::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

31 December 2010

Suami Aku Ustaz?! 3

Rutin harian aku berubah sikit lepas Abang Hafiz wujud dalam hidup aku selain sebagai seorang abang sepupu dan ustaz aku. Dia pindah masuk rumah ni duduk sekali dengan aku. Mula aku bising jugak cakap tak payah sebab risau kalau tiba-tiba si Joe atau Wati datang bertandang tanpa diundang pula. Mesti ada jadi gossip Ustaz Hafiz dekat rumah Nur Alisa, berduaan. Isk!

Sekarang ni, setiap pagi sebelum Abang Hafiz pergi surau, mesti dia kejut aku sampai bangun. Kadang tu aku gagahkan jugaklah bukak mata ni walaupun mata macam kena gam dengan gam gajah. Takut dia terlepas jemaah dekat surau. Bila dia dah pergi surau, aku tidur balik. Ngeh ngeh ngeh. Bangun 6.30 pagi. Minta maaf ye Ustaz Hafiz, macam mana awak buat pun, saya ni kan budak-budak lagi.

Pergi sekolah pun asing-asing. Selalunya, aku pergi dulu merempit naik motor. Rumah dengan sekolah pun jauh jugaklah. Dia pergi kemudian, naik kereta dia. Nasib baiklah rumah aku kira jauh jugak dari budak-budak sekolah. Dulu aku bising jugak dekat mak sebab tak ada kawan. Sudahlah anak tunggal, kawan-kawan pulak jauh. Sekarang memang aku bersyukur gilalah rumah jauh ni. Ada hikmahnya iya tak?

-Lisa, malam ni tempat biasa?-

Aku baca mesej daripada Joe. Nak ajak lepaklah tu. Dah banyak kali dah Joe ni ajak sebenarnya. Tapi sejak tinggal sekali dengan Abang Hafiz ni, boleh kata aku jarang keluar rumah. Iyalah, nak keluar pun lagi bagus aku habiskan masa buat mak ayah yang nak berangkat ke Mekah. Kata Abang Hafiz, buatnya diorang tak balik lagi macam mana? Peh! Rasa macam nak pengsan bila dengar dia cakap macam tu.

Aku menimbang tara dalam fikiran. Rumah tengah tak ada orang sekarang ni. Aku pun tengah bosan menghadap dinding bisu. Abang Hafiz pun tak ada malam ni. Pergi rumah Cikgu Hamidon, ada cukur jambul cucu dia. Dia ajak juga aku ikut, tapi nak mati? Memang sengaja cari masalahlah kalau aku ikut Ustaz Hafiz pergi kenduri Cikgu Hamidon.

-On. 9.00 aku sampai.-

Balasku laju. Sementara menunggu balasan aku mencapai tuala untuk membersihkan badan. Dari balik sekolah tadi aku tak mandi. Nasib baik Abang Hafiz balik lambat sebab ada meeting dengan panitia Pendidikan Islam petang tadi. Dinner pun dia beli bungkus je dekat kedai Mak Cik Bibah. Dah faham sangat dengan aku yang sememangnya pemalas sikit nak ke dapur.

-Ok-

Ringkas balasan Joe. Aku tengok jam dekat dinding. 8.45 malam. Naik motor adalah 15 minit dari rumah ni. Lepas mengemaskan tudung, aku terus capai helmet dekat atas rak kasut. Tak sampai 5 minit, motor laju membelah kepekatan malam.

***

“Lisa!” Joe melambai dari tempat duduk dia. Pa’an kat sebelah tengah sibuk tengok bola.
“Lambatnya sampai?” Pa’an menegur sambil memandang aku sekilas.
Aku tersengih. “Isyak kejap tadi,” balasku. “Berapa dah?”
“1-0,” Joe tolong jawabkan.
Aku mencapai gelas teh ‘o’ ais yang dah tersedia atas meja. Memang dah selalu dah si Joe ni orderkan untuk aku kalau aku lepak sekali dengan diorang.
“Susah betul nak lepak dengan kau sekarang. Apahal? Busy jaga anak?” tergelak-gelak Pa'an bertanya.
Soalan yang keluar dari mulut Pa’an membuatkan aku tersengih. ‘Sibuk jaga suamilah, Pa’an’. Agak-agak kalau aku jawab macam tu, diorang kena ‘heart attack’ tak?
“Mak ayah aku kan pergi Mekah. Takkan aku nak sibuk keluar pulak kan?”
Joe dan Pa’an mengangguk. “So sekarang kau lepak soranglah dekat rumah?”
Aku dah tak tahu nak mengangguk ke nak menggeleng. “Kadang aku pergi rumah Mak Long aku.” Lain ditanya lain yang aku jawab.
“Elok-elok duduk rumah seorang. Baik kau lepak je rumah Mak Long kau. Kau tu dahlah perempuan,” nasihat Joe. Aku hanya tersengih. Dengan adanya Ustaz Hafiz korang dekat rumah tu, insya Allah aku selamat. Lagipun, mak dengan ayah suruh kahwin pun sebab nak suruh dia jaga aku.

Duduk dengan budak dua orang ni, memang macam-macam cerita yang keluar. Walhal, tiap-tiap hari dah jumpa dekat kelas. Kadang tu, kalau aku cerita pasal kucing belakang rumah Mak Long beranak pun diorang layankan ajelah. Kawan terbaiklah diorang berdua ni. Tengah aku layan pemain nombor 8 menggelecek bola, (Ok, aku tak tahu pun nama dia sebab aku memang tak minat bola. Memancing aku boleh lagi join sekaki) telefon bimbit yang aku letak dekat sebelah helmet hitam milik Pa’an berbunyi.

-Hafiz Calling...-

Dahi aku dah berkerut. Jam di pergelangan aku jeling. Baru pukul 9.15 malam. Takkan awal sangat Abang Hafiz balik? Teragak-agak aku nak menekan button hijau untuk menerima panggilan. Lagi-lagi depan si Joe dengan Pa’an ni.

“Lisa kat mana ni?” serius je suara Abang Hafiz di hujung talian. Aku buat selamba je dengan nada suara dia yang tak macam selalu.
“Err... Kat tambak ni. Kenapa?”
“Dengan siapa?”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Alah, macam tak biasa je kena bebel. “Farhan dengan Johan.” Jawabku bosan. Bukannya ada orang lain lagi yang sudi nak lepak mamak dengan aku. Buat-buat tak tahu pulak dia ni. Lagipun Abang Hafiz kenal budak dua orang ni. Dah kitorang sama-sama anak murid dia.
Abang Hafiz diam dihujung talian. “Balik sekarang,” arahnya.
Kening aku dah bercantum. “Tak panas punggung lagi orang dekat sini. Kejap lagilah.”
“Now.”
“Ok! Ok!” ujarku geram sebelum mematikan talian.

“Apahal? Macam tension je bunyinya?” tegur Joe bila tengok muka aku yang tak puas hati.
“Err... Mak Long aku panggil balik. Ada hal. Aku gerak dululah.” Telefon aku letak dalam kocek. Kunci motor aku capai. Bukannya Mak Long, tapi anak Mak Long aku yang suruh aku balik sekarang.
“Lah? Baru sampai dah nak balik?” soal Pa’an bila nampak aku dah siap nak gerak.
“Hrm. Ada hal lah kat rumah. Ok, aku gerak dulu.”

Sampai di perkarangan rumah, terasa darah berderau turun dari muka. Kereta Waja hitam milik Pak Long dah ada dekat belakang kereta Abang Hafiz. Aduh! Mati aku! Sebab ini ke Abang Hafiz beriya suruh aku balik sekarang? Motor aku ‘park’ dekat dalam garaj. Sempat mata menangkap susuk tubuh Abang Hafiz yang keluar dari pintu.

“Assalamualaikum.”
"Waalaikumussalam." Serius je wajah Abang Hafiz menjawab salam aku. Tiba-tiba aku rasa cuak sendiri.

30 December 2010

Suami Aku Ustaz?! 2

Hari ni hari Selasa. Lepas perhimpunan pagi dalam 5 minit untuk bacaan doa, subjek pertama yang aku kena tempuh Pendidikan Islam. Aku menarik nafas dalam-dalam. Bagi semangat kat diri sendiri untuk menempuh hari yang baru ini. Apatah lagi bila dipagi hari kena menghadap muka Abang Hafiz a.k.a. Ustaz Hafiz. Lagi-lagi lepas apa yang mak dengan ayah cakap malam tadi. Insomnia terus aku.

“Oit!” Wati menyapa dari belakang.
“Hrm. Lambat sampai?” soalku sebaik sahaja terpandangkan dia dengan beg sandang dibelakang.
“Tayar basikal aku pancitlah. Tak pasal-pasal kena kejut abang aku suruh hantar.” Cerita Wati sambil meletakkan beg di lantai.
“Syyy!” tegur satu suara. Spontan kami berdua memandang ke depan. Abang Hafiz merenung aku dengan jari telunjuk dibibir. Terus kami terdiam.

Abang Hafiz ni jenis tepati masa sikit. Kalau kelas start jam 7.25 pagi, pukul 7.25 pagilah dia terpacak depan kelas. Kalau kelasnya start jam 9.25 pagi lepas kelas Matematik Moden contohnya, 9.25 pagi itulah dia akan berdiri tepi pintu. Cikgu Liana yang ajar Matematik Moden aku itu apa lagi, tersenyum-senyum bila nampak Abang Hafiz. Lagilah dia sengaja lambat-lambat keluar. Huh, satu sekolah rasanya dah tahu Cikgu Liana ni minat dia. Lepas tu sempat pulak tegur Abang Hafiz, ‘Maaf ya saya curi masa’ dan Abang Hafiz hanya mengangguk. Macam mana aku boleh dengar? Iyalah, dah duduk tepi tingkap. Mestilah dengar. Huh, menyampah aku! Eh, apahal aku ni gaya cemburu yang amat je ni bila cerita pasal Cikgu Liana ni?

“Kamu ni, Lisa. Tengah berdoa sempat lagi berbual. Kalau awak minta duit dekat mak awak, ada ke awak sibuk berbual dekat telefon?” tegur Abang Hafiz sebaik sahaja bacaan doa berakhir.
Aku hanya tersengih sumbing. Mengaku kesalahan sendiri. “Sorry.”
Abang Hafiz menggeleng. “Bukan dengan saya.”
Faham dengan apa yang dimaksudkannya, cepat-cepat aku beristigfar di dalam hati.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas, seperti biasa Abang Hafiz akan meminta kami membaca ayat hafazan untuk tingkatan lima. Kemudian, seperti biasa dia mencari satu hukum tajwid untuk diuji kepada kami. Selalunya, aku terselamat daripada dipanggil. Hehe, besar mandat aku jadi adik sepupukan?

“Nur Alisa?”
Aku mengetap bibir. Baru nak bangga sebab abang sepupu aku yang jadi ustaz aku. Duh!
“Apa hukum tajwid bagi potongan ayat ni?” tangannya menunjukkan sepotong ayat yang dituliskan di papan hitam.

Mata aku membulat sebaik sahaja mendengarkan soalannya. Shit! Tajwid! Sumpah bahagian ni yang paling aku lemah. Aduh, lain kali tanyalah soalan lain! Ibadat ke, Tauhid ke... Walaupun taklah hebat sangat, tapi ok lagilah. Dulu masa belajar dekat sekolah agama, aku selalu aim lulus dan dapat naik ke darjah yang lagi tinggi je. Manalah ilmu nak lekat dekat kepala ni hah! Niat belajar dah tak betul.

Aku membaca potongan ayat tersebut. Ini hukum mad ni. Tapi mad apa eh? Huruf mad bertemu dengan alif. Ah sudah! Mad Jaiz ke.... Mad Wajib ke? Eh, Mad Arid Lissukun yang mana pulak eh? Mad Arid yang tengah-tengah ayat rasanya. Aku mengerutkan dahi kemudian memandang Wati di sebelah. Dia tekun memandang ke hadapan. Ah, hentam sahajalah labu!

“Err... Mad Jaiz kot...” balasku teragak-agak.
Mencerun mata Abang Hafiz memandang aku. “Kenapa mesti ada perkataan kot dekat belakang tu?”
Aku diam.
“Berikan sebab kenapa awak cakap Mad Jaiz.” Arahannya membuatkan aku rasa nak lari balik rumah.
“Err... Sebenarnya tajwid saya lemah sikitlah errr, ustaz! Kalau Mad Asli saya terrorlah,” ujarku. Darah dah naik ke muka. Duh! Terasa macam dimalukan gila-gila kat tengah kelas ni. Segannya!
Abang Hafiz memerhatikan aku lebih kurang setengah saat tanpa berkata apa-apa. “Tak apalah. Awak boleh duduk,” arahnya.
Aku duduk. Muka aku hadapkan ke bawah meja. Waaa! Terasa macam kena gelakkan satu kelas walaupun sebenarnya masing-masing tak bersuara.

“Ini Mad Wajib Muttasil,” ujar Abang Hafiz. Kemudian dia membuat bulatan pada ayat tersebut. “Ia Mad Wajib Muttasil sebab huruf mad, bertemu dengan alif di dalam satu kalimah.” Abang Hafiz kembali memandang ke arah kami sekelas selepas menerangkan.
“Hrm... Macam nilah, untuk memudahkan awak tak keliru dengan Mad Jaiz, awak tengok jarak antara huruf mad dengan alif tu, dekat ke jauh.” Abang Hafiz berfikir sejenak sebelum menulis sepotong ayat. Kemudian dia membuat 2 bulatan pada ayat tersebut.
“Yang ini Mad Jaiz Munfasil. Kalau Mad Jaiz, huruf mad dengan alif bertemu di dalam 2 kalimah. Jadi, ia jauh. Jauh untuk Jaiz. Dan untuk mengelakkan awak keliru, untuk Mad Wajid Muttasil ingat Muttasil, ingat dekat. Muttasil, ‘T’, ta, dekat.” Panjang penjelasan Abang Hafiz.
“Faham Nur Alisa?”
Memang sekarang aku rasa nak lari keluar kelas. “Faham.”
“Hah, berapa harakat untuk Mad Wajib?” soalan lain yang diberikan Abang Hafiz.
“Err...” Aku berfikir sejenak. Cuba untuk mengingat. Keliru sebenarnya. 2, 4 atau 5 ke... 4 atau 5?
Melihatkan aku terkial-kial Abang Hafiz geleng kepala. “Kelas? Macam mana kamu semua baca Al-Quran kalau tajwid simple macam ini pun tak lepas lagi? Hrm? Tajwid ini nampak je simple. Tapi, kita kalau baca Al-Quran wajib bertajwid. Ingat, baca Al-Fatihah dalam solat itu rukun. Macam mana solat awak kalau awak baca main langgar je semua?” lembut nasihatnya.
Aku meletakkan kepala atas meja. Gila! Kalau memang jadi aku ni menikah dengan dia, memang tiap-tiap harilah aku dapat ceramah percuma! Itu satu hal, tambahan... malunya aku dengan dia ni. Sudahlah ustaz, sudahlah dia yang mengajar aku, sudahlah dia yang menanda kertas test dan exam aku. Dengan jawapan yang entah apa-apa aku hentam kalau tak tahu. Wah! Malu tahap tak ingat dah ni.

***

2 minggu sebelum mak dengan ayah ke Mekah, aku dengan Abang Hafiz dinikahkan. Rasa macam kena tangkap basah je dah rasanya. Adalah buat doa selamat sikit dekat rumah Tok Dollah dekat Melaka. Kira kenduri doa selamat untuk mak dengan abah sekalilah. Aku yang tak nak buat dekat Pontian nun. Mahu tahu satu Pontian nanti aku kena nikah dengan abang sepupu aku ni.

Isk! Tapi mak cakap nak kenduri jemput kawan-kawan lepas aku SPM. Wah... tak dapat aku bayangkan. Malu weh! Dekat Wati pun aku tak cakap apa-apa. Bukannya tak percayakan kawan, tapi buatnya dia terlepas cakap dekat sekolah nanti? Tak ke naya aku? Ada diorang fikir bukan-bukan dekat Abang Hafiz. Jatuh imej dia sebagai seorang ustaz nanti.

Dalam bengang tak boleh terima dengan tindakan mak dengan ayah ni, aku bertambah bengang dengan jawapan Abang Hafiz masa aku tanya kenapa setuju. Isk! Walaupun aku dulu dengan dia boleh dikira rapat jugaklah, tapi sejak dia belajar dekat UIA dulu, terus aku dengan dia jauh. Iyalah, dah dia balik sekali sekala. Aku pulak bukannya rajin pun nak jumpa dia kalau dia balik. Berbalik kepada soalan aku tadi, jawapan dia...

‘Abang terima kerana Allah...’

Sungguhlah aku tak faham. Sebab Allah? Kenapa? Aku ni ada gaya anak dara yang dah hanyut dalam gelora maksiat dunia ni ke sampai terima aku kerana Allah? Gaya aku macam anak dara dah tak ada dara aje dah, atau terima aku sebab takut aku makin hanyut atau apa? Argh! Apa aku merepek ni. Ataupun sebenarnya encik hati ni mengharapkan jawapan, ‘abang terima sebab abang sayang Lisa’ ke? Sungguh aku dah gila.

Sekali lagi aku menghendap di celah pintu melihat apa yang Abang Hafiz tengah buat. Isk! Boleh pulak baca buku dah tengah-tengah malam ni? Pergilah tidur abang saudaraku oi... Kalau dia dah tidur, taklah segan sangat aku nak masuk bilik ni.

“Tidurlah. Dah malam dah ni.”
Aku terasa macam jadi ais dekat belakang pintu. Macam mana dia tahu ni?
“Inikan rumah papan. Kalau Lisa duk bukak pintu 10 kali ingat abang tak perasan ke?” soalnya lalu buku ditangan ditutup.

Pandangannya di arahkan ke aku. Eii dia ni. Macam tahu je apa yang aku fikir. Aku membuka pintu perlahan-lahan. Kaki dah selangkah masuk ke dalam milik Mak Usu aku ni. Konon sebab siang tadi dah nikah, terus dapat bilik sendiri. Walhal sebelum ni kalau balik, aku lepak je sebilik dengan sepupu perempuan aku yang lain.

Badan tiba-tiba rasa seram sejuk. Aduh! Kat fikiran dah terfikir benda yang bukan bukan. Erk! Walaupun aku ni menikah atas ‘kerelaan’ sendiri tanpa perlu persetujuaan mak ayah, aku tetap kira bawah 18 tahun tau.
“Lisa?”
Aku menoleh.
“Tak selesa ke nak abang tidur sini? Kalau tak abang tidur bawah?” Dia menunjukkan ke arah lantai yang kosong tiada alas.
Rumah ni rumah papan. Sedangkan tidur atas katil berselimut pun sejuk dia sampai ke tulang. Inikan pulak tidur dekat bawah. Aku pulak yang rasa kesian. Terus aku menggeleng. Abang Hafiz tersenyum. Alahai, walaupun dia ni abang sepupu aku, aku tetap nampak dia sebagai ustaz aku. Itulah, siapa suruh dia mengajar kat sekolah aku lepas habis degree 2 tahun lepas?
“Tidurlah dah pukul berapa dah ni.” Aku tengok jam dekat meja sebelah Abang Hafiz. 1.30 a.m. Dia ni tak mengantuk lagi ke?
Tanpa mengeluarkan sepatah kata, aku terus baring kat atas katil. Isk! Mimpi buruk aku malam ni.
“Abang tak kacaulah. Tidur ajelah.” Janji yang keluar daripada mulut dia membuatkan aku rasa lega sedikit. Mata aku pejamkan. Selimut aku tarik sampai ke dada. Tak apa Lisa... dia suami kau.. suami kau..
“Zikirkan apa tu Lisa? Lebih baik Lisa baca 3 Qul, selawat sebelum tidur daripada sebut benda bukan-bukan,” tegur satu suara. Siapa lagi kalau bukan ustaz aku tu.
Darah terasa menyerbu ke muka. Dush dush dush! Ada sahaja benda yang memalukan aku bila dengan dia ni. “Diamlah!” marahku. Selimut aku tarik terus tutup kepala. Abang Hafiz dah tergelak-sorang-sorang. Kureng! Ustaz tu ustaz jugak, perangai sebagai abang sepupu tetap tak berubah dari kecik.

Suami Aku Ustaz?! 1

“Mak dengan ayah dah bincang dengan Mak Long dengan Pak Long.” Baru aku nak menyuap nasi ke dalam mulut, mak dah mulakan intro yang tak berapa sedap nak di dengar.
“Bincang apa mak?” Sengaja aku menyoal bagaikan tidak tahu apa-apa. Walhal aku ada terdengar mak dengan ayah berbual masa dekat ruang tamu minggu lepas.
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah,” jelas ibu.
Perit aku nak menelan nasi yang macam nak terlekat dah dekat kerongkong ni.
“Mak... kan Lisa dah cakap Lisa boleh jaga diri. Mak tak percayakan Lisa ke?” soalku geram.

Merepek betul sampai nak kahwinkan aku dengan Abang Hafiz. Sudahlah dia tu mengajar dekat sekolah aku. Mengajar kelas aku lagi. Subjek yang dia ajar pulak tu aku lemah. Nak tahu subjek apa? Pendidikan Islam. Huh, aku tahu ramai yang gelakkan aku bila dengar. Nak buat macam mana? Dan tentang Abang Hafiz. Ya, Abang Hafiz itu ustaz dekat sekolah aku. Ustaz yang popular pulak tu! Aduh!

“Sebab tak percayakan kamulah kami nak minta si Hafiz tu jaga kamu. Kamu ni bukannya boleh percaya sangat! Sedangkan kami dekat rumah pun kamu tu tak lekat di rumah. Keluar entah ke mana, entah dengan lelaki mana. Balik pula lewat malam. Kamu ingat kami tak risau?” bebel mak.

Aku hanya diam mendengarkan bebelan mak. Laju je nasi yang berbaki aku habiskan. Nasib baik memang ambil sedikit. Malas mahu duduk lama-lama dekat kerusi ni. Bukan setakat punggung je yang panas, telinga pun panas sama dengar bebelan mak.

“Hah, tengok tu? Baru kita cakap sikit laju je dia nak larikan diri. Lisa? Kamu dengar tak apa yang cakapkan tadi?” marah mak.
Ayah hanya menggelengkan kepala. “Sudah sudahlah tu emaknya. Nanti nantilah pulak kita berbincang. Depan rezeki ni.” Kata-kata yang keluar daripada mulut ayah mematikan kata-kata mak.
Aku tersenyum dalam diam.

***

“Setuju atau tidak, kamu mesti terima!” tegas ayah.
Aku mengeluh. Ingatkan ayah diam masa makan tadi sebab dia nak backing aku. Rupa-rupanya dia diam sebab malas hendak bertekak dengan aku depan rezeki.
“Orang baru form 5 lah ayah? Takkan dah nak kahwin?” marah betul aku dengar cadangan merepek mak ayah aku ni. “Kalau nak sangat suruh abang Hafiz je jaga orang, mintak tolong ajelah dia tengok-tengokkan orang,” usulku. Merepek, tak masuk akal!
“Sedangkan mak dengan ayah yang tengok kamu 24 jam pun tak terkawal, inikan pulak nak suruh abang sepupu kamu tu? Lagilah tak terkawal!” betah mak.
Aku mencebik. “Kalau macam tu, tak payahlah suruh.” Geram je aku membalas.
“Eii kamu ni! Menjawab aje mulutnya! Apalah nasib mak dapat anak macam kamu ni? Sudahlah tak mahu mendengar kata orang tua,” kesal mak.

Aku terdiam. Kata-kata mak bagaikan menusuk ke hati. Aku diselubungi rasa bersalah. Teruk sangat ke anak macam aku? Rasanya tak adalah teruk mana. Mak bebelkan aku tak lekat dekat rumah tu memang betul. Duduk rumah, bosan! Sudahlah tak ada kawan nak berbual. Mak dengan ayah dua-dua kerja dekat JB. Berulang hari-hari dari rumah ni. Malam sampai dekat pukul 8 ke 9.

Aku apa lagi lepak ajelah kat luar. Bukannya pergi mana pun. Lepak tambak, minum-minum dengan si Joe dengan Pa’an. Siapa lagi kawan yang aku nak ajak keluar malam? Si Wati memang tak adalah mak bapak dia nak bagi. Macam mak ayah aku jugak. Tapi iyalah, aku nikan degil. Takkan nak menghadap laptop, mengahadap tv 24 jam!

Kadang-kadang kalau si Joe dengan Pa’an mancing pun aku join sekaki. Bukan jauh mana, dekat tambak tu jugak. Cuma ada sekali je aku balik dekat pukul 2 pagi sebab ikut diorang mancing. Bukannya sengaja aku balik lambat, dah masa tu ada pesta memancing dekat sana. Orang pun ramai. Aku pun tumpang sekakilah. Eh, bukan sekali... 2 kali! Alah, lagipun bukannya buat benda pelik apa sampai mak dengan ayah nak risau sangat. Cuma malam ni je aku tak keluar sebab mak dengan ayah dah warning awal-awal jangan keluar.

“Sorry, mak.” Perlahan je aku menuturkan kata.
Mak terdiam memandang aku. Memang dah menjadi kebiasaan kalau aku ada buat salah aku akan minta maaf. “Hrm. Iyalah!”
“So, cancellah ye rancangan tu?” soalku tersengih. Muka kembali ceria. Selamat hidup aku! Ini nak kahwin dengan abang sepupu aku. Ustaz aku pulak tu. Apa kes?
Mak dengan ayah memandang sama sendiri. “No!” tegas ayah.
Aku rasa macam nak cair dah duduk dekat ruang tamu ni. “Alah... tak payahlah. Mak? Ayah? Kalau dah memang mak dengan ayah tak percayakan Lisa, biar Lisa je duduk rumah Mak Long. Habis cerita,” aku mengusulkan cadangan kedua apabila cadangan pertama ditolak.
“Bukan tak boleh, tapi nanti apa orang cakap kamu dengan Hafiz duduk serumah? Sebelum apa-apa lebih baik kamu disatukan. Lagipun Hafiz dah setuju dah pun. Dah, mak tak nak dengar apa-apa. Sebelum kami berangkat bulan depan, kamu menikah!”
Aku mengerutkan dahi. Ada sahaja alasan sampai aku dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Last-last memang tak boleh nak buat apa. Argh! Geramnya!

05 December 2010

Akhir Yang Ku Mahu

“And they lived happily ever after...” Mama mengakhiri ceritanya untuk malam ini. Buku cerita ditangannya di tutup. Aku yang sudah mengantuk terus sahaja meletakkan kepala diatas bantal. Mama membetulkan selimut sebelum keluar dari bilik. Suis lampu ditutup.
“Good night sayang,” ucap Mama sebelum keluar.
“Night ma,” balasku perlahan.

Mata sudah tertutup. Malam itu aku pula yang bermimpikan putera raja datang menelamatkan aku dengan menaiki kuda putih. Oh, indahnya perasaan itu! ‘Semoga satu hari nanti aku turut menjumpai cinta yang sebegitu dan hidupku akan terus bahagia selama-lamanya,’ doaku di dalam hati.

19 September 2010

Demi Dia

Perbincangan berakhir tepat jam 4.30 petang. Azan sudah dilaungkan dari surau berdekatan dengan kafe yang mereka duduki. Syakirah melemparkan segaris senyuman kepada ahli kumpulan projeknya sebelum dia melangkah ke surau perempuan. Lim memandang daripada hujung mata. Tanpa sedar, hatinya mula tertarik dengan peribadi Syakirah. Syakirah dipandang sehingga hilang daripada pandangan.

“Tak nak balik ke, Lim?” tegur satu suara. Rashid.

Lim hanya mengangguk. Kemudian fail plastik di atas meja di capai sebelum dia meninggalkan meja yang diduduki tadi.

“Fikirkan apa?” Rashid menegur tatkala melihatkan Lim yang hanyut di dalam dunianya sendiri.

24 August 2010

No Other

Langit hitam yang dihiasi bintang-bintang dipandang tak berkelip. Bas daripada Larkin dan menuju ke Lumut itu bergerak dengan kelajuan yang sederhana. Sesekali suara orang yang duduk dibelakang yang sedang berbual dapat didengari meskipun telinga sudah di’plug’ dengan headphone yang hampir sama besar dengan cuping telinganya.

Aku memejamkan matanya sebentar. Perit. Aircond yang keluar betul-betul di atas kepala mengeringkan matanya. Kemudian pandangan dihalakan ke luar tingkap. Baru sampai Skudai. Perjalanan masih jauh. Paling cepat pun aku akan sampai lebih kurang 5.30 pagi. Pandangan dihalakan pula ke arah lelaki yang duduk disebelah. Mata lelaki itu terpejam. Hai? Baru bergerak dah tidur ke?

Handset di dalam kocek jaket hitam yang berlogo universiti itu dikeluarkan. Laju aku membaca mesej di bahagian ‘inbox’’. Mesej yang membuatkannya tak dapat tidur malam seminggu lepas. Aku tersenyum senang.

‘Congratulation! You have been choosen to be a facilitator. Please reply your availability asap.’

Peristiwa 2 bulan lepas kembali terlayar difikiran.

23 June 2010

Semanis Kurma

“Kamu ni bila nak mula cari kerja? Dah dekat 3 bulan macam ni ajelah kerja kamu, makan tidur. Malam keluar dengan dengan kawan, balik lewat. Bangun lambat. Macam mana rezeki nak masuk?” Mak Bedah dah memulakan leterannya. Anak lelakinya yang sedang berbaring di atas sofa di pandang.
Azhar menarik nafas panjang. Dia dah mula dah. “Nanti-nantilah mak. Az kan baru je habis belajar. Tunggu lah sebulan-dua lagi,” mata masih tak lari daripada memandang skrin televisyen. Tom tengah laju mengejar Jerry.
“Sebulan dua?!” suara Mak Bedah dah meninggi.
Azhar menutup telinga kirinya dengan jari telunjuk. Nyaring jugak suara mak aku. Kalau dia masuk kelab koir kat universiti aku dulu mesti mantap. Memang koir universiti tu jadi johan je lah kalau masuk pertandingan apa-apa. Azhar dah ketawa di dalam hati.

17 April 2010

Ku Serah Cinta

Persiapan terakhir sebelum program esok pagi di perkemaskan. Jam sudah hampir ke angka 1 pagi. Nasib badanlah dah kena jadi ketua department majlis dan protokol. Setelah selesai rehearsal, Ayu menarik nafas panjang. Lega. Kalau malam ni dah uruskan semua, esok petang tak adalah kelam kabut masa program berlangsung.

Ayu membuang pandang ke arah keseluruhan dewan. Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh sesuatu. Spontan Ayu menoleh. Afiq disebelah hanya tersenyum menayangkan giginya yang tersusun. Iyalah! Baru je lepas tanggalkan ‘braces’. Senyumnya sampai ke telinga.

“Penat?” tegur Afiq.

02 April 2010

Aku rindu sayang kamu.

Arina menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Beg sekolahnya di letakkan di atas sofa. Kemudian dia menyalami tangan Puan Hamidah yang berdiri di hadapannya.

“Abang mana, Ina?” soal Puan Hamidah apabila kelibat anak lelakinya tak kelihatan.
Arina tersenyum. Mesti mama lupa ni. “Abang ada kelas ma. Kan dia dah cakap pagi tadi.”
“Habis? Ina balik seorang je la ni? Beraninya... Kenapa tak tunggu abang?”
Arina menggelengkan kepala perlahan. “Bukannya jauh sangat, ma. Lagipun kelas abang habis pukul 3. Tak laratlah Ina nak tunggu kat sekolah sorang-sorang.”

Puan Hamidah menggeleng melihat telatah anak daranya seorang itu. Sifat keibuannya membuatkannya sentiasa ingin melindungi. Meskipun Arina bukanlah darah dagingnya.

21 March 2010

Atas Nama Cinta

“Macam mana?” aku menongkat skuter dan berjalan menuju ke arah Afiq yang bediri di muka pintu. Dada rasa berdebar-debar menantikan kata-kata yang bakal keluar daripada mulut Afiq. Afiq yang setahun lagi muda daripada aku, baru sahaja mendapat keputusan SPM setelah beberapa bulan menanti. Cuti yang hampir 3 bulan dihabiskan dengan membantu Abang Man berniaga di gerai menjual burger.

Afiq hanya memandang ke arah aku yang berjalan ke arahnya. Entah apa yang difikirkannya pun aku tak tahu. Aku mengambil peluang memerhatikan wajahnya sepuas-puasnya. Lama tak jumpa budak. Semakin matang, semakin handsome! Masa sekolah dahulu wajah Afiq nampak sangat muka budak-budak. Sekarang? Terasa satu perasaan halus menyelinap ke dalam hati.

20 February 2010

Ana uhibbuka!

Mataku tercantap pada seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan seorang diri. Pelik. Sudah banyak kali aku perhatikan dia. Selalu berseorangan. Jarang aku nampak dia berteman. Biasanya orang kalau tak berjalan beramai-ramai, mesti ada seorang teman di sebelah. Tapi terbalik pula dengan lelaki ni. Kalau nak kata mengejar masa, macam tak logik pulak. Jalannya sama seperti orang lain. Tak nampak pula gaya mengejar masa.

Aku memerhatikan lelaki itu berjalan sehingga dia hilang dari pandangan. Tiba-tiba rasa tertarik pulak nak kenal dengan lebih dekat. Nama dia? Kos apa yang dia ambil? Umur? Nak kata senior, macam tak sebab blok yang dia pergi digunakan untuk budak batch aku. Tak apalah. Mungkin satu hari nanti aku tahu juga.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah Aina. Sementara menanti lecturer, aku menyelak-nyelak nota semalam. Cuba mengingati kembali apa yang aku belajar. Baru nak baca perkataan pertama, mataku terperasankan pelajar yang aku jumpa pagi tadi. Biar benar? Dia coursemate aku?