::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

31 January 2016

HD Giveaway! Bidadari











Menangi novel Bidadari oleh Hannah Dhaniyah secara PERCUMA!

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Jadikan gambar di atas sebagai gambar profil anda. Setkan ia sebagai ‘public’ 
  2. Letakkan kapsyen gambar:
    “Saya ingin menangi novel Bidadari karya Hannah Dhaniyah secara percuma kerana...” (ikut kreativiti anda)
  3. Tag ‘Hannah Dhaniyah’ pada gambar dan hantarkan mesej di Facebook untuk memberi notis kepada saya tentang penyertaan anda.
  4. 3 pemenang akan dipilih berdasarkan caption yang menarik. 
  5. Tarikh mula pada 1 Februari sehingga 14 Febuari 2016. Pengumuman pemenang pada 16 Februari 2016. Novel akan dipos pada 18 Februari 2016. Tracking number akan diberikan kemudian. ;)

30 January 2016

Bidadari Update!


Judul : Bidadari
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM25.00
Sabah/Sarawak : RM28.00

28 January 2016

E-novel: Bidadari RP#3


Bidadari Random Picked Number 3


Keluar daripada pejabat, Auni membantu aku membawa sebuah kotak kertas A4 yang berisi dengan barang aku ke kereta. Seronok pula jadi ibu mengandung, barang yang ringan itu pun ada orang sudi tolong angkatkan.
“Oklah Hanis. Aku balik dulu tau!” kata Auni selepas menutup pintu penumpang.
Aku mengangguk. Wajah Auni aku pandang lama. Tiba-tiba dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Tanpa menunggu lama, terus aku menarik tangan dia dan tubuh dia aku peluk.

27 January 2016

Bidadari UPDATE!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua!
Saya pasti rakan-rakan yang mengikuti FB/Instagram Karyaseni sudah maklum tentang kelahiran baby saya yang ketiga. Alhamdulillah thumma alhamdulillah... tak ada apa yang mampu saya ungkapkan selain daripada pujian buat Sang Pencipta juga rasa kasih buat sahabat-sahabat pembaca yang tak jemu memberi semangat sama ada di blog mahupun di Facebook Group : Hannah Dhaniyah

22 January 2016

Mininovel: Kasih Suci 15 End



Kasih Suci 15 End
            Di saat aku mula yakin dengan perasaan aku dan jawapan untuk lamarannya, Thaqif seolah-olah menjauhkan diri daripada aku. Jika sebelum ini, sepatah aku bertanya, sepuluh patah dia menjawab. Sedikit sebanyak, aku terasa dengan perubahan sikapnya.
            Sebenarnya aku sedar perubahan sikapnya bermula selepas kami balik daripada rumah Mak Cik Jas. Hari itu, selepas berbual dengan Izzat di dapur, aku terus menuju ke ruang tamu. Pada waktu itu baru aku tersedar kehadiran Thaqif yang sedang berbual dengan Pak Cik Yunus di luar rumah. Ternampak aku berada di dalam, Irfan terkedek-kedek berjalan mendapatkan aku. Thaqif hanya menjadi pemerhati dari jauh. Tapi sewaktu di rumah Mak Cik Jas, dia nampak okey saja.

E-novel: Bidadari RP #2

Bidadari Random Pick Number 2

Jam menunjukkan angka sebelas setengah malam sewaktu Khairul dengan Nik tiba. Pada waktu itu, aku dengan Aiman sibuk berbual di taman yang hanya disinari lampu jalan. Cari privacy nak bercinta berdualah kononnya. Selepas bersalam, kami kembali duduk di taman sehinggalah Aiman memberi isyarat ke arah Nisa yang sedang berjalan ke arah kami.

“Kak ngah, along minta tolong kak ngah pindahkan barang ke bilik belakang.”

Nisa bersuara dengan muka tegang. Kening aku terangkat sebelah. Pandangan aku alihkan ke arah Aiman. ‘Kenapa pula ni?’ tanyaku dengan isyarat mata. Dan Aiman mengangkat bahu.

“Kenapa Nisa?”

11 January 2016

E-novel: Bidadari RP#1

Bidadari Random Pick Number 1

Menitis air mata aku apabila Aiman melafazkan kabul dengan sekali lafaz. Terasa diri bagaikan di awangan bila saksi mengesahkan pernikahan kami. Aku mengelap air mata yang diberikan Nisa. Ya Allah, terbinanya rumah tangga ini, maka menangislah syaitan yang menyaksikan pernikahan kami. Moga kami terus terpelihara daripada maksiat yang menggoda.

Sebaik sahaja selesai sesi pernikahan, kami mengambil sedikit masa untuk menunaikan solat sunat selepas nikah. Mujurlah baju nikah, aku memilih baju kurung moden dan dipadankan dengan tudung yang labuh menutup dada. Tak menjadi masalah untuk berdiri menghadap Allah bila-bila masa saja dalam apa jua keadaan.

Usai solat sunat, kami duduk bersebelahan. Entah kenapa, terasa lain benar duduk begini. Awkward moment, kata orang. Umi berjalan sambil membawa mas kahwin yang dihias manakala Nur membawa sebuah bekas berisi cincin. Melihatkan Aiman memandang aku dengan senyuman, serta-merta aku berasa malu.
 

“Assalamualaikum, isteri abang...” panggilnya perlahan tetapi lembut.

***

Masih ingat lagi kisah Hanis dan Aiman... juga Encik Syahmi? Ehem. Insya Allah bakal menemui anda tidak lama lagi! ;)

08 January 2016

Mininovel: Kasih Suci 14



Kasih Suci 14
“Kenapa Suhaila tolak? Suhaila tak percayakan abang?” soal Thaqif. Pasti dia baru mendapat perkhabaran tentang penolakan aku daripada Mak Cik Jas. Aku menghela nafas berat. Tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Thaqif. Mujurlah aku berseorangan di bilik. Penat melayan Mak Cik Jas dan Pak Cik Yunus siang tadi menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berehat saja di bilik malam ini.