::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

15 April 2015

E-novel: Bidadari 09



Bidadari 09
Hari yang dinantikan tiba. Aku menjeling jam yang terletak elok di atas meja belajar. Sepuluh setengah. Tadi mesej Aiman tanya dah sampai mana, dia kata tak jauh lagi. Aku tersenyum tanpa sedar. Tudung yang sudah elok, aku betulkan buat kesekian kalinya. Semua benda rasa serba tak kena!
“Dah cantik dah tu, Hanis. Ada tak berkelip mata Aiman tengok nanti!” Khairul mengusik sebaik sahaja pintu bilik dia buka. Muka aku terasa panas.

“Mana Nisa?” aku menukar topik.
“Dia tolong mak dekat dapur. Tolong hidang makanan atas meja,” Khairul melabuhkan punggung di atas katil. “Sebab ada orang tu curi tulang... nak solat pun tak bersiap macam tu sekali!”
Laju tangan aku membaling botol bedak ke arah Khairul. Tak agak-agak nak menyindir aku.
“Orang nervous lah! Sebab tu duduk dalam bilik je! Bukannya bersiap apa sangat pun!” marahku. Geram pula bila kena sindir macam tu. Huh, siapa suruh makan cili, kan?
Khairul ketawa. Aku hanya menjeling. Terasa nak je aku cekik pak cik ni.
“Cantik...”
Bagaikan air menyiram api, hati aku kembali sejuk mendengar pujian dia. Cantik? Bibir menguntum senyum tanpa sedar. Sekurang-kurangnya tak adalah cacat imej aku nak jumpa bakal keluarga mentua! Hish, Hanis.... Hanis! Dah kena sindir dengan Khairul pun sempat fikir macam tu lagi.
“Terima kasih. Dah lama tahu!” sengaja aku menjawab begitu.
Khairul mencebik. “Abang cakap, bunga dalam frame tu hah. Mak beli dekat Ayer Hitam kan?”
Heee... dia ni kan!”
Sekali lagi Khairul menjadi mangsa barang yang dibaling aku. Benda bertuah kali ni adalah botol krim pelembap muka. Dah sah-sah lebih lima tahun aku rasa bunga tu tergantung dekat dinding tu. Lagi mahu puji. Huh!
Sakan Khairul ketawa. “Hai... Nanti kalau adik abang seorang ni dah kahwin, tak dapatlah nak bergurau macam ni lagi. Ada Aiman cemburu pula,” ujar Khairul.
“Suami lain... abang lain...”
“Betul tu!” Kemudian, dengan senyuman yang tersungging di bibir, Khairul bangkit daripada duduk. Langkah diatur ke arah aku.
Jadi, sebelum adik kesayangan abang ni jadi milik orang lain, masa itulah abang boleh menyakat... kan?” spontan tangannya menarik tudung aku. Terus tak terurus jadinya.
“Khairul Harith jahat!!!” aku dah menjerit. Kurang asam jawa betul!
“Shhh!” Khairul meletakkan jari telunjuknya ke bibir.
“Apa?!” soalku kasar. Tangan laju membentuk kembali tudung di kepala.
“Abang dengar bunyi orang beri salam.”
Erk! Terasa seperti kena renjatan elektrik aku dibuatnya. Khairul dah galak ketawa melihatkan aku yang kembali gementar.
“Abang pergi depan dulu. Ke... Hanis nak ikut sekali?”
“Err... entah? Seganlah!” aku dah menggaru-garu kepala. Aduh! Kenapa aku gelabah sangat hari ni?
“Abang rasa, better Hanis pergi sekali jemput tetamu. Nanti masa dia orang berbual-bual dengan mak ayah, barulah Hanis duduk dalam bilik balik. Merisik je kan?” Khairul mengenyitkan mata.
Aku hanya mengangguk. Aaaa.... takut dan malunya!
“Insya Allah semuanya akan ok. Doa banyak-banyak,” nasihat Khairul.
Sekali lagi aku mengangguk. Gementar mengalahkan nak pergi temuduga kerja! Temuduga dulu pun tak cuak macam ni. Alahai...
“Kak ngah...” Nisa memanggil perlahan. Dia dah dua tiga kali pergi menghendap tetamu dekat depan.
“Apa?” Aku yang duduk di meja makan sebelah dapur terasa serba tak kena. Dah setengah jam dah ni. Apa yang berlaku dekat sana? Tadi sekali-sekali ada juga terdengar suara dia orang ketawa.
“Pas...” jawabnya pendek.
Aku mengerutkan dahi. “Apa yang pas?”
“Abang Aiman. Dia pas jadi abang ipar Nisa. Walaupun tak handsome sangat, smart jugalah orangnya! Nisa pun suka!” selamba Nisa menjawab.
“Hei!” aku memukul perlahan lengan Nisa. Dia dah mengekek ketawa. Sabar sajalah dengan budak ni!
“Patutlah kak ngah suka dia eh?”
“Kenapa?” aku memandang Nisa dah sudah mula tersenyum nakal.
“Dia senyum sweet.”
“Mengadalah budak ni!” sekali lagi tangan aku hinggap di lengan dia.
“Eleh, malulah tu!” Nisa mengusik.
Muka aku mula terasa panas. “Pergi buat kerjalah! Duduk melangut dekat sini pula.”
Mengekek Nisa ketawa. Kemudian dia berjalan menuju ke laluan yang menghubungkan ruang dapur dengan ruang hadapan. Baru tubuhnya menghilang, kepalanya pula yang terjengul ke dalam.
“Dia orang dah nak makan. Nanti bolehlah  kak ngah bawa keluar air.”
“Hah? Nisa tak siapkan sekali ke tadi? Macam mana buat kerja ni?” aku dah mula nak membebel. Masa-masa macam inilah, dia boleh pula buat lagu tu.
“Hahaha! Nisa dah siapkan semualah! Nak kena bebel dengan mak buat kerja tak habis? Nak suruh kak ngah pula tu? Dah cun-cun macam ni, hilang cun jadinya!”
“Banyaklah Nisa punya cun!”
Nisa dah ketawa mengekek. Akhirnya, dengan malas aku bangun meninggalkan kerusi yang tadi aku duduk. Nafas aku tarik dalam-dalam. Baru sampai di tepi pintu, terdengar perbualan antara mereka. Sempat aku mengintai tetamu yang hadir. Abi dengan umi Aiman, Nur dan seorang lagi lelaki yang mirip Aiman. Abang dia agaknya. Pernah juga nampak gambar keluarga Aiman masa belajar dulu. Tapi tak pernah berani hendak bertanya.
“Kalau macam tu, hari ni, bertunang teruslah ya? Kami pun dah sediakan cincin,” terdengar suara umi Aiman meminta kepastian.
Aku menelan air liur. Bertunang terus? Biar benar? Ingatkan baru nak jumpa keluarga, merisik-risik dulu? Tapi kalau diikutkan merisik itu pun hanya nak berkenalan dan memastikan yang si gadis tu bukan isteri atau tunang orang je pun.
“Kita buat yang mudah sajalah. Lagipun, Ipoh tu bukannya dekat. Selagi boleh dipermudah, kita mudahkan. Perkara baik, tak payahlah kita buat jadi rumit...” ayah bersetuju.
“Berapa lama cadang nak ikatnya?” suara mak pula bertanya.
“Pada kami tak perlulah nak lama-lama sangat. Aiman pun, lagi tiga bulan dah habis master dia. Insya Allah lepas tu terus kerja dekat universiti tu juga,” abi Aiman membalas.
Aiman terus kerja dekat sana? Sampai hati dia tak cerita dekat aku.
“Cuma majlis sambut menantu, kalau boleh buat sekali dengan majlis Nur. Kalau ikut janjinya, dalam bulan Disember. Tujuh bulan dari sekarang.”
“Kalau macam tu, saya cadangkan akad nikahnya di sini buat dalam bulan sebelas. Molek benarlah tu!”
“Hah! Elok benarlah tu. Kalau semuanya dah bersetuju, kiranya selesailah semuanya ya?”
Masing-masing mengangguk.
“Hanis ada di dalam ke? Bolehlah akak sarungkan cincin dulu, sebagai tanda...” kata umi Aiman.
“Ah! Terlupa pula, saya. Bolehlah jemput masuk ke dalam,” ayah menjemput.
Mendengarkan kata-kata ayah, laju aku menghalakan kaki, masuk ke dalam bilik. Nasib baik bilik ni memang tak berapa bersepah. Nisa ketawa je melihat gelagat aku. Hai! Kalaulah aku ada akak, kan mudah kerja aku? Tak sampai lima minit, terdengar bising-bising di luar bilik.
“Hanis dah menunggu dari tadi ni hah,” sempat emak mengenakan aku.
Yang lain hanya ketawa. Emak ni... malu aku bila diusik begitu. Langsir bilik diselak. Emak masuk ke dalam bilik diikuti umi Aiman. Air wajahnya ternyata lembut seperti pertama kali aku berjumpa dengan dia. Sedikit sebanyak, aku terasa lega.



No comments: