::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

03 June 2015

E-novel: Bidadari 17



Bidadari 17
            Perjalanan dari Johor ke Gurun betul-betul membuatkan aku keletihan. Sejak habis zaman belajar, jarang benar aku berjalan jauh. Kali terakhir pun semasa aku ke rumah Atiqah masa kenduri dia dulu. Dah berapa bulan lepas dah. Kami masuk di negeri Kedah bila hari dah malam. Tak ada apa pemandangan menarik yang dapat dilihat selain daripada lampu jalan dan lampu di bangunan-bangunan.

Sawah bendang lagilah tak kelihatan. Bila tiada pokok-pokok besar di kiri kanan jalan, maka itulah sawah padi. Kalau di Johor, bila tiada pokok yang besar-besar, orang tanam nanas. Banyak sungguh limpah kurnia yang Allah dah bagi pada rakyat Malaysia ni. Itu pun masih tak bersyukur. Nikmat mana lagi yang kamu hendak dustakan wahai manusia?
            “Kalau nak tidur masuk bilik!” tegur Khairul bila aku sudah tergolek di atas sofa. Penatnya walaupun bukan aku yang memandu!
            “Bisinglah!” Aku tolak dia dengan kusyen yang ada. Memekak! Mak dengan ayah pun tak kata apa.
“Kacau lagi, Hanis cakap dengan Nik, jangan terima abang!”
“Amboi, mengugut!” Khairul mencubit lengan aku perlahan.
“Hanis buat macam tu, abang cakap dengan Aiman...”
“Cakap apa?” potongku dengan marah yang dibuat-buat.
“Hanis ni susah bangun pagi, sarapan pun mak yang buatkan kalau dekat rumah. Kalau dekat rumah sewa, tak sempat, Hanis makan three in one tu! Hah, itu baru sikit. Nak lagi?” dia tayang muka menyakat. Hish, sabar sajalah melihatnya.
“Amboi...!” giliran aku pula yang bersuara. Nak menjawab, tapi nak cakap apa? Memang fakta semua yang Khairul katakan tu.
“Itu dulu tau! Sejak bertunang Hanis dah belajar bangun awal setengah jam. Koman-koman pun, dapat jugalah Aiman tu makan roti sapu jem, tahu?”
Khairul sudah tergelak besar. Mak dengan ayah menggeleng saja melihat kami bergaduh-gaduh manja. Nak buat macam mana, adik kesayangan, kan?
“Tang yang baik tak nak pula puji Hanis, ya? Beritahulah Aiman, Hanis ni rajin gardening. Masak pun boleh tahan. Kalau takat nasi bukhari? Petik jari je kedai dah siapkan. Hahaha!”
Serentak dengan itu Khairul mencampak kusyen ke arah aku.
“Sudah. Hanis, kalau mengantuk sangat pergi masuk bilik tidur. Bergaduh dengan Along sampai bila-bila tak sudah,” tegur mak.
Aku hanya mengiakan. Malas mahu memanjangkan cerita.
“Tak apalah mak, nanti dah kahwin nanti dah susah nak gaduh dengan Hanis ni. Rindulah Along nak sakat dia...”
Aku mencebik. Iyalah sangat!
***
Keesokan harinya, lebih kurang pukul sepuluh pagi, kami sudah keluar dari homestay dan menuju ke rumah Nik. Adik lelaki Nik, Nik Saufi  yang baru tamat alam persekolahan sudah menunggu di stesen minyak PETRONAS, untuk menunjukkan kami jalan ke rumah mereka. Tidak sampai sepuluh minit, kami tiba di rumah Nik. Rumah banglo sederhana besar yang terletak di tanah lot itu di cantik dan kemas landskapnya. Teruja pula aku melihat. Inilah kali pertama aku menjejakkan kami ke rumah Nik walaupun sudah lama berkawan. Masa belajar dulu, dia sekeluarga tinggal di Miri.
Ayah dan mak Nik sebenarnya orang Kelantan. Tapi keluarga mak Nik dah lama menetap di Kedah. Sebelum ini ayahnya bekerja di Sarawak. Baru dua tahun lepas ayahnya berpindah ke PETRONAS Fertilizer dekat Gurun. Kalau tak silap, rumah ini pun baru enam bulan siap dibina. Sebelum ni mereka menyewa. Mak Nik pula memang suri rumah sepenuh masa. Kata Nik, mak dia mahu didik anak sendiri.
“Kami tak ada masalah. Adalah berjumpa dengan Khairul beberapa kali. Cuma apa-apa pun, biarlah Izzati yang buat keputusan. Izzati kata dia pun tak berapa kenal sangat dengan Khairul. Hanis ya yang nak kenalkan?” kata ayah Nik lembut.
Keningku terangkat sebelah. Heh? Aku pula? Aku sekadar senyum mengiakan.
“Pergilah panggilkan Izzati...” perlahan ayah Nik berbisik dengan mak dia. Mak cik Shidah lantas bangkit, dan mendapatkan Nik di dalam. Aku sudah tersenyum-senyum bila Nik keluar dalam keadaan malu-malu. Alahai, kelakar pula bila aku sendiri ikut rombongan merisik kawan aku ni.
Sesi berkenalan bermula. Kami yang lain sekadar menjadi pendengar dan pemerhati. Yang bertanya soalan banyaknya daripada Nik. Sesekali ada juga Khairul yang bertanya.
“Apa hobi awak?”
“Awak ada ke sakit apa-apa? Asma? Darah tinggi?”
“Apa perangai yang awak suka dan apa yang awak tak suka?”
“Apa matlamat hidup awak ya?” Nik melontarkan soalan terakhir.
Aku terkesima. Kalau Aiman yang bertanya soalan itu kepada aku, sumpah aku terkelu tidak tahu hendak jawab apa. Apa matlamat hidup aku, ya? Pandanganku beralih memandang Khairul yang terdiam. Wajahnya tenang dan kemudian dia tersenyum.
“Skema sangatlah pula kalau saya jawab, mahu menjadi khalifah atas muka bumi ni, ataupun untuk beribadat kepada Allah s.w.t. walaupun itu skema jawapan yang Allah dah beri. Tapi iya, sekarang ni saya menetapkan matlamat hidup saya untuk hamba yang terbaik. Selesaikan tanggungjawab dan amanah yang Allah dan berikan.”
“Tanggungjawab kepada ibu bapa saya. Lepas kahwin pun awak kena faham, tanggungjawab anak lelaki ini berat. Tetapi awak jangan risau, saya pun akan izinkan awak berbakti kepada ibu bapa awak sebab ibu bapa mertua ibarat ibu bapa sendiri juga, kan?” Khairul tersenyum kepada Nik.
“Tanggungjawab saya kepada adik-adik saya. Selagi dua adik perempuan saya tu belum berkahwin, selagi itulah saya kena jaga. Tapi budak kecil sebelah ni, lepas kahwin dengan Aiman, tanggungjawab saya dah selesai.”
Aku membulatkan mata. Dalam menjawab soalan Nik, sempat lagi dia selitkan pasal aku. Melihatkan air muka aku, Nik ketawa kecil.
“Saya tak anggap perkahwinan hanya untuk menjaga hati, elak zina...pada saya perkahwinan tu untuk melahirkan generasi baru yang beriman. Jadi, saya perlukan isteri yang boleh bantu saya mendidik anak-anak saya. Saya ini pun, masih banyak kekurangannya. Harapan saya, isteri saya nanti boleh terima saya dan bantu saya untuk jadi suami dan ayah yang baik. Bila satu pasangan itu ada matlamat yang sama, insya Allah perkahwinan itu mempunyai tujuan jangka masa panjang, bukan jangka masa pendek.”
Giliran aku pula yang tergamam mendengar. Marriage is not just about love, it is about creating ummah. Kata-kata itu bermain-main kembali di fikiran. Mak, ayah aku dan mak, ayah Nik sekadar mengangguk mendengar jawapan Khairul. Entah kenapa, terasa berbeza pula Khairul yang aku kenal sejak kecil sampai besar dengan Khairul yang tengah duduk sebelah ayah. Tingginya harapan Khairul terhadap sebuah perkahwinan. Aku pula yang terasa kerdil dan tak matang walaupun sudah bertunang dengan Aiman.
“Saya faham. Apa pendapat awak pula ye kalau isteri bekerja?” soal Nik pula.
“Saya beri kebebasan untuk dia buat pilihan. Kalau dia boleh bahagikan kerja, urusan rumah tangga dan mendidik anak-anak, tak menjadi masalah buat saya. Kalau dia tak mampu, lebih baik dia tinggal di rumah saja.”
Khairul mengakhiri kata-katanya dengan senyuman yang paling manis. Di luar sedar, rasa kagum dan sayang aku dekat dia bertambah-tambah.
“Tanggungjawab saya kepada adik-adik saya. Selagi dua adik perempuan saya tu belum berkahwin, selagi itulah saya kena jaga.”
Berat sangat tugas seorang anak lelaki kalau dibandingkan dengan perempuan. Tetapi kenapa perempuan masih ramai di neraka? Alah Hanis, kalau orang tanya matlamat hidup kau pun kau tak ada jawapan, macam mana nak berusaha dapatkan syurga?
***
“Apa tengok orang macam tu?” tegur Khairul bila aku tak berkelip melihat dia. Tangannya mengambil kotak tisu dan membaling perlahan ke arahku.
Aku ketawa. Sungguh! Rasa kagum daripada dekat rumah Nik sampai sekarang, di dalam kereta masih tak hilang. Terngiang-ngiang ayat yang dia katakan tadi. Nampak benar matang abang aku seorang ni. Iyalah, umur pun bukannya muda lagi. Aku tersenyum.
“Abang sangat lain tadi. Hampir-hampir Hanis tak kenal tau!”
Khairul hanya tersenyum.
“Antara sepuluh soalan sebelum meminang. Ustazah Maznah Daud. Carilah nanti. Soalan-soalan basic untuk mengenali bakal pasangan. Kalau niatnya betul, insya Allah tak ada penipuan dalam skema jawapan. Semuanya daripada hati yang ikhlas,” ala-ala bermadah Khairul menjawab. Aku pula yang terpinga-pinga mendengarkan kenyataan dia. Tak pernah pula aku dengar tentang Ustazah Maznah tu.
“Kenapa abang dah lain sekarang ni, ya?”
“Hanis nak tahu?”
Aku mengangguk.
“Aiman.”
Huh? Apa kena mengena tunang aku dengan kes Khairul ni?
“Kalau Aiman datang Kuala Lumpur, kami selalu lepak sama. Berbual. Perkara yang biasa-biasa je. Bercakap tentang kehidupan. Dia suka tanya soalan random. Dulu lepas belajar, memang abang cadang nak kerja ke? Abang cakaplah ya. Lepas tu dia tanya lagi, lepas kerja nak buat apa? Abang cakap, kahwin. Dia tanya lagi, lepas kahwin? Lepas ada anak? Dia tanya dan tanya sampai abang jawapan terakhir abang, matilah!”
Aku tergelak perlahan. Ada-ada saja Aiman ni hendak menguji.
“Akhir sekali dia cakap. Masa dia belajar, ada seorang pensyarah belum beriman. Bila bercakap tentang kehidupan, itu sahajalah. Membesar, belajar, bekerja, berkeluarga akhir sekali mati. Dan circle of life tu disambung oleh anak-anak dia, cucu-cicit dia. Jadi dia tanya abang, apa beza kehidupan kita dengan kehidupan orang belum beriman?”
“Masa tu abang mula berfikir, betul apa yang dia kata. Iya, memang solat cukup membezakan kita dengan belum beriman. Tapi itu sahaja ke? Kita nampak Islam tu hanya pada solat je. Tapi sebenarnya apa saja yang kita buat boleh jadi ibadah kalau niat kita disandarkan semata-mata kerana Allah.”
Khairul mengangkat kening dua tiga kali.
Aku mengangguk faham.
“Hidup kita ni terlalu pendek kalau dibandingkan dengan akhirat, kan? Bila kita tak ada buat apa-apa sebagai persediaan, rugi betul. Ya, bila mati kita tinggalkan tiga perkara, doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariah. Nak dapatkan anak yang soleh tu, kita sendiri kena didik diri untuk menjadi soleh, barulah acuannya betul. Matlamat jangka masa panjang,pelaburan yang bijak. Hrmm...” komen Khairul lagi.
Teringat doa yang Aiman pernah kongsikan dulu. Doa meminta dikurniakan isteri dan zuriat yang soleh. Bukan saja-saja dia berikan. Aiman berikan dengan harapan dan matlamat yang sama seperti Khairul. Insya Allah, Aiman... saya berjanji untuk sentiasa membaiki diri saya supaya di akhirat nanti kita boleh masuk ke syurga dan saya menjadi bidadari awak.
“Hah! Berangan!”
Aku ketawa apabila disergah Khairul. Perasaan aku tenang. Urusan Khairul dah selesai. Nik pun dah bersetuju untuk menerima abang aku yang seorang ni. Insya Allah kalau tak ada masalah kami akan diraikan bersama nanti. Tinggal satu urusan lagi yang masih tergendala. Ya, aku kena berjumpa dengan Aiman secepat yang boleh. Semakin lama aku tangguhkan, semakin dekat dengan tarikh perkahwinan. Itu yang paling aku risaukan. Takut Aiman sangka aku menipu dia pula.
xxx
Cadangnya, akan menamatkan entry Bidadari sehingga bab 20. Sebab, manuskrip hanya ada 50+ bab. Apa kata anda? :)

1 comment:

IVORYGINGER said...

Mana cukup smpai bab 20 jew... Nk smpai bab 30... plz ;D