::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

28 October 2013

E-Novel: Oh My Prince! 04



Oh My Prince 04
            Dua hari selepas Putera Danial mendaftar masuk, suasana di universiti kembali tenang. Tiada lagi wartawan dan polis di pintu utama. Tiada lagi gadis-gadis yang terjerit-jeritkan nama dia di kaki lima. Tapi, tak menjerit di kaki lima, mereka menjerit di tempat lain. Tak menjerit, mereka berbisik-bisik pula bila ternampak Putera Danial. Setiap kali Putera Danial berjalan dari satu tempat ke satu tempat, pasti ada suara yang akan menjerit memanggil ‘Putera Danial!’ ataupun ‘Tuanku!’ dalam nada mengada-ngada dan meminta perhatian. Oh, sungguh aku tidak faham.

            Aku berjalan ke arah blok C, blok yang menempatkan bilik komputer untuk pelajar yang tidak mahu ke Pustaka Ilmu. Niat di hati nak mencari bahan di internet memandangkan bilik sewa aku tak ada disediakan kemudahan internet. Kalau di Pustaka Ilmu, waktunya terhad bagi setiap pelajar sebab kononnya ramai lagi yang nak gunakan kemudahan itu. Lagipun, di Pustaka Ilmu, tak semua komputer boleh digunakan untuk print  bahan yang akan digunakan nanti. Duduk di bilik sewa murah, terpaksalah bersusah sedikit. Sebab itulah aku banyak menghabiskan masa di universiti ni berbanding di bilik sewa.
            Aku baru tiba di laluan yang menghubungkan blok C dan B sewaktu terpandangkan Putera Danish di ruang legar blok C. Bukan itu saja, putera itu dikelilingi sekumpulan gadis yang meliuk lentok di hadapannya. Aku tergamam. Seriously, lah? Aku gagahkan juga kaki aku melangkah ke arah lif yang kedudukannya bersebelahan dengan kumpulan putera itu. Itu pun disebabkan tiada jalan lain untuk ke bilik komputer sana. Sekilah aku memandang ke arah mereka. Baru aku perasan, tiada lelaki yang menjadi bodyguard dia hari ni. Patutlah terpaksa juga melayan kerenah peminat!
            Sementara menunggu lif terbuka, aku memerhatikan gelagat Putera Danial melayan gadis-gadis yang mengerumuninya. Bibirnya setia dengan senyuman walaupun aku rasa dia rimas dengan keadaan itu. Ah! Pasti dia dah biasa dikelilingi perempuan macam tu. Tapi, pada aku, Putera Danish tetap jauh lebih kacak daripada Putera Danial. Putera Danish jauh lebih berkarisma. Dan setiap kali dia tersenyum, peh... aku pun cair jadinya.
            Aku menekan-nekan butang lif. Lambat pula lif ni sampai ke bawah. Penat dah mata aku dijamu dengan gelagat pelajar perempuan universiti ni. Bosan menunggu lif, aku meliuk lentokkan badan aku, cuba meniru aksi gadis yang aku lihat. Kemudian aku ketawa sendiri. Kelakar rasanya. Aku pandang pula ke arah Putera Danial yang masih bersabar. Erk! Terasa berderau darah turun daripada muka. Mata Putera Danial tajam memerhatikan aku. Wajahnya yang tadi sentiasa tersenyum sudah hilang serinya. Dia nampak aku berlakon menggedik tadi?! Banyaknya insiden tak menarik antara aku dan dia. Oh God, why?
            Pintu lif terbuka tepat pada masanya. Cepat-cepat aku masuk dan menekan angka tiga. Mata masih memerhatikan Putera Danial. Dengan gaya yang cukup sopan, dia meminta diri kepada kumpulan gadis tadi untuk pergi. Pergi ke arah lif yang hanya aku seorang di dalamnya.
Mata aku membulat. Rasa jantung sudah nak melompat keluar. Berkali-kali aku menekan butang untuk menutup pintu dengan kuat. Gelabah jadinya. Dalam hati tak putus-putus berdoa mengharapkan pintu lif tertutup. Langkah Putera Danial semakin hampir. Lagi selangkah untuk dia masuk ke dalam lif, pintu lif elok tertutup. Sempat aku menangkap senyuman Putera Danial sebelum pintu lif tadi tertutup. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskan dengan keluhan yang kuat.
            “Argh....!” jeritku sekuat hati.
Kenapalah banyak sangat insiden tak best antara aku dengan Putera Danial dalam dua hari ni!!!
            ***
Aku leka melayari laman web sepanjang berada di dalam bilik komputer. Di telinga terselit sepasang earphone yang bersambung dengan telefon bimbit di atas sebelah keyboard. Lagu-lagu nyanyian Jasmine berulang kali bermain di telinga. Sesekali aku turut menyanyikan lagu-lagunya dengan nada yang perlahan. Apa saja yang berlaku di sekeliling, langsung aku tidak sedar sehinggalah aku dikejutkan bunyi telefon yang tiba-tiba berdering.
Berkerut dahi apabila melihatkan nombor yang naik merupakan nombor yang aku tidak kenali. Malas mahu melayan, aku menekan butang silence supaya bunyinya berhenti. Dua tiga kali perkara sama terjadi, akhirnya aku menerima sebuah pesanan ringkas.
-Kenapa tak angkat abang call?-
Aku menggigit bibir. Jantung aku mula berdetak kencang. Abang? Aku ada empat orang abang dalam hidup aku. Abang Hadi, Abang Hanif, Abang Hakim dan Abang Harith. Tapi mereka tak tahu nombor yang aku gunakan sekarang, kerana nombor ini khas untuk kawan-kawan di universiti saja.
Aku mula gelisah. Kalau abang-abang aku tahu nombor ni, adakah bermaksud rahsia aku di sini sudah terbongkar di kampung? Kalau ya, pasti ayah mengamuk betul dan yang paling aku takutkan, Abang Hadi yang jauh lebih tegas berbanding ayah mengamuk. Aku memberanikan diri membalas mesej itu. Bertanyakan siapa yang menghantar pesanan ringkas tadi.
            -Abang Jade lah.-
            Aku menarik nafas lega. Mujur bukan abang-abang aku.
+Abang Jade mana?+
            -Abang Jade bas.-
            Lama aku memikirkan Abang Jade bas yang dimaksudkan. Bila masa pula aku bagi nombor pada abang bas ni? Soalku kepada diri sendiri. Teringatkan peristiwa semalam, aku tersengih sendiri. Ini sebab Putera Danial itulah aku bagi nombor aku pada abang bas sebagai pengeras. Pengeras sebab dia bantu menghantar aku sampai ke kelas.
            +Sorry tak tahu nama abang, Jade...+
            Dan mesej kami berpanjangan sehingga kami berjanji hendak makan malam bersama. Aku masih tak mampu berhenti tersengih. Sengal juga kepala otak Abang Jade ni. Dalam mesej pun dah lawak macam apa, aku tak tahu kalau jumpa nanti macam manalah keadaannya nanti.
Terpandangkan jam komputer sudah pukul dua belas tengah hari, aku terus mengemas buku-buku dan alat tulis yang aku gunakan sepanjang membuat kerja tadi. Tadi sudah berjanji dengan Hairi untuk berjumpa di kafeteria pukul satu nanti. Jadi, lebih baik aku yang tunggu dia sebab Hairi bukannya suka menunggu orang. Tak pasal-pasal sebab benda kecil kami bergaduh.
Aku bangun untuk meninggalkan meja. Kerusi yang aku gunakan, aku masukkan kembali ke dalam meja. Baru beberapa langkah meninggalkan meja, aku hampir terjatuh apabila kaki aku tersadungkan sesuatu. Mujur aku boleh mengawal badan aku. Hanya buku dan telefon bimbit yang terjatuh, yang membuatkan satu bilik komputer terdiam. Masing-masing yang ada di dalam ini memandang aku seketika sebelum kembali menyambung tugasan mereka.
Aku menggigit bibir menahan rasa malu. Sekilas aku pandang ke belakang. Apa yang sadungkan tadi? Mata aku memerhatikan sepasang kaki yang elok melunjur ke arah laluan. Kurang ajar! Siapa yang pandai sangat duduk macam tu? Mata aku beralih pula ke arah muka tuan badan. Elok Putera Danial memandang aku dengan pandangan tajam.
Aku menyeringai geram. Memang patut dia ni kena tendang keluar daripada universiti diraja tu. Perkara asas macam ni pun tak boleh nak fikir boleh membahayakan orang awam. Huh! Aku hanya berlalu tanpa menghiraukan pandangan Putera Danial yang tidak lepas daripada memandang aku. Kalau dengan ini dapat menebus balik ‘hutang’ aku pada dia, jatuh tertumus ke lantai pun aku terima.
***
“Kenapa muka monyok semacam ni?” Hairi menegur sebaik saja dia tiba di kafeteria. Beg sandang diletakkan di kerusi dan dia mengambil tempat di sebelah aku.
“Tak ada apa. Penatlah...” aku yang duduk dengan kepala bertongkatkan tangan menukar posisi dengan meletakkan kepala terus ke atas buku di atas meja. Wajah Hairi sedikit pun tidak aku pandang. Tak mahu membuatkan suasana tegang, Akhirnya aku menegakkan badan dan meraup muka dengan kedua tapak tangan.
“Dahlah tu... jangan stres sangat. Minggu depan nak cuti mid sem. Chill lah. Jom, kita tengok apa untuk dimakan!” ajaknya. Sempat tangannya menggosok kepala aku. Berserabut rambut aku jadinya.
Dengan rasa malas, aku melangkah juga ke arah kaunter. Nasi Ayam Percik menjadi pilihan untuk tengah hari ni. Kami sama-sama menguncikan mulut sewaktu makan. Entah kenapa sejak peristiwa semalam, aku rasa malas sangat hendak bercakap sangat dengan Hairi walaupun kami tetap kena berjumpa di dalam kelas setiap hari.
Are you angry with me?” tiba-tiba Hairi bertanya.
Aku terhenti mengunyah. Ketara sangat ke perubahan aku? Aku seboleh-boleh tidak mahu menunjukkan rasa tidak suka dengan tindakan dia semalam. Tak mahu dia terasa hati.
“Kenapa cakap macam tu?” soalku perlahan. Hilang rasa selera untuk makan. Akhirnya aku meletakkan sudu dan garfu. Gelas berisi fresh orange aku capai.
“Sebab sejak aku kiss semalam, kau banyak diam.”
Aku menghela nafas perlahan. Wajah Hairi aku pandang tak berperasaan. Kemudian, aku mengalihkan pula pandangan ke arah taman bunga di hadapan kafeteria. Memerhatikan orang yang lalu lalang tanpa menghiraukan Hairi yang mahukan penjelasan.
“Aku bukan marah... aku cuma tak suka.”
“Tak suka?” soal Hairi sinis. “Selama ni kau nampak macam tak kisah. Tak sangka pula kau ni konservatif sangat. Adele, aku kiss pipi je tau!”
“Pipi pun, kiss jugak kan?”
“Alah, selama ni aku pegang-pegang, kau tak bising pun? Tak ada bezanya pun, Adele.”
Aku diam. Malas mahu memanjangkan lagi perbualan apabila Hairi nampak sudah mula naik angin. Konservatif? Hanya dengan tidak suka di buat sesuka hati begitu, aku dah di label konservatif? Aku berperang dengan perasaan sendiri. Terasa ada satu suara berbisik kepada diri aku. ‘Ini bukan kau, Adele...’
“Ok. Kalau kau tak suka, aku minta maaf. Lepas ni aku tak buat lagi...” Suara Hairi menyedarkan aku daripada lamunan.
“Aku sayang kau. Tapi kalau kau tak sedia lagi, tak apa. Aku boleh tunggu,” akhirnya Hairi mengalah. Mendengarkan kata-katanya, aku sedikit tersenyum. Wajahnya aku pandang dengan rasa sayang. Gembira apabila Hairi cuba memahami dan menerima prinsip aku.

7 comments:

Anonymous said...

Best! Yes asele tetapkn pendirian anda

Anonymous said...

Eh abg jade ni spe? Rasanya takde pun bab dia tolong Adele tu? Atau ai miss sumting

Basyirah Abd Rahman said...

Abg jade tu yg drebar bas masa episod 1..
Nicely written. Suka sangat. Nmpknya Prince tu makin tertarik dengan Adele wlupn dia dikelilingi peminat. Ehem.. Bila nak dengar suara emas prince ni. Blm lg depa bericara..

eija said...

alahai adela byk sgt insedin yg blku.. helmi nie suka2 jer kta adela konsevetif..dia igat pom nie apa.. bila lah putera ngn adela nie akan bkomunikasi.. xsbr plk rsanya..

Unknown said...

best...nak lg.

Anonymous said...

Besttttt

nursyahira bt saiful said...

mmg terbaik :)