah nak habis ni. Ok?” Pandai aku cari alasan. Tahniah!
“Lah... Abang baru je call, battery dah nak habis pulak. Iyalah. Nanti I’ll call you. Take care, Lisa. Miss you. Assalamualaikum.”
Spontan muka aku panas. Cis! Dia ni tak habis-habis dengan miss dia tu. “Waalaikumussalam.”
“Apa cerita Hafiz?” Umi menyoal bila aku dah simpan handset masuk kocek seluar.
“Tak ada apa. Saja call.” Aku mengawal air muka aku macam tak ada apa-apa.
“Hai? Baru tadi call, dah call lagi?” Aku rasa Umi dah senyum mengusik. Ke perasaan aku je?
Aku tak menjawab. Aduh... Payah betullah Abang Hafiz seorang ni. Nasib baik Umi tak tanya kenapa muka aku merah. Kalau tak, malu aku tahu? Yang dia ni pun, sibuk call aku je, Umi dia dah call belum? Ngee...

22 March 2011

Suami Aku Ustaz 23-ii

“Saya ada meeting lepas ni. Jadi tak dapat masuk kelas. Kebetulan ternampak awak. So...tolong paskan latihan ni dekat kelas.” Cikgu Liana bersuara selepas meletakkan handset dia ke atas meja. Tangan dia mencapai dan kemudian menghulurkan sebundle kertas yang berwarna putih.
Spontan kening aku terangkat. What? Hahaha! Aku rasa dah nak terguling-guling dekat atas lantai ni. Hari inilah berlakunya perkara paling lawak yang pernah terjadi dalam hidup aku. Salah aku jugak! Lain kali cubalah bersangka baik. Macam yang Ustaz pernah cakap dekat kelas, husnu zhon.
“Err...” Teragak-agak aku nak mengambil kertas di tangan Cikgu Liana. Sempat telinga menangkap kata-katanya yang sedikit merungut.
“Sekolah ni, semuanya last minit. Pukul sepuluh setengah nak meeting, lagi setengah jam baru saya dapat tahu.”
Aku hanya diam berdiri disebelah meja dia.
“Oh ya! Saya nak semua siapkan hari ni. Habis waktu nanti saya nak ada atas meja. Suruh Irfan kutip and hantar. Ok?”
Aku hanya terangguk-angguk macam burung belatuk. Tak tahu apa nak jawab. Isk! Kan boleh je cakap, yes ke... ok ke... iya ke. Kena sampuk apa kau ni, Alisa?
“Kenapa awak nampak cuak sangat tadi?” soal Cikgu Liana bila dia dah sedikit relaks. Tadi aku tengok dia macam kelam kabut je. Sekarang, aku pulak yang gelabah balik. Cis! Jantung dah laju mengepam darah ke muka.
“Err... tak ada apa, cikgu!” Tergagap aku menjawab. Habis? Takkan aku nak jawab, ‘saya takut cikgu serang saya?’
Aku dapat rasakan mata Cikgu Liana tajam pandang aku. Aku menelan air liur. Rasa macam dia tengah telek baca riak muka aku yang cute ni. Terus aku menunduk.
“Alisa...”
Aku mengangkat muka.
“Tak perlulah awak risaukan hal itu, kalau itu yang buat awak risau. Insya Allah, saya masih berpegang pada janji.”
Aku hanya senyum nak tak nak. Sekali dia tembak, memang mengena!

“Awak antara pelajar kesayangan saya, Alisa. Pelajar yang sekolah aim akan dapat straight A’s. Saya takkan buat benda yang bukan-bukan kalau itu yang awak risaukan.”
Aku terdiam. Terasa terharu sekejap bila Cikgu Liana cakap macam tu. Cuma belum sampai tahap mata aku berairlah. Aduh... Baiknya dia! Walaupun dia bukanlah guru yang termasuk dalam kategori guru paling aku hormati atau sayangi atau minati, eh sekejap! Dia perempuan dan aku perempuan, maka kategori last itu, aku batalkan. Tapi memang aku terharu bila aku, Nur Alisa ini dijadikan sebagai pelajar kesayangan dia. Ke... sebab aku dah menikah dengan lelaki yang dia sayang? Ah, Alisa! Baru tadi kau ingatkan diri kau, jangan bersangka buruk. Lagipun, apa ke halnya dia nak sayang aku sebab menikah dengan Ustaz? Lagi perang dingin ada. Isk!
“Saya tahu awak mungkin expect saya jadi jahat macam dalam cerita-cerita dekat televisyen tu. Saya ada maruah, Alisa. Walaupun saya sebenarnya terkejut jugaklah bila dapat tahu Ustaz pilih awak, tak adalah sampai saya terniat nak hancurkan hidup awak.” Ujarnya dalam senyuman.
Muka aku terasa panas. Bukannya panas sebab malu atau marah. Tapi panas sebab terasa rendah diri gila bila Cikgu Liana tak sangka Ustaz pilih aku walaupun aku tahu Cikgu Liana tak berniat apa-apa masa cakap tadi. Aku hanya tersenyum sumbing. Apa boleh buat cikgu, dah elok-elok saya menolak... Abang Hafiz pula yang dah terima dulu. Ceh! Gaya ayat macamlah aku ni anak dara pingitan sampai Abang Hafiz beriya setuju.
“Macam mana awak dengan dia boleh... err...” soalan Cikgu Liana tergantung bila ada orang tengah lalu dihadapan kami.
Tanpa menunggu dia sambung soalan dia pun, aku boleh agak apa yang dia nak tanya. Tak tahu nak menjawab apa, aku hanya menggeleng. Abang Hafiz pun tak cerita, malaslah pulak aku nak bukak cerita.
“Cikgu tanyalah dia.” Aku tersenyum nipis. Last-last Cikgu Liana mengalah jugak. Nak tanya Ustaz? Of course Abang Hafiz akan tanya aku dulu nak cerita ke tak. Nanti, pi mai pi mai tang tu jugak. Hahaha.
Aku minta diri bila terasa nak mengelakkan diri daripada kena tanya macam-macam. Walaupun aku rasa Cikgu Liana ni ok je, tapi tak adalah sampai nak cerita semua benda dekat dia. Dahlah tadi bilik guru dah mula nak ramai orang.

***

Buat kesekian kalinya aku membelek telefon yang masih tak menunjukkan apa-apa simbol telefon ataupun sampul surat. Ah! Kenapa langsung tak ada berita daripada malam tadi? Aku dah mula cuak. Haraplah semuanya selamat. Abang, kalau iya pun busy, bagi mesej satu pun Lisa dah lega!
“Hoi! Berangan!”
Nasib tak luruh je jantung aku bila kena sergah dari belakang. Wati pandang aku tersengih-sengih. Laju aku simpan handset dalam kocek baju kurung. Nanti ada pula cerita yang dia bawa nanti.
“Kenapa kau macam tengah resah gelisah? Rindukan orang jauh ke?” nakal je Wati bertanya.
Aku mencebik. Malas mahu melayan. Perhatian kembali diberikan kepada soalan latihan di atas meja. Tak lama, fikiran dah kembali teringatkan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Abang Hafiz.

Habis kelas petang tu, dengan masih berpakaian sekolah, dengan beg yang berisi buku, dengan tak ada membawa sehelai pakaian harian pun, aku terus balik ke rumah Umi. Nasib baik ada jugak dua tiga helai baju aku memang sengaja aku tinggalkan dekat sana. Kenapa entah perasaan aku kuat sangat nak balik rumah Umi. Walaupun jauh sikit, tapi tak apalah. Balik rumah sendiri pun, sunyi je sebab tak ada kawan. Aish! Alisa, sejak bila dah pandai nak berteman dekat rumah ni?

Membebel panjang Umi bila aku sampai dekat rumah dia. Risau betul dia sebab aku bawak motor dari sekolah. Dia tanya jugak kenapa tak suruh Walid je yang ambil. Aku senyum ajelah. Aku terus menuju ke bilik Abang Hafiz lepas bersalam dengan Umi. Bilik ni aku tengok bersih, tak berhabuk. Mesti Umi selalu kemaskan bilik ni. Baru pasang niat nak salin baju, Umi mengetuk pintu bilik.
“Nanti pasanglah cadar ni. Lisa balik tak cakap. Kalau tak, sempat jugak Umi kemas apa yang patut.” Umi bersuara.
Aku hanya menggeleng. “Tak apa, Umi. Nanti Lisa pasangkan.” Ringkas aku menjawab dengan senyuman di bibir.
Umi hanya mengangguk. “Buatlah apa yang patut. Umi turun dulu.”
Aku mengangguk. Memang kurang komunikasi betul aku dengan Umi ni. Tapi oklah jugak. Manalah tahu Umi tak suka menantu yang bising. Ahah!
Elok pasang cadar, terus aku baring atas katil size queen ni. Ah! Hilang sekejap penat sehari dekat sekolah. Jam di dinding aku pandang. Asar belum lagi ni. Kalau ada Ustaz, memang dah kena bebel dah aku. Ustaz!
Aku mencapai handset di dalam beg sekolah. Eh? One missed call? Amboi... dah petang baru ingat dekat orang sini ya? Aku cek baki kredit sebelum buat keputusan nak call ke nak mesej je Ustaz ni. Belum sempat nak tekan button hijau, nama Abang Hafiz dah terpampang dekat skrin.

“Assalamualaikum.” Dia terlebih dahulu memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Aku menjawab mendatar. Ceh! Walhal tadi aku jugak yang beriya-iya tunggu dia contact.
“Lisa tengah buat apa?”
“Tak ada apa.”
“Baru sampai rumah ke?”
“Kat rumah Umi.”
"Lah iya ke? Kenapa tak cakap?"
Diam.
“Makan dah?”
“Belum.”
“Dah Asar?”
“Baru nak siap.”
Tension agaknya dengar jawapan aku, last-last dia bertanya.
“Ni kenapa ni abang tanya sepuluh patah dia jawab sepatah? Tak nak tanya abang apa-apa ke?”
Aku mencebik. Dia yang baru ingat nak call aku, aku pulak yang dia bising tak banyak cakap.
“Tak ada apa.”
“Abang tak percaya.”
Aku menghela nafas perlahan.
“Abang baru teringat nak call Lisa ke petang ni?” Entah semangat apa entah yang datang sampai aku tercakap macam tu.
“Lah? Kan Lisa dekat sekolah satu hari? Takkan abang nak call masa Lisa dekat kelas pulak?”
Aku mengetuk kepala dengan handset. Nasib tak kantoi je aku bawak phone pergi sekolah sebab nak tunggu mesej dia.
"If abang sampai tengah pagi pun malam tadi, kan boleh je kalau mesej cakap dah sampai? Susah sangat ke? Buat orang risau ajelah abang ni!” aku dah mula marah.
Abang Hafiz terdiam sekejap. Baru rasa bersalah agaknya. Huh!
“Lisa?”
Aku diam. Terasa hati dengan dia. Cis! Sejak bila aku terkena aura-aura touching, senang merajuk ni?
“Lisa... I’m sorry. Sorry sangat sebab buat Lisa risau.”
Aku diam lagi. Tiba-tiba terdengar suara dia ketawa perlahan. Dahi aku dah berkerut.
“Abang ingat Lisa dah baca mesej abang malam tadi. Sebab Lisa pun reply. Agaknya Lisa baca tengah mamai kut. Sebab itu mesej Lisa abang baca pelik!” Rancak dia ketawa. Lawak sangat agaknya.
Muka aku dah terasa panas. He did? Dia mesej? Kenapa aku tak ingat langsung! Ya Allah... Kenapalah boleh tak terfikir nak tengok call list ke... inbox message ke? Aduh... malunya aku! Elok lepas berbual, terus aku masuk ke inbox message. Memang betul. Mesej terakhir yang aku terima, adalah daripada dia. Panas sekejap aku baca mesej dia. Aku pergi pulak dekat sent items. Makin panas muka aku baca mesej aku.
-K. Mjirss u c2-
Walaupun berterabur sebab reply masa tengah mamai, tapi aku rasa Abang Hafiz faham je apa yang aku taip. Argh! Kenapa aku suka buat benda yang memalukan je dengan dia?

16 March 2011

Suami Aku Ustaz?! 23 i

Aku menekan remote Astro untuk menukar ke channel lain. Tak sampai seminit tengok, aku tekan sekali lagi untuk menukar ke channel lain. Setelah buat benda sama lebih sepuluh kali, akhirnya button merah aku tekan. Terus skrin TV yang tadinya bercahaya kembali gelap. Aku menyandarkan badan ke kerusi malas. Jam di dinding aku jeling. Baru pukul sepuluh malam. Baru sejam Abang Hafiz keluar rumah. Tapi kenapa aku terasa macam sunyi gila ni?

“Sebab tak ada kawan gaduh!”

Spontan aku duduk tegak. Gila apa sampai terdengar suara... err... Alisa, dia dah keluar rumah sejam lepas, Alisa! Ilusi je suara yang kau dengar tu. Ke sebab... rindu? Isk! Tak kuasa. Aku melangkah malas masuk ke dalam bilik. Nak buat apa eh? Study? Malas. Tengok kdrama? Malas jugak. Keluar pergi lepak mamak? Lagilah malas. Tapikan... macam best jugak idea last tu.
*Kdrama: Korean drama

***

“Tak nak lepak rumah ke aku malam ni?”
Wati pandang muka dengan dahi berkerut. “Kau demam apa? Lagipun, taknaklah aku kacau orang dah kahwin!”
Laju aku mengutil Wati. Dah jadi tabiat pulak aku mencubit budak ni. Nasib baiklah tak pernah lagi mak dia call aku tanya kenapa badan Wati ni lebam-lebam.
“Kau ni! Sejak kahwin ni, kerjanya mencubit aku je. Kesian betul dekat Ustaz!”
Aku buat muka garang. Dia yang kena cubit, Ustaz jugak yang dia kesiankan.
“Kau sebut lagi statement tu, lagi kuat aku cubit kau.” aku mengugut.
Wati ketawa. Langkah diatur ke koperasi. Semenjak dua menjak ni, Joe dah tak nak pergi koperasi dengan aku. Pa’an pun ikut ajelah tiap kali Joe ajak dia, tak ajak aku. Pa’an dah boring agaknya tengok Wati je. Hahaha! Kalau Wati dengar ni, confirm aku kena balun. Tapi kalau dia dengar bagus jugak. Asyik aku je yang kena dengan minah ni.
“Eh, jomlah lepak rumah aku malam ni?” aku buat muka kesian.
“Apahal? Kau gaduh dengan dia ke?”
Nasib baik Wati pandai tukar kata ganti nama masa dekat tempat public macam ni.
“Mana... Diakan pergi kursus!”
Mulut Wati melopong. “Ha’ah! Lupa pulak dia cakap masa dekat kelas haritu!”
“Kata presiden kelab peminat dia. Apa ni?”
“Eh! Tak apa. Benda kecik je yang aku lupa. Sekurang-kurangnya kisah perkahwinan dia aku tahu!”
Spontan kaki terhenti melangkah. Aku mengetap gigi. Geramnya bila Wati tayang muka selamba. Aku rasa, tindakan aku awal-awal dulu tu bagus sebenarnya. Tengoklah! Semenjak dia tahu ni, ada saja idea dia nak kenakan aku.
“Nak tunggu apa dekat situ? Takkan nak berdiri tiga hari dekat sana tunggu ada orang datang sambut!” dia dah menjerit sedikit.
Aku mengecilkan mata yang tak berapa nak besar ni. Karang kalau aku lebih-lebih, bukannya boleh jangka apa yang minah ni buat. Isk!
“Bisinglah kau. Kalau aku tahu memang tak adanya aku nak cerita dekat kau.”
Wati menayangkan gigi dia. “Dah nama lagi kalau. Tapi... apa yang penting, aku dah tahu sekarang ni.”
Aku menjulingkan mata. Malas nak layan. Elok sampai depan koperasi, mata laju meng’spot’ bangku kosong. Selalunya, ada je orang yang duduk lepak.
“Kau pergi masuk belikan aku makanan. Aku lepak dekat luar je. Lagi satu, kau belanja eh? Asyik mengenakan aku je.” Sengaja aku cakap macam tu. Tapi, tak sangka pulak Wati ikutkan je.

Sambil duduk membuang masa, aku memerhatikan gelagat adik-adik yang tengah duduk dekat bangku depan. Macam-macam gaya. Kalau aku, aku cop je terus budak-budak ni stok budak gedik! Ahah! Macam bagus ajekan aku ni? Tapi rasanya better lagilah daripada diorang. Huh, perasan jugak aku ni rupanya. Ialah, cuba tengok tu? Bercakap dengan lelaki pun aku tengok dah gedik semacam. Belum yang tengah couple. Siap dating dekat bus stop lepas sekolah. Macam tak ada tempat lain yang lagi best nak dating agaknya? Restoran lima bintang ke. Aku pulak yang berbulu mata tengok.
Tapi, oklah jugak daripada dating dekat tempat tersorok. Buat menambahkan lagi statistik kelahiran anak luar nikah tahun depan. Aku yang tinggal lagi setahun ni pun tak pernah declare dengan siapa-siapa. Suci lagi murni hati aku ni. Takut tak kahwin? Kalau aku duk sakat-sakat budak-budak yang couple ni dengan ayat, ‘nanti kau kahwin dengan pakwe kau tu...’ laju je diorang balas ‘bukannya aku nak kahwin dengan dia’. Isk! Tak faham aku.
“Alisa.”
Aku menoleh ke arah suara lembut yang memanggil. Tergamam terus aku. Hilang suara dibuatnya.
“Lepas ni, pergi bilik guru sekejap ye?”
Laju aku mengangguk. Faham. Cikgu Liana senyum kemudian melangkah pergi. Bila masa dia dekat sebelah aku? Mata setia memerhatikan Cikgu Liana berjalan pergi. Kenapa dia nak jumpa? Nak attack aku ke? Nak basuh aku? Nak kantoikan aku dengan cikgu-cikgu lain? Nak... err... tak terfikir dah aku bila Wati menepuk bahu ajak pergi.
“Berangan!” Sempat dia menyakat.
Aku buat muka. Tapi roti dengan air yang dia hulur aku sambut jugak.
“Wati, kau pergi dulu. Aku ada hal sekejap.”
Berkerut dahi Wati. “Sejak bila kau pandai berahsia? Pasal rahsia besar kau tu pun kau cerita dekat aku walaupun lambat?”
“Nak pergi bilik guru. Ambil barang.” Ringkas aku menjawab. Wati angguk je. Nak ajak dia? Tak payah!
Otak aku ligat berfikir sebab Cikgu Liana nak jumpa. Takkanlah kes dia dapat tahu suami aku tu Ustaz, dia tak puas hati lagi? Aku tengok masa dekat kelas, dia lepak je. Tak nampak gaya marah ataupun dendam atau apa pun? Kenakan aku dekat kelas? Lagilah tak ada. Macam biasa jelah cara dia mengajar. Cuma satu perubahan dia yang aku nampak. Dia dah tak ada nak menggedik dengan suami aku tu. Hahaha! Dah boleh mengaku suami dah, Alisa?
Pintu bilik guru aku tolak perlahan. Mata melilau mencari Cikgu Liana. Jumpa! Kaki teragak-agak melangkah ke arah dia yang tengah bercakap dekat telefon. Terpaksalah aku tunggu dia habiskan perbualan dia. Jantung ni dah rasa macam lepas lari marathon. Ya Allah, janganlah kau biarkan Cikgu Liana ni buat bukan-bukan.Ramai cikgu lain dekat sini. Amin ya rabbal a’lamin. Tangan aku raupkan ke muka.
“Alisa.”
Aku menelan air liur. Muka Cikgu Liana nampak serius. Isk! Kenapa pulak ni?

11 March 2011

Suami Aku Ustaz?! 22

“Ustaz, saya pernah terdengar perkataan baitul muslim. Boleh Ustaz explain tak apa maksud dia?” Nisa tiba-tiba bersuara.
“Oh! Nisa dah tak sabar nak kahwin!”Budak lelaki dah sakat mengusik. Aku tengok Nisa dah tersipu-sipu. Segan agaknya. Tak faham aku kenapa budak-budak ni excited sangat dengan perkataan kahwin ni.
Abang Hafiz aku tengok dah menggeleng kepala je. “Kelas, tak ada salahnya kalau kamu fikir pasal perkara ni. Masa sekarang ni pun, kamu dah prepare diri kamu dan berdoa untuk dapat jodoh yang baik-baik. Cuma, belajar tu jangan pulak kamu abaikan. Pelajaran tu tanggungjawab utama kamu sekarang ni.”
Abang Hafiz kembali memandang Nisa. “Apa yang awak tahu pasal baitul muslim, Nisa?”
“Perkahwinan cara Islam? Cara-cara untuk pilih pasangan dengan betul?”
“Lagi?”
“Err...” Nisa tergagap sekejap.
“Kalau dia tahu, tak adalah dia nak suruh Ustaz explainkan,” spontan aku bersuara.
“Lisa!” Wati dah menegur tindakan aku tadi.
Erk! Satu kelas memandang aku. Manalah pernah aku jadi macam ni dekat kelas. Selalunya aku kan suka mendiamkan diri je. Aku dah meraup muka dengan tangan kanan. Aduh! Rasa nak menyorok balik pintu. Kenapalah mulut ni laju sangat nak menjawab? Alisa, kau dekat sekolah sekarang ni, Alisa. Bukan dekat rumah! Mata Abang Hafiz dah tajam menikam. Kenapa aku terasa macam ada aura membunuh je ni? Aduh! Mati aku... mati!
“Alisa?” suara tu memanggil.
Wati menyenggol tangan aku bila aku tak menjawab. Last-last aku angkat jugaklah muka pandang ke arah Ustaz di depan.
“Sorry Ustaz!” kata aku dengan senyuman di tampal. Memang sengaja cari pasal betul aku hari ni. Nasib baiklah Abang Hafiz buat tak kisah sangat. Kalau dia pekena aku lagi, aku rasa aku skip je kelas dia next time.

“Sebenarnya, soalan Nisa tu dah keluar topik belajar kita hari ni.” Abang Hafiz melihat jam di pergelangan tangan dia. Jam hantaran aku bagi tu! Walaupun sebenarnya dia guna duit dia sendiri, beli.
“Kita pun ada sikit masa lagi sebelum kelas habis. Jadi, sempat rasanya kalau saya nak berkongsi sedikit.” Dia menyambung.
Masing-masing dalam kelas memberikan perhatian.
“Bila bercakap tentang baitul muslim sebenarnya tak semestinya tentang perkahwinan, percintaan atau apa pun yang kamu semua fikir pasal lelaki dan perempuan. Baitul itu maknanya rumah dan muslim itu pula mereka yang mengucap dua kalimah syahadah ataupun orang Islam. Jadi, baitul muslim pun boleh dimaksudkan dengan keluarga Islam.” Abang Hafiz memulakan mukadimah dia.
“Pembentukan keluarga Islam itu bermula daripada individu itu sendiri. Sebab itu saya katakan tadi, bermula daripada sekarang kamu dah boleh prepare untuk mendirikan baitul muslim. Didik diri sendiri untuk menjadi yang soleh dan solehah, barulah mencari yang solehah dan soleh untuk menjadi pasangan kita.”
Terangguk-angguk aku mendengar. Betul betul betul! Yang aku tak faham, kenapa Ustaz ni setuju je terima aku walaupun aku tak sesolehah mana.
“Daripada individu yang hebat, pasangan yang hebat, barulah boleh melahirkan generasi yang hebat jugak. Baitul muslim bukan hanya untuk pembinaan keluarga, tetapi ia juga untuk membina ummah.”
Abang Hafiz dah menulis sesuatu di papan hitam.
“Bermula daripada pembentukan individu muslim, akan lahir baitul muslim iaitu rumah tangga muslim. Kemudian naik ke step seterusnya sehinggalah kepada penyebaran Islam ke seluruh dunia.”
Aku membaca satu per satu tangga yang dilukis Abang Hafiz. Ada tujuh semuanya.
“Jadi baitul muslim ni bukanlah perkara kecil. Perkahwinan pun bukan perkara main-main sebab ia melibatkan pembinaan ummah. Ia perkara besar yang sepatutnya kamu boleh berfikir mulai sekarang.”
Abang Hafiz kembali memandang ke seisi kelas. Aku rasa semua dah tayang muka blur. Kecuali budak-budak baik macam si Hanif, Irfan dengan Zulaikha.
“Err... Macam tak faham je apa yang saya cakap? Saya pun rasa topik ni berat sikit untuk kamu semua,” ujarnya dalam ketawa. Kemudian dia memadam kembali apa yang dia tulis.
“Apa-apa pun, memandangkan kamu semua belum berkahwin, jadi tak semestinya hanya selepas kahwin baru boleh membina baitul muslim. Jangan lupa yang kamu masih ada keluarga dekat rumah. Keluarga kamu itulah kamu kena terapkan ajaran dan nilai-nilai Islam. Sebabnya, kita hendaklah menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita daripada api neraka.”
Sebelum Abang Hafiz menamatkan penjelasan dia, lancar dia membacakan sepotong ayat Al-Quran sebelum menamatkan kelas. Makna ayat tu adalah sikit sikit pasal menyelamatkan keluarga daripada api neraka. Kalau tak silap aku dia sebut tadi Surah At-Tahrim ayat enam puluh enam. Tak apalah, balik nanti aku bukak balik tafsir yang dah berhabuk atas almari tu. Itupun kalau aku ingat.

***

“Kenapa senyum sorang-sorang ni?”
Tersentak aku bila kena tegur dengan Ustaz seorang ni. Dia ni, nak bagi aku sakit jantung ke muda-muda ni? Aku tayang muka nak makan dia. Tapi tak lama, tak sampai 3 saat, hidung aku dah kena tarik. Aku pun apa lagi, menjeritlah.
“Apa datang dekat orang main tarik-tarik hidung ni?” aku dah nak marah.
Dia tayang muka selamba. “Dah dekat pukul satu dah ni. Kenapa tak tidur lagi ni?” aku nampak dia mengerling ke arah skrin laptop aku. Bila masa entah dia tersedar aku tak ada.
Aku buat muka selamba. Tolonglah jangan kacau. Last episode ni.
“Sekejap. Nanti Lisa masuk bilik tidur.”
Tadi ingatkan dia dah tidur. Aku pun keluarlah dalam 30 minit baring atas katil. Ini episod last Full House. Tinggal lagi 15 minit je lagi nak habis ni.
“Orang tidur awal. Lepas tu boleh bangun awal, qiam.” Abang Hafiz dah menegur.
“Hrm... abang nak bangun qiam eh? Pergilah tidur dulu. Nanti tak sedar pulak!”
Baik punya jawapan aku bagi. Iyalah. Dia yang nak qiam aku pulak yang kena tidur awal sekali. Aku nampak Abang Hafiz menggelengkan. Alisa, tengok Full House tu. Bukannya tengok reflection Abang Hafiz dekat skrin tu. Isk!
“No. Abang nak Lisa pun bangun sekali nanti.”
“Abang, kalau Lisa bangun sebab kena paksa nanti niat dah lain. Bukan bangun sebab Allah, tapi sebab abang paksa bangun.” Alasan lain aku bagi.
“Tak apa. Sebab masa mula-mula belajar solat pun sebab kena paksa kan? Lepas tu baru sedar sendiri kan solat kerana Allah? So, if Lisa rasa kena paksa pun tak apalah. Tapi Lisa kenalah ingat, penat je Lisa bangun awal-awal, solat malam tapi sia-sia sebab abang paksa. Jadi ikhlaskan hati, solat malam kerana Allah.”
Aku dah rasa nak tertidur terus bila dia mula bersyarah.
“Ok... ok! Just give me 10 minutes. Then, I’ll go to sleep.”
“Abang tunggu.” Abang Hafiz duduk di sebelah.
Aku menghela nafas perlahan. Haila... nampak gayanya terpaksalah aku sambung tengok esok lagi 10 minit terakhir ni. Mana feel beb tengok cerita Korea ni depan Ustaz. Sudahlah cerita ni banyak part yang buat muka aku panas kalau dia ada sekali. Kalau dia tak ada? Tak kuasa darah ni nak menyerbu dekat muka. Aku tengok Abang Hafiz tersenyum menang masa aku tekan pangkah dekat VLC media player. Sukalah tu. Ngeee.... dia ini kan. Cepat-cepatlah pergi kursus esok! Dia kata esok awal malam nak bergerak. Lega sikit aku kalau dia tak ada dekat rumah. Barulah rasa macam rumah ni mak ayah aku yang punya!

Aku tersedar bila terasa badan kena gerak macam tengah gempa bumi. Langsung tak berhenti. Nak tak nak, aku bukakan jugaklah mata walaupun terasa kelat. Cahaya lampu yang terang membuatkan aku rasa macam nak pejamkan balik mata ni. Tapi apakan daya, Ustaz dekat sebelah dah lebih sepuluh kali aku rasa dia kejutkan aku.
“Bangunlah.”
Tiba-tiba terasa hendak menguap. Laju aku mentup mulut. Rasa mengantuk tak hilang lagi ni.
“Mengantuklah.” Sebenarnya, malas yang lebih ni.
“Lisa, sehari kita sibuk dengan urusan dunia, Lisa. Takkan setakat 2 rakaat tahajud, 2 rakaat taubat, 2 rakaat hajat, 3 rakaat witir untuk Allah pun nak berkira?”
Kening aku dah bertaut. Lagi dia cakap macam tu, lagilah aku rasa nak tidur. Apa taknya, siap sebut lagi bilangan rakaat minimum yang dia nak aku buat. Cuba kalau tambah satu per satu. Banyak tu! Aku cuba pujuk hati aku. Iyalah... sehari dengan dunia, takkan langsung tak ada masa untuk Pencipta kita, iya tak? Tak apalah Alisa. Esok kau free! Ceh, gaya macam kena cerai je esok. Free sangatlah konon. Aku menggagahkan kaki untuk menampung berat badan. Nasib baik lah kaki tak paralyse tengah-tengah pagi yang sejuk ni. So, apa kita nak kena cakap? Alhamdulillah! Ceh, ada gaya jadi cikgu tadika ni.
“Lisa ambil wudhu’ sekejap.”
Abang Hafiz tersenyum. “Good girl. Cuci muka, gosok gigi sekali. Penuh air liur basi dah tu.” Dia mengusik.
Aku pandang dia geram. Laju tangan mengesat pipi dan aku lap dekat baju dia. “Nah!” Lepas tu laju aku lari masuk bilik air. Segar terus mata dibuatnya.
“Lisa!” dia dah menjerit terkejut.
Aku sengih jahat. Hah! Nak sangat! Walhal tak ada pun air liur basinya. Aku tidurkan bertertib. Saja je bikin kecoh.

Abang Hafiz menjadi imam solat sunat tengah-tengah pagi ni. Satu perkara yang aku respect dekat dia ni, bacaan dia yang sangatlah sedap. Kadang tu rasa segan jugak bila berdiri sebelah dia. Dia tu sudahlah baik yang amat. Aku ni, perangai macam setan tu banyak yang amat. Macam langit dengan bumi. Teringat kata Wati lepas syarahan baitul muslim masa kelas tadi. Boleh dia cakap, kalau aku kena kahwin dengan orang kaya, mungkin selamat hidup aku yang tak berapa nak kaya ni. Kaya tak kaya, aku rasa tak adalah aku ni hidup melarat. Mak ayah dua-dua kerja.Tapi kalau kahwin dengan orang yang kaya iman, selamat hidup aku dekat akhirat nanti.Ceh. Cuma, yang aku risaukan satu je, takut elok-elok Ustaz ni dapat peluang masuk syurga, aku yang tarik dia masuk neraka. Nauzubillah!
‘Kalau macam tu, sama-sama saling menarik masuk syurga.’
Erk!
“Lekakan apa?” Abang Hafiz menyoal bila aku masih menadah tangan berdoa sedangkan dia dah habis berdoa. Cepat-cepat aku mengaminkan doa yang entah bila habis untuk menutup malu. Isk!
“Dah habis kan? Nak tidur kejap eh? Mengantuklah.” Laju aku bangun sambil tangan membuka telekung.
“Mengantuk? Abang tengok muka segar je?”
Dahi aku dah berkerut. Segar? Hrm... Masa ambil wudhuk tadi segarlah sekejap. Macam manalah ek orang boleh tahan qiam selalu? Nampak sangat aku ni tak kuat iman. Campur pulak pemalas tu. Kena cucuk pulak dengan nafsu dan kawan baiknya, setan. Makinlah malas nak buat. Tapi tang benda lain rajin pulak ye, Alisa?

***

“I’m leaving.”
“Ok.”
“Tak nak hantar abang ke?”
Aku berdiri tegak. Peti ais yang aku buka tadi kembali aku tutup. Abang Hafiz tengah berdiri di tengah-tengah pintu masuk ke dapur.
“Coming.” Aku bersuara.
“Sikitnya barang?” Aku tengok dia bawak satu beg baju dengan satu beg sandang belakang.
“Tiga hari je Lisa. Bukannya tiga tahun. Kalau tiga tahun, dengan Lisa Lisa abang bawak.”
Aku menahan bibir daripada tersenyum. Kalau dia nak bawak, aku kena ikut ke?
“Ok.” Aku dah tak tahu nak jawab apa.
“Pergi dengan siapa lagi?”
“Cikgu Liana.”
“Hah?!” Aku rasa mata aku dah membulat.
Spontan Abang Hafiz ketawa bila tengok aku. Kureng! Boleh dia pekenakan aku lagi. Muka aku dah panas. Cis! Mesti dia ingat aku cemburu. Bukan cemburu ye Encik Mohd Nor Hafiz! Saya terkejut je tahu?
“Sorry sorry. Abang gurau je.”
“Zzzz.” Aku buat muka. Malas aku nak tanya lagi. Nanti aku yang kena lagi. Panas kat muka beransur kurang. Hampeh betul.
“Oklah. Abang gerak dulu.” Dia berkata apabila enjin kereta sudah dihidupkan dan beg diletakkan di dalam kereta.
“Ok.”
“Ok je? Salam?”
Aku hulur jelah tangan dekat dia. Selama ni kalau pergi sekolah tak pernah kisah pulak salam ke tidak. Elok je lepas salam, dia cium dahi aku. Sekali lagi darah menyerbu ke muka. Aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal. Nak cover malu sebenarnya.
“Kalau boleh, Lisa baliklah rumah Umi. Abang risau...” dia tak menghabiskan ayat dia. Aku tunggu jugak kalau dia nak sambung. Tapi last-last dia buat cerita lain.
“Apa-apa abang call. Take care. Jaga diri. Jaga iman.”
Aku senyum je dengar pesanan dia. Tiba-tiba terasa sayu sekejap. Semalam beriya-iya betul nak dia pergi cepat. Isk. Kacau!
“Janganlah sedih. Insya Allah, tiga hari lagi kita jumpa. Hrm?”
Aku membesarkan mata. “Bila masa pulak Lisa sedih?!” nada aku meninggi. Nampak sangat kalut bila tembakan dia mengena.
Abang Hafiz ketawa.
“Iyalah... iyalah. Tak sedih. Ok, abang gerak dulu.” Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Sekali lagi perasaan sayu muncul. Ah! Perasaan je tu. Bukannya apa.

----------
Pembetulan.
Surah At-Tahrim ayat 6.
"Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka” [66:6]

05 March 2011

Suami Aku Ustaz?! 21

Mata yang kelat aku pejam kelipkan dua tiga kali. Mengantuknya! Malam tadi sempat aku melayan cerita Full House dua tiga episod sebelum tidur. Bila Abang Hafiz tanya dah siap kerja sekolah ke belum, aku angguk je. Iyalah, petang tadi kan aku balun siapkan sambil mata tengok televisyen. Janji siap. Drama Korea yang aku dapat, semuanya Joe yang bagi. Kesian betul aku ni. Orang lain dah tengok cerita Boys Over Flower, aku baru nak tengok cerita yang dah bertahun orang tengok.

Tengah-tengah tengok sambil teman Abang Hafiz tengah buat kerja, sempat jugak aku dapat tazkirah. Hah, siapa suruh duduk serumah dengan Ustaz? Memang dapat tazkirah free ajalah. Orang lain sanggup bayar cua tiga ratus minta Ustaz datang sekolah bagi ceramah. Huh!

***

Malam tadi...

“Tak habis lagi dengan cerita Korea?”
Aku sengih je bila kena tegur. Mata masih leka pandang Lee Young Jae yang tengah duduk bersedih hati dalam gereja.
“Kalau Lisa perasankan, diorang hanya tunjuk part agama masa ada babak sedih je.”
Aku hanya angguk je walaupun apa yang dia cakap macam angin lalu dekat tepi telinga. Aku tengah duk telek kekacakan Lee Young Jae, sibuk pulak Ustaz ni nak kacau. Buat ajelah kerja awak. Kata banyak benda nak settlekan sebelum pergi kursus.
“Lisa, dengar ke tak ni?”
Aku pandang dia. “Apa abang cakap tadi?” Aku tanya dengan senyuman di bibir. Nak tak nak, mengaku jugaklah yang aku tak dengar apa yang dia cakap tadi.
Abang Hafiz menggeleng. “Leka betul!”
Tangan dia dah cubit pipi aku. Kureng! Kalau sikit tak apa jugak! Kebas sekejap pipi ni. Kalau makin lebar pipi aku ni, aku cancel plan mak nak buat kenduri lepas SPM nanti!
“Abang cakap, sepanjang abang duk perhati Lisa tengok cerita ni, part yang diorang tunjuk agama tu, masa sedih je. Sebab masa tu baru diorang pergi gereja.” Dia menjelaskan.
Dahi aku dah berkerut. “Lah? Abang tak perasan ke? Kan ada part diorang kahwin buat dekat gereja?”
Dalam hati aku rasa nak guling-guling je dapat kenakan Ustaz ni. Nasib tak kena luku je kepala aku dengan Abang Hafiz. Walaupun duduk bukan dekat sebelah dia, tapi bila-bila masa je tangan dia boleh sampai dekat kepala aku ni.
“Memanglah. Tapi maksud abang, ada nampak diorang pergi sana selain masa ada masalah dengan sedih je? Sedih pun masa putus cinta. Kalau kita, tak rasa malu ke dengan Allah sebab cintakan makhluk Dia melebihi rasa cinta kepada Dia?”
Aku menjuihkan bibir. “Iyalah... iyalah. Ustaz ajelah yang betul. Saya ajelah yang salah. Isk! Dengan budak kecik pun nak menang sangat.” Aku merungut. Tapi masa masih melekat pada skrin laptop.
“Bukan sebab nak menang, Lisa. Abang tak nak Lisa jadi macam tu. Hanya bersungguh buat solat hajat semua bila nakkan something, bila tengah sedih baru ingat Allah.”
Aku diam je.
“Jangan bila dah nak SPM baru bersungguh beribadat sebab nak minta Allah perkenankan hajat kita. Hah, abang tak pernah nampak Lisa solat hajat ke, qiam ke. Kenapa?”
“Nanti-nantilah.” Tak ada rasa nak buat semua tu lagi. Mungkin betul agaknya apa yang Abang Hafiz cakap. Bila dah nak SPM baru bersungguh nak ‘dating’ dengan Allah.
“Kalau boleh mulakan dari sekarang. Allah lagi suka kalau Lisa doa, minta tiap-tiap hari. Lagi satu, jangan sibuk nak minta itu ini, tapi tak minta Allah maafkan dosa-dosa kita. Kalau boleh, buat solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur. Kalau rasa susah, cuba sikit-sikit dulu. Seminggu sekali ke...”
Aku dah garu kepala aku. Panjang pulak cerita Abang Hafiz malam ni. Kerja dah siap ke, Ustaz? “Tapi, kalau kita buat solat sunat taubat, lepas tu esok buat dosa pun tak guna jugakkan?”
“So?”
“So?” Aku dah blur sekejap.
“So, bila solat taubat tu, tanamkan niat tak nak buat dosa. Bukannya buat dosa je, lepas tu solat taubat. Tak ke manalah kalau macam tu. Kan taubat nasuha tu kena berazam tak nak ulang lagi kesalahan kita?”
Aku terus stopkan cerita yang aku tengah tengok. Hilang terus fokus aku. Fokus dengan mood nak tengok sebenarnya.Apa taknya, baru nak baca substitle je, dah ada suara yang kedengaran. Kacau betul! Lagipun, hilang feel tengok cerita kalau tak dengar apa yang diorang cakap.

***

“Hai, Ustazah!”
Bulat mata aku dengar Wati tegur masa aku sampai kat kelas. Kureng punya budak! Ini yang aku geram ni. Kalau aku tahu, memang tak ada aku nak cerita dekat makcik ni. Tak agak-agak betul! Pa’an yang tengah berjalan dekat sebelah Wati pandang aku dengan Wati silih berganti. Muka dia nampak sangat tengah pelik dengan kitorang.
“Apahal tiba-tiba panggil Lisa, Ustazah?” dia bertanya.
Aku mengetap gigi. Wati ini kan... betullah. Geramnya aku! Kalau aku ni boleh berjalan sepantas kilat, memang aku dah pergi dekat taman dekat dengan bengkel kemahiran hidup tu. Aku curik cili dua tiga biji, untuk cilikan mulut Wati ni.
“Eh? Kau tak tahu ke? Lisa ni kan...”
“Nak ambil Usuluddin lepas SPM. Ok tak, Pa’an?” Laju aku memintas.
Aku tengok Wati dah tersengih jahat. Hampeh!
“Apa-apalah korang ni.”
Pa’an menggelengkan kepala je tanda malas nak melayan. Nasib baik dia ni lelaki. Kalau perempuan, mesti dah sibuk tanya itu ini sebab tak puas hati. Bila dah berjalan dekat sebelah Wati, laju tangan aku mencubit pinggang dia. Balas dendam!

***

“Eh? Lepas ni masa suami kau kan?”
Wati! Ya Allah....! Aku dah meraup muka dengan tapak tangan. Budak ini memang tak boleh simpan rahsia betul!
“Senyaplah! Kan aku suruh kau rahsiakan?”
“Aku cakap slow ajelah. Bukannya ada orang lain dengar!” kata Wati dengan membuat muka tak bersalah.
Aku mencebik. Modul Fizik aku masukkan ke dalam beg. “Tak ada orang dengar konon. Yang pagi tadi tu apa?” aku mengungkit.
“Lah... pagi tadikan aku, kau dengan Pa’an je yang ada?”
“Memanglah kau dengan Pa’an je. Tapi, Pa’an mana tahu benda ni?”
Mata Wati membulat. “Weh? Serius? Kau ni Lisa, teruk betullah. Benda baik ni pun kau nak rahsiakan. Dengan kawan baik sendiri pulak tu. Isk! Kau ni... Bukannya kau kahwin dengan perompak ke, penyamun ke, perogol ke sampai nak berahsia bagai? Kahwin dengan pencuri, ialah!”
Aku terpinga-pinga sekejap dengar ayat Wati. “Pencuri?” Kening aku dah bertaut.
“Iyalah! Pencuri hati gadis Melayu! Kan Ustaz tu jejaka idaman Malaya! Jangan tak tahu siap ada kelab peminat Ustaz Hafiz dekat sekolah ni. Presiden dia? Akulah!” Wati dah buat cerita karut. Payah betul berkawan dengan tukang karut macam dia ni.
Aku mencebik. Rasa nak termuntah sekejap bila dengar pujian Wati yang tinggi melangit tu. Jejaka idaman Malaya? Jejaka idaman Korea tak apalah jugak. Ceh! Aku pun dah terkena badi drama Korea dah ni.
“Ustaz je pun. Bukannya CEO ke, manager ke yang gaji ribu-ribu.”
Wati dah tampar bahu aku. “Kau ni, mata duitanlah!”
Aku ketawa. Iyalah, berapa sangatlah gaji Ustaz tu kan? Pulak tu baru dua tahun kerja. Duit itu sangat perlu tahu? Zaman sekarang, tak ada duit payah. Kalau hidup berdua ok lagi. Kalau ada anak? Susu setin dan dekat seratus. Belum masuk pampers dengan lain-lain lagi. Eh? Aku dah terfikir pasal anak ni apahal? Ngeee.
“Hidup tak ada duit, payah oh!”
“Iyalah. Tapi bersederhana pun dah ok apa? Lagipun, bukannya kecik sangat gaji dia. Kau ingat senang ke kalau duit banyak ni? Kalau tak betul cara kau guna, boleh masuk neraka tahu?”
Aku diam je mendengarkan kata-kata Wati. Aku rasa dia ni lagi sesuai jadi Ustazahlah. Baru nak meletakkan kepala dekat atas meja, Wati tiba-tiba jadi kelam kabut.
“Suami kau dah datanglah!”
Laju tangan aku mencubit pinggang dia. Ambik kau! Mulut tu, lepas sangat!
“Hari ni belajar ibadat! Bab kahwin!” tambah dia lagi.
Sekali lagi dia kena cubit. Wati ketawa mengekek. Kena cubit pun suka. Tak faham aku.

***

“Sebelum saya mula kan kelas, saya nak ingatkan semua yang saya tak pernah mengajar kamu membenci poligami. Lebih-lebih lagi buat pelajar perempuan, ya?”
Budak-budak dah buat bunyi bising mendengarkan statement tu. Aku pulak membuang pandang keluar tingkap. Seganlah nak tengok Abang Hafiz masa dia tengah mengajar.
“Ustaz lelaki. Lainlah!” Nisa membantah.
Aku menarik senyuman segaris. Lelaki, senanglah cakap. Cuba kalau jadi perempuan, baru dia faham macam mana rasanya di dua, tiga dan empatkan. Eh, yang aku jadi emosi ni, kenapa?
“Lelaki atau perempuan sama saja. Yang lelaki kena ingat, jangan fikir seronok je kalau berpoligami. Kalau tak adil, ada senget awak nanti masa berjumpa dengan Allah. Lagipun, kita kena ingat ada hikmahnya kenapa Allah membenarkan poligami.”
“Ceh!” Kalau dua ayat pertama tadi kelas semua diam mendengar, ayat terakhir membuatkan semua pelajar perempuan bersuara. Aku rasa, budak lelaki tengah excited menggila belajar topik ni.
“Ustaz, kalau Ustaz ada terfikir nak kahwin dua, tiga atau empat tak? Kalau ada, boleh saya jadi yang kedua!”
Spontan aku menoleh ke sebelah. Wati tengah tayang muka selamba. Relax Lisa. Tarik nafas dalam-dalam, lepas. Kalau kau buat reaksi spontan yang pelik-pelik dekat sini, memang kantoi dekat satu kelas. Lagi malang, satu sekolah terus.
“Kenapa kedua? Kenapa tak pertama? Ustazkan tak kahwin lagi?” terdengar suara sumbang lain.
“Ustaz dah kahwin agaknya! Hah! Ustaz? Jawab... jawab?” suara lain yang menyampuk. Mata aku terpandangkan Joe yang tersenyum tawar. Kemudian aku memandang ke arah Abang Hafiz dekat depan. Dia hanya ketawa. Tangan aku laju mengutil pinggang Wati. Memang tak serik budak ni kena cubit dengan aku. Wati tergelak-gelak. Tapi, teringin jugak nak dengar jawapan Abang Hafiz. Manalah tahu tiba-tiba aku bermadu dengan Cikgu Liana ke... Opps! Mintak simpang!
“Afrina, bagi saya isteri seorang pun tak terjaga. Apatah lagi nak berpoligami. Tak begitu, Alisa?”
“Ehhhh.....” satu kelas dah bising.
“Ustaz dengan Alisa ni, ada apa-apa ke?” Terdengar suara nakal Khairul mengusik.
Kureng betullah Abang Hafiz ni. Kalaulah aku ada bawak binding tape, memang aku dah tapekan mulut dia malam tadi masa tidur. Biar dia ambil MC hari ni. Aku mengalih pandang ke arah Abang Hafiz di hadapan. Terasa darah menderu-deru turun daripada muka. Oh suamiku, janganlah buat isterimu serba tak kena di sini. Kasihanilah saya yang masih belajar ini
“Alisa? Jangan leka masa saya tengah mengajar ya? Awak buat apa dekat Afrina?” Abang Hafiz bersuara. Aku rasa dia sengaja nak cover balik apa yang dia buat tadi.
Dia ni, aku ingatkan masa aku langgar cakap dia je kenakan aku dekat kelas. Bila aku jadi Lisa yang baik lagi mendengar kata pun, dia nak kenakan aku. Sabar sahajalah. Kalau tak kerana dah daftar untuk ambil SPM dekat sini, memang aku dah suruh mak dengan ayah pindahkan sekolah dah. Aku tersengih tak berperasaan. Senyum lebih kepada nak menutup kesalahan diri sendiri. Gila betullah hari ni. Semua orang buat benda gila!