::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

02 June 2015

Mininovel: Kasih Suci 09

Kasih Suci 09
Hari ini aku mengikut kedua ibu bapa Izzat mengambil Izzat di LCCT. Memandangkan Thaqif tidak dapat menjaga Irfan, kami membawa Irfan bersama. Jenuh aku menjaga budak kecil ini yang berlari ke sana-sini bila teruja melihat orang ramai. Mahu menarik perhatian orang agar melayannya. Tak larat hendak berkejaran, akhirnya aku tangkap dan peluk dengan kuat supaya dia tak dapat melarikan diri. Irfan ketawa kegirangan. Suka bila dipeluk begitu. Ingat aku bergurau agaknya.

Mak Cik Jas yang memerhati gelagat kami berdua. Sesekali dia berbisik dengan Pak Cik Yunus yang duduk di sebelahnya. Sedikit pun dia tidak tegur bila melihat kemesraan aku dengan Irfan. Anak yatim ini, siapa yang tidak sayang? Teringat aku kepada Nabi Muhammad ﷺ yang merupakan anak yatim piatu, jiwa baginda yang lembut dan penyayang itulah membuatkan para sahabat kasih kepadanya.
Aku memandang jam di pergelangan tangan. Kalau ikutkan, penerbangan yang Izzat ambil sudah selamat mendarat. Aku berjalan mendapatkan Mak Cik Jas.
“Rasanya Izzat dah sampai ni, mak cik...”
“Ila pergilah tunggu dengan mak cik. Mari pak cik jaga Irfan...”
Aku menghulurkan Irfan ke arah Pak Cik Yunus. Belum sempat Pak Cik Yunus menyentuh Irfan, cepat-cepat Irfan menolak dan mengeraskan badannya. Merengek! Tak mahu mengikut atuknya. Pak Cik Yunus menggeleng perlahan.
“Tak apalah, Ila. Mari kita sambut Izzat sama-sama...” ujar Pak Cik Yunus lalu bangun daripada duduk. Kami berempat berjalan ke arah balai ketibaan. Tidak lama menunggu, kelibat Izzat sudah kelihatan dari jauh. Dia melambai-lambaikan tangannya dengan senyuman yang lebar.
            “Assalamualaikum, mak...” Izzat terus memeluk Mak Cik Jas. Ceria wajah Mak Cik Jas menyambut anak tunggalnya.
            “Hai handsome!” ujar Izzat lagi lalu mencuit pipi Irfan. Irfan yang jarang-jarang berjumpa dengan Izzat hanya memerhatikan Izzat dengan mata yang bulat.
            “Apa khabar, Ila? Sihat?”
            Aku mengangguk. “Baik... awak macam mana?”
            “Saya sihat. Kalau tak, takkanlah ada di sini, kan?” Izzat mengenyitkan mata. Aku hanya mampu tersengih. Bila mula kenal ayah saudaranya, Irfan meronta untuk mendapatkan Izzat. Izzat yang baru hendak bersalam dengan Pak Cik Yunus terhenti.
            “Amboi... mentang-mentanglah Ayah Su selalu tak ada, lambat dia nak kenal, ya!” bebel Izzat.
            Aku dengan Mak Cik Jas tergelak. “Itulah... cepat-cepatlah minta tukar ke sini, Izzat. Sampai bila nak duduk sana? Beri peluang cikgu-cikgu baru pula yang merasa kehidupan sana...” bising Mak Cik Jas.
Izzat membuat muka seposen. “Bukan Izzat yang uruskan hal pindah ni, mak. Macamlah mak tak faham... lagipun, nembiak Izzat sayang sangat dengan Izzat. Cikgu kesayanganlah katakan... ” Izzat mengusik. Mendengarkan perkataan Iban yang dia sebutkan membuatkan aku tersengih sendiri. Nembiak – budak.
Mak Cik Jas diam. Tahu dia susah hati bila satu-satunya anak dia berada jauh daripada mata. Suasana sunyi antara kami tiba-tiba dipecahkan dengan suara seorang perempuan memanggil Izzat.
Family dah sampai, Izzat?” soal wanita itu lembut.
Entah kenapa, berbulu saja aku melihatkan kelibatnya di sini. Kenapa dia turut berada di sini? Jangan cakap dia sengaja pulang ke semenanjung untuk mengikut Izzat. Aku cuba mengawal riak wajahku agar tidak terlalu berubah dan menampakkan yang aku tidak suka kepada Nabihah.
“Assalamualaikum mak cik... mak cik sihat?”
“Nabihah... balik sekali dengan Izzat ke?” soal Mak Cik Jas sewaktu mereka bersalam.
Aku berlagak seolah-olah tidak mendengar perbualan mereka. Sambil memegang Irfan, aku menimang-nimang anak kecil itu.
“Ha’ah. Balik sekali. Anak kakak saya sambut hari jadi esok, jadi sajalah balik buat suprise. Dengar pula Izzat nak balik sekali, senanglah hati saya sebab ada kawan...”
Aku mencebik di luar sedar. Ada kawan konon. Sedar tak kawan kau tu tunang aku? Aku mengetap bibir geram. Astaghfirullah al azim... muka aku angkat dan tanpa aku sangka, mata aku berbalas pandang dengan mata Izzat. Pasti dia perasan air muka aku yang tidak gemar dengan Nabihah itu.
***
“Tidur sajalah di rumah mak cik. Kan ada bilik tamu...” pujuk Mak Cik Jas bila aku menggeleng untuk menolak pelawaannya tadi.
“Tak manis, mak cik. Tahu mak saya nanti, bising dia bebelkan saya...” tolakku sopan.
“Alahai... bukannya selalu pun. Kalau risau Izzat buat apa-apa pada Ila, mari mak cik teman Ila tidur di bilik tu...” usik Mak Cik Jas lalu menjeling ke arah Izzat yang sedang minum. Tersedak terus lelaki itu dibuatnya.
Aku ketawa kecil mendengarkan usikan Mak Cik Jas. Masakan kami nak melakukan perkara yang tak bermoral di rumah ini. Lagipun, sudah berkenalan cara baik dengan niat baik, moga Allah lindungilah kami daripada hasutan syaitan.
Aku yang baru hendak membuka mulut meminta Izzat menghulurkan gelas berisi air tak jadi hendak bersuara bila Thaqif sudah menghulurkan terlebih dahulu. Bagai tahu-tahu saja aku hendak air. ‘Nasi?’ dengan isyarat mata aku bertanya kepada dia. Thaqif menggeleng.
“Kalau nak balik juga, abang boleh hantarkan...” pelawa Thaqif tiba-tiba.
Kami semua memandang Thaqif baru bersuara sejak makan malam tadi. Tadi selepas mengambil Izzat dan menumpangkan Nabihah sehingga ke stesyen kereta api, kami terus menuju ke rumah Mak Cik Jas untuk makan malam. Penuh satu meja dengan lauk-pauk yang dimasak Mak Cik Jas petang tadi.
“Eh? Thaqif nak hantar? Tak penat ke baru balik dari kerja dah nak keluar balik?” soal Mak Cik Jas prihatin.
“Thaqif tak kisah pun, mak. Alang-alang dah hantar, Thaqif tidur sana terus.”
Bulat mata Mak Cik Jas dan Pak Cik Yunus mendengar kata-kata Thaqif. Izzat sudah memandang aku dengan renungan meminta penjelasan. Aku kalut. Apalah yang Thaqif cakap ni?
“Eh? Bukan tidur di rumah Suhaila! Balik ke rumah Thaqiflah... kan kami setaman!” jelas Thaqif bila tersedar kami semua memandangnya pelik. Kemudian dia ketawa kecil. Kekok sekali di pendengaran kami.
“Susah-susah sangat, biar ayah saja yang hantar Ila. Dah kita yang ambil dia tadi, kan?” Pak Cik Yunus akhirnya bersuara dan memandang Mak Cik Jas yang sedang melihatnya. Mak Cik Jas mengangguk bersetuju. Aku menarik nafas lega. Terasa membebankan pula apabila hendak menghantar aku pun menjadi isu.
“Tak apalah ayah. Ayah rehat saja. Izzat hantar. Boleh berbual-bual sekali dengan Ila.”
“Berdua je?” tegur Mak Cik Jas.
Izzat mengangguk yakin.
“Pergilah. Hati-hati. Jangan nak melilau ke tempat lain pula!” tegas Pak Cik Yunus. Aku dengan Izzat sudah sama-sama tersengih. Tatkala mata aku terpandang wajah Thaqif yang merenung aku, senyuman aku mati. Entah kenapa, perasaan yang tidak-tidak mula hadir mengusik hati.
***
            “Ila, apa khabar?” itu soalan pertama yang Izzat ajukan sewaktu kami dalam perjalanan ke rumah sewa aku.
            “Hai? Bukan tadi dah tanya ke di airport?” aku balas dengan senyuman.
            “Itu berbahasa dan soalan secara umum.” Izzat ketawa kecil. “Sekarang ni tanya heart to heart...” tambah Izzat lagi.
Aku tersenyum sumbing mendengarkan kata-kata dia. “Ila okay je. Life... biasalah... kerja... balik kampung... uruskan persiapan majlis kita...”
Izzat mengangguk faham. “Dah ready ke? Mental dan fizikal?” Izzar sengih mengusik.
“Sejak Ila setuju untuk diperkenalkan dengan Izzat lagi, Ila dah ready, tau!”
“Baguslah kalau macam tu. Saya pula runsing fikir macam mana kita nanti lepas kahwin. Saya di sana, Ila di sini...” dia meluahkan. “Tapi sekurang-kurangnya, mak ada boleh tengok-tengokkan Ila. Ila pun ada tolong jaga mak dengan ayah nanti...”
Aku hanya mengangguk setuju. Kemudian kami sama-sama diam. Tak tahu apa lagi hendak dibualkan. Kalau dengan Thaqif, pasti ada saja cerita yang keluar daripada mulut kami berdua walaupun pada awal perkenalan nampak macam tak boleh ‘masuk’ antara satu sama lain.
“Manja betul Irfan dengan Ila, ya?” suara Izzat memecah kesepian di antara kami. Aku yang leka bermain dengan telefon sedikit tersentak.
“Irfan? Kenapa dengan Irfan?” soalku bila hanya mendengar sipi-sipi soalan yang dia ajukan.
“Irfan... manja dengan Ila...”
“Oh... ha’ah. Manja. Mungkin terasa macam mak dia agaknya. Kadang-kadang kalau free masa hujung minggu, Ila pergi rumah Izzat, main dengan dia...”
“Patutlah... dengan Abang Thaqif pun Ila nampak mesra.”
Dahiku berkerut mendengarkan komennya. Tang mana nampak mesra pun aku tak pasti. Rasanya, sepatah apa pun aku tak berbual dengan Thaqif hari ni.
“Kenapa Izzat cakap macam tu?”
Izzat diam. Dia tenang memandu walaupun sudah beberapa kereta memotong kereta kami kerana perlahan. Tapi nak marahkan kami pun tak boleh bila kami berada di lorong kiri. Aku tertanya-tanya sendiri bila Izzat tidak menjawab soalan aku tadi. Hendak bertanya, rasa bersalah pula. Akhirnya aku diam sehinggalah kereta berhenti di hadapan rumah sewaku.
“Esok petang, lepas Asar saya ambil awak. Goodnight, Ila. Sleep tight!” ujar Izzat dengan senyuman.
Aku mengangguk lalu membalas ucapannya dengan senyuman. Esok nak ke Nilai pula. Mak Cik Jas beriya mengajak aku untuk mencari kain barang-barang untuk menghias dulang hantaran untuk majlis kami. Kata Mak Cik Jas, dia tak ada anak perempuan untuk berkongsi saat-saat begini. Jadi memandangkan aku bakal menjadi satu-satunya menantu perempuan dia, ikutkan sajalah kehendak orang tua itu.
***
Jam lima petang, aku sudah mendapat mesej daripada Izzat menyatakan mereka sudah masuk ke jalan utama taman perumahan aku. Tak mahu mereka menunggu lama, cepat-cepat aku mencapai beg tangan yang sudah aku kemaskan tadi. Sempat aku memastikan kekemasan diri di hadapan cermin sebelum keluar dari bilik. Housemates aku ada yang berada di dapur dan ada yang menonton televisyen. Disebabkan duduk rumah ni masing-masing ‘nafsi-nafsi’ tak adalah aku hendak memberitahu setiap pergerakan aku pada mereka. Yang pasti, masing-masing faham 3 peraturan utama dalam rumah ni.
Elok aku membuka pintu pagar, kereta Thaqif tiba dan berhenti di hadapana aku. Dahi aku berkerut.
“Eh? Abang pun ikut sekali?” soalku pelik bila melihat Thaqif memandu kereta manakala Izzat duduk di sebelah pemandu. Mak Cik Jas melayan Irfan di tempat duduk belakang.
“Ya, Suhaila. Ayah malas nak ikut. Dia nak berehat saja di rumah. Tak sampai hati pula abang nak biarkan mak jaga Irfan seorang...”
“Oh...” aku mengangguk faham. Sebaik saja aku masuk dan duduk di sebelah Mak Cik Jas, laju Irfan bergerak mendapatkan aku.
“Hei... rindu acik, ya?” soalku geli hati.
Irfan menunjukkan ke arah luar tingkap. Riuh mulutnya menegur aku, seolah-olah bercerita itu dan ini. Aku melayan tanpa rasa jemu. Mudah-mudahan, adalah rezeki aku untuk menimang anak sendiri. Mengingatkan perkara itu, perasaan ralat datang kembali. Macam mana kalau langsung tak dikurniakan anak? Adakah Izzat akan menyesal memperisterikan aku sedangkan Nabihah cukup menunjukkan minat dia terhadap Izzat? Aku menghela nafas berat.
Sepanjang perjalanan ke Nilai, Mak Cik Jas bercerita tentang keluarga mereka kepada aku. Satu demi satu salasilah keluarga dia buka. Di sini adiknya tinggal, di sana sepupu Izzat ada bekerja, Mahu aku rasa menjadi sebahagian daripada mereka dan tidak kekok sangat bila sudah bergelar isteri Izzat nanti agaknya. Walhal, nama-nama yang disebut pun aku belum pernah berjumpa. Mana taknya, bertunang pun ekspress sangat.
Bila mendengarkan nenek bercerita, Irfan pun makin rancak bercakap seolah-olah dia turut berbual sekali. Aku ketawa kecil. Mata sempat menjeling Izzat di hadapan. Dia dengan cara dia. Tenang dan tak terusik sedikit pun dengan keriuhan mulut Irfan. Bila Mak Cik Jas bertanya sesuatu baru dia buka mulut menjawab. Aku mengalihkan pandangan ke arah cermin pandang belakang. Tak sangka Thaqif turut memandang ke arah yang sama. Sesaat dua, kami berbalas pandangan. Zupp! Jantung aku bagai direntap. Cepat-cepat aku melarikan pandangan ke arah lain. Kenapa aku rasa lain? Aku menelan air liur. Jangan cakap... ya Allah... berdosanya aku rasa! Patutlah Kak Win membasuh aku betul-betul hari tu.
***
            Aku melayan Mak Cik Jas yang sibuk membelek-belek barang hiasan untuk hantaran. Satu demi satu model hantaran yang sudah siap dia belek dan nilai. Aku di sebelah sesekali hanya memberi komen. Izzat? Awal-awal sudah mengajak Thaqif pergi ‘ngeteh’. Kata dia, semua ni kerja perempuan. Dia tak tahu hendak beli apa-apa.
            Mata aku bulat bila Mak Cik Jas menunjukkan sekumpulan gubahan yang cukup cantik. Bukan tak perasankan yang ini tadi, tapi terpandangkan harga yang mencecah seratus setengah ringgit Malaysia untuk satu dulang, rasa nak menangis aku dibuatnya. Seratus setengah ringgit satu, kalau tujuh dulang kena sediakan? Tak ke habis seribu je dekat situ? Itu baru dia punya gubahan, belum barang hadiahnya lagi.
“Kenapa, Ila? Tak cantik ke?” soal Mak Cik Jas bila perasan air muka aku berubah.
            “Cantik tu cantik makcik. Tapi... tak rasa mahal sangat ke...?” soalku serba salah. Risau juga kalau aku terguriskan hati dia. Memanglah pakai duit dia dengan anak dia. Tapi, anak dia itulah yang aku nak kahwin nanti.
            “Tapi cantik, kan? Mahal tu... memanglah mahal. Tapi, bukan selalu kenduri kahwin ni, Ila. Lagipun, Izzat itulah satu-satunya anak lelaki makcik. Tak apalah berhabis sikit, kan?” Mak Cik Jas memandang aku lama.
            Aku sudah serba-salah. Ujiannya bila Mak Cik Jas beraksi begini. Takkanlah aku nak berkeras menolak. Nanti belum apa-apa lagi, Mak Cik Jas dah ada persepsi tak baik dekat aku.
            “Dah alang-alang nak buat majlis kamu berdua, mak cik ingat nak buat yang grand sikit. Tak seronok sangat rasanya bila kawan-kawan mak cik datang, tengok majlisnya... eh? Ini je you mampu buat, Jasmin?”
            Aku terkelu. Apa yang aku takutkan itulah yang Mak Cik Jas katakan. Sedangkan dengan mak aku sendiri, aku dah ingatkan jangan berhabis untuk perkara yang tak penting. Membazir! Akhirnya ke tong sampah juga hiasan hantaran tu. Aku mematah-matahkan jariku tanpa sedar. Gelabah. Tak tahu bagaimana nak memberi respon kepada Mak Cik Jas. Kalau mak aku, senang aku nak luahkan apa yang aku rasa. Terasa menyesal pula mengikut Mak Cik Jas ke sini. Alahai... Izzat, mana awak bila saya perlukan awak ni?
            Suara ketawa dan jeritan Irfan memanggil neneknya membuatkan aku menarik nafas lega. Mujur Izzat tiba tepat pada waktunya. Tapi bila mengangkat muka, bukan wajah Izzat yang aku lihat, sebaliknya Thaqif berjalan di belakang anaknya yang sudah mengejar Mak Cik Jas.
xxx
Maaf3x lambat update KS. :(

No comments: