::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

14 October 2013

E-Novel: Oh My Prince! 02



Kelas bersama Prof Hanna akhirnya tamat dua jam kemudian. Aku dan Hairi sama-sama menapak ke arah kafeteria yang berdekatan dengan blok H. Terpandangkan vending machine yang menjual minuman sejuk dan panas, aku meminta Hairi mencari tempat duduk manakala aku akan menyusul kemudian. Aku memasukkan duit syiling yang berukir wajah Raja Hussin di bahagian belakangnya. Menariknya di negara Alamin ni, duit syiling akan bertukar apabila raja bertukar. Akan datang, bolehlah aku simpan syiling berukir wajah Danish bila dia yang memerintah nanti. Hahaha.
Aku memusingkan badan sebaik saja dua gelas kopi suam aku belikan untuk diri aku dan Hairi. Baru hendak melangkah ke kafeteria, wajah kusut Hairi muncul di depan mata. Pantas aku menghulurkan cawan kertas kepada dia.
“Kenapa?”
Full house. Satu tempat duduk pun tak ada.”
“Peliknya?”
Hairi mengangguk. “Tapi taklah pelik sangat. Iyalah... putera raja datang sini. Kafe tadi penuh dengan orang luar jadinya!” katanya sedikit geram. Aku berdiri di hadapan Hairi. Tak mampu nak memikirkan apa-apa. Perut sudah terasa laparnya.
“Makanan pun tak ada ke?”
Hairi menggeleng. “Habis!”
“Habis tu nak makan apa ni?” rungutku.
Putera raja ni pun satu hal. Dah elok-elok ada Universiti Diraja Alamin khas untuk kerabat dan bangsawan, Universiti Awam Alamin ni juga yang dia nak masuk. Tak faham aku! Kalau aku jumpa putera tu, aku lipat-lipat masuk dalam beg dan poskan ke Universiti Diraja Alamin sana.
“Aku dah lapar ni. Tadi tak sempat sarapan. Argh...!”
“Aku pun.” Hairi mengeluh. Kopi di tangan di hirup perlahan.
“Kita makan dekat luar jelah.”
“Sempat ke?” mata aku melirik ke arah jam. Kelas seterusnya akan bermula lagi empat puluh lima minit. Cari pasal namanya nak makan kat luar.
“Kita pergi kedai je. Beli roti buat alas perut. Tak sempat ni nak keluar. Tak pasal-pasal kena halau sebab masuk lambat. Bukan tak kenal Prof Hijaz.”
Hairi mengangguk tanda bersetuju. Akhirnya kami berjalan meninggalkan kawasan kafeteria. Empat bungkus roti berinti jem nanas kami beli buat bekalan. Sambil berjalan ke dewan kuliah, kami bersembang tentang bermacam perkara. Sehinggalah perbualan kami terganggu dengan jeritan seseorang.
“Putera Danial! Ahhh!!!!” jerit seorang gadis diikuti beberapa gadis lain.
“Tuanku!!!” jerit gadis yang lain pula.
Aku dan Hairi berpandangan. Putera Danial? Siapa? Tiba-tiba, beberapa orang manusia berjalan daripada blok A menghala ke arah kami. Seorang lelaki bersusuk tinggi dan sedikit tegap berjalan di tengah-tengah. Hanya dia seorang yang berkemeja biru cair manakala dua lelaki yang lain lengkap bersut hitam. Aku yakin dialah Putera Danial yang dimaksudkan. Aku dan Hairi spontan bergerak ke tepi. Memberi laluan buat Putera Danial dan orang-orangnya.
“Itu ke puteranya?” aku berbisik kepada Hairi.
Hairi mengangguk.
“Biasa saja. Handsome lagi Putera Danish!” kataku. Pasti dia adik kepada Putera Danish. Nama pun sudah dekat-dekat.
“Adele!” Hairi sudah menyiku lengan aku. Aku tergamam. Tak sedar suara aku terkuat dan... Putera Danial berhenti di hadapan kami dan merenung tajam muka aku. Alamak! Lari...!
***
“Ha... haa... haaa...”
Aku tercungap-cungap kepenatan. Bukan dekat berlari dari kafeteria ke blok H tadi. Aku meraup muka dengan tapak tangan. Peh! Penatnya berlari. Ini semua salah Putera Danial tu! Ada ke patut dia tenung aku macam tu. Takutlah aku. Tak pasal-pasal Hairi pun menjadi mangsa.
“Yang kau tarik aku tu kenapa?!” marah Hairi. Dia turut sama tercungap-cungap. Hairi menunduk, tangannya memegang peha. Penat sangat gayanya.
“Dah dia tengok kita macam tu. Takutlah aku!” bidasku.
“Lain kali, cakap siang dengar-dengar, sayang...!”Hairi berdiri tegak. Spontan dia mencubit pipi aku lembut. Kemudian dia tersenyum. Senyumannya cukup membuang rasa bersalah aku sebab buat dia berlari tadi. Hahaha!
“Iye.. aku ingat tu. Jomlah makan roti tu. Aku lapar dah ni.”
“Ok. Kita lepak dekat Center Garden, nak?” ajaknya.
Aku mengangguk. Kami berjalan ke arah Center Garden yang terletak di tengah-tengah Blok H. Blok ni merupakan blok akademik di mana hampir ke semua bilik di dalam blok ni merupakan dewan-dewan kuliah. Salah satu tujuan Center Garden dibina macam tujuan kami sekaranglah. Rehat sementara menunggu kelas berikutnya. Sebab yang lain, supaya pelajar dapat mengisi masa kosong dengan belajar di sini. Ada masanya, aku dengan Hairi pun berjumpa dan dating di sini.
“Nah!” Hairi menyuakan roti yang sudah di keluarkan daripada plastik kepada aku. Aku membuka mulut. Dengan cermat Hairi menyuapkan roti itu kepada aku. Aku mengunyah ia perlahan-lahan.
What a day...” kata Hairi perlahan. Kemudian dia mengunyah pula roti yang dia berikan kepada aku tadi. Sepeket roti kami kongsi berdua.
“Betul. What a day. Belum pun tengah hari dah macam-macam berlaku.”
Aku memejam mata rapat. Setiap apa yang berlaku sejak aku tiba di universiti sehinggalah ke saat ini kembali bermain di fikiran. Teringatkan renungan tajam Putera Danial tadi, aku terasa jantung aku bagaikan direntap. Aku meletakkan tangan ke dada. Laju jantung aku bekerja mengepam darah ke seluruh tubuh. Terasa berbeza kelajuannya.
“Adele?” Hairi memanggil. Aku membuka mata.
“Kau ok ke tak? Kenapa pegang dada tiba-tiba?” Hairi menyoal. Tangannya mencapai tangan aku yang melekap ke dada. Wajahnya cukup menunjukkan kerisauannya. Tak ada tapis-tapis lagi dah.
“Tak ada apa. Penat berlari tadi,” balasku dengan senyuman. Senyum sebagai tanda terima kasih atas perhatian dia.
“Nak roti lagi?”
Aku mengangguk. Hairi membuka sepeket lagi roti. Kemudian, seperti tadi, dia menyuakan roti itu ke mulut aku Aku membuka mulut dan roti itu aku gigit.
“Adele.”
“Hrm?”
“Ada jem dekat tepi mulut kau,” tegur Hairi.
Aku menyapu tepi mulut seperti yang dikatakan Hairi. Namun, Hairi tersenyum sebaik saja aku selesai melakukannya. Hairi mengangkat tangannya dan di bawa ke muka aku.
“Ada lagi...” perlahan dan bergetar suaranya.
Wajahnya semakin lama semakin mendekati wajah aku. Irama jantung aku mula tidak tentu arah. Baru aku hendak memejamkam mata, tiba-tiba Putera Danial berjalan di kaki lima. Aku tersentak. Laju aku menolak tubuh Hairi menjauhi aku. Serba tak kena aku jadinya. Lagi-lagi apabila terlihat Putera Danial memerhatikan kami daripada hujung mata dengan senyuman sinis tersungging di bibirnya.
“Kenapa?” soal Hairi terkejut.
Aku menggeleng perlahan. “Sini public lah... malu orang tengok!” kataku perlahan. Kepala aku sedikit tertunduk. Malunya rasa bila di tangkap hampir bercumbuan dengan Hairi di Center Garden ni. Tertangkap dengan Putera Danial pula tu. Argh!
“Adele!” Hairi memanggil. Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan Hairi yang sedikit kecewa apabila kehendaknya tak terlaksana. Mata Hairi ralit memerhatikan wajah aku dan tangannya bermain dengan rambut aku.
I love you!” lembut sekali suaranya. Dan hanya dengan sepatah ayat, itu mampu membuatkan hati aku terbang ke kayangan.

4 comments:

baby mio said...

BEST....

eija said...

aii adele dh jtuh cinta ngn putera ke??

Anonymous said...

Erm , cite nie agak pelikk sbb takde berunsurkan agama . Apapun good job .

Anonymous said...

A'ah. Saya lagi suka kalau Adele ngan Hairi lebih menjaga pergaulan diorang.