::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

15 May 2016

Mini-novel: Leman & Laili 02



Leman & Laili p7.
‘Buang jauh-jauh!’
Itu yang sering Laili pesan kepada dirinya setiap kali ingatannya melayang teringatkan Sulaiman. Berat dan sukar sungguh rasanya hendak menunaikan janji dia dengan emaknya. Tetapi Laili yakin. Apabila dia berusaha menggembirakan emaknya, pasti Allah akan memberikan ganjaran yang besar.
“Li...” suara Jefrey mencecah gegendang telinga Laili.
Laili mengangkat muka. Wajah Jefrey yang tersenyum di sebalik partition yang membezakan mejanya dan lelaki itu dia pandang dengan penuh tanda soal.
“Jom lunch.” Jefrey sengih lebar. Ada niat lain selain daripada mengajak Laili makan tengahari. Ada janji yang dia harus tunaikan.
“Awalnya?” Laili menjeling jam di skrin monitor. “Baru pukul dua belas.”
“Bukan selalu. Terlanjur aku ada meeting dekat KPC Engineering. Aku dah cakap dengan Tuan Haji bawa kau sekali.”
Laili mengangguk perlahan. “Okey. Lima minit...” balasnya lalu mengemas meja.
Laili mencapai beg tangan sebelum melangkah mengikuti langkah Jefrey yang sudah jauh meninggalkannya ke depan. Elok juga Jefrey mengajaknya ke mesyuarat di KPC Engineering. Matanya sudah berpinar kerana memandang skrin monitor sejak pagi.
“Nak makan kat mana?” soal Jefrey. Laili menjeling lelaki itu yang sudah bersedia untuk memulakan pemanduan.
“Mulut.”
“Okey.” Jefrey memandu perlahan. Fikirannya penuh memikirkan makan tengahari yang bakal berlangsung sekejap lagi. Harap-harap tak mengamuklah Laili bila jumpa tetamu yang dia tak undang nanti.
“Dah kenapa kau tiba-tiba diam?”
“Tak ada apa. Tengah fikirkan benda,” dalih Jefrey.
“Hrm... nak makan mana ni?” soal Laili pula bila tidak familiar dengan jalan yang Jefrey gunakan.
“Lah... dah kau kata nak makan kat Mulut, kan?”
“Alah... aku bergurau je. Sejak bila serius sangat ni?”
Jefrey senyap. Melihatkan lelaki itu seperti tiada mood, Laili turut mengunci mulutnya dan melayan perasaan dengan lagu-lagu yang bermain di radio. Mood swing pula Jefrey ni. Tadi masa ajak lunch, muka ada senyum. Ini senyuman entah ke mana.
“Li...”
“Hrm?” Laili menjeling ke arah Jefrey yang tiba-tiba bersuara.
“Kita nanti lunch bertiga.”
Dahi Laili berkerut. “Maksud kau?”
“Kawan aku join sekali. Dia kerja dekat KPC Engineering tu.”
“Okey.” Laili tak banyak soal. Mungkin orang yang sama yang mereka yang akan bermesyuarat nanti.
“Kau tak nak tahu ke siapa?”
Laili menjeling Jefrey sekilas. Dah kenapa mamat ni? “Kenapa? Dia tu... somebody that I should know ke?”
Jefrey senyum tawar. “Dia... somebody that you used to know.”
Baru Laili hendak membuka mulut membalas, Jefrey sudah memberhentikan kereta di sebelah kedai makan yang kurang orang. Lali membaca nama yang terpapar di atas kedai itu. ‘Mulut’. Bulat mata Laili membaca nama itu berulang kali. Biar benar? Dia menjeling ke arah Jefrey. Ini Jefrey buat lawak ke apa?
“Jom. Kita dah sampai. Kau nak makan kat mulut kan tadi?” barulah nampak senyuman di wajah Jefrey.
Laili ketawa besar. Laju tangannya menumbuk bahu Jefrey. “Hampeh!” Tawa Laili dan Jefrey berpadu.
“Kita duduk dululah. Kau nak makan apa? Kawan aku pun tak sampai lagi.”
Laili mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang memberi menu, ralit Laili memilih makanan yang terdapat di kedai ini.
“Assalamualaikum. Dah lama sampai?”
Laili terpempan apabila satu suara yang dia cukup kenal menampar gegendang telinganya. Seboleh-bolehnya dia menahan diri daripada mengangkat muka. Ya Allah... janganlah lelaki yang dia cuba elak itu yang muncul.
“Jeff...” suara itu menegur Jefrey. Laili memerhati dari hujung mata. Tangan tetamu itu bersalam dengan Jefrey yang duduk di sebelahnya.
“Laili...” lembut suara itu menegur Laili.
Laili menelan air liur. There he is. Patutlah Jefrey cakap macam tu tadi. He is somebody that I used to know. Sejauh mana Jefrey tahu hubungannya dengan Sulaiman?
***
Leman & Laili p8
But you didn't have to cut me off,
Make out like it never happened and that we were nothing,
And I don't even need your love,
But you treat me like a stranger and that feels so rough…
No you didn't have to stoop so low,
Have your friends collect your records and then change your number,
I guess that I don't need that though,
Now you're just somebody that I used to know…
Bagai kena sangat lagu yang terpasang di corong radio dengan situasi mereka sekarang. Sulaiman memerhatikan Laili yang sedikit pun tidak memperdulikan dia. Tadi semasa Sulaiman panggil pun Laili buat tak faham. Dia yang duduk disebelah bagai tak wujud saja. Sulaiman mengetap bibir menahan geram. Jefrey sudah serba salah melihat reaksi kedua sahabatnya ini.
“Li... kau nak makan apa?”
Laili mengangkat muka. “Ada jual sup tulang Jefrey tak kat sini?” sindir Laili.
Jefrey senyum serba salah. “Li...”
“Tak payah nak sindir Jefrey. Saya yang suruh dia ajak awak.”
Laili diam. Kata-kata Sulaiman dia anggap bagaikan angin lalu.
“Kenapa susah sangat nak bercakap dengan awak, Laili?” Sulaiman mengeluh. Suasana menjadi kekok secara tiba-tiba. Melihatkan masing-masing kehilangan kata-kata, Jefrey memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan.
“Li, aku orderkan untuk kau sekali, ya?”
Laili hanya mengangguk. “Macam biasa.”
Sulaiman menjeling ke arah Laili sekilas. Kemudian dia memandang pelayan yang setia menanti pesanan daripada mereka bertiga.
“Make it two,” kata Sulaiman kepada Jefrey.
“Awak bukan tak makan seafood ke?” spontan Laili menyoal dengan pandangan terarah kepada Sulaiman.
Sulaiman sedikit terkejut. Tak menyangka Laili masih ingat apa yang dia makan dan tidak makan. Laili... saya tahu awak masih belum buang semuanya tentang kita.
“Laili makan apa? Tom yam seafood?” Sulaiman bertanya lembut. Wajah lembut Laili ditatap sepenuh hati.
Dek kerana geram dengan ketelanjuran diri, Laili terus mengunci mulutnya rapat-rapat. Macam manalah mulut ni boleh bekerja lebih pantas daripada akalnya? Dia memang cukup arif dengan alahan Sulaiman terhadap seafood. Itupun kerana badan Sulaiman naik merah-merah kerana menghirup kuah tom yam seafoodnya sewaktu ketika dahulu. Kenangan yang tak pernah Laili lupakan.
Jefrey menggeleng perlahan melihatkan Laili kembali masuk ke dalam mood dinginnya. Sulaiman memang kena kerja kuat kalau betul dia masih ada hati terhadap Laili. Termasuk Sulaiman, sudah ada dua orang yang Laili akan masuk mood dingin. Sulaiman dan Lynn. Selepas Sulaiman menukar pesanan, dan dia membuat pesanan untuk dirinya, pelayan lelaki itu berlalu pergi.
“Laili ni hantu tom yam seafood, Man. Kau jangan tak tahu!” ujar Jefrey lalu ketawa.
Sulaiman mengangguk. “Aku tahu dan aku ingat. Macam mana dia pun ingat aku alah dengan seafood.”
Merah dan panas rasa wajah Laili. Sedikit sebanyak, hatinya tercuit dengan keprihatinan lelaki itu. Meskipun sudah sepuluh tahun berlalu dan mereka menjadi kawan istimewa hanya beberapa bulan, Sulaiman tetap ingat makanan kegemarannya.
“Dan aku tahu dan ingat kenapa dia tinggalkan aku dulu tanpa alasan.”
Spontan Laili mengangkat muka. Apa maksud Sulaiman?
“Saya tahu semuanya. Kenapa awak tak jujur dengan saya, Laili? Tentang ibu saya yang serang awak dan hina mak awak depan orang ramai?”
Laili semakin kekok. Renungan tajam Sulaiman membuatkan dia serba tak kena. Tambahan pula, kewujudan Jefrey di sebelah menyebabkan dia semakin tak selesa. Dia tidak pernah membuka cerita tentang keluarganya kepada sesiapa pun. Dia simpan dan pendam sendiri segala yang berlaku dalam keluarganya.
“Saya minta maaf dengan sikap ibu saya. Demi Allah saya tak tahu langsung tentang tindakannya masa tu.”
“Boleh tak kita cakap tentang perkara lain? Atau diam je sementara menunggu makanan sampai? Saya datang sini sebab nak makan. Bukan nak dengar awak buka sejarah sepuluh tahun dulu. Tutup buku. Move on. Kita pun dah ada kehidupan masing-masing, kan?”
Sulaiman menggeleng. “Sepuluh tahun saya cari awak, Laili. Masakan semudah itu saya akan tutup buku...” ujar Sulaiman tenang namun tegas.
Laili diam. Tak tahu hendak menjawab apa lagi. Mujur Sulaiman tidak lagi membuka sejarah mereka berdua. Topik perbulan bertukar. Sesekali Laili menjeling memerhatikan Sulaiman yang duduk di sebelah. Perubahan fizikal Sulaiman semakin menonjolkan tarikan yang ada pada dirinya. Pasti ramai gadis yang terpikat kepadanya. Mata Laili naik pula kepada wajah Sulaiman. Bibirnya yang rancang bergerak dan sesekali tersenyum dia pandang lama. Naik pula ke alis mata Sulaiman.
“Dah hilang rindu?”
Terkejut beruk Laili apabila ditegur begitu. Sulaiman senyum senget. Jefrey sudah berdekah-dekah ketawa. Tak guna! Laili menjeling kedua-dua lelaki itu dengan rasa geram. Entah kenapa, perasaan yang dia cuba buang jauh-jauh itu tetap melekat di hatinya. Mak... Laili minta ampun, mak! Hati Laili... masih berharap kepada dia!
***
Leman & Laili p9
Masam wajah Lynn sewaktu melihat Laili memegang dan mencium jambangan bunga si tangan. Dia menolak kerusi dengan kasar. Pasti Sulaiman yang memberikan jambangan bunga itu kepada Laili. Lynn baru je tahu beberapa hari lepas, Laili akan memegang projek yang melibatkan syarikat yang Sulaiman bekerja. Panas hatinya membayangkan hubungan antara Sulaiman dan Laili yang bakal bercambah. Laili yang mejanya selang tiga buah daripada meja Lynn buat tak endah saja dengan Lynn. Meroyankan apa pula agaknya sampai nak tolak-tolak kerusi macam tu sekali. Malas dia nak ambil tahu.
“Siapa bagi kau bunga tu?” soal Lynn marah.
Laili buat tak faham. Bakat tidak mempedulikan orang yang dia tak suka, dia aplikasikan. Selalu dah dia abaikan Lynn ni. Kecuali hal-hal berkaitan kerja yang memerlukan dia membuka mulut, barulah kedengarann suara dia. Dulu dia dengan Lynn berkawan baik. Tetapi entah di mana silapnya, Lynn mula membawa mulut yang bukan-bukan tentang Laili, terus Laili putuskan persahabatan mereka. Buang masa berkawan dengan orang yang begitu.
“Hei, aku tanya elok-elok ni, kan? Jawablah!”
“Apa bising-bising ni, Lynn?” sampuk Jefrey yang baru tiba di pejabat. Wajah Lynn dan Laili dia pandang silih berganti.
“Perempuan itulah punya pasal! Aku tanya elok-elok pun tak reti nak jawab. Pekak dan bisu agaknya!” marah Lynn.
Jefrey mengalih pandangan ke arah Laili yang muka selamba. Kemudian pandangannya jatuh ke arah jambangan bunga yang berada di atas meja Laili. Jefrey tersenyum sumbing.
“Buah hati bagi ya, Laili?” usik Jefrey.
Laili membalas pandangan Jefrey. Bibir lelaki itu sudah tersenyum nakal. Kureng! Dia yang bagi, berlakon macam orang lain pula yang bagi. Dulu masa awal-awal berkawan, Jefrey rajin memberikan bunga kepada dia. Taktik nak memikat, kata Jefrey. Tapi lama-kelamaan, tiada lagi bunga yang singgah di mejanya. Mungkin Jefrey bosan agaknya menunggu jawapan dia.
“Siapa? Siapa buah hati Laili? Hai? Rupa macam tu pun ada buah hati ke?” sindir Lynn tak puas hati.
Jefrey menggeleng. Laili buat tak faham. Dia sedikit tak terkesan dengan kata-kata Lynn tadi. Kesian Puan Jamilah, kerana bakal mendapat menantu macam ni. Tetapi, mungkin itu yang dia berkenan sangat agaknya. Sekepala!
“Minum?” ajak Jefrey apa bila lalu betul-betul di hadapan meja Laili.
Laili menggeleng. Dia sudah membacuh dan minum secawan air koko sewaktu di rumah tadi.
“Thanks,” ucapnya pula.
Kening Jefrey terangkat sebelah. “Untuk apa?”
“Bunga ni?”
“Bukan aku yang bagi. Aku baru sampai, kan?”
Jantung Laili mula berdegup dengan lebih laju. Kalau bukan Jefrey, takkanlah...
“Habis tu, siapa bagi?” soal Laili cuak. Terasa seperti wajahnya pucat tak berdarah.
“Tak ada kad ke kat situ?”
Laili menggeleng.
“Kau rasa siapa je lagi nak bagi bunga tu kalau bukan dia?” ujar Jefrey sebelum berlalu pergi.
Laili termangu sendiri. Masakan Sulaiman yang mengirimkan bunga ini untuknya? Bingkas Laili bangun dan melangkah mendapatkan Jefrey yang sudah masuk ke pantri. Banyak penjelasan daripada Jefrey yang dia perlukan. Lynn memerhatikan tubuh Laili sehingga gadis itu hilang daripada pandangan. Kemudian dia bangun dan menuju ke arah meja Laili. Laili menolak pintu pantri dengan lembut. Semerbak bau kopi menyapa hidungnya. Jefrey yang sedang membancuh minuman mengangkat muka.
“Kata tadi tak nak minum?” tegurnya pada Laili yang berdiri tegak di sebelah meja.
“Aku ada perkara nak tanya dekat kau.”
“Oh. Okey. Duduklah...” ujar Jefrey lalu membaca muk berisi kopi ke arah meja. Kerusi di sebelah Laili di tarik keluar untuk didudukinya. “Apa perkara yang kau nak tanyakan?” soal Jefrey meskipun dia boleh mengagak soalan-soalan yang keluar dari mulut gadis itu.
“Berapa lama kau kenal Leman?”
“Lama. Cukup lama untuk aku tahu semua kisah cinta dia.”
Laili tersenyum sinis. Semua kisah cinta Sulaiman dalam kocek Jefrey, ya? Konon, kalau ikutkan kata Sulaiman hari tu, sepuluh tahun dia mencari Laili. Pelik. Dalam sepuluh tahun mencari, ramai agaknya gadis yang sudah berpasangan dengan dia. Iya-iya je katanya mencari aku sepuluh tahun! Huh!
“Leman tu, pencinta yang setia. Masa dekat uni, sikit punya ramai perempuan cuba tarik perhatian dia. Seorang pun tak berjaya. Aku pernah questions dia, kenapa tak pernah pilih mana-mana awek yang berminat kat dia. Tapi dia cakap, bila dia sukakan seseorang, dia akan hulurkan salam perkenalan dulu. Lynn tu, mak Leman yang kenalkan. Tapi beriya dia menolak. Ikut Lynn pergi dinner pun sebab kereta Lynn masuk bengkel.”
“Sebelum ni, dia sekadar beritahu aku, first love dia adalah gadis yang pertama dia tackle masa dia tingkatan enam. Tiba-tiba gadis tu menghilangkan diri. Dan malam kita dinner tu aku baru tahu gadis yang dia cari tu sebenarnya kau,” jelas Jefrey tanpa sempat Laili bertanya panjang lagi.
“Kalau aku tahu kau sebenarnya yang Leman tu cari selama ni, tak adanya aku nak try tackle kau. Nanti kalau kau kahwin dengan dia, jangan buka cerita pula aku pernah belikan kau bunga semua tu. Ada putus saudara nanti,” Jefrey melawak. Kemudian dia ketawa sendiri. Laili membuat muka.
“Bila masa pula aku nak kahwin dengan dia? Antara dia dengan kau, baik aku pilih kau, tau!”
“Kalau kau pilih aku, dari awal kau dah pilih... Li. Tapi aku tahu kau berat sangat nak buat keputusan sebab hati kau masih pada Leman kau tu, kan?”
Laili diam. Tak tahu bagaimana hendak membalas hujah Jefrey.
“Dia sayang kau sungguh-sungguh, Li. Jangan sia-siakan dia.”
Laili menghela nafas perlahan. Kalau ikutkan perasaan dia, sudah dia ajak Sulaiman berkahwin. Tetapi cinta bukan segala-galanya dalam hidup ini.
“Susah, Jef...”
“Apa yang susahnya?”
“Cinta terhalang oleh orang tua. Banyak yang susah lepas kahwin nanti. Aku tak nak, bahagia sekejap tetapi merana seumur hidup kerana tak ada redha orang tua ni.”
Jefrey terdiam. Niatnya hendak meyakinkan Laili untuk menerima Sulaiman mati begitu saja. Ada benarnya kata-kata Laili itu tadi.
“Kau je la kahwin dengan aku Jef. Senang sikit. Nak?”
“Buat main bab nikah kahwin ni!” Jefrey membesarkan mata. Ketawa besar Laili mendengarkan kata-kata Jefrey.
“Betullah. Senang apa. Sekurang-kurangnya, kita boleh belajar bercinta lepas kahwin!”
“Laili... kau jangan nak merepek boleh tak?” nada Jefrey mula serius. Tak suka benar dia bila Laili bermain-main begitu.
“Ye... aku tahu kau tak sudi jadi ‘imam’ aku. Okeylah. Aku balik meja dulu.”
Jefrey tidak menjawab. Mendengarkan pintu pantri sudah ditutup, dia menarik nafas dalam. Dia bukan kawan yang akan khianat kawan baiknya. Kalau dulu benar, dia tak tahu tentang Laili dan Sulaiman. Tetapi sekarang, tak patut dia mengambil kesempatan. Jefrey bangun. Muk yang berisi separuh air kopi dia bawa sekali. Ingin kembali ke meja dan memulakan tugas yang terbengkalai semalam. Sebaik saja pintu pantri dibuka, kedengaran suara Laili tinggi menengking Lynn. Ah sudah! Apa pula yang berlaku ni?
“Apa masalah kau ni, hah?!” jerit Laili kepada Lynn yang berlagak tidak bersalah. Ikutkan hati Laili, mahu saja dia menampar wajah gadis itu. Harapkan rupa saja cantik. Otak, kosong! Perangai, syaitan!
“Apanya? Suka-suka hati kau je nak tuduh-tuduh aku!” Lynn membalas dengan jeritan juga. Panas hatinya apabila Laili menjerit di hadapan mukanya.
“Habis tu, takkan bunga tu berjalan sendiri?!”
“Apa bukti kau yang aku campak bunga tu dalam tong sampah?!”
“Kalau bukan kau, tak ada orang lagi yang busuk hati sangat nak buat macam tu! Kau je yang berapi nampak aku terima bunga tadi! Hey! Kalau macam ni perangai kau, jangan haraplah Sulaiman tu nak jadikan kau bini!”
Lynn memandang Laili tajam. Laili sudah melebih. Laju saja tangannya diangkat dan menampar pipi Laili yang putih kemerahan itu. Pang!
Laili terteleng ke kanan. Pijar pipinya apabila ditampar Lynn. Laili menggenggam tangannya kuat. Jangan balas, Laili. Kalau kau balas, kau pun sama perangai dengan si Lynn itu.
“Heh...” Laili kembali menoleh ke arah Lynn. Bulat matanya memandang ke dalam mata Lynn yang juga sedang berapi.
“Saat tangan kau sentuh pipi aku tadi, membuktikan kau dah kalah serba-serbi dengan aku, Lynn. Kau gagal kawal perasaan kau, kau gagal dapatkan Sulaiman dan kau gagal membuktikan bukan kau yang buang bunga itu dalam tong sampah. You such a failure,” tekan Laili.
Laili terus kembali ke meja. Beberapa mata yang memerhatikan ‘drama’ di antara dia dengan Lynn memerhati dengan mulut yang terkunci. Mujurlah bos mereka masuk lewat hari ini. Jefrey yang tergamam di pintu pantri melangkah menghampiri meja Laili. Sedikit sebanyak dia kagum dengan Laili. Tak perlu hendak membalas dengan perbuatan, kata-kata saja sudah membuatkan Lynn terdiam. Matanya beralih pula ke arah Lynn. Meski sudah menampar wajah Laili, riak wajah gadis itu masih menunjukkan dia tidak berpuas hati. Berbeza dengan Laili yang sudah menyambung tugasan meskipun pipi bercorakkan tapak tangan Lynn. Huh! Drama sungguh perempuan-perempuan ni.

No comments: