::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

08 April 2015

E-novel: Bidadari 08



Bidadari 08
Hari Isnin tiba kembali. Seperti biasa, aku sampai di tempat kerja sepuluh minit lebih awal. Nasib baiklah perjalanan lancar je tadi. Kalau tidak, memang aku kena tegur lagilah dengan Encik Syahmi walaupun sepanjang aku bekerja belum pernah aku lambat. Teringatkan kisah malam tadi, bibir aku tersengih. Kali pertama berbalas mesej dengan Aiman membincangkan perkara serius. Tapi perangai dia yang suka mengutuk aku tetap tak hilang.
“Ehem!”

Aku mengangkat muka, melihat ke arah datangnya suara tadi. Terpandangkan Auni, aku menghadiahkan sebuah senyuman.
“Kenapa kau nampak ceria ye hari ni?” Auni menyoal. Tangan kanannya mengusap-usap dagu. Lagak tengah sibuk berfikir.
“Minggu lepas muka macam dapat warning ada tsunami, tup-tup hari ni muka macam baru lepas dapat suami,” kata Auni. Mata tak lepas daripada memandang muka aku. Macam budak sekolah tengah menilik muka cikgu nak dapatkan jawapan.
Aku tergelak mendengarkan pantun spontan dia. “Mana ada. Aku macam biasa sajalah!”
Auni mengecilkan mata. “Tipu.”
Aku buat tak layan. Kami berdua berjalan menuju ke pejabat.
“Selalunyalah kan, hari Isninlah paling kau tak ceria. Tak habis-habis dengan Monday blues. Kalau Jumaat, ‘thanks God it’s Friday’ katanya. Tapi hari ni, mood kau lain. Serius aku tak tipu. Ada apa-apa ke yang berlaku hujung minggu hari tu?” Auni cuba mengorek.
Aku hanya tersengih. “Apa-apa tu apa? Macam-macamlah kau ni. Aku happy sebab hujung minggu hari tu kita orang satu family ada. Abang aku balik. Itu je.”
“Ehhh?” Auni pandang aku tak percaya.
Aku duduk di kerusi apabila kami tiba di meja aku. Auni masih berdiri di tepi meja.
“Kalau kumpul satu family lah lagi tak nak hujung minggu habis tau?” dia membantah. Ada sahaja jawapan dia.
“Manalah tahu hujung minggu hari tu ada majlis merisik ke... majlis bertunang ke.... yang aku tak tahu?” keningnya di angkat dua tiga kali.
Aku hanya mampu tergeleng-gelengkan kepala.
“Siapa yang kena risik dan siapa yang bertunang?” terdengar suara Encik Syahmi bertanya.
Spontan aku dengan Auni terdiam. Encik Syahmi serius memandang ke arah kami. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Biar Auni yang jawab.
“Err... Hanis, Encik Syahmi.”
“Huh?” Spontan aku menoleh ke arah Auni. Sengaja mata aku besarkan. Suka-suka hati dia je.
“Hanis?”
Aku sengih tak berperasaan. “Auni melawak je tu Encik Syahmi. Tak ada apa pun. Dia ni hah buat cerita.”
Encik Syahmi hanya mengangguk. Kemudian dia melangkah meninggalkan meja aku dan berjalan menuju ke pantri. Auni pula terkedek-kedek berjalan ke meja dia. Sebelah meja aku je pun. Tak sempat aku nak bagi ‘hadiah’ dekat dia sebab banyak mulut sangat. Hish! Nasib baiklah Encik Syahmi tak komen apa-apa.
“Hanis.”
“Ya?” Aku mengalih pandang ke arah Encik Syahmi yang terhenti di pertengahan jalan.
“Lain kali tak perlu nak canangkan hal peribadi dekat pejabat. Baru bertunang je pun. Awak bukannya artis.”
Encik Syahmi meneruskan langkahnya sebaik sahaja dia menghabiskan kata-kata dia. Aku yang tengah pegang stapler, menahan kesabaran. Kalau tak kerana kesabaran aku yang masih tebal, dah selamat dah benda alah ni kena dekat kepala dia. Hish! Tak pasal-pasal aku kena buang kerja.
“Hanis.”
“Apa?” geram aku menjawab panggilan Auni.
“Sorry. Tak sangka benda tu pun boleh jadi hal.”
“Hrm...”
“Tapi ketara sangatlah Encik Syahmi tu makin lain sejak putus tunang.”
Heh? Auni dah nak memulakan sesi ‘menganyam ketupat’.
“Setahun sebelum kau masuk sini, dia ok je. Sejak putus tunang jadi serius tak bertempat,” cerita Auni lagi. Auni ni senior setahun daripada aku. Sebab tu dia tahu lebih sedikit daripada aku.
“Biarlah dia. Merosakkan mood aku je pagi-pagi ni.”
Geram aku. Hilang terus semangat nak kerja. Kalau tak kerana takut dapat gaji yang syubhah bak kata Encik Syahmi dulu, aku dah pergi je melahu mana-mana pagi ni. Bunyi telefon bimbit aku membuatkan Auni terbantut nak bersuara. Mesej yang baru aku terima aku buka.
Salam. Dah register untuk kursus kahwin. ^.^ -Aiman-
Tersenyum aku baca mesej daripada dia. Malam tadi, baru aku tahu yang dia tak ada sijil kursus kahwin lagi. Punyalah aku gelakkan dia. Lepas tu aku pula yang sakan kena kutuk sebab aku dah pergi kursus kahwin masa belajar. Baca mesej Aiman, hilang perasaan bengang aku dengan Encik Syahmi. Laju aku membalas mesej Aiman.
Belajar molek. Hahaha. –Hanis-
Butang send aku tekan. Delivered.
“Hai... kalau macam tu lah perangai dia dengan perempuan, memang sampai ke tua lah tak kahwin, Hanis!”
“Hah?” Aku mengangkat muka daripada telefon bimbit di tangan.
Dahi Auni berkerut. “Kau ni, tadi sikit punya tegang muka. Dapat mesej, sengih sampai ke telinga!” marahnya.
Senyuman di bibir aku masih tak lekang. “Ah, kawan aku buat lawak.”
“Hrm... tak adalah. Kalau macam tulah gayanya, memang tua seorang diri sajalah Encik Syahmi tu.”
“Biarlah dia. Asalkan dia bahagia.” Aku hanya mengangguk tanpa mendengarkan kata-kata Auni. Aku datang sini pun nak kerja, bukannya nak buat Encik Syahmi tu musuh. Mesej balasan daripada Aiman baru aku terima.
Baiklah. Persediaan untuk menjadi suami dan ayah yang awesome, insya Allah. ^.^ Lepas solat jangan lupa baca doa ni... 25:74 –Aiman-
Hati terasa bagaikan berbunga. Kenapa aku terasa perasaan semacam ni? Astaghfirullah. Sedangkan bertunang pun belum masa untuk bercinta, apatah lagi belum ada apa-apa ikatan lagi. Kalau aku sendiri yang tak menjaga hati, memang entah apa-apa boleh terjadi. Nauzubillah! Tafsir di atas meja aku capai. Jari menyelak-nyelak mencari surah ke dua puluh lima. Tafsiran ayat ke tujuh puluh empat aku baca.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” [Al-Quran, Al-Furqan:74]
Dalam hati turut mengaminkan doa yang tertulis di situ. Mudah-mudahan dengan sepotong doa menjadi permulaan untuk membina keluarga yang bahagia.
xxx
Sesiapa berminat nak order OMP melalji saya boleh pm facebook Hannah Dhaniyah atau aku_dia ye... ^_^

No comments: