::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

19 September 2010

Demi Dia

Perbincangan berakhir tepat jam 4.30 petang. Azan sudah dilaungkan dari surau berdekatan dengan kafe yang mereka duduki. Syakirah melemparkan segaris senyuman kepada ahli kumpulan projeknya sebelum dia melangkah ke surau perempuan. Lim memandang daripada hujung mata. Tanpa sedar, hatinya mula tertarik dengan peribadi Syakirah. Syakirah dipandang sehingga hilang daripada pandangan.

“Tak nak balik ke, Lim?” tegur satu suara. Rashid.

Lim hanya mengangguk. Kemudian fail plastik di atas meja di capai sebelum dia meninggalkan meja yang diduduki tadi.

“Fikirkan apa?” Rashid menegur tatkala melihatkan Lim yang hanyut di dalam dunianya sendiri.



Lim hanya tersengih. “Tak ada apalah.”

“Shid, apa pendapat kau tentang Syakirah?” perlahan Lim bertanya. Mereka berdua menaiki tangga menghala ke arah kawasan asrama mereka.

Rashid menoleh ke arah Lim. Rasanya Lim macam bertanyakan sesuatu tadi. Dia sendiri tengah leka memikirkan kerja-kerja yang menimbun di atas meja bilik.

“Kau cakap apa?”

Lim mengalih pandang ke arah burung yang berterbangan di langit. Terasa segan sendiri tatkala bertanyakan perihal Syakirah kepada Rashid.

“Aku tanya, apa pendapat kau tentang Syakirah?”

Rashid memandang Lim tak berkelip. Tak angin tak ada ribut, kenapa tiba-tiba soalan itu yang dikeluarkan?

“Dia budak baik,” ringkas Rashid menjawab.

Lim mengangguk. Jawapan yang dia dah dapat agak akan diberikan oleh Rashid.

“Josh, kau balik dululah. Aku nak solat dulu.”

Rashid dah berjalan menuju ke arah surau lelaki. Lim yang baru nak membalas kata-kata Rashid terdiam apabila tersedar Rashid tiada disebelahnya. Isk! Laju betul budak ni kalau part solat. Lim berjalan ke arah kafe yang terdekat. Bukan kafe yang mereka buat perbincangan tadi. Tapi ni kafe untuk kawasan asrama disini pulak. Perut yang berlagu minta diisi.

Sementara menantikan makanan siap, Lim leka memerhatikan beberapa lelaki yang turut bersama memasuki surau. Suasana yang sama seperti yang selalu dilihat di kampung halamannya. Kebetulan, rumahnya hampir dengan masjid di kampungnya. Penduduk kampung yang majoritinya Islam membuatkan dia sudah terbiasa dengan cara hidup orang Islam. Pandangan diarahkan ke arah pasangan kekasih disebelah. Si gadis melentok manja di bahu si teruna. Lim tersenyum. Macam-macam ragam manusia di universiti ini.

***

Syakirah menghabiskan ayatnya yang terakhir. Assignment yang diberikan minggu lepas perlu dihantar di pejabat Dr. Singh esok tengah hari. Petang ini pula Laila meminta untuk menemaninya berbuka bersama. Sebaik sahaja kerjanya siap, fail itu disimpan sebelum laptop berwarna hitam itu ditutup. Tuala yang disidai menggunakan penyangkut baju dicapai lalu kaki melangkah ke bilik air. Mahu membersihkan badan sebelum keluar untuk makan.

Kafe yang terekat dipilih untuk berbuka puasa. Laila sejak dari awal lagi sudah menyediakan menu berbukanya untuk petang itu. Nasi goreng kampung dengan telur dadar. Disaat mereka mahu membayar, mata Syakirah berlaga dengan mata Lim yang sedang memesan makanan di kedai sebelah. Lim tersenyum memandangnya. Secebis senyuman dihadiahkan sebagai balasan.

“Lambat dinner?” soal Syakirah berbahasa.Selalunya Chinese makan awal. Duit baki daripada abang kafe diambil lalu dimasukkan ke dalam kocek baju kurungnya.

Lim mengangguk. Tangan mencedok sayur ke dalam pinggan. “Tadi pergi gym. Ni baru nak makan,” jawab Lim dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir.

“Syakirah seorang je?” matanya melilau memerhatikan sesiapa yang bersama dengan Syakirah. Senduk diletakkan kembali ke tempat asal.

Geleng.

“Uu... Dengan boyfriend?” selamba Lim bertanya walaupun hatinya dah berdebar menantikan jawapan.

Syakirah tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi. “Of course not!” Ada ke patut aku ni dia cakap dengan boyfriend? Nauzubillah!

“Ingatkan berdua,” mata Lim tepat menikam ke wajah Syakirah.

Syakirah merendahkan pandangan. “Memanglah berdua. Tapi dengan my girlfriend,” balas Syakirah tak berperasaan.

Lim menarik nafas lega. Kepalanya diangguk perlahan sebagai tanda faham. Kelibat seorang gadis di belakang Syakirah menarik perhatiannnya. Gadis itu mencuit bahu Syakirah lalu mengajaknya pergi.

“I pergi dululah ya,” ujar Syakirah lalu berlalu.

Lim hanya memerhatikan Syakirah yang berjalan ke mejanya. Hati kecilnya berlagu girang. Syakirah hanya berdua. Kemudian langkahnya diatur ke kaunter untuk melakukan pembayaran. Balik ni sudah tentu dia akan kepenatan. Mana tidaknya, satu petang berjalan mengelilingi universiti. Kemudian dia menghabiskan setengah jam sebelum pukul 7 malam tadi di gym.

“Boleh duduk sini?” tegur satu suara.

Syakirah tergamam. Anak matanya berlaga dengan anak mata Lim. Kemudian dia memerhatikan keadaan sekeliling. Masih banyak kerusi dan meja yang belum diduduki. Kenapa meja mereka berdua yang menjadi pilihan? Lagipun tindakan Lim yang sudah meletakkan pinggannya di atas meja membuatkan Syakirah serba salah. Akhirnya Syakirah mengangguk.

“Kenapa tak makan lagi?” Lim menyoal Syakirah dan Laila yang masing-masing belum menyentuh makanan masig-masing.

“Laila puasa,” balas Syakirah pendek.

“Oh. You tak puasa, Syakirah?” soal Lim. Tiba-tiba kenangan bulan puasa yang lepas terimbau kembali di fikirannya. Syakirah tetap nampak bertenaga meskipun seharian tanpa makanan dan minuman.

Wajah Syakirah memerah tatkala mendengarkan soalan yang keluar daripada mulut Lim. Hari ini Allah memberikan dia cuti. Rasa malu dah menguasai diri. Mujurlah bukan dibulan Ramadhan.

“I tak puasa hari ni. Insya Allah minggu depan,” jawabnya seringkas mungkin bagi mengelakkan mulutnya mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya.

“Oh. Period?”

Terasa tekak bagaikan dicekik oleh kuasa asing. Alahai, Lim... banyak bertanya pula dia hari ini. Syakirah hanya tersenyum.

“I agak-agak je. Sebab selalunya you puasa hari Isnin,” komen Lim.

Kening Syakirah bertaut. Ayat yang keluar dari mulut Lim menarik minat Syakirah. Macam mana dia boleh perasan? Memang sudah menjadi kebiasaan dirinya untuk berpuasa di hari Isnin atau Khamis. Tak sangka pula Lim terperasankan hal itu.


“You tahu?” Syakirah melontarkan soalan.

Lim mengangguk. “I selalu nampak you berbuka dekat sini.”

Syakirah hanya mengangguk. Malas mahu mengulas apa-apa.

Azan berkumandang daripada televisyen yang terpasang. Lim hanya memerhatikan Syakirah dan Laila yang masih belum menyentuh makanan mereka. “Kenapa tak makan lagi?” akhirnya dia bertanya.

Syakirah tersengih. Teringat peristiwa Laila yang berbuka sebelum waktunya. Orang Kuala Lumpur, biasalah... dengar azan televisyen sudah terus diteguk air di depan mata. “Itu azan KL. Sini lambat sikit,” ringkas Syakirah menjelaskan. Dari ekor mata, dia memanang Laila yang sudah tersengih sumbing. Teringatlah tu. Mata Syakirah kemudian memandang ketiga-tiga pinggan di atas meja.

“Sikit you makan Lim?” tegurnya. Selalunya lelaki makan tak penuh pinggan tak sah. Tapi badan maintain kurus. Rajin bersenam agaknya.

“You dah kuruslah Lim. Tak perlu nak diet lagi. Kalau you berisi sikitkan lagi handsome?” usik Syakirah.

Lim dah ketawa. “Handsome banyak ke handsome sikit?” Lim menyoal.

Syakirah ketawa. “Itu you kena tanya Laila.” Sengaja Syakirah berkata begitu. Minta maaf ya, Laila.

Lim menjeling Laila sekilas. Kemudian dia kembali melihat Syakirah dihadapan. “Agak-agak youlah kan...” kata-kata Lim mati.

Syakirah setia menantikan ayat seterusnya.

“Agak-agak you lah kan, kalau I berisi sikit... I handsome, you suka pada I tak?” lurus Lim bertanya.
Spontan Syakirah tersedak. Laju air di sebelah pinggan di capai. Minta maaf Laila aku minum dahulu. Kemudian gelas diletakkan kembali ke atas meja.
“Pandai you buat lawak.” Syakirah ketawa sedikit kaku.

Lim tersenyum meskipun di dalam hati berdebar ingin meluahkan rasa hati. “I tak buat lawak. I serius.” Matanya tepat memandang ke dalam mata Syakirah. Mahu membuktikan yang dia serius di saat ini.

Syakirah mula rasa tidak selesa dengan pandangan Lim. Sudahlah tidak selesa dengan Lim duduk semeja. Ditambah pula dengan topik perbualan mereka. “Ada-ada ajelah you ni.”

“I serius. I kenal you sejak tahun pertama lagi I dah tertarik dengan you. Bila kita dapat satu group untuk projek tahun lepas, I rasa masa tu untuk I kenal dengan you lebih rapat. Tapi you banyak menjauhkan diri. Sekarang dah 3 tahun lebih dah pun and I rasa sekarang masa yang sesuai untuk I confess pada you.”

Syakirah menelan air liur. Jantungnya berdegup lagu. Terkejut dengan pengakuan yang secara tiba-tiba ini.

“Syakirah, if you think religion yang menjadi halangan sekarang, you jangan risau. One day kalau kita betul-betul jadi kahwin, I sanggup convert. Tentang family I you jangan risau. Diorang tak kisah sangat. Even my brother sendiri kahwin dengan muslim. Mak ayah I tak kisah pun,” jelas Lim panjang lebar.

Syakirah menggigit bibir. Kemudian dia menggeleng perlahan.

“Lim...” Syakirah ketawa perlahan. Pada masa yang sama, otaknya ligat memikirkan apa yang patut dikatakan kepada Lim.

Lim memandang Syakirah. Laila disebelah mengambil keputusan tidak mahu masuk campur.

“Tak semudah tu Lim.” Hanya itu yang mampu diluahkan Syakirah.

“Kenapa pula? Kita kawan je dulu. Tak salahkan? Lagipun ramai je I tengok kawan-kawan you yang couple.”

Syakirah tersenyum.
“Tak sama Lim... tak sama. I tak sama dengan diorang.”

“Meaning?”

“I bagi satu analogi yang mudah pada you. Dekat highway ada banyak kereta dan macam-macam ragam pemandu. Ada setengan itu jenis suka sangat langgar peraturan. Bawal kereta laju, potong double line, selfish and tak hiraukan pemandu lain...”

Lim mendengar penuh tekun.

“Ada juga sesetengah pemandu yang jenis ada masa ikut rules. Ada masa tidak. Ada setengah tu pula relaks je bila memandu. Ikut rules. Jaga keselamatan. Tak pentingkan diri sendiri...”

Syakirah berbalas pandangan dengan Lim. Kemudian dia melarikan pandangan ke arah lain.

“Bagi pemandu yang tidak mengikut peraturan mesti ada akibat disebaliknya. Saman... accident... You anggaplah kereta yang dipandu itu adalah Islam dan pemandu tu seseorang yang menganut agama Islam. You nampak tak perbezaannya?”

Lim menggeleng.

Syakirah menarik nafas dalam.

“Perbezaannya adalah, setiap muslim tu ada banyak golongan. Ada yang jenis mengikut larangan yang ditetapkan oleh Allah. Ada yang tidak. Ada yang ada masa ikut, ada masa langgar. Ada yang jenis ,memang perfect. Tak penah langgar langsung perintah Allah. Bagi yang melanggar sudah pasti ada balasannya. Mungkin di dunia... Mungkin di akhirat.”

“Bagi pemandu ang suka bawa kereta secara gila-gila selalunya akan menyusahkan pemandu yang lain. Kadangkala ada pemandu yang baik terpaksa menerima akibatnya. Macam itu juga pemandu yang baik di mana di saat dia memandu dengan berhemah, dia mampu menyelamatkan nyawa orang lain.”

“Dan I cuba untuk menjadi pemandu yang macam tu. Muslim yang begitu. Perfect in everything. Yang mampu membantu dan menggalakkan orang lain melakukan kebaikan. Tapi bila ada pemandu yang suka buat kesalahan, you jangan salahkan kereta, tapi you salahkan pemandu itu sendiri. Macam itu juga dengan Islam,” terang Syakirah panjang lebar.

Lim buat muka kelam.

“Lagi satu Lim, I tak berapa suka bila someone tu convert masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan seorang muslim. Itu pendapat I-lah. Sebab, kalau you masuk Islam hanya kerana seorang perempuan, disebabkan seorang perempuan juga you boleh keluar Islam. You takkan nampak dan rasa keindahan Islam itu sendiri,” jelas Syakirah.

“I tak faham lagilah?” Dahi Lim dah berkerut.

Syakirah terpinga-pinga. “Apa yang you tak faham?”

“You punya expalaination tadi. Yang mula-mula tadi.”

Syakirah menggigit bibirnya.

“Lim, kalau you nak lebih faham, I rasa better you tanya sesorang yang you yakin boleh fahamkan you. Kalau you nak suruh I, 1 hari tak cukup. Mana tahu nanti you dapat cari dan rasa keindahan Islam itu sendiri.”

Lim terdiam. “Erm... Macam nilah. Kiranya lepas explaination you yang panjang lebar tadi, bermakna you reject I lah?”

Syakirah hanya tersenyum. Mahu dikata apa lagi? Lim tersenyum pahit. Tak mengapalah. Mana tahu satu hari nanti dia dengan Syakirah tetap bersama? Suara azan yang dilaungkan daripada surau lelaki mematikan perbualan mereka. Mereka bertiga menjamu selera dalam keadaan yang paling senyap. Sesekali mata Lim memandang Syakirah dihadapannya. Sopan dan tertib sungguh. Hatinya berbunga. Manis Syakirah ni. Walaupun ada masanya Syakirah sedikit gila-gila, namun keindahan yang ada pada gadis ini tetap tidak hilang.

Sejak pertama kali melihatkan Syakirah, hatinya bagaikan dijentik perasaan aneh. Yang pasti semenjak itu dia mula memerhatikan Syakirah walaupun dia tahu Syakirah tidak pernah menyedari kehadirannya. Ya, dia akan mencari seseorang untuk menerangkan kepadanya apa yang diperkatakan oleh Syakirah nanti. Itu sudah pasti.

“Lim, kalau you nak pergi dulu, pergilah.” Syakirah bersuara sebaik sahaja terpandangkan Lim yang leka memandangnya. Tak selesa rasanya menjadi perhatian lelaki sebegitu sekali.

Lim menggeleng.

“Tak apalah. I tunggu.”

Syakirah hanya membiarkan. Orang tak mahu pergi, takkan hendak dihalau? Sebaik sahaja Laila menghabiskan minumannya, mereka berdua bergerak ke singki diikuti Lim.

“Oklah. I balik dulu. You mesti nak solat kan? Jumpa lagi,” ujar Lim lalu tersenyum.

Syakirah dan Laila sudah mahu bergerak pergi.

“Syakirah!” Syakirah menoleh.

“Tunggu I...” ujar Lim perlahan dengan senyuman. Kemudian langkahnya diatur ke blok asramanya.

Syakirah memandang Laila. “Apa yang dia cakap?”

Laila menggeleng. “Tak dengar.” Bunyi televisyen yang betul-betul di atas mereka menghadkan pendengaran.

***

“Ira ingat lagi tak anak kawan mama, Mak Cik Normah?” soal Puan Mariam.

Syakirah memandang mamanya dengan muka kelam. “Mak Cik Normah?” Laju otaknya cuba mengingat. “Yang duduk Kedah tu ke?” soalnya.

Puan Mariam mengangguk.

“Ingat. Kenapa?” Syakirah leka membasuh pinggan. Puan Mariam membancuh air teh untuk minum petang.

“Hari tu dia datang rumah.” Puan Mariam memulakan ceritanya.

Syakirah hanya mendiamkan diri.

“Lama tak jumpa dia. Last jumpa masa dua tahun lepas. Masa kamu tahun tiga. Ingat lagi?”

Lama Syakirah cuba mengingat.

“Masa tu Irah ada ke?” soalnya kembali.

“Ada. Masa tu kamu cuti. Masa bulan 5 ke bulan 6. Gitulah lebih kurang.”

“Erm.. adalah kot. Tak ingatlah ma...” pinggan terakhir dibilas. Kemudian tangannya yang basah di lap dengan kain.

“Irah...”

“Hrm?” Pinggan kaca yang kering diambil. Cucur udang yang sudah siap dimasak diletakkan ke atas pinggan.
“Ingat tak anak lelaki dia yang belajar kat Mesir dulu?”

“Tak...”

“Sekarang dah jadi doktor. Rupa-rupanya doktor dekat hospital dekat sini je. Itu yang Mak Cik Normah datang rumah hari tu,” rancak Puan Mariam bercerita.

“Dah siap air ma? Ayah dah tunggu tu.” Syakirah mengambil dulang yang disimpan di dalam stor.

“Irah. Nanti sekejap. Mama ada benda nak cakap ni...”

Kata-kata itu membuatkan langkah Syakirah terhenti. Kemudian dia menarik kerusi meja makan untuk diduduki.
“Apa dia ma?”

Puan Mariam mengambil tempat disebelah Syakirah.

“Mak Cik Normah hari tu datang bawa hajat. Dzulkifli anak dia minta dia bertanyakan kamu untuk dia,” jelas Puan Mariam.

Syakirah memandang mamanya tak berkelip. Dzulkifli? Spontan memori sewaktu Mak Cik Normah datang 2 tahun lepas terlayar difikirannya. Dzulkifli! Satu-satunya anak lelaki Mak Cik Normah yang ikut masa itu. Orangnya kacak. Masa itu sempat mata nakalnya menjeling anak teruna Mak Cik Normah sewaktu dia menghidangkan air.

“Habis tu? Mama cakap apa?” soal Syakirah sedikit terkejut.

“Itulah yang mama nak tanya kamu ni. Kamu ada sesiapa ke?” Puan Mariam memandang tepat ke dalam mata Syakirah.

Syakirah menggeleng. “Mana ada siapa ma...”

“Lim?” soal Puan Mariam yang semangnya sudah tahu mengenai Lim. Sudah menjadi kebiasaan Syakirah bercerita apa sahaja pada mamanya.

Syakirah menelan air liur. “Isk. Budak tu sejak habis belajar dah tak pernah jumpa ma. Entah apa khabar entah. Lagipun, susahlah ma kalau dia tu. Ada nanti dia Irah tak terbimbing, dengan Irah-Irah sekali hanyut.”

“Kiranya Irah tak kisah kalau mama nak satukan Irah dengan Dzulkifli?”

Syakirah menelan air liur.

“Ayah kata apa?”

Puan Mariam memandang Syakirah. Tangan kiri Syakirah di atas meja diusap perlahan. “Ayah ikut kamu. Mama pun ikut kamu. Kamu istikharahlah dahulu. Ya?”

Syakirah menarik nafas dalam. “Ok!” kerjanya yang tadi tergendala disambung. Fikirannya penuh. Aduhai, lepas habis belajar otak penuh dengan hal kerja. Ini ditambah pula dengan perkara baru. Tanggannya menggaru kepala yang tidak gatal.

***

Tangan ligat menyusun coklat satu per satu di atas polistrene berbentuk bakul. Kemudian di tepi bakul itu dihiaskan dengan bunga supaya nampak menarik. Mata melemparkan ke beberapa dulang barang hantaran yang sudah disiapkan. Warna biru cair menjadi tema pilihannya. Dalam tempoh 2 minggu lagi Syakirah bakal mengikat tali pertunangan dengan Dzukifli. Siapa sangka dia bakal menjadi tunangan orang dan kemudiannya bakal menjadi isteri tidak sampai setahun menamatkan pelajarannya.

“Dah siap?” tegur Puan Mariam sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.

Syakirah mengangkat muka sedikit lalu tersenyum. “Sikit lagi. Ok tak, ma?” soalnya lalu menunjukkan hasil kerjanya.

Puan Mariam tersenyum senang. “Cantik,” pujinya.

“Tapi yang adik buat lagi cantik,” ujarnya merujuk kepada beberapa gubahan yang dilakukan oleh Fuad, adiknya. “Kalah Ira yang perempuan ni. Kreatif betul!”

Puan Mariam tersenyum. “Kakak dia punya kenduri. Mestilah dia bersemangat nak tolong. Lagipun, Fuad tu kan memang kreatif sikit,” komen mama.

Puan Mariam masih leka memandang Syakirah.

“Kenapa, ma?”

Puan Mariam menggeleng. “Macam tak percaya tak lama lagi anak mama dah nak bertunang. Lepas ni jadi isteri orang pula.”

Syakirah tersenyum mendengarkan kata-kata ibunya. Dia sendiri masih terasa semua ini bagaikan mimpi. Berkahwin dengan orang yang dia tak pernah kenal. Bagaimana hidupnya nanti agaknya? Meskipun solat istikarahnya beberapa bulan lepas tidak memberikan apa-apa petunjuk, Syakirah membulatkan hati untuk menerima sahaja. Harapannya semoga keputusannya tidak silap.

“Semua barang dah cukup ke?” Fuad menjengukkan muka daripada pintu.

Syakirah memandang adiknya sekilas sebelum kembali leka dengan kerjanya. “Rasanya semua cukup kot. Insya Allah.” Tangan membentuk kembali kelopak bunga plastik yang sudah sedikit kelepet.

“Ei?”

Fuad mengangkat kening. “Kenapa kak?”

Syakirah tersengih. “Bagus betul. Elok orang tengah buat kerja boleh pulak gam habis,” ujarnya merujuk kepada hot glue gun yang sudah habis.

“Kat mana Ira letak? Mari mama tolong carikan,” tawar Puan Mariam memandangkan anak daranya seorang itu sedang bersimpuh di atas lantai.

“Dekat atas meja cermin rasanya.”
Puan Mariam bangun lalu berjalan menghala ke meja cermin kayu itu. Matanya melilau mencari sambil tangannya menyusun barang-barang yang berterabur di situ. “Tak ada pun?”

Syakirah bingkas bangkit. “Tak ada?” dahinya berkerut. Seingatnya masih ada sebatang lagi gam yang masih belum digunakan.
“Tak apalah kak. Memang dah habislah tu. Semalam pun bukannya sedikit Fuad guna,” Fuad menyampuk. “Dah alang-alang memang Fuad nak keluar ni, apa kata akak siap. Boleh kita keluar sekali,” tambahnya lagi.

Syakirah bersetuju.

***

“Thank you auntie!” Syakirah melemparkan secebis senyuman sebelum melangkah keluar. Nyonya pemilik kedai itu tersenyum senang.
“Sorry!” suara Fuad yang tiba-tiba meminta maaf daripada seseorang menarik perhatiannya. Apahal pulak tu? Laju Syakirah mengangkat muka. Memandang seorang jejaka yang gilanggar Fuad.

Ei? Macam kenal je budak Cina ni.
“Syakirah?” lelaki itu menegur.

Syakirah mengangguk. Lelaki itu diperhatikan seketika sebelum pandangannya diarahkan ke tempat lain. Laju otaknya bekerja untuk cuba mengingat. “Lim?” soalnya teragak-agak.

Lim mengangguk lalu tersenyum.

Lim sekarang sudah sedikit berubah. Badannya sedikit berisi. Rambutnya dahulu yang di buat bermacam-macam gaya kini sudah disikat kemas. Sepasang cermin mata terletak elok di pangkal hidungnya. Kumis nipis dan sejemput janggut kini menghiasi wajahnya. Ni kalau pakai songkok aji ni, memang betul ada gaya pak aji muda.

Fuad memandang kakaknya dengan lelaki Cina tadi terkebil-kebil. “Akak kenal?”

Syakirah mengangguk. “Team member akak masa third year dulu.”

Lim menghulurkan tangan kanannya. Hulurannya bersambut. Masing-masing saling memperkenalkan diri. Fuad tersenyum senang. “You buat apa dekat sini?” matanya memerhatikan kandungan beg plastik yang dipegang Syakirah. Dahinya berkerut. “Ada apa-apa yang I tertinggal?” soalnya.

Syakirah hanya tersenyum. “Insya Allah, apa-apa nanti I bagi kad ya?”

“Kad?”

“You tunggu ajelah ok? By the way, masih guna nombor lama? Apa-apa nanti senang I nak contact.”

Lim mengangguk.
“Got to go, Lim. See you later. Bye!” Syakirah dah melangkah ke hadapan. Meninggalkan Lim dan Fuad di belakang.

Fuad memangdang Lim di sebelah. “Oklah. I pun nak gerak.”
Lim memandang Fuad tanpa kata. “Your sis...”

Fuad tidak jadi melangkah. “Dia dah nak bertunang,” Fuad meneruskan kata-kata Lim yang terhenti.

Lim memandang Fuad tidak percaya. “Dia tak cakap apa pun?”

Bunyi handset Fuad mematikan perbualan mereka. “Okaylah. Dia dah call dah ni. I pergi dulu.” Fuad melangkah pergi meninggalkan Lim yang masih terkedu. Benarkah apa yang di dengarnya?

***


“Tak tidur lagi?”

Syakirah memandang Fuad yang berjalan daripada dapur ke ruang tamu. “Belum. Tak boleh tidur,” jawabnya ringkas.

“Nah. Hot chocolate. Special buat akak Fuad yang bakal bertunang 2 minggu lagi.” Fuad menghulurkan gelas di tangan kanannya. Kemudian dia melabuhkan pungung di sebelah Syakirah.

“Fikirkan apa?”

Syakirah memandang kosong peti televisyen yang tidak terpasang. “Tak ada apa.” Dia menarik nafas dalam. Otaknya bercelaru. Perasaannya berbaur.

***

“Assalamualaikum,” perlahan Lim menuturkan salam.

Syakirah terkedu. Serba salah mahu menjawab salam itu.

“Syakirah?” Lim bersuara. Kenapa senyap sangat ni? Aku salah nombor ke apa ni?

“Here.”

“Kenapa tak jawab salam?” tanpa perasaan Lim menyoal.

Syakirah menggigit bibir. Pandangannya dijatuhkan ke arah jam di dinding. “Err... I...”

“Mungkin you serba salah kalau Lim yang memberi salam. Tapi sekarang ni yang tengah call you, Aiman.”

Syakirah membulatkan mata. What? “Subhanallah... Alhamdulillah...” diluar sedar dia bertutur. Salam Lim tadi dijawab di dalam hati. Eh! Bukan Lim lagi... Aiman! “Sejak bila?” soalnya kembali.

“Masa final year.”

Syakirah terkelu.

“Lepas you suruh I cari keindahan Islam, I terus jumpa Ustaz Azmi,” tambah Aiman.

Syakirah tak mampu nak berkata apa-apa. “Good for you, Aiman.”

Aiman tersenyum di hujung talian. Suka hatinya tatkala Syakirah memanggilnya dengan nama itu.

“Syakirah...”

“Iye?”

“Siapa lelaki tu?” Aiman menarik nafas dalam.

“Lelaki?” Syakirah berfikir sejenak. Rasanya dia tak terlalu lembab untuk mengagak. “Dzulkifli?”

“So, Dzulkifli nama dia?” Aiman menyoal.
“Iye.”

“Siapa dia tu? You dah lama bercinta dengan dia?”

Syakirah tertawa perlahan. “I mana pernah bercinta. Dia pilihan family I.”

Aiman mengeluh. “You yakin dengan pilihan you?”

Syakirah terdiam.

Aiman berjalan ke arah tingkap. Matanya merenung langit gelap. Bagaikan hatinya yang suram. “Muslim perfect...” tuturnya perlahan.
Kening Syakirah terangkat. “Li.... Aiman?” cepat dia membetulkan.

“Ingat lagi apa yang you cakap pada I masa I confess pada you?”

Soalan yang dilontarkan daripada Aiman membuatkan Syakirah resah. Dia tidak lupa, dan dia juga tidak mahu mengingati peristiwa itu. Perkara itu dianggap bagaikan tidak pernah berlaku.

“Bila I masuk Islam, I cuba betulkan niat I bukan kerana you... I pun berusaha menjadi muslim perfect seperti mana yang you cuba merubah diri you. Dan I harapkan you sentiasa ada di sisi I untuk membantu I menjadi muslim prfect. Syakirah... I harap you ingat lagi janji you untuk tunggu I?” ujar Aiman panjang lebar.

Syakirah menelan air liur. “Janji? I tak pernah berjanji apa-apa.”

Aiman mengeluh. Tangannya menutup tingkap lalu langsir ditarik. Syakirah sudah lupa! Walaupun dia yakin dengan riak wajah Syakirah yang bagaikan memberi harapan kepadanya di saat itu.

“Baiklah..” Aiman merebahkan badan ke atas katilnya dengan tangan kiri setia memegang telefon bimbit di telinga. “Kalau macam tu, anggaplah perkara lepas tak pernah berlaku. Cuma, I nak tanya you kalau you sudi jadi isteri I?”

Syakira mengerutkan dahi. “Nonsense! I’m going to be somebody’s fiancee in two weeks!” nadanya sedikit berubah.
Aiman memejamkan mata sejenak. “Masih ada 2 minggu lagi Syakirah. I harap you boleh fikirkan.”

***

“Allah...!” Syakirah memejamkan mata. Sekilas wajah mamanya hadir dalam fikirannya. Diganti pula dengan wajah ayahnya.

Fuad memandang Syakirah dengan riak terkejut. “Kenapa kak?”

Syakirah memandang Fuad disebelah. Kemudian tangan kirinya mencubit pipi Fuad. Akhirnya dia ketawa tatkala memandang wajah Fuad yang tidak puas hati.
“Apa akak ni. Sihat ke tidak?” Fuad mengusap-usap pipinya perlahan. Matanya tak beralih daripada memandang Syakirah.

“Ad...”

Fuad menyahut perlahan.

“Esok teman akak jumpa Lim?” pintanya. Tapi boleh sahaja dianggap sebagai arahan.

“Okay... Tapi kenapa?” soal Fuad menginginkan kepastian.

Syakirah memandang Fuad tak berkelip. Namun riak wajahnya tidak pula menunjukkan yang dia sedang marah.

“Esok ok?” Syakirah tersenyum.

***

“I dah buat keputusan.”

Aiman memandang Syakirah tak berkelip. “Secepat ini?”

Syakirah mengangguk.

“So... apa keputusan you?” Aiman menanti penuh sabar.

“Gerak hati I lebih kuat untuk meneruskan seperti apa yang dirancang sebelum ini.”

Riak wajah Aiman sedikit keruh.

“Aiman... Jadikanlah cinta kepada Allah cinta yang utama. Insya Allah akan datang cinta yang lain selepas itu. Jika you benar-benar masuk Islam demi Dia, insya Allah.... Akan ada ganjaran yang tak ternilai nanti. I bukanlah sempurna serba serbi. Dan I tak yakin I mampu membantu you untuk menjadi sempurna. Aiman, insya Allah ada yang lebih baik buat you. Yang bakal melengkapkan you. Walaupun I tak dapat apa-apa petunjuk antara you dengan Dzulkifli, tapi I yakin pilihan I tak salah.”

Syakirah memadang wajah Aiman yang sedikit muram.

“Berserah sahajalah soal jodoh kepada Allah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Bukankah itu sudah tercatat di dalam Al-Quran?”

Fuad disebelah sekadar menjadi pemerhati.

“Bukan you tak layak untuk I, tapi I yang tak layak untuk you. I doakan you berjumpa dengan jooh yang lebih baik insya Allah,” Syakirah mengakhiri kata-katanya.
Aiman mengangguk. Sejak tadi dia hanya mendiamkan diri. Akhirnya dia mengukir senyuman tawa di bibir. “I faham...”

Aiman bangkit dari duduk. “Kalau macam tu... I pergi dahulu.”

Syakirah terkedu. Aiman sudah berjalan keluar. Kemudian dia memandang Fuad disebelah. Fuad tidak memberi apa-apa komen.

***

Islam memerlukan kita untuk menegakkan syiarnya. Janganlah kita terleka. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi muslim perfect. Yang excellent dalam serba serbi dan mengajak saudara kita bersama-sama. Insya Allah.

-Syakirah-

Aiman membaca mesej daripada Syakirah. Dia tersenyum meskipun hatinya sedikit pedih. Tidak mengapalah jika itu pilihan Syakirah. Ada benarnya kata-kata Syakirah di dalam mesejnya itu. Islam lebih memerlukannya walaupun dia saudara baru.

***

Syakirah menekan butang send. Kemudian dia membaca sekali lagi mesej yang dihantar kepada Aiman. Muslim perfect. Muslim excellent. Bukan mudah untuk berubah. Ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bakal membuahkan hasil yang manis insya Allah. Semoga dia mampu istiqamah dalam setiap perbuatannya.




*Setiap kali jari bermain di atas keyboard, mesti otak menjadi blank untuk menyusun ayat.
Dan hasilnya adalah cerpen yang saya rasa banyak sangat kekurangan di sana sini. :(
Saya minta maaf di atas segala kekurangan. Almaklumlah... budak baru belajar.
Yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk datangnya daripada saya sendiri.
Terima Kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen.*
aku_dia

3 comments:

Anonymous said...

n3 yg bagus..sgt membina

Hanna Iha said...

cerita ni sgt menarik. ade unsur keilmuan skit.. bagus2

Khairina 'Izzati said...

best2..teruskan menulis! :)