::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

28 October 2013

E-Novel: Oh My Prince! 04



Oh My Prince 04
            Dua hari selepas Putera Danial mendaftar masuk, suasana di universiti kembali tenang. Tiada lagi wartawan dan polis di pintu utama. Tiada lagi gadis-gadis yang terjerit-jeritkan nama dia di kaki lima. Tapi, tak menjerit di kaki lima, mereka menjerit di tempat lain. Tak menjerit, mereka berbisik-bisik pula bila ternampak Putera Danial. Setiap kali Putera Danial berjalan dari satu tempat ke satu tempat, pasti ada suara yang akan menjerit memanggil ‘Putera Danial!’ ataupun ‘Tuanku!’ dalam nada mengada-ngada dan meminta perhatian. Oh, sungguh aku tidak faham.

20 October 2013

E-Novel: Oh My Prince 03



            “Makan?”
Hairi menyoal sebaik saja kami melangkah keluar daripada dewan kuliah. Petang ni ada lagi satu kelas dengan Prof Yash, profesor yang berasal daripada negara Bollywood. Masa awal-awal dulu aku confuse dia dengan Yash Chopra tu. Punyalah aku semangat nak minta tangkap gambar sama, sekali aku salah orang. Nasib baik Hairi yang beritahu masa kelas tengah berjalan. Saat itulah Hairi pertama kali menegur aku dan kami mula berkawan. Tiba-tiba aku teringat kenangan dulu.

14 October 2013

E-Novel: Oh My Prince! 02



Kelas bersama Prof Hanna akhirnya tamat dua jam kemudian. Aku dan Hairi sama-sama menapak ke arah kafeteria yang berdekatan dengan blok H. Terpandangkan vending machine yang menjual minuman sejuk dan panas, aku meminta Hairi mencari tempat duduk manakala aku akan menyusul kemudian. Aku memasukkan duit syiling yang berukir wajah Raja Hussin di bahagian belakangnya. Menariknya di negara Alamin ni, duit syiling akan bertukar apabila raja bertukar. Akan datang, bolehlah aku simpan syiling berukir wajah Danish bila dia yang memerintah nanti. Hahaha.

09 October 2013

E-Novel: Oh My Prince! 01



Perkarangan pintu pagar utama universiti dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. Aku yang baru hendak turun daripada bas universiti terhenti melangkah. Mendengarkan bunyi bising yang dibuat oleh penumpang yang lain apabila aku berhenti secara tiba-tiba memaksa aku turun juga. Terpinga-pinga aku melihat beberapa lelaki memegang kamera dan beberapa wanita sedang membuat liputan secara langsung. Huh? Apa yang berlaku ni? Melihatkan kereta polis dan sekumpulan pelajar wanita yang berdiri di kaki lima membuatkan aku semakin tertanya-tanya. Huish! Ada kes pembunuhan ke?