::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

29 April 2015

E-novel: Bidadari 11



Terima kasih. ;) Selamat membaca!
Bidadari 11
Aku leka menyiapkan rekaan struktur untuk rumah dua tingkat yang diberikan oleh Encik Syahmi minggu lepas. Sesekali mata aku dapat menangkap mata Auni yang terjeling-jeling ke arah aku. Sengaja aku buat tak faham. Bukannya aku tak dengar teguran Auni berkenaan cincin yang elok tersarung di jari manis aku masa aku baru datang pagi tadi. Mata dia perasan saja apa perubahan yang berlaku pada aku. Aku tersenyum di bawah sedar. Terasa lain perasaan bila datang ke pejabat hari ini. Terasa lebih bersemangat!

“Kau buat apa?” akhirnya Auni bertanya bila aku mengabaikan dia yang berbunyi dua tiga kali.
“Siapkan projek minggu lepas. Kenapa?” balasku sambil mata masih melekat di kaca monitor.
“Sampai tersenyum? Ada muka sesiapa ke dekat skrin monitor tu?”
Heh? Refleks aku memandang Auni. Mukanya dihiasi senyuman nakal.
“Hrm... weekend, cincin, senyum seorang diri. Ada apa-apa yang aku tertinggal ke?” usiknya.
Aku tayang muka selamba. “Tak ada apa yang menarik pun.”
Eleh, tak menarik ke Hanis? Bukan ke kau macam budak kecil dapat gula-gula masa Atiqah bercerita pasal harapan Aiman sebelum kau bertunang secara rasmi dengan dia?
“Tak ada yang menarik? Maknanya, betullah ada sesuatu yang aku tak tahu?”
“Taklah!” aku cuba mengelak.
“Really?”
Aku mengangguk.
“Come onlah Hanis. Takkan dengan member pun nak berahsia. Nak kata cincin lama, berkilatnya nampak baru. Design pun baru. Hrm?” ujar Auni sedikit mendesak.
“Daripada kau ber’hrm-hrm’ dengan aku... baik kau buat kerja kau sebelum Encik Syahmi keluar bilik, dan sound aku macam aku kena hari tu. Tak pasal-pasal dia cakap aku suka jaja cerita peribadi sendiri,” kataku mengingatkan Auni.
Auni sedikit terkulat-kulat. “Iyalah... sorry.”Auni mengalah.
Aku menyambung kerja-kerja aku tanpa gangguan. Tak sampai lima minit, terkeluar pop-up window di skrin monitor. Emel daripada Aiman aku buka dan baca.
Semoga bermanfaat. ^.^ -Aiman-
Pendek saja pesanan Aiman yang disertakan sekali dengan link ke laman sesawang Youtube. Link yang diberikan Aiman aku klik. Nasib baiklah aku guna broadband sendiri. Kalau nak harapkan internet pejabat, harapan sajalah nak buka Youtube ni. Heh, dah kira menyalahgunakan teknologi ke?
Video bertajuk My Favourite Dua in The Qur’an yang disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan aku hayati. Doa yang dikongsikan olehnya membuatkan aku tersenyum.Cara penyampaiannya yang relaks dan kelakar, membuatkan aku asyik tergelak saja apabila dia membuat lawak spontan.
Di awal perkongsian, Ustaz Nouman menceritakan bagaimana dia tertarik untuk belajar Al-Quran. Subhanallah! Beruntungnya beliau kerana mendapat hidayah seperti itu kerana zaman sekarang ni aku rasa ramai yang merasakan Al-Quran itu bukan milik kita. Sebab itulah nak membaca satu muka sehari pun terasa malas. Apabila Ustaz Nouman mula bercerita tentang doa yang disukainya, aku semakin fokus mendengar.
“All of us have to appreciate the power of this dua because of the crisis of the world today.”
“The world’s fundamental institution of family is under attacked. In many of our homes the storms that I said when you find coolness of the eyes, you find refuge from the storm, the storm is not outside the house but it is inside our house.”
Aku mengangguk perlahan. Keluarga sepatutnya boleh menenangkan kita apabila ada masalah ataupun didalam tekanan. Ribut di dalam rumah yang Ustaz Nouman katakan itulah melahirkan generasi yang bermasalah. Lihat sahaja bagaimana remaja sekarang yang bermasalah, kalau di selidik latar belakangnya, kebanyakannya daripada keluarga yang bermasalah.
Kalau matlamat berkahwin hanya kerana cinta, tak mustahil perkara itu terjadi. Berbeza dengan matlamat berkahwin untuk melahirkan dan membentuk anak-anak yang beriman. Betul kata-kata yang pernah aku terbaca di internet dulu,‘marriage is not just about love, it is about creating ummah.’
Perkahwinan bukan hanya kerana cinta semata, ia adalah tentang membina umat. Kerana itulah kita perlu mendidik diri kita untuk menjadi hamba Allah yang beriman. Kerana itulah kita perlu banyak berdoa supaya mendapat pasangan dan anak-anak yang menyejukkan mata.
Sebab, apabila mendapat pasangan dan anak-anak yang menyejukkan mata, ia akan menjadi penawar buat kita. Dan secara tidak langsung, kita juga turut mendoakan anak-anak kita, cucu-cicit kita dan seluruh keturunan kita menjadi seseorang yang menyejukkan mata, yang baik akhlaknya dan soleh solehah. Subhanallah! Hebatnya doa ini! Marriage is about creating the ummah, kan? Aku terus tersenyum.
“Helo.”
Tumpuan aku terganggu apabila Auni tiba-tiba menjawab telefon di atas meja aku. Terus fon kepala yang melekap ditelinga aku tanggalkan. Kening diangkat kepada Auni, sebagai isyarat bertanya.
“Hanis Raihan? Sekejap ye...”
Aku mengerutkan dahi. Telefon yang dihulurkan aku capai.
“Helo?” teragak-agak aku bersuara.
“Assalamualaikum. Hanis! Aku panggil telefon kau kenapa tak angkat? Kau busy sangat ke? Lebih sepuluh kali aku call tahu? Nasib baiklah kau pernah call aku guna telefon pejabat ni. Kalau tak, macam mana aku nak hubungi kau?”
Berkerut dahi aku mendengarkan soalan bertalu-talu daripada pemanggil sebelah sana. Perempuan mana pula yang serang aku pagi-pagi ni? Tangan aku mencapai beg tangan yang aku letak di atas rak, belakang kerusi. Berebut aku mencari telefon bimbit yang tersorok di bahagian paling dalam.
“Helo? Hanis? Kau ada tak tu?” akhirnya si gadis itu memanggil lagi apabila aku mendiamkan diri buat seketika.
“Ada... ada...! Sekejap eh?”
Aku meletakkan ganggang telefon di atas meja. Telefon bimbit yang berada didalam genggaman aku pandang. 5 missed calls from Nik. Erk! Lainnya suara perempuan ni?
“Hah. Nik? Ada apa?” aku buat-buat selamba, bagaikan telah mengetahui gerangan pemanggil.Kalau Nik tahu aku tak cam suara dia, mesti dia bising.
“Hrm... Kau tengah buat kerja ke? Macam busy je?” Nik menyoal.
“Tak juga. Biasa saja. Tadi tengah berbual dengan member masa kau telefon. Itu yang tak perasan tu.” Bijak aku memberi alasan. Ah! Walhal tak ada pun aku bercakap dengan sesiapa masa Nik menunggu tadi.
“Iya ke?” soalnya sedikit tidak percaya.
“Iye... Hah, ada apa telefon aku ni? Tak pernah-pernah?” aku menyoal. Pasti dia hendak bertanya tentang Khairul.
“Tak... aku nak tanya kau ni. Err...” Nik sedikit teragak-agak.
“Apa? Tanyalah?”
“Tak... macam ni. Aku nak tanya... engkau ke yang bagi nombor aku dekat Khairul?”
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Macam mana nak jelaskan ye? Auni yang sedang leka membuat kerja aku pandang sekilas.
“Ha’ah. Dia yang beriya-iya nak sangat kenal kau. Sampai paksa-paksa aku bagi nombor kau. Mulanya aku tak nak. Tapi iyalah, kesian pula sebab dia macam serius. Hrm... lagipun kau tak ada sesiapa lagi kan?” aku bertanya.
“Terkejut juga aku. Tak percaya pun ada. Iyalah, kau langsung tak bercerita apa dekat aku. Tak sangka pula Khairul tu... Hrm...” Nik tidak menyambung.
“Kau suka ke Khairul tu?” aku bertanya sedikit tak senang hati.
Macam mana kalau Nik memang suka? Ah! Kenapa aku tak boleh terima bila Khairul nak berkenalan dengan Nik. Sebab Nik kawan aku? Jawapan itu aku masih belum ada sampai sekarang.
“Tak adalah sampai tak suka. Aku biasa-biasa je...” laju Nik menerangkan. Aku hampir tergelak mendengarkan suara Nik. Akhirnya aku mengalah. Aku kena belajar untuk menerima. Kalau memang betul Nik ni jodoh Khairul, siapa aku hendak menolak?
“Iya? Kenapa ye masa kenduri Atiqah kau macam main pandang-pandang, jeling-jeling dengan Khairul?” usikku.
“Hanis! Jangan tukar topik!”
Akhirnya aku ketawa apabila Nik sudah mula hendak marah. Malulah tu!
Hai? Takkanlah kau nak tanya itu je pada aku? Nak pastikan aku yang bagi nombor kau dekat Khairul?” Tangan aku bermain-main dengan tetikus sementara menunggukan jawapan Nik. “Khairul tu jenis hormati aku. Kalau aku tak nak bagi, tak adanya dia nak curi nombor orang daripada handset aku,” jelasku.
“Tak... bukan sebab tu je. Sebenarnya, aku nak minta tolong kau.”
“Apa dia?”
“Err... cakap dekat Khairul, kalau dia serius, datanglah jumpa mak ayah aku.”
Aku terlopong. “Wah? Serius ni, Nik?”
Nik mengiyakan. Aku tersenyum di luar sedar. Mudah kerja nak menyatukan budak berdua ni. Sebaik sahaja talian diputuskan, fikiran aku dah sesak dengan memikirkan Nik dengan Khairul. Hai... aku pun tak selesai lagi, bertambah pula memikirkan perihal mereka berdua. Aku sendiri tak menikah lagi, dah nak jadi orang tengah Nik dengan Khairul. Macam-macam!
 “Siapa?” teguran Auni mengembalikan aku ke alam nyata.
“Hah?”
“Siapa telefon? Cik abang sayang ke?” Auni tersenyum nakal.
“Banyaklah kau punya abang sayang. Dah sah-sah suara perempuan...” aku menjeling ke arah Auni.
Auni sudah mengekek ketawa. “Aku tahu. Saja nak test kau. Macam menarik je topik yang kau bualkan. Apa? Kau dah buka syarikat mencari cinta ke?”
Aku ketawa. Mesti dia curi dengar perbualan aku ni.
“Kau rasa?” soalku dengan senyuman yang masih tak lekang.
“Hrm... aku rasa, kau kena cari Mr. Right kau dulu baru boleh buka syarikat. Boleh aku jadi orang pertama apply untuk mencari cinta aku.”
Tergelak besar aku mendengarkan kata-kata Auni. Tak jadi aku hendak menyambung kerja aku yang terhenti tadi.
“Auni....”
“Ya?”
“Macam mana kalau aku cakap, aku dah jumpa?” Mata aku tidak lari daripada memandang Auni, menantikan reaksi dia.
“Apa?
“Aku dah jumpa Mr. Right aku.”
Auni ternganga. Aku terus ketawa. Nampak sangat dia terkejut mendengarkan berita aku.
“Tara!” Tangan kiri aku angkat, menunjukkan cincin yang sudah tersarung di jari manis. Sengaja aku pakaikan di jari manis sebelah kiri.Tak selesa rasanya ada cincin di jari manis sebelah kanan.
“Insya Allah enam bulan lagi aku jadi Mrs. Aiman.”
Auni masih memandang aku dengan muka terlopong. “Aku dah agak! Aku dah agak dah! Hee.... geramnya dengan kau! Masih nak berahsia lagi!” marah Auni geram.
“Sudah-sudahlah tu. Over pula aku tengok kau,” ujarku. Kemudian, aku kembali menumpukan perhatian kepada kerja-kerja aku.
“Kenapa kau tak nak cerita, Hanis? Ya Allah, geramnya aku dengan budak ni...! Eh, bila kau bertunang? Kenapa tak ajak aku? Siapa lelaki tu? Aku kenal ke tak? Weh.. Hanis, geramnya aku dengan kau ni!”
Aku hanya ketawa mendengarkan soalan bertubi-tubi daripada Auni. Sendiri tanggunglah, kan?
“Ok, soalan-soalan kau, aku jawab nanti. Sekarang ni, buat kerja kau. Lunch nanti, aku cerita panjang lebar, ok?”
Auni mengangguk laju. “Ok. Aku setuju. Siap kau nanti! Aku nak kau belanja aku makan sebab rahsiakan perkara ni.”
Aku hanya ketawa mendengarkan kata-kata dia.
***
            Kami tiba di kedai makan yang selalu dikunjungi untuk makan tengah hari. Melihatkan ramai orang daripada biasa, nyaris aku dengan Auni hendak berpatah balik untuk ke kedai lain. Mujurlah ada satu meja yang baru sahaja kosong. Selesai meminta air, aku pergi mengambil makanan bergilir dengan Auni. Risau pula kalau ada orang lain yang mengambil meja kami.
“Ok. Sekarang cerita. Bila kau bertunang ni?”
“Hujung minggu hari tu. Kitorang tak buat majlis pun.” Sesuap nasi disuakan ke mulut.
“Dengan siapa?”
“Kawan aku masa dekat universiti dulu,” jawabku selepas menelan.
“Nama?”
“Aiman. Kan aku dah cakap tadi?” Sesuap lagi nasi disuakan.
“Kerja?”
“Okay. Cukup dulu.Apa kata kau makan dulu, sambil tu kita berbual. Ini aku seorang je yang makan ni,” tegurku.
Auni tersengih.
“Lagi tiga bulan dia habis master. Lepas tu terus kerja dekat universiti sana,” aku sambung bercerita.
“Bakal pensyarahlah ni?”
Aku mengangguk.
“Wahh... Tahniah atas engagement kau!” ceria Auni bersuara.
Lambat! Sepatutnya kau ucapkan tu dulu baru tanya macam-macam tahu?”
Auni hanya ketawa.
“Apa-apa pun, thanks Auni. Lepas ni kalau aku ajak kau teman aku cari barang hantaran, ­jangan cakap‘no’ pula ye?” aku mengusik
“Eh? Ajak aku kenapa? Ajaklah tunang kau?”
            “Siapa yang bertunang?”
Belum sempat aku membuka mulut, terdengar satu suara menegur. Aku mengangkat muka. Encik Syahmi dengan Encik Lutfi sudah berdiri di sebelah meja. Laju aku menurunkan tangan kiri daripada atas meja, mengelakkan mereka mengesan jari yang berseri.
“Baru ingat nak suprise kan kau orang berdua. Ini kami pula yang terkejut. Siapa yang bertunang? Auni ke?”
“Auni tunggu Encik Lutfi meminang baru dapat bertunang,” usikku lalu dibalas dengan cubitan halus di lengan. Encik Lutfi hanya tersengih mendengarkan usikan aku.
“Encik Lutfi daripada mana ni?” aku menyoal, mengalihkan perhatian mereka.
“Dari pejabat. Tadi pergi bank sekejap. Ni baru nak lunch. Awak berdua kisah ke kalau kami duduk sekali. Tempat lain...” Encik Lutfi melemparkan pandangan ke sekeliling kedai. “Penuh,” dia menyambung.
“Eh, silalah,” aku menjemput bagi pihak Auni.
Selepas mendapat persetujuan aku, Encik Lutfi dan Encik Syahmi berjalan ke tempat mengambil makanan. Tiba-tiba terasa kaki aku di sepak perlahan oleh Auni.
“Kenapa kau ajak dia duduk?”
Kening aku sudah bertaut mendengarkan soalan Auni. “Habis? Takkanlah aku nak cakap tak boleh? Kenapa? Kau tak suka ke?”
“Tak adalah... kalau kau tak kisah nak bercerita depan dia orang, aku ok je...”
Aku tersenyum mendengarkan jawapan Auni. “Aku kisah dan aku tak akan sambung lagi.”
Auni mencebik. “Dah agak dah...”
            Kenapa tak sambung bercerita? Kami mengganggu ke?” Encik Lutfi menyoal apabila aku dengan Auni saling mendiamkan diri apabila mereka berdua duduk semeja. Encik Lutfi mengambil tempat di sebelah Auni bila melihat Encik Syahmi sudah duduk di sebelah aku terlebih dahulu.
“Eh, tak lah. Cuma...” Aku mengerling ke arah Auni. Bagaikan faham isyarat mata aku, Auni tersenyum.
“Cuma... Hanis yang tak nak sambung cerita dia,” selamba Auni bersuara.
Aku memandang Auni geram. Sabar sajalah aku dengan mak cik seorang ni.
“Hanis? Cerita apa yang kau orang bualkan tadi? Hah! Siapa yang bertunang? Awak ke?” entah mengapa tiba-tiba Encik Syahmi menyampuk.
Kening aku terangkat. “Eh? Sejak bila Encik Syahmi berminat nak dengar gosip ni? Saya bukannya artis nak jaja cerita dekat pejabat,” sengaja aku mengucapkan kembali apa yang pernah dia cakap dekat aku.
Encik Lutfi dengan Auni memandang aku dengan Encik Syahmi silih berganti. Aku menayangkan muka selamba.
“Sekarang ni bukan dekat pejabat. Jadi rasanya tak salahkan?” balas Encik Syahmi selamba.
Aku hanya mengangkat bahu. Tanda tidak mahu memberi apa-apa komen. Nasi yang tinggal separuh aku pandang. Kemudian, aku meneruskan suapan.
“Kau orang berdua ni, macam ada apa-apa pula,” komen Encik Lutfi.
Aku buat-buat ketawa. Apa-apa sangat! Gelas berisi teh ‘o’ ais limau aku capai apabila terasa tidak mampu menghabiskan nasi yang berbaki. Mujur sudah tak bercerita tentang aku lagi.

3 comments:

Yin Areesa said...

Syahmi sukakan Hanis ker?
Hmmm

meeka42 said...

Knapa rasa syahmi yg hero?
Betul takk =.="

Unknown said...

Sy pun rasa cmtu. Tp x kesah la spe hero. Cerita ni best 👍