::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

01 April 2015

E-novel: Bidadari 07



Bidadari 07
“Apa jauh sangat menung tu, Hanis?” teguran ayah membuatkan aku segan sendiri. Boleh pula masa makan malam aku berangan depan nasi.
“Entah? Orang lain dah nak habis makan dia. Dia boleh termenung jauh,” mak menyampuk.
Aku hanya menayangkan senyuman. “Tak ada apalah.”

Sekilas aku memandang ke arah Ikhwan dengan Nisa. Masing-masing memandang aku dengan riak yang pelik. Aku buat seperti tidak ada apa. Suapan yang terhenti aku teruskan.
“Along tak ada hubungi kamu ke, Hanis? Dah berapa hari dah dia tak telefon rumah,” mak mengeluh.
Aku hanya mampu tersenyum melihatkan mak. Baru berapa hari tak menelefon, dia dah risau. Memang kami empat beradik dah biasa begitu. Masa aku belajar dulu, paling tidak, dua hari sekali, mesti telefon rumah. Mak kata, bukannya nak dengar cerita apa sangat. Dapat dengar suara, dengar khabar pun dia dah senang hati.
“Ada Hanis chatting dengan dia siang tadi. Dia kata dia nak telefon malam ni. Kejap lagi dia telefon lah tu.”
“Dia tak cakap apa-apa?”
Aku mengerling mak sekilas. “Cakap apa?”
“Yang mak cadangkan hari tu?”
Aku menggeleng. “Tak ada pula. Chatting pun sekejap sangat tadi.”
Mak mengangguk. Terlepas juga sebuah keluhan daripada mulut dia. “Dia tak ada berkawan dengan sesiapa ke, Hanis? Takkanlah dia tak cerita apa-apa. Kan kamu berdua rapat!”
Aku tersengih. Aku pandang Ikhwan dengan Nisa. Masing-masing tekun mendengarkan perbualan kami. ayah pula mengambil keputusan tak mahu masuk campur.
“Tak adalah, mak.”
“Hai... Apalah nak jadi dengan budak seorang tu. ayah dulu, umur dia tu, dah ada dua orang anak dah.” Mak mula membebelkan Khairul. “Kamu pula? Tak ada calon lagi? Ke nak mak carikan?”
Erk?! Terbatuk terus aku bila mak buka cerita pasal aku. Nisa dah tersengih-sengih. Suka betul budak tu bab-bab ni.
“Belum adalah mak. Apa-apa nanti Hanis cakap,” kataku macam berjanji. Macamlah dah confirm pasal Aiman tu.
Elok aku tengah leka tolong mak mengemas dapur, Nisa menjerit dari bilik. Laju aku menjerit, membalas. Mujur tak ada tetamu. Buat malu je anak dara terjerit-jerit dalam rumah. Nasib tak kena cubit je dengan mak.
“Handset bunyi ni!”
“Siapa?”
“Entah!”
Ya Allah budak ni... geram je aku bila dengar jawapan dia. “Tengokkanlah!”
“Tak ada namalah!” jawapan daripada Nisa membuatkan aku serba tak kena. Takkanlah mak Atiqah. Gulp!
“Ok. Biar je. Nanti Kak Ngah tengok.”
“Dah tiga missed calls dah ni. Cepat sikit!” Nisa menggesa. Mesti dia dah tak tahan dengar.
“Iyalah!”
Selepas membilas tangan, terus aku ke bilik mendapatkan telefon. Nombor yang tertera aku baca. Memang tak ada dalam simpanan. Nombor yang bermula dengan+605 tu kuat meyakinkan itu adalah mak Aiman. Alamak! Apa aku nak cakap ni?
***
“Abang ada dengar cerita...”
Khairul tak menghabiskan ayat dia. Mata dia memandang aku dengan muka nakal. Mug berisi air kopi dia main-main dengan hujung jari.Aku pandang dia dari hujung mata. Mana nak sangka si pakcik ni balik tengah-tengah malam tadi. Sudahlah tak ada sesiapa yang dia beritahu. Nasib baiklah dah selamat sampai walaupun jam dah nak ke angka dua belas tengah malam.
“Cerita apa?”
“Dengar cerita ada orang tu nak kena risik?”
“Heh?” aku rasa muka aku dah pelik gila. Bila masa pula dia tahu?
Khairul dah ketawa. “Tak payahlah buat muka terkejut sangat. Cuba tengok dah pukul berapa?”
Aku pandang jam di dinding. Sebelas setengah pagi. “So?”
“Eh budak ni. Blur sangatlah pula! Tahu tak pukul sembilan pagi tadi mak dah membebelkan abang, ‘adik kamu tu dah ada orang nak datang dah dua minggu lagi ada orang nak datang merisik, kamu tu bila nak bawa calon menantu mak?”
Tergelak-gelak aku dengar bila Khairul mengajuk suara mak. Sebiji! Cuma garau sedikit je.
“Habis tu? Abang cakap apa? Setuju ke dengan rancangan mak nak carikan calon?” tamat topik aku, kisah Khairul pula jadi bahan cerita. Laju Khairul menggeleng mendengarkan soalan aku.
“Nope!” bersemangat dia menjawab.
“Dah ada calon sendiri?” aku menyerkap jarang.
Khairul sedikit tersenyum.
“Hah! Tengok tu? Fine tak cerita dekat Hanis!”
Khairul hanya ketawa.
“Hanis kenal ke?” akhirnya aku mengalah bila Khairul tak mahu buka cerita.
Khairul mengangguk. Laju aku berfikir, mengingatkan beberapa nama kawan-kawan dia yang aku kenal.
“Hannan?”
Khairul menggeleng.
“Amirah?”
Sekali lagi dia menggeleng.
“Natasha? Liyana? Dania?”
Lagi sekali dia menggeleng. Aku dah putus asa. Siapa je kawan-kawan dia yang aku kenal?
“Maisarah?”
Khairul ketawa. Nyaris dia tersembur air yang ada dalam mulut dia. “Dia dah kahwinlah!”
Aku turut tergelak. Terlupa!
“Habis tu? Takkan kawan Hanis pula?”
Tawa Khairul mati. Diganti pula dengan senyumannya yang sedikit lebar daripada tadi. Dahi aku dah berkerut.
“Serius, abang? Kawan Hanis?” Sepatah-sepatah aku menyoal.
Muka Khairul sedikit merah. Nah!
“Siapa?” soalku tak bernada. Sedikit tak sedap hati melihatkan Khairul.
“Err... sebab tu semalam masa kita chatting, abang cakap ada benda abang nak cakap.”
“Hal ni ke?”
Khairul mengangguk. “Tak tahanlah dengar mak bebel. Sebenarnya bukan baru-baru ni je. Dah 2-3 tahun dah mak bising benda yang sama. Mana tahan?”
Aku tersengih. “Siapa dia? Soalan Hanis abang tak jawab lagi.”
Khairul pandang muka aku tak berkelip. “Abang berminat nak kenal dengan Nik.” Ayat yang keluar daripada mulut Khairul membuatkan senyuman aku mati. “Dan kalau Hanis tak kisa, boleh abang nak kenal dia?”
Aku menelan air liur. “Kalau Hanis kisah?”
“Err...” Khairul menggaru kepala yang tak gatal.
“Kenapa Nik?” aku bertanyakan soalan lain bila dia terkial-kial nak mencari jawapan.
“Sebab dia kawan baik Hanis!”
Dahi aku berkerut.
“Kenapa pula? Kalau bukan kawan baik Hanis, tak boleh ke?” pelik aku dengar jawapan si Khairul ni. Ingatkan memang dia ni dah jatuh cinta pandang pertama ke apa dengan si Nik tu.
“Bukan macam tu...” perlahan Khairul bersuara.
“Habis tu?”
“Kenapa? Hanis tak happy ke kalau abang pilih dia? Tak happy kawan baik jadi akak ipar sendiri?”
Soalan Khairul membuatkan muka aku sedikit berubah. Kenapa? Nampak sangat ke aku tak suka? Hish! Bukan tak suka, tapi kenapa mesti kawan aku yang dia berminat?
“Bukanlah macam tu...”
“Habis tu?” Khairul pula yang menggantikan tempat aku bertanya.
“Kalau abang serius, Hanis ikut je.”
“Kalau Hanis tak setuju, tak apa. abang cancel je pelan abang tu.”
Pula? Aku tergelak mendengarkan kata-kata dia. Sengal punya abang! Tak serius betul!
“Apalah abang ni. Gaya macam nak cancel plan pergi bercuti ke apa pula!”
Khairul turut tersenyum.
“Tak kisahlah Hanis happy ke tak. Selagi abang rasa dia yang terbaik untuk abang, takkanlah Hanis nak halang pula? Kan?” kataku cuba memujuk.
“Hrm... first time abang dengan orang tak suka kawan baik jadi saudara sendiri. Abang ingat Hanis happy,” komen dia.
Aku terkelu. Bagi menghilangkan rasa tidak selesa, aku mencapai mug yang terbiar sejak tadi. Sakan berbual sampai sejuk air teh yang memang dah sedia sejuk ni.
“Bukan tak happy. Cuma terkejut je. Ok, kalau abang memang nak kenal dengan dia, insya Allah Hanis boleh tolong. Cuma...”
Khairul tekun mendengar.
“Nik tu bukan jenis bersosial sikit dengan lelaki ni. Dia jenis nak kan hubungan yang ada masa depan,” sambungku.
Khairul mengangguk. Bibirnya menguntum senyuman. Senang hati agaknya! Aku juga yang tak sedap hati. Hish! Semalam terkejut dengan Aiman, pagi ni terkejut dengan si Khairul yang tiba-tiba nak berkenalan dengan Nik pula. Aku hanya memerhatikan Khairul menghabiskan minumannya. Nafas dihela perlahan. Bukan aku tak suka kalau Nik jadi saudara aku, cuma... entahlah!
***
“Bila keluarga Aiman kata nak datang, Hanis?”
Panas terus muka aku dengar soalan ayah. Baru je aku buka cerita tengah hari tadi, malam ni ayah dah bertanya lagi perkembangan kami. Ceh, perkembangan konon!
“Err.. Mak cik kata dua minggu lagi.” Tenang aku menjawab.
“Hrm... tak lama lagi, bertunanglah orang tu. Entah-entah menikah terus. Ya tak?” Sempat Khairul menyampuk.
“Lepas tu tahun depan, dapatlah mak timang cucu yang mak tunggu. Selamatlah Along...” ujar Khairul dalam ketawa kecil. Aku nampak mata mak menjeling ke arah dia.
“Banyaklah!” sanggahku. “Abang yang menikah dulu, ye. Hanis tak nak langkah bendul!” sambungku.
Khairul hanya tergelak. “Alah, apa sangat langkah bendul tu. Abang tak minta banyak pun. Nak bagi pakej umrah pun boleh!” jawabnya selamba.
“Iye? Tukarlah nama dengan Nisa. Baru boleh dapat hadiah!” sakatku.
Khairul buat tak faham. “Hrm... pakej umrah, sepersalinan pakaian, boleh buat baju melayu. Then, disebabkan abang lelaki, abang tak naklah minta full set barang kemas, tapi nak bagi boleh juga. Boleh bagi hadiah untuk bakal isteri nanti...” katanya.
Aku pandang Khairul. Kening aku angkat dua tiga kali.
“Siapa?” nakal aku bertanya. “Nik?”
Muka Khairul memerah. Ambil! Sakan mengenakan aku ye?
“Nik? Siapa Nik?" Meja makan yang tadinya hanya diserikan dengan suara aku dengan Khairul kini ditambah dengan suara mak. “Along dah ada calon ke? Patutlah mak nak carikan tak nak,” kata mak lagi.
Aku menahan ketawa. “Nik. Nik, housemate Hanis masa belajar dulu,” kataku cuba mengingatkan mak.
Tiba-tiba terasa kakiku ditendang perlahan. Spontan aku memandang Khairul. Siapa lagi kalau bukan dia. Dahinya dikerutkan, kepalanya digelengkan sedikit, menghalang aku membuka cerita.
“Lah? Patutlah tak nak mak carikan. Along dah jumpa ke budak Nik tu?”
“Err...”
Aku hanya tersengih melihatkan Khairul terkial-kial nak menjawab soalan mak. Nasi yang masih berbaki dipinggan aku suap ke mulut. Sekali lagi terasa kaki aku kena tendang. Aku buat tak faham.
“Err... tak adalah mak. Along gurau je. Jumpa Nik masa kenduri Atiqah hari tu.”
Tajam aku rasa Khairul menjeling aku.
“Oh! Ya ke? Tapi kalau betul pun apa salahnya, Along? Tahun depan Along dah dua puluh lapan tahun. Kalau tak ada aral, Hanis selamat tahun ni. Hah, apa kata buat sekali je terus kenduri kamu?”
Terangkat kening aku mendengarkan idea mak. Rasa nak tergelak pun ada. Tak sabar sangat nak Khairul hidup berkeluarga. Nik pun tak tahu apa-apa lagi, mak dah fikirkan sampai ke situ. Lagipun, macamlah tarikh bertunang dengan tarikh menikah aku dah tetap dah.
xxx
Jangan lupa dapatkan novek Oh, My Prince! di pasaran!

No comments: