::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 December 2015

E-cerpen: Mina & Miji



01
"Saya suka awak!"
Amina memandang wajah lelaki yang berdiri di hadapannya. Wajah yang serius meluahkan perasaan itu membuatkan mata Amina membulat.
"Saya serius. Saya minta awak beri peluang untuk saya buktikan pada awak..."
"Heh..."
Amina menggeleng perlahan. Tak sangka lelaki yang terlanggarnya di perpustakaan universiti itu berani berkata begitu. Bukanlah Amina nak merendahkan lelaki itu... tetapi, belajar pun belum habis, sudah berani hendak meluahkan perasaan begini pula.

05 October 2015

Mininovel: Kasih Suci 13

Kasih Suci 13
“Kak Win...” panggilku sewaktu menziarahi Kak Win yang masih di dalam pantang. Kak Win nampak cergas dan ceria. Sebuah senyuman manis dia hadiahkan buat aku yang baru tiba.
“Lama betul tak jumpa Ila. Ini baru nak datang ya? Farouq dah rindu kat Auntie Ila dia ni...” ujar Kak Win.
Aku tersengih. Farouq yang sedang tidur aku usik-usik. Bergerak-gerak bebola matanya kerana di ganggu walaupun mata itu terpejam rapat.

21 August 2015

E-cerpen: Kita Satu Sama



Kita Satu Sama.
01
Azila menolak pintu stall yang baru lepas dia gunakan. Selesai menunaikan hajat, dia ke singki untuk membasuh tangan dan mengambil tisu. Sempat dia membelek wajahnya di cermin. Rambut yang dibiarkan lepas dia lurutkan dengan jari jemarinya yang runcing. Make up yang dikenakan pun masih ok, jadi tak perlulah dia hendak menambah lagi. Azila bersedia untuk melangkah keluar. Belum pun dia membuka langkah, tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam bilik air dengan tergesa-gesa seperti hendak membuka seluar. Azila menjerit kuat. Terkejut bila seseorang yang berlainan jantina masuk ke dalam bilik air yang khas untuk wanita.

10 August 2015

Mininovel: Kasih Suci 12



Kasih Suci 12
Aku masih terkebil-kebil di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul empat pagi. Gila! Sejak pulang dari rumah Thaqif tadi , aku langsung tak boleh lena. Masih terngiang-ngiang ayat-ayat yang diucapkan Thaqif malam tadi.
“Tapi abang sedar perasaan abang ni salah. Abang tak sepatutnya membiarkan diri abang jatuh cinta pada Suhaila. Jadi sebab itu abang ambil keputusan untuk jauhkan diri terus. Walaupun Irfan terpaksa berpisah dengan nenek dia.”

02 August 2015

Mininovel: Kasih Suci 11



Kasih Suci 11
Aku membelek telefon bimbit buat ke sekian kalinya. Masih tiada apa-apa mesej daripada Thaqif pada hari ini. Selalunya dia pagi-pagi lagi dia akan menghantar mesej selamat pagi dan berjanji untuk makan tengahari di mana-mana yang dia mahu. Dan pukul satu kereta dia sudah menunggu di hadapan pejabat aku untuk mengambil aku.

27 July 2015

E-novel: Cinta Luar Biasa 05



Cinta Luar Biasa 05
            “Aiza... kita keluar?” pelawa Nizam bila hampir sebulan tak berjumpa.
            Hasil keputusan dia berterus-terang dengan Nizam hari tu, ternyata lelaki itu tak boleh menerima permintaan Aiza. Nak juga-juga meminta masa untuk membetulkan keadaan sedangkan pada Aiza, tiada apa yang hendak dibetulkan. Bukan salah sesiapa, cuma hatinya yang tiada untuk lelaki bernama Nizam tu.

13 July 2015

E-novel: Cinta Luar Biasa 04



Cinta Luar Biasa 04
Aiza berkunjung lagi ke pasar malam di dataran. Seperti biasa, gerai pertama yang dia tuju mestilah gerai cakoi Pak Cik Atan dengan Mak Cik Marwah. Rasa lama dia tak ke sini. Kali terakhir dia ke pasar malam semasa dia terlanggar Zaid tiga minggu lepas. Kalau hari ni dia tak cari cakoi Pak Cik Atan, cukup sebulan dia tak makan cakoi itu. Mujur dia masih boleh tidur malam walaupun tak dapat makan cakoi tu.

06 July 2015

E-novel: Cinta Luar Biasa 03



Cinta Luar Biasa 03
Zaid memakirkan kereta Nissan Sunny milik ayahnya dengan berhati-hati. Mujurlah ada juga tempat parkir untuk mereka walaupun orang ramai memenuhi shopping mall pada hujung-hujung minggu begini. Kalau ikutkan hatinya, malas sungguh nak ke sini bila memikirkan suasana yang bakal sesak kerana orang ramai. Tapi bila mak sudah meminta tolong, takkanlah dia nak menolak. Ayah pula bukannya sihat sangat semenjak dua menjak ni.

30 June 2015

E-novel: Cinta Luar Biasa 02

Cinta Luar Biasa 02
            Aiza terus meletakkan plastik berisi cakoi di atas meja kopi. Mood hendak makan pun sudah hilang entah ke mana sejak kemalangan kecil tadi. Dia membuka selendang yang menutupi kepalanya seharian. Lega rasanya bila sudah tidak bertudung begini. Sungguhlah mengikuti suruhan Tuhan itu bukan perkara yang mudah. Kalau iman dan taqwa itu tak sekuat mana, memang selamba saja berjalan keluar dengan kepala yang togel macam dulu. Moga Allah tidak membolak-balikkan hatinya selepas dia berhijab ni.

29 June 2015

E-novel: Cinta Luar Biasa 01



Cinta Luar Biasa 01
Hujan yang mula renyai tidak mematahkan semangat Aiza untuk turun dan mendapatkan cakoi kegemarannya. Cakoi itu diperkenalkan oleh rakan sepejabatnya, Muna sewaktu mereka berdua pergi ke pasar malam selepas tamat kerja. Aiza yang selama ini tidak pernah memandang dan teringinkan cakoi tiba-tiba terus jatuh cinta dengan rasanya yang lembut dan lemak manis itu. Lagi-lagi apabila dimakan bersama kuah kari cair yang disediakan sekali, memang rasanya ‘cair’ di dalam mulut. Kalah kek-kek mahal yang selama ni menjadi minatnya. Dan sejak itulah dia menjadi pelanggan setia Pak Cik Atan yang menjual cakoi super enak itu.

28 June 2015

E-book: Suami Aku Ustaz

Assalamualaikum. Hai rakan-rakan pembaca semua. Meh Hannah nak share sikit. Novel Suami Aku Ustaz kini sudah ada dalam versi e-book, tau! ♥.♥

Jadi apa kelebihannya?

♣  Harga lebih murah. (Hardcopy - RM22.00, e-book hanya RM 17.00!)
♣ Go green. Jimat kertas, kan?
Mudah di bawa ke mana-mana. Selagi anda ada smartphone, selagi tu anda boleh bergolek-golek membaca kisah Alisa dengan Hafiz. ;)

Jadi, pada anda-anda yang lebih menyukai e-book berbanding hardcopy, boleh dapatkan e-book Suami Aku Ustaz di sini


https://www.e-sentral.com/search/byid/54237/suami-aku-ustaz

Cara pembelian? Ada... klik bawah ni


https://www.e-sentral.com/page/guides

Selamat membeli SAU dan bergolek-golek dengannya!^_^

E-novel: Bidadari 20



Bidadari 20
            Aku masuk ke dalam pejabat dengan semangat baru. Kalau orang lain, mungkin ada masalah Monday’s blues tapi aku rasa lain pula. Lagi-lagi mengingatkan kerja-kerja yang banyak tertangguh disebabkan kursus. Minggu lepas merupakan kali ketiga nama aku naik untuk berkursus. Pelik juga, minggu lepas baru seminggu naik bekerja sebab kena ke Melaka, minggu depannya dah kena ke Kuala Lumpur pula. Sayang sangat syarikat ni dengan aku. Nasib baik juga persiapan untuk perkahwinan banyak beli siap je.

24 June 2015

Mininovel: Kasih Suci 10



Kasih Suci 10
            “Kenapa, mak?” tegur Thaqif bila melihat kami berdiri statik di hadapan kumpulan hantaran tadi. Aku tersenyum tawar memandang Thaqif yang memandang kami berdua dengan riak yang pelik.
            “Ini hah... mak tunjukkan Ila gubahan ni. Cantik. Itu tanya dia, nak ambil yang macam ni ke tak...” jelas Mak Cik Jas.
            Aku tersenyum tanpa perisa. Otak laju bekerja untuk merangka ayat sesuai agar Mak Cik Jas menerima penolakan aku.

20 June 2015

E-novel: Bidadari 19



Bidadari 19
            “Iman adalah mutiara,di dalam hati manusia, yang meyakini Allah, Maha Esa Maha Kuasa...”
Tergelak-gelak Khairul menyanyikan lagu Iman Mutiara. Aku yang melihat, hanya mampu menahan geram. Kalau tak kerana dia abang aku, memang aku dah cepuk dah sekali.
“Diamlah!”

13 June 2015

E-novel: Bidadari 18



Bidadari 18
            “Macam mana Langkawi?” Auni bertanya sebaik sahaja aku masuk ke pejabat. Senyuman yang tak lekang daripada bibir rasanya dah cukup menjawab soalan dia.
“Best! Dua-dua adik aku merungut tak dapat pergi. Lagi-lagi tengok gambar-gambar kita orang berempat. Apa lagi, bisinglah Nisa tu,” ceritaku ringkas.

03 June 2015

E-novel: Bidadari 17



Bidadari 17
            Perjalanan dari Johor ke Gurun betul-betul membuatkan aku keletihan. Sejak habis zaman belajar, jarang benar aku berjalan jauh. Kali terakhir pun semasa aku ke rumah Atiqah masa kenduri dia dulu. Dah berapa bulan lepas dah. Kami masuk di negeri Kedah bila hari dah malam. Tak ada apa pemandangan menarik yang dapat dilihat selain daripada lampu jalan dan lampu di bangunan-bangunan.

02 June 2015

Mininovel: Kasih Suci 09

Kasih Suci 09
Hari ini aku mengikut kedua ibu bapa Izzat mengambil Izzat di LCCT. Memandangkan Thaqif tidak dapat menjaga Irfan, kami membawa Irfan bersama. Jenuh aku menjaga budak kecil ini yang berlari ke sana-sini bila teruja melihat orang ramai. Mahu menarik perhatian orang agar melayannya. Tak larat hendak berkejaran, akhirnya aku tangkap dan peluk dengan kuat supaya dia tak dapat melarikan diri. Irfan ketawa kegirangan. Suka bila dipeluk begitu. Ingat aku bergurau agaknya.

27 May 2015

E-novel: Bidadari 15 & 16



Tiba-tiba rasa bab 15 pendek sangat. Jadi saya update 2 bab sekaligus, ya? Selamat membaca! ;)
 Bidadari 15
Masa berlalu pantas. Dalam masa aku sibuk dengan urusan kerja, di luar pengetahuan aku Khairul turut sibuk untuk berkenalan dengan Nik. Rupa-rupanya dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa Nik! Sedar tak sedar, lagi beberapa bulan saja aku dengan Aiman bakal disatukan. Aku sibuk di selatan, Aiman sibuk di utara. Perbualan antara kami semakin berkurang. Tiada lagi mesej-mesej bertanya khabar yang aku berikan dan dia juga sekadar bertanya khabar aku melalui Khairul.

20 May 2015

Mari berkongsi info


Ada sahabat pembaca mengenai anak susuan, ibu susan dan ayah susuan kerana watak Hanis dalam novel Bidadari merupakan seorang anak susuan dalam keluarga Khairul. Jadi di bawah merupakan penjelasan ringkas berkenaan ibu susuan/ayah susuan/keluarga susuan. Ikatan susuan ini terjadi bila bayi itu disusukan sehingga kenyang melalui susu badan seorang wanita sama ada secara terus ataupun menggunakan botol dengan menepati 3 syarat di bawah:

E-novel: Bidadari 14



Bidadari 14
Aku menutup beg selepas memasukkan barang yang terakhir. Meja yang sedikit serabut, aku susun kembali kepada asal. Mendengarkan suara Auni berdehem meminta perhatian, laju aku mengangkat muka memandang dia.

13 May 2015

E-novel: Bidadari 13



Bidadari 13
Beg plastik berisi barang-barang yang dibeli di Sogo aku letakkan di kerusi kosong di sebelah. Lega bila hampir ke semua barang yang penting selamat dibeli. Yang tinggal hanyalah barang hiasan untuk menggubah barang hantaran. Yang itu, beli di Johor pun boleh. Pilihan pun banyak. Ke Kuala Lumpur ini pun sebab nak beli barang-barang yang memerlukan Aiman untuk berada sekali. Selebihnya, boleh juga kami berbincang untuk majlis nanti.

07 May 2015

Mininovel: Kasih Suci 08



after a while... maaf lewat update. biasalah, writer's block. T.T jeles dengan penulis yang boleh menulis laju dan tak pernah kering idea. ^^"
Kasih Suci 08
            “Kak Win... akak rasa Izzat ada girlfriend tak sebelum bertunang dengan saya?” aku bertanya dengan Kak Win sewaktu kami berada di pantri berdua. Kak Win sedang membancuh air untuk dibawa ke mejanya.
            “Kak Win tak pernah tanya pula. Kenapa Ila?”
            Aku duduk di kerusi yang terdapat di pantri. Rasa resah aku lepaskan dengan helaan yang panjang.

06 May 2015

E-novel: Bidadari 12


Bidadari 12
Sudah menjadi kebiasaan aku untuk pulang ke rumah setiap kali hujung minggu. Walaupun jarak rumah dengan pejabat taklah sejauh mana, tapi kalau pagi-pagi, sesak juga jalan nak ke bandar raya Johor Bahru ni. Malas betul rasanya hendak berebut keluar awal pagi semata-mata untuk ke pejabat.

29 April 2015

E-novel: Bidadari 11



Terima kasih. ;) Selamat membaca!
Bidadari 11
Aku leka menyiapkan rekaan struktur untuk rumah dua tingkat yang diberikan oleh Encik Syahmi minggu lepas. Sesekali mata aku dapat menangkap mata Auni yang terjeling-jeling ke arah aku. Sengaja aku buat tak faham. Bukannya aku tak dengar teguran Auni berkenaan cincin yang elok tersarung di jari manis aku masa aku baru datang pagi tadi. Mata dia perasan saja apa perubahan yang berlaku pada aku. Aku tersenyum di bawah sedar. Terasa lain perasaan bila datang ke pejabat hari ini. Terasa lebih bersemangat!

22 April 2015

E-novel: Bidadari 10



Bidadari 10
Aku membelek-belek cincin yang tersarung di jari semenjak petang tadi. Setelah penat meniarap, aku menukar posisi. Aku memandang Nisa di sebelah yang dah lama terlena. Baru pukul sepuluh tadi, dia kata dia dah mengantuk. Mana tidaknya, siang tadi dialah orang kuat yang banyak ke dapur. Nampaknya malam ni aku pula yang jadi burung hantu.

15 April 2015

E-novel: Bidadari 09



Bidadari 09
Hari yang dinantikan tiba. Aku menjeling jam yang terletak elok di atas meja belajar. Sepuluh setengah. Tadi mesej Aiman tanya dah sampai mana, dia kata tak jauh lagi. Aku tersenyum tanpa sedar. Tudung yang sudah elok, aku betulkan buat kesekian kalinya. Semua benda rasa serba tak kena!
“Dah cantik dah tu, Hanis. Ada tak berkelip mata Aiman tengok nanti!” Khairul mengusik sebaik sahaja pintu bilik dia buka. Muka aku terasa panas.

08 April 2015

E-novel: Bidadari 08



Bidadari 08
Hari Isnin tiba kembali. Seperti biasa, aku sampai di tempat kerja sepuluh minit lebih awal. Nasib baiklah perjalanan lancar je tadi. Kalau tidak, memang aku kena tegur lagilah dengan Encik Syahmi walaupun sepanjang aku bekerja belum pernah aku lambat. Teringatkan kisah malam tadi, bibir aku tersengih. Kali pertama berbalas mesej dengan Aiman membincangkan perkara serius. Tapi perangai dia yang suka mengutuk aku tetap tak hilang.
“Ehem!”

07 April 2015

Mininovel: Kasih Suci 07

Kasih Suci 07
“Lama dah ke sampai, Ila? Maaflah... mak cik sibuk menguruskan Irfan. Tadi dah mandi dengan air milo. Itu yang terus mandikan tu...”
Mak Cik Jas yang baru melangkah ke ruang tamu membuatkan menyelamatkan aku daripada terus terasa kekok dengan Thaqif. Irfan yang masih leka di pangkuan aku ralit membelek rantai tangan aku.
“Tak adalah lama pun. Baru je duduk ni...” ujarku lalu bangun sambil mendukung Irfan untuk bersalam dengan Mak Cik Jas.

01 April 2015

E-novel: Bidadari 07



Bidadari 07
“Apa jauh sangat menung tu, Hanis?” teguran ayah membuatkan aku segan sendiri. Boleh pula masa makan malam aku berangan depan nasi.
“Entah? Orang lain dah nak habis makan dia. Dia boleh termenung jauh,” mak menyampuk.
Aku hanya menayangkan senyuman. “Tak ada apalah.”

27 March 2015

Oh, My Prince! Teaser 02


Last teaser.

Selesai mengemas buku dan alat tulis, terus aku keluar daripada dewan kuliah dan berjalan menuju ke Pustaka Ilmu seorang diri. Aku terus menuju ke arah meja kubikel yang terletak di penjuru perpustakaan, yang terletak membelakangkan dinding. Kurang sikit gangguan dan boleh aku fokus dengan kerja aku.

26 March 2015

Oh, My Prince! Teaser 01



Berikut merupakan cover novel Oh, My Prince! Yang bakal terbit April 2015 terbitan Karyaseni. Nampak je dekat kedai, terus grab, ok? Hihihi... :)

Oh, nah teaser sikit. ;)

xxx


“Apa niat kau sebenarnya hah? Kau saja gunakan Danial, kan?”

Aku menghela nafas perlahan. Baru kaki melangkah masuk ke dalam bilik air, dah kena tengking dengan si Jasmine. Mana satu watak dia yang sebenar ni? Aku memandang Jasmine sekali lalu. Tanpa menghiraukan dia, terus aku masuk ke dalam toilet stall yang kosong.

25 March 2015

E-novel: Bidadari 06



Terima kasih atas sokongan semua. Selamat membaca! :))
Bidadari 06
K.H.: On Skype
hanisraihan: YM sajalah. Hanis tengah kerja ni.
K.H.: Boleh videocall? Rindulah. Hehe.
Aku tergelak baca mesej YM daripada Khairul. Rindu sangat! Mesti ada apa-apa ni sampai nak Skype.

24 March 2015

Oh, My Prince! UPDATE!


Assalamualaikum!

Apa khabar semua pembaca-pembaca yang saya kasihi.
Alhamdulillah, seperti yang saya war-warkan beberapa hari lepas, Oh, My Prince! akan diterbitkan pada April 2015 Yeay!!!

18 March 2015

E-novel: Bidadari 05



Selamat membaca! ^_^
Bidadari 05
            Tiga tahun dahulu...
Aku mematikan diri di dalam bilik. Pintu bilik yang mak ketuk tidak aku hiraukan. Ayat mak malam tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam bilik pagi ni. Mahu menenangkan fikiran. Biarlah mak ingat aku tidur balik selepas subuh tadi. Malam tadi aku terdengar perbualan mak dengan ayah masa hendak ke dapur, membuat air. Perbualan yang seterusnya membuka rahsia yang hampir dua puluh dua tahun disimpan kemas.

17 March 2015

Mininovel: Kasih Suci 06

ps: Sorry lambat. Moga terhibur. :)

Kasih Suci 06
            Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Walaupun sudah sebulan berlalu, aku masih belum melakukan apa-apa persediaan lagi untuk majlis kami. Sesekali, aku dengan Izzat bertukar khabar melalui Facebook kerana hanya itu medium perhubungan yang ada jika dia berada di sekolah. Itu pun, waktunya cukup terhad. Mereka hanya dapat berhubung dengan dunia luar apabila waktu bekerja tamat. Bila nampak ada perkembangan di timeline dia tu, memang bersyukur sangatlah kami tahu dia sihat.

11 March 2015

E-novel: Bidadari 04



Bidadari 04
“Senyum sorang-sorang!” Khairul menegur.
Aku memandang Khairul sekilas.
“Teringatkan Aiman, ke?” soalnya selamba.
Muka aku terasa panas. Dada berdegup kencang mendengarkan soalan Khairul. Dia perasan ke aku suka Aiman? Bahaya ni. Cuba kalau si Aiman perasan, mana aku nak letak muka?

09 March 2015

Mininovel: Kasih Suci 05



Kasih Suci 05
            “Hujung minggu ni, awak free?” sayup-sayup aku dengar suara Izzat di talian. Dia kata, tengah teman mak dia ke AEON. Sebab itulah suaranya perlahan semacam. Sesekali aku mendengar suara Irfan memanggil Izzat.
“Hrm... boleh dikatakan free jugaklah kalau tak kena ke office,” balasku dengan nada perlahan jugak dengan mata memandang ke tv yang menayangkan siaran AXN.

06 March 2015

Mininovel: Kasih Suci 04



Kasih Suci 04
            “Tak tahu pulak yang awak pernah jumpa mak saya?”
            Suara Izzat menampar telinga sewaktu aku melayan Irfan di bahagian tepi rumah. Leka Irfan memerhatikan ikan kap yang berenang-renang di dalam kolam. Entah sejak bila dia berdiri di belakang pun, aku tak sedar. Nasib baiklah aku tak buat aksi pelik-pelik. Kalau tak, confirm malu! Aku mengintai ke dalam rumah. Mak cik Jas dengan Pak cik Yunus masih menjamu selera di ruang makan. Segan pula aku dengan pasangan tu bila Izzat tiba-tiba ‘lari’ untuk mendapatkan kami.

04 March 2015

Filem Suami Aku Ustaz


Assalamualaikum/Hi ^^,

Saya yakin, mereka yang mengikuti perkembangan di laman Facebook Penerbit Karyaseni/Penulisan2u sudah tahu lebih awal mengenai perkara ni. Kalau tak silap saya, sejak tahun 2013 lagi proses penggambaran sudah dilakukan. Sengaja saya menutup mulut terlebih dahulu tentang perkara ni sehingga segala-galanya sudah pasti. Jadi, hari ini saya ingin menjawab soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya;

E-novel: Bidadari 03



Selamat membaca! ^^
,
Bidadari 03
Aku tersedar apabila waktu sudah masuk enam empat puluh pagi. Berebut aku bangun untuk menunaikan solat fardu Subuh. Inilah padahnya kalau tidur lambat malam tadi. Rancak sangat berbual dengan si Nik dan Imah, sampai dekat pukul tiga baru tidur. Nik dengan Imah sampai sini dalam pukul sebelas malam tadi. Di sebabkan dah lama tak berjumpa, memang semua ceritalah yang terkeluar. Teringat kenangan zaman belajar dulu. Ada sahaja benda nak diceritakan.

02 March 2015

Mini Novel: Kasih Suci 03

Masih ingat kisah Kasih Suci? Tiba-tiba mood saya untuk menyambung cerita ni muncul. Hihi. Selamat membaca!



Kasih Suci 03
SESEKALI aku menjeling ke arah Izzat yang duduk di sebelah Abang Nuar. Setiap kali diajukan soalan, dia menjawab sopan. Suaranya yang perlahan membuatkan aku rasa malu sendiri bila hendak menyuruh dia mengulang soalan dia. Ah! Macam manalah dia menjadi cikgu agaknya? Sudahlah mengajar subjek Sejarah. Ada tertidur sahaja dibuatnya nanti.

26 February 2015

E-novel: Bidadari 02



Assalamualaikum... Maaf lewat update. Tak ada di rumah beberapa hari lepas. ^_^
Oh ye, saya nak clarify awal-awal ye... Khairul abang susuan Hanis. Kikiki. Sebelum ni ingatkan nak buat pembaca tertanya-tanya. Tapi bila fikir-fikir balik, tak perlulah kot. Hehe. :)

Selamat membaca. :)
Bidadari 02
Setibanya aku di rumah Atiqah, orang ramai sedang sibuk bergotong-royong di belakang rumah. Ada orang yang tengah kisar lada, ada yang tengah bersihkan ayam, ada yang tengah kopek bawang. Opsss! Kupas, kata orang utara. Duduk dalam suasana kampung begini, jiran tetanggalah yang ramai membantu selain daripada sanak saudara. Itulah yang istimewanya majlis di kawasan luar bandar macam ni.

18 February 2015

E-Novel: Bidadari 01



Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan saya menyiapkan kisah Hanis ini. Bidadari kisahnya jauh berbeza dengan S.A.U dan O.M.P. Bidadari tentang apa? Bacalah dulu. Hihi... Hampir dua kali saya letakkan di blog dan kemudian saya padamkan semula atas beberapa sebab. Insya Allah, kali ini tak akan padam lagi. Manuskrip sudah dihantar kepada syarikat penerbitan. Kalau ada rezeki, insya Allah akan diterbitkan. Selamat membaca. ;)
xxx

08 February 2015

Teaser cerpen: Misi



Lama saya tak menulis cerpen. Last menulis bulan 6, 2013. Kikiki. Nampak sangat idea menulis cerpen semakin kering. Jadi, ini dia sedikit teaser cerpen terbaru saya. Cerpen dah siap. Tapi atas beberapa sebab, saya tak dapat nak kongsikan dahulu. Nantikan perkembangan cerpen ini ya. ;) 
xxx

Misi
Butang ‘Maybe’ yang tertera di skrin aku tekan. Menandakan aku masih belum dapat membuat keputusan untuk ke majlis Najwa. Kemudian aku klik pula pada invitation daripada sahabat sekelas di sekolah rendah dahulu, Zakwan. Bibir aku mengoyak senyuman apabila membaca nama dia dan nama bakal isterinya digandingkan bersama. Aku melihat tarikh majlis mereka. Dua puluh satu hari bulan. Hrm… buat kali ketiga perkataan ‘Maybe’ aku tekan. Sekarang ni memang musim orang kahwin awal ye? Kenapa sampai tiga jemputan aku dapat daripada kawan-kawan lama ni. Tak pasal-pasal aku stres sendiri.
“Kenapa dahi berkerut-kerut tu, roommate?” tegur rakan sebilik aku, Fiq yang baru balik dari kelas.
Aku tersengih. “Aku rasa peer pressure betul. Tiga kawan aku kahwin cuti sem ni. Memang zaman orang kahwin awal ke macam mana?”
“Itulah. Kawan aku pun ada yang nak kahwin cuti ni. Memang zaman orang kahwin awal baliklah roommate. Zaman dah berubah…” Fiq ketawa.
“Aduh. Tengok paper berlambak yang nak kena baca ni buat aku rasa nak kahwin. Kenapalah dulu tak ambil domestic engineering!”
“Tu la kan! Tapi masalahnya bila time exam week je kita macam ni.  Time lain berjimba sakan!”
Dan ketawa aku dengan Fiq pun berpadu.
-end- 
xxx
Ada sesiapa boleh jangka cerpen ini berkisarkan apa? I would love to hear your opinion. ^_^