Kelas
bersama Prof Hanna akhirnya tamat dua jam kemudian. Aku dan Hairi sama-sama
menapak ke arah kafeteria yang berdekatan dengan blok H. Terpandangkan vending machine yang menjual minuman
sejuk dan panas, aku meminta Hairi mencari tempat duduk manakala aku akan
menyusul kemudian. Aku memasukkan duit syiling yang berukir wajah Raja Hussin
di bahagian belakangnya. Menariknya di negara Alamin ni, duit syiling akan
bertukar apabila raja bertukar. Akan datang, bolehlah aku simpan syiling berukir
wajah Danish bila dia yang memerintah nanti. Hahaha.
Aku
memusingkan badan sebaik saja dua gelas kopi suam aku belikan untuk diri aku
dan Hairi. Baru hendak melangkah ke kafeteria, wajah kusut Hairi muncul di
depan mata. Pantas aku menghulurkan cawan kertas kepada dia.
“Kenapa?”
“Full house. Satu tempat duduk pun tak
ada.”
“Peliknya?”
Hairi
mengangguk. “Tapi taklah pelik sangat. Iyalah... putera raja datang sini. Kafe
tadi penuh dengan orang luar jadinya!” katanya sedikit geram. Aku berdiri di
hadapan Hairi. Tak mampu nak memikirkan apa-apa. Perut sudah terasa laparnya.
“Makanan
pun tak ada ke?”
Hairi
menggeleng. “Habis!”
“Habis
tu nak makan apa ni?” rungutku.
Putera
raja ni pun satu hal. Dah elok-elok ada Universiti Diraja Alamin khas untuk
kerabat dan bangsawan, Universiti Awam Alamin ni juga yang dia nak masuk. Tak
faham aku! Kalau aku jumpa putera tu, aku lipat-lipat masuk dalam beg dan poskan
ke Universiti Diraja Alamin sana.
“Aku
dah lapar ni. Tadi tak sempat sarapan. Argh...!”
“Aku
pun.” Hairi mengeluh. Kopi di tangan di hirup perlahan.
“Kita
makan dekat luar jelah.”
“Sempat
ke?” mata aku melirik ke arah jam. Kelas seterusnya akan bermula lagi empat
puluh lima minit. Cari pasal namanya nak makan kat luar.
“Kita
pergi kedai je. Beli roti buat alas perut. Tak sempat ni nak keluar. Tak
pasal-pasal kena halau sebab masuk lambat. Bukan tak kenal Prof Hijaz.”
Hairi
mengangguk tanda bersetuju. Akhirnya kami berjalan meninggalkan kawasan
kafeteria. Empat bungkus roti berinti jem nanas kami beli buat bekalan. Sambil
berjalan ke dewan kuliah, kami bersembang tentang bermacam perkara. Sehinggalah
perbualan kami terganggu dengan jeritan seseorang.
“Putera
Danial! Ahhh!!!!” jerit seorang gadis diikuti beberapa gadis lain.
“Tuanku!!!”
jerit gadis yang lain pula.
Aku
dan Hairi berpandangan. Putera Danial? Siapa? Tiba-tiba, beberapa orang manusia
berjalan daripada blok A menghala ke arah kami. Seorang lelaki bersusuk tinggi
dan sedikit tegap berjalan di tengah-tengah. Hanya dia seorang yang berkemeja
biru cair manakala dua lelaki yang lain lengkap bersut hitam. Aku yakin dialah
Putera Danial yang dimaksudkan. Aku dan Hairi spontan bergerak ke tepi. Memberi
laluan buat Putera Danial dan orang-orangnya.
“Itu
ke puteranya?” aku berbisik kepada Hairi.
Hairi
mengangguk.
“Biasa
saja. Handsome lagi Putera Danish!”
kataku. Pasti dia adik kepada Putera Danish. Nama pun sudah dekat-dekat.
“Adele!”
Hairi sudah menyiku lengan aku. Aku tergamam. Tak sedar suara aku terkuat
dan... Putera Danial berhenti di hadapan kami dan merenung tajam muka aku.
Alamak! Lari...!
***
“Ha...
haa... haaa...”
Aku
tercungap-cungap kepenatan. Bukan dekat berlari dari kafeteria ke blok H tadi. Aku
meraup muka dengan tapak tangan. Peh! Penatnya berlari. Ini semua salah Putera
Danial tu! Ada ke patut dia tenung aku macam tu. Takutlah aku. Tak pasal-pasal
Hairi pun menjadi mangsa.
“Yang
kau tarik aku tu kenapa?!” marah Hairi. Dia turut sama tercungap-cungap. Hairi
menunduk, tangannya memegang peha. Penat sangat gayanya.
“Dah
dia tengok kita macam tu. Takutlah aku!” bidasku.
“Lain
kali, cakap siang dengar-dengar, sayang...!”Hairi berdiri tegak. Spontan dia mencubit
pipi aku lembut. Kemudian dia tersenyum. Senyumannya cukup membuang rasa
bersalah aku sebab buat dia berlari tadi. Hahaha!
“Iye..
aku ingat tu. Jomlah makan roti tu. Aku lapar dah ni.”
“Ok.
Kita lepak dekat Center Garden, nak?”
ajaknya.
Aku
mengangguk. Kami berjalan ke arah Center Garden yang terletak di tengah-tengah
Blok H. Blok ni merupakan blok akademik di mana hampir ke semua bilik di dalam
blok ni merupakan dewan-dewan kuliah. Salah satu tujuan Center Garden dibina
macam tujuan kami sekaranglah. Rehat sementara menunggu kelas berikutnya. Sebab
yang lain, supaya pelajar dapat mengisi masa kosong dengan belajar di sini. Ada
masanya, aku dengan Hairi pun berjumpa dan dating
di sini.
“Nah!”
Hairi menyuakan roti yang sudah di keluarkan daripada plastik kepada aku. Aku
membuka mulut. Dengan cermat Hairi menyuapkan roti itu kepada aku. Aku
mengunyah ia perlahan-lahan.
“What a day...” kata Hairi perlahan.
Kemudian dia mengunyah pula roti yang dia berikan kepada aku tadi. Sepeket roti
kami kongsi berdua.
“Betul.
What a day. Belum pun tengah hari dah
macam-macam berlaku.”
Aku
memejam mata rapat. Setiap apa yang berlaku sejak aku tiba di universiti
sehinggalah ke saat ini kembali bermain di fikiran. Teringatkan renungan tajam
Putera Danial tadi, aku terasa jantung aku bagaikan direntap. Aku meletakkan
tangan ke dada. Laju jantung aku bekerja mengepam darah ke seluruh tubuh.
Terasa berbeza kelajuannya.
“Adele?”
Hairi memanggil. Aku membuka mata.
“Kau
ok ke tak? Kenapa pegang dada tiba-tiba?” Hairi menyoal. Tangannya mencapai
tangan aku yang melekap ke dada. Wajahnya cukup menunjukkan kerisauannya. Tak
ada tapis-tapis lagi dah.
“Tak
ada apa. Penat berlari tadi,” balasku dengan senyuman. Senyum sebagai tanda
terima kasih atas perhatian dia.
“Nak
roti lagi?”
Aku
mengangguk. Hairi membuka sepeket lagi roti. Kemudian, seperti tadi, dia
menyuakan roti itu ke mulut aku Aku membuka mulut dan roti itu aku gigit.
“Adele.”
“Hrm?”
“Ada
jem dekat tepi mulut kau,” tegur Hairi.
Aku
menyapu tepi mulut seperti yang dikatakan Hairi. Namun, Hairi tersenyum sebaik
saja aku selesai melakukannya. Hairi mengangkat tangannya dan di bawa ke muka
aku.
“Ada
lagi...” perlahan dan bergetar suaranya.
Wajahnya
semakin lama semakin mendekati wajah aku. Irama jantung aku mula tidak tentu
arah. Baru aku hendak memejamkam mata, tiba-tiba Putera Danial berjalan di kaki
lima. Aku tersentak. Laju aku menolak tubuh Hairi menjauhi aku. Serba tak kena
aku jadinya. Lagi-lagi apabila terlihat Putera Danial memerhatikan kami
daripada hujung mata dengan senyuman sinis tersungging di bibirnya.
“Kenapa?”
soal Hairi terkejut.
Aku
menggeleng perlahan. “Sini public
lah... malu orang tengok!” kataku perlahan. Kepala aku sedikit tertunduk.
Malunya rasa bila di tangkap hampir bercumbuan dengan Hairi di Center Garden
ni. Tertangkap dengan Putera Danial pula tu. Argh!
“Adele!”
Hairi memanggil. Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan Hairi yang sedikit
kecewa apabila kehendaknya tak terlaksana. Mata Hairi ralit memerhatikan wajah
aku dan tangannya bermain dengan rambut aku.
“I love you!” lembut sekali suaranya. Dan
hanya dengan sepatah ayat, itu mampu membuatkan hati aku terbang ke kayangan.
4 comments:
BEST....
aii adele dh jtuh cinta ngn putera ke??
Erm , cite nie agak pelikk sbb takde berunsurkan agama . Apapun good job .
A'ah. Saya lagi suka kalau Adele ngan Hairi lebih menjaga pergaulan diorang.
Post a Comment