::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

30 January 2016

Bidadari Update!


Judul : Bidadari
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM25.00
Sabah/Sarawak : RM28.00


Hanis tidak pernah bermimpi untuk bersama dengan Aiman, si pencuri hati sewaktu di universiti. Mengenangkan dirinya yang serba kekurangan, Hanis membuang terus perasaannya terhadap Aiman yang lahir dalam keluarga yang dihormati.

“Dia budak baik, Tiqah. Daripada keluarga yang baik-baik juga. Mestilah akan dapat isteri yang baik juga.” -Hanis-

Tanpa diduga, Syahmi yang merupakan ketua Hanis di tempat kerja pula menaruh perasaan terhadap Hanis dalam diam. Namun kalau sudah jodoh, pasti takkan ke mana. Hanis dan Aiman disatukan dalam majlis yang cukup meriah, lengkap dengan restu kedua belah keluarga.
Kebahagiaan yang dikecapi membuatkan hidupnya lengkap tanpa mengharapkan apa-apa lagi.

“Abang ni, suka betul gelar Hanis bidadari tau!” -Hanis-

“Hanis, bidadari itu kan cantik. Bila abang panggil Hanis bidadari, maknanya abang puji Hanislah tu!” -Aiman-

Hanis tidak menyangka panas yang disangkakan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Siapa sangka perkahwinannya bersama Aiman berakhir tidak sampai setahun umur perkahwinan mereka. Lantas, Hanis cuba mengumpulkan kekuatannya kembali. Pada saat dia cuba memulakan hidup baru, Syahmi hadir ingin mengubat hati Hanis. Hanis keliru.

“Saya dah hilang awak sekali Hanis, saya tak sanggup biarkan awak hilang buat kali kedua.” -Syahmi-

Bab:

Teaser:

PS: Berminat untuk membeli Bidadari daripada saya boleh hantarkan pm di Facebook Hannah Dhaniyah ya.. :)

1 comment:

Ilman Nafia said...

So, heronya bukan aiman la eh?
Tak sabaq nak baca ^^