::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

28 December 2016

Novelette: Dia Superstar p3 -End-



Dia Superstar 11
1 tahun berlalu...
Aku sibuk menyemak satu demi satu data yang tertera di atas kertas. Salah key-in, jenuh nak menjawab dengan bos. Ada hikmahnya juga praktikal dengan syarikat yang kecil begini. Pendedahannya lebih. Tak adalah aku buat kerja photocopy saja. Ofis mula riuh rendah apabila rakan-rakan sekerja yang lain pulang daripada makan tengahari. Sedang aku tekun memasukkan data ke dalam Excel, tiba-tiba fokus aku terganggu apabila Anas meletakkan sebungkus polistrin ke atas meja.

25 December 2016

Novelette: Dia Superstar P2



Dia Superstar 05
            “Kenapa tiba-tiba aje ni?” boleh kesan nada suara Riz yang tidak senang.
            “Mana ada tiba-tiba. Aku dah lama fikirlah. Bosan tahu pergi kelas, balik kelas je. Hujung minggu terperuk dekat kampus tak ada aktiviti. Tak ada life. Sekurang-kurangnya, bila ikut budak-budak ni, terhibur sikit hidup aku.” Aku menjawab senada.

Novelette: Dia Superstar P1


Dia Superstar 01
Aku memerhatikan dia yang sedang asyik bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya. Lariannya, lompatannya, segala-gala pergerakan dia di atas gelanggang menarik perhatian aku. Dia itulah Riz. Pelajar senior di kolej yang menjadi kegilaan pelajar perempuan lain. Termasuk juga aku. Sepuluh minit berlalu, wisel ditiupkan menandakan latihan mereka sudah tamat. Aku memerhatikan Riz bergurau dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan sepasukannya. Senyumannya... aduh! Handsomenya! Terus menusuk ke hati aku. Kesannya bukan membuatkan hati aku sakit, tetapi membuatkan hati aku penuh dengan rasa bunga-bunga.

15 May 2016

Mini-novel: Leman & Laili 04



Leman & Laili 12
Sulaiman memberhentikan keretanya di hadapan rumah teres dua tingkat berwarna kuning lembut. Selepas menekan alat kawalan jauh, pintu pagar rumah itu terbuka perlahan-lahan. Kereta dipandu masuk ke garaj. Bulat mata Laili memerhatikan persekitaran rumah yang asing padanya. Dadanya berdebar-debar bagai ada tidak kena.
“Rumah siapa ni?”
“Rumah saya...”

Mini-novel: Leman & Laili 03



Leman & Laili p10.
Tak ada terima apa-apa ke hari ni? – 0123456789
Laili membaca mesej yang dia terima dengan kerutan di dahi. Mesej yang tiba hampir setengah jam yang lepas. Siapa pula yang tersalah hantar pesanan ni?
Laili, sekali pun kita tak ada jodoh, takkan berkawan pun tak boleh? – 0123456789
Mesej kedua tiba. Membaca setiap patah perkataan di skrin tidak memerlukan Laili untuk mengerah otaknya. Pasti Sulaiman yang menghantar pesanan itu. Betullah telahan Jefrey tadi. Memang lelaki itu yang menghantarkan bunga untuknya.

Mini-novel: Leman & Laili 02



Leman & Laili p7.
‘Buang jauh-jauh!’
Itu yang sering Laili pesan kepada dirinya setiap kali ingatannya melayang teringatkan Sulaiman. Berat dan sukar sungguh rasanya hendak menunaikan janji dia dengan emaknya. Tetapi Laili yakin. Apabila dia berusaha menggembirakan emaknya, pasti Allah akan memberikan ganjaran yang besar.

Mini-novel: Leman & Laili 01



Leman & Laili p1.
“Dah lama ke kenal?” tegur Farhah.
“Tak adalah,”  spontan Laili menjawab
“Kami childhood friend...” balas Sulaiman juga dalam masa yang sama.
Terpinga-pinga Farhah memandang mereka berdua. Jawab serentak namun jawapan nyata berbeza. Melihatkan kemesraan yang ditunjukkan Sulaiman terhadap Laili pun berbeza benar dengan penerimaan Laili. Gadis itu nampak lebih senyap dan tidak mesra. Bagaikan ada sebuah rahsia diantara mereka.

17 April 2016

E-Cerpen: Kembali

Cerita ni dihantar ke pertandingan cerpen. Tapi sebab tak ada rezeki, maka saya sharekan di sini. ;) Selamat membaca. ^_^

Kembali
Dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Peluh mula terbit dari liang roma kulitnya. Nafasnya naik turun. Tiba-tiba dia tersedar. Dia meraup wajahnya dengan tapak tangan. Astaghfirullah... ucapnya perlahan. Mimpi itu datang lagi. Mimpi yang sering dia alami sejak daripada peristiwa pahit itu.  Peristiwa yang meragut nyawa insan yang dia sayang. Tidak dapat tidur, dia bangun meninggalkan katilnya dan menuju ke bilik air. Wudhuk diambil. Usai menunaikan solat sunat tahajud berserta solat sunat taubat dua rakaat, dia mencapai Al-Quran biru pemberian insan yang sudah meninggalkannya hampir dua tahun lamanya. Satu demi satu kalimah yang Allah s.w.t. turunkan dia baca.

18 February 2016

HD Giveaway!

Alhamdulillah, pada 1-14 Februari yang saya telah adakan contest HD Giveaway! Terima kasih buat rakan-rakan yang menyertai dan memeriahkan contest. Pening juga rupa-rupanya hendak pilih pemenang. Mujurlah ada dua orang pembantu list kan 5 caption terbaik dan 3 pemenang saya pilih berdasarkan caption yang menarik. Kalau ikutkan hati, nak je berikan hadiah buat semua peserta. Tetapi, masakan mungkin. Hihi.

Tahniah buat 3 pemenang yang terpilih! Harapan saya kisah Bidadari ini dapat memberikan sejuta kebaikan buat kita semua. Aminn...

Anda yang berminat untuk membeli novel Bidadari, boleh pm saya di facebook ataupun drop e-mail di alamat: aku_dia1911@yahoo.com

31 January 2016

HD Giveaway! Bidadari











Menangi novel Bidadari oleh Hannah Dhaniyah secara PERCUMA!

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Jadikan gambar di atas sebagai gambar profil anda. Setkan ia sebagai ‘public’ 
  2. Letakkan kapsyen gambar:
    “Saya ingin menangi novel Bidadari karya Hannah Dhaniyah secara percuma kerana...” (ikut kreativiti anda)
  3. Tag ‘Hannah Dhaniyah’ pada gambar dan hantarkan mesej di Facebook untuk memberi notis kepada saya tentang penyertaan anda.
  4. 3 pemenang akan dipilih berdasarkan caption yang menarik. 
  5. Tarikh mula pada 1 Februari sehingga 14 Febuari 2016. Pengumuman pemenang pada 16 Februari 2016. Novel akan dipos pada 18 Februari 2016. Tracking number akan diberikan kemudian. ;)

30 January 2016

Bidadari Update!


Judul : Bidadari
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM25.00
Sabah/Sarawak : RM28.00

28 January 2016

E-novel: Bidadari RP#3


Bidadari Random Picked Number 3


Keluar daripada pejabat, Auni membantu aku membawa sebuah kotak kertas A4 yang berisi dengan barang aku ke kereta. Seronok pula jadi ibu mengandung, barang yang ringan itu pun ada orang sudi tolong angkatkan.
“Oklah Hanis. Aku balik dulu tau!” kata Auni selepas menutup pintu penumpang.
Aku mengangguk. Wajah Auni aku pandang lama. Tiba-tiba dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Tanpa menunggu lama, terus aku menarik tangan dia dan tubuh dia aku peluk.

27 January 2016

Bidadari UPDATE!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua!
Saya pasti rakan-rakan yang mengikuti FB/Instagram Karyaseni sudah maklum tentang kelahiran baby saya yang ketiga. Alhamdulillah thumma alhamdulillah... tak ada apa yang mampu saya ungkapkan selain daripada pujian buat Sang Pencipta juga rasa kasih buat sahabat-sahabat pembaca yang tak jemu memberi semangat sama ada di blog mahupun di Facebook Group : Hannah Dhaniyah

22 January 2016

Mininovel: Kasih Suci 15 End



Kasih Suci 15 End
            Di saat aku mula yakin dengan perasaan aku dan jawapan untuk lamarannya, Thaqif seolah-olah menjauhkan diri daripada aku. Jika sebelum ini, sepatah aku bertanya, sepuluh patah dia menjawab. Sedikit sebanyak, aku terasa dengan perubahan sikapnya.
            Sebenarnya aku sedar perubahan sikapnya bermula selepas kami balik daripada rumah Mak Cik Jas. Hari itu, selepas berbual dengan Izzat di dapur, aku terus menuju ke ruang tamu. Pada waktu itu baru aku tersedar kehadiran Thaqif yang sedang berbual dengan Pak Cik Yunus di luar rumah. Ternampak aku berada di dalam, Irfan terkedek-kedek berjalan mendapatkan aku. Thaqif hanya menjadi pemerhati dari jauh. Tapi sewaktu di rumah Mak Cik Jas, dia nampak okey saja.

E-novel: Bidadari RP #2

Bidadari Random Pick Number 2

Jam menunjukkan angka sebelas setengah malam sewaktu Khairul dengan Nik tiba. Pada waktu itu, aku dengan Aiman sibuk berbual di taman yang hanya disinari lampu jalan. Cari privacy nak bercinta berdualah kononnya. Selepas bersalam, kami kembali duduk di taman sehinggalah Aiman memberi isyarat ke arah Nisa yang sedang berjalan ke arah kami.

“Kak ngah, along minta tolong kak ngah pindahkan barang ke bilik belakang.”

Nisa bersuara dengan muka tegang. Kening aku terangkat sebelah. Pandangan aku alihkan ke arah Aiman. ‘Kenapa pula ni?’ tanyaku dengan isyarat mata. Dan Aiman mengangkat bahu.

“Kenapa Nisa?”

11 January 2016

E-novel: Bidadari RP#1

Bidadari Random Pick Number 1

Menitis air mata aku apabila Aiman melafazkan kabul dengan sekali lafaz. Terasa diri bagaikan di awangan bila saksi mengesahkan pernikahan kami. Aku mengelap air mata yang diberikan Nisa. Ya Allah, terbinanya rumah tangga ini, maka menangislah syaitan yang menyaksikan pernikahan kami. Moga kami terus terpelihara daripada maksiat yang menggoda.

Sebaik sahaja selesai sesi pernikahan, kami mengambil sedikit masa untuk menunaikan solat sunat selepas nikah. Mujurlah baju nikah, aku memilih baju kurung moden dan dipadankan dengan tudung yang labuh menutup dada. Tak menjadi masalah untuk berdiri menghadap Allah bila-bila masa saja dalam apa jua keadaan.

Usai solat sunat, kami duduk bersebelahan. Entah kenapa, terasa lain benar duduk begini. Awkward moment, kata orang. Umi berjalan sambil membawa mas kahwin yang dihias manakala Nur membawa sebuah bekas berisi cincin. Melihatkan Aiman memandang aku dengan senyuman, serta-merta aku berasa malu.
 

“Assalamualaikum, isteri abang...” panggilnya perlahan tetapi lembut.

***

Masih ingat lagi kisah Hanis dan Aiman... juga Encik Syahmi? Ehem. Insya Allah bakal menemui anda tidak lama lagi! ;)

08 January 2016

Mininovel: Kasih Suci 14



Kasih Suci 14
“Kenapa Suhaila tolak? Suhaila tak percayakan abang?” soal Thaqif. Pasti dia baru mendapat perkhabaran tentang penolakan aku daripada Mak Cik Jas. Aku menghela nafas berat. Tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Thaqif. Mujurlah aku berseorangan di bilik. Penat melayan Mak Cik Jas dan Pak Cik Yunus siang tadi menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berehat saja di bilik malam ini.