::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 June 2015

E-novel: Bidadari 19



Bidadari 19
            “Iman adalah mutiara,di dalam hati manusia, yang meyakini Allah, Maha Esa Maha Kuasa...”
Tergelak-gelak Khairul menyanyikan lagu Iman Mutiara. Aku yang melihat, hanya mampu menahan geram. Kalau tak kerana dia abang aku, memang aku dah cepuk dah sekali.
“Diamlah!”

Aku marah Khairul. Geram!Tiga hari aku duduk rumah Khairul sebab kena hantar kursus dekat Kuala Lumpur ni, tiga hari jugalah aku dengar dia nyanyi lagu tu. Kalau aku tahu, baik aku duduk mana-mana hotel. Bukannya tak dapat claim balik pun. Tapi disebabkan rumah abang dah dekat, aku duduk jugalah dekat sini, lagi-lagi bila Khairul buat ayat kesian cakap tak ada orang nak tolong masakkan untuk dia. Demand! Selama ni hidup je aku tengok.
“Kan senang kalau Hanis cerita pada Aiman awal-awal. Tak adalah pening macam ni...”
“Kan Hanis dah kata, Hanis takut...”
“Hanis, kalau Allah kata ‘no’, tetap ‘no’. Hanis tak beritahu sampai mati pun, kalau Aiman bukan jodoh Hanis, memang bukanlah,” kata Khairul.
“Hanis tahu. Ok, memang Hanis salah pun tak beritahu awal-awal...” aku mengaku salah. Perkara yang sama dibebelkan sejak hari tu. Letih mendengar sebenarnya walaupun yang dikatakan benar belaka.
Belum sempat Khairul membalas kata-kata aku, bunyi telefon bimbit dari dalam bilik menarik perhatian kami. Sempat aku membaling remote Astro di pegangan tepat ke bahunya.
Encik Syahmi mengamuk hari ni. –Auni-
Aku membaca mesej Auni dengan penuh tanda tanya. Tak pernah-pernah Encik Syahmi mengamuk, kenapa tiba-tiba hari ni? Aku pula sejak dua menjak ni memang jarang ada dekat pejabat, nama asyik naik kena pergi kursus je. Dia tak tahu ke yang aku akan berhenti lepas kahwin nanti? Tak ke rugi suruh aku pergi kursus sana-sini?
Kenapa? –Hanis-
Rahim tak pergi site visit. Client bising. Sekali Encik Syahmi pergi, kontraktor buat kerja tak ikut specs. Mengamuklah Encik Syahmi. Satu pejabat tegang dua tiga hari ni. –Auni-
Aku diam. Tak tahu nak balas apa.
Tapi aku rasa perubahan dia ada kena mengena dengan kau lah. –Auni-
Kenapa aku pula? –Hanis-
Sejak kau bagi kad kahwin aku nampak mood dia makin swing. Ada pula problem macam ni, memang kena sangatlah dengan mood dia yang tak ok tu. –Auni-
Aku diam. Berulang-ulang aku membaca mesej yang Auni hantarkan. Hish! Tak mungkinlah. Takkan. Mana mungkin dia suka aku?
Dia frust aku dah nak kahwin kot. Hehe... –Hanis-
Aku melawak.
Mungkin juga. Silap dia juga. Siapa suruh tak ayat kau masa awal-awal kau masuk, kan? Sah melepas, gigit jari sajalah. –Auni-
Alamak! Serius pula balasan Auni. Aku mengambil keputusan untuk tidak membalas. Telefon bimbit aku letakkan kembali ke atas katil. Perlahan-lahan aku berjalan keluar daripada bilik yang aku duduk sepanjang di rumah Khairul.
“Kenapa macam baru dapat berita UFO terhempas dekat Kelantan ni?”
Teguran Khairul mematikan lamunan aku. Aku mengerutkan dahi. Kelantan? Kenapa mesti Kelantan?
“Hei? Ok tak ni? Masam je muka? Macam baru lepas dapat berita nilai Ringgit Malaysia jatuh merudum je?” Dia tukar analogi lain pula. Sengal betul abang aku ni.
“Ada possibility ke lelaki suka dekat Hanis?” soalku lurus.
Dahi Khairul berkerut mendengarkan soalan aku. “Kenapa?”
Aku mengangkat bahu.
“Entah. Random question. Sebab Hanis tak rasa Hanis lawa mana kalau ada orang nak suka. Aiman itu pun entah macam mana entah boleh pula terima Hanis.”
Khairul tersenyum.
“Itu sebab agama yang jadi ukuran. Kalau cantik, Hanis awal-awal lagi dah kalah!”
Jawapan Khairul menambahkan rasa sakit di hati. Hish! Orang tanya betul-betul dia buat main. Aku ni perempuan tahu? Sensitif betul rasanya bila kena kutuk depan-depan ni. Macamlah dia handsome tahap model majalah Maskulin.
“Hei! Abang gurau jelah! Janganlah serius sangat!” kata Khairul lagi.
Aku malas hendak ambil kisah. Biarlah dia. Selalu sangat buat ayat-ayat pedas dengan aku. Sensitif tau! Sensitif!
“Hanis cantiklah. Cantik tu kan subjektif. Ada yang kata mata sepet tu cantik, ada yang kata mata bulat tu cantik. Tapi apa yang pasti, Allah dah ciptakan Hanis dengan rupa yang sempurna. Mungkinlah tak secantik Miss Universe atau Ratu Malaysia, tapi yakinlah, kecantikan wanita tu terletak kepada taatnya dia kepada Allah dan Rasul. Kalau tidak, buruklah perempuan tu. Rasa nak cantik? Upgrade iman setiap hari, confirm cantik di mata Allah. Jadi, ada je possibility untuk lelaki suka pada Hanis.”
“Kenapa? Ini pasal bos Hanis tu ke?” serkap Khairul.
Aku sengih nak tak nak. Boleh pula dia meneka. “Mak dah beritahu ye?”
Khairul mengangguk.
“Tak tahulah betul ke tak. Kawan Hanis yang cakap. Rasa macam pelik je kalau dia nak suka Hanis. Bukannya Hanis pernah baik dengan dia pun.”
“Mungkin selama ni dia perhatikan dalam diam je kot. Diam-diam simpan harapan. Ujian untuk Hanislah tu, macam mana nak jaga diri sebelum kahwin ni. Darah tengah manis ni Hanis, macam-macam cara syaitan boleh buat untuk goda kita. Sebab kita nak bina masjid, bina hubungan yang halal. Ada ke syaitan suka manusia buat perkara yang halal?”
“Betul juga tu.” Aku mengangguk.
“Lain orang lain dugaan sebelum berkahwin ni. Ada yang bila dah nak kahwin, hubungan bermasalah. Ada yang dah nak kahwin, tiba-tiba berubah hati. Itu semua tu mukadimah sebelum berkahwinlah, cara Allah nak mendidik kita supaya kita lebih kuat bila dah kahwin nanti...” kata Khairul lagi.
“Nik macam mana? Apa khabar dia?” soalku, tukar topik.
“Dia sihat... dia sihat. Adalah berbual dengan adik dia tanya-tanya khabar...” Khairul sudah tersenyum-senyum.
“Jumpa dia hari tu. Dengan mak dia sekali. Dia kata, bila nak bercerita dengan Hanis je, awal-awal Hanis warning tak nak tahu sebab tunang dia abang Hanis. Amboi! Sampai macam tu sekali, ya?”
Aku sudah tergelak-gelak. Buat apa aku nak tahu pasal apa yang berlaku antara dia dengan Khairul. Tak kuasa. Kalau dia bercerita pasal perancangan untuk majlis apa semua, tak adalah pula aku pekakkan telinga. Dia pun kawan aku juga.
“Sembang biasa-biasa Hanis layan je. Lagi-lagi kalau dia tanya pasal abang.”
“Iya? Cerita yang baik-baik, ok? Naikkan sikit saham abang ni.” Khairul ketawa.
“Hrm... sekarang naiklah. Tahun pertama kahwin, boleh lagi berlakon muka manis. Tengok dah lima tahun kahwin? Baru terkeluar perangai buruk kita selama ni. Hish. Risau...risau,” keluhku.
“Sebab tu kahwin kena belajar banyak benda. Kena bertolak ansur, berlapang dada, saling menegur, saling membimbing. Ambil contoh orang yang kahwin sebab cinta, lepas tu bercerai. Nak tahu kenapa? Bila bercinta, semuanya ok. Bila dah kahwin, pasangan tegur sesuatu perkara tu, kita tak boleh terima. Iyalah, masa bercinta tak pernah ditegur. Mana tak jadi gaduh? Sebagai suami, abang terpaksalah belajar psikologi perempuan. Yang perempuan, kenalah belajar ambil hati suami. Kahwin bukan hanya pada hubungan suami isteri je. Baca macam mana rumah tangga Rasulullah. Contoh terbaik tu!” katanya panjang lebar.
Seronok pula sekali sekala bercakap perkara yang serius dengan dia. Nampak sisi lain Khairul ni. Bukan macam Khairul yang gila-gila je bila dengan kami sekeluarga. Agaknya bila dah serius nak berkeluarga, perangai dia pun berubah juga. Aku mengagumi Khairul dalam diam. Seperti mana aku kagum dengan encik tunang aku tu.
“Tak sabar rasanya nak kahwin...”
Khairul tersenyum lagi. Aku dah pandang lain. Biar benar dia ni. Hish. Seram tengok dia dalam versi angau nak menikah. Aku mencampak kusyen di tangan sebelum bangun untuk mengambil air di dapur. Dia tayang muka tak ada perasaan. Boleh pula ambil kusyen dan peluk. Bengong sungguhlah.
xxx
2nd last entry ya. ^_^

1 comment:

Unknown said...

Huhu 2nd last entry..dah nak abis kerr.. anyway tgah menunggu entry kasih suci dengan sabar hehe