::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

06 May 2015

E-novel: Bidadari 12


Bidadari 12
Sudah menjadi kebiasaan aku untuk pulang ke rumah setiap kali hujung minggu. Walaupun jarak rumah dengan pejabat taklah sejauh mana, tapi kalau pagi-pagi, sesak juga jalan nak ke bandar raya Johor Bahru ni. Malas betul rasanya hendak berebut keluar awal pagi semata-mata untuk ke pejabat.

Kalau dahulu belajar jauh dari rumah, ini sudah ada peluang untuk pulang, memang aku akan gunakan peluang yang ada sebaiknya. Lagi-lagi sebelum aku bergelar isteri orang. Walaupun balik ke rumah tidak membuat apa sangat, sekurang-kurangnya aku dapat menghabiskan masa dengan mak dan ayah.
            Pantasnya masa berlalu, sedar tidak sedar, sudah hampir dua bulan aku menjadi tunangan orang. Persiapan untuk walimah sudah aku mulakan sedikit demi sedikit. Mujurlah mak banyak membantu. Kalau nak diharapkan aku seorang, mesti satu apa pun belum berjalan. Aku sedang membantu mak di tepi rumah, melayan pokok bunga kesayangan dia sebelum Ikhwan keluar, memberikan aku telefon yang berbunyi. Lantas, bangku yang selalunya menjadi tempat kami berehat pada hujung minggu aku duduk.
            “Hanis tak ada terfikir untuk cari barang hantaran, ke?” Aiman menyoal.
Aku tersenyum mendengarkan soalannya. Dah agak dah, mesti ada sesuatu yang dia hendak tahu atau tanya bila dia telefon.
“Eh? Bukan hari tu kita dah setuju nak beli sendiri-sendiri ke? Tak jadi ke?” balasku dengan soalan juga, menginginkan kepastian.
“Hrm... memanglah. Tapi, manalah kita tahu orang tu suka apa, nak apa, lagipun...” Dahi aku sudah berkerut menunggu kata-kata Aiman yang terhenti.
“Lagipun, Hanis tak nak pilih cincin sendiri ke?” soalan Aiman membuatkan aku tersenyum. Mesti dia mahu aku memilih sendiri cincin yang bakal disarungkan olehnya nanti. Aku terasa dihargai.
“Kalau terpilih yang mahal macam mana?” soalku, ingin mengusik.
“Hrm... kalau mahal, terpaksalah berhutang guna kredit kad. Lepas kahwin kita sama-sama makan pasir. Kan kahwin ni, janji untuk susah senang bersama... tak gitu?”
Tergelak besar aku mendengar kata-kata Aiman. Namun, melihatkan mata mak yang memerhatikan, terus aku memperlahankan gelak aku.
“Iyalah. Bagi menyelamatkan diri kena makan pasir, kita pilih yang seadanyalah nanti, ya?”
Aiman ketawa.
“Hrm... idea untuk beli barang tu, boleh difikirkan kot. Senang, sekali pergi je, dah sudah. Ok?”
“Ok je... cuma, Hanis nak ke Ipoh ke... macam mana?”
“Eh? Takkanlah kita pula nak ke sana. Tak acilah. Jauh tu... paling tidak nak kena tidur sana. Tak manis rasanya kalau Hanis tumpang rumah Aiman, kan?” aku membantah.
“Apa kata kita jumpa dekat Kuala Lumpur. Pilihan pun banyak. Macam mana?”
“Boleh je. Ipoh ke Kuala Lumpur dalam tiga jam je. Tapi Hanis tak kisah ke, jauh?”
“Okay je. Boleh tidur rumah abang.”
“Khairul?”
Aku mengiyakan.
“Hah. Bagus juga tu. Terlupa pula Hanis ada abang dekat Kuala Lumpur. Nanti, boleh ajak dia sekali masa beli barang. Suruh dia teman.”
Aku bersetuju. “Bila?”
“Dua minggu lagi? Weekend?
“Ok. On.”
“Siapa?” mak bertanya sebaik sahaja aku mematikan talian.
“Aiman, mak.”
“Apa khabar dia?”
“Alhamdulillah. Sihat je. Dia ajak pergi beli barang hantaran sekali. Mak tak kisah kan?” tanpa menunggu mak bertanya lebih lanjut, aku terlebih dahulu bercerita.
“Pergilah. Dia nak datang sini ke?”
“Cadangnya nak jumpa dekat Kuala Lumpur. Beli dekat sana. Banyak pilihan sikit. Boleh ajak abang sekali.”
Telefon yang berada di tangan tadi aku letakkan ke atas meja yang berbentuk bulat. Kemudian, aku berjalan ke arah mak yang sedang sibuk melayan pokok bunga.
“Eloklah tu. Biar berteman. Mak rasa, abang pun tak kisah kalau kamu cakap nanti. Bila nak perginya?”
“Dua minggu lagi, mak.”
“Hrm... nanti beritahu ayah,” pendek balasan mak.
            Aku leka memotong ranting pokok bunga kertas yang sudah terlebih panjang. Tanah yang sudah mula keras, aku gemburkan. Rumput yang sudah mula tumbung di sekeliling pokok aku cabut, bagi mengelakkan persaingan dengan pokok bunga. Biar bertambah banyak pokok ni berbunga.
            “Khairul tu, tak ada bercerita apa-apa ke dekat kamu?”
Hilang konsentrasi aku melayan pokok bunga apa mak bersuara.
“Cerita apa mak?” aku menyoal.
“Iyalah... dia tu tak ada ke berkawan dengan sesiapa? Tak ada ke dia bercerita dekat kamu sapa-sapa yang dia berkenan?”
Dahi aku berkerut, cuba mengingat kalau Khairul ada bercerita apa-apa. Rasanya tiada. Kalau telefon aku pun, balik-balik bercerita kisah yang sama. Tanya khabar, tanya tengah buat apa, bercerita pasal kerja-kerja dia. Tentang Nik dia tak sentuh apa-apa pula.
            “Tak ada apa pula. Dulu adalah dia minta nombor Nik. Err...”
Tersedar aku sudah terlepas cakap, terus aku mengunci mulut daripada terus menyambung. Khairul awal-awal lagi dah pesan hari tu jangan beritahu mak. Katanya, perkara yang tak pasti lagi.
“Nik? Kawan kamu yang kata jumpa masa kenduri Atiqah tu?”
Aku mengiakan.
“Lepas tu? Dia serius ke dengan budak tu? Kalau ye, mak dengan ayah boleh bersiap untuk hantar rombongan,” bersemangat mak bercakap.
Aku sudah mahu tergelak dibuatnya. Apalah yang emak risaukan sangat? Bukannya Khairul tu perempuan, risaukan tidak berkahwin lagi. Lagipun, umur dua puluh lapan tahun pada aku belumlah tua sangat.
“Isk, mak ni. Abang tak cakap apa pun. Mak sabarlah ye? Dia kan muda lagi?” aku cuba untuk membela Khairul. Tentang permintaan Nik untuk meminta mak dengan ayah berjumpa dengan mak ayah dia aku tak ceritakan. Pandai-pandailah Khairul nanti. Aku sudah sampaikan pesanan Nik tu pada dia.
“Mak risau juga Hanis. Ayah masa sebaya dia tu, dah ada anak tiga dah. Dia? Calon isteri pun belum. Sebab itulah mak tanyakan kamu. Kalau dah ada calonnya, senang. Boleh buat kenduri serentak. Kan mudah?”
Aku hanya mampu tergeleng mendengarkan mak menyuarakan hasratnya. Masih tidak luntur lagi hasrat mak untuk mengadakan walimah aku dengan Khairul serentak.
“Lagipun mak risau, manalah tahu ada perempuan tengok kamu dengan Khairul rapat, diingatnya kamu makwe dia ke.”
Aku terhenti daripada menggemburkan pasu yang ketiga. Kemudian, aku memandang muka mak yang bersahaja.
“Mak ni, ke situ pula dia.” Namun, aku tak dapat nak nafikan kata-kata mak. Sedangkan kawan-kawan aku yang tak kenal Khairul pun akan cakap Khairul boyfriend aku, inikan pula perempuan yang langsung tak kenal aku.
“Mak cakap je. Kemungkinan. Tapi kalau kamu cakap dia masih tak ada calon, mak ingat mak nak kenalkan dia dengan seorang anak kawan mak ni. Budaknya nampak baik. Kerja cikgu. Mak pernah jumpa sekali dengan dia. Sopan. Pandai hormat orang tua. Dia pun suruh mak dia carikan calon suami. Mak dah tunjuk dah gambar Mariah dekat ayah. ayah pun setuju,” sambung mak panjang lebar.
Aku termangu mendengarkan cerita mak. Mariah? Sedap namanya. Kerjanya cikgu. Senanglah. Sesuai untuk Khairul. Aku tersenyum senang. Boleh aku kenenkan Khairul dengan dia.
“Umur berapa mak, Mariah tu?”
“Dua puluh lima. Samalah macam kamu.”
Aku mengangguk. Tak tahu hendak memberi apa-apa komen. Lagi-lagi bila Khairul pun tiada bersama kami.
***
“Jangan merepeklah, Hanis!”
Aku memandang Khairul tak puas hati. Merepek apa pula ni?
“Hanis cakap betullah, abang! Tak kuasa nak merepek tau!” balasku. Kami sama-sama berjalan mengelilingi Sogo pada hari itu, sementara menunggu Aiman tiba.
“Iyalah... habis tu, siapa lagi cantik? Nik ke Mariah?” soal Khairul nakal. Aku mengetap bibir. Geram bila Khairul bermain-main macam tu. Laju tangan aku mendarat di lengannya.
“Aduh!” Khairul ketawa.
“Dia ni, suka main-mainlah!” marahku.
Makin kuat suara Khairul ketawa. Suka sangat macam tu. Aku menarik muncung, berlakon merajuk. Tidak lama kemudian, tangannya mendarat di bahu aku, cubaan untuk memujuk aku dimulakan.
“Abang tak main-mainlah! Betul lah tu soalan abang, mana lagi cantik? Tak salah abang tanya kan?”
“Salah tu tak, tapi menyampah tau dengar soalan tu. Agaknya, kalau perempuan tu tak cantik, sebelah mata pun tak pandang,” balasku geram. Langkah di atur ke tempat yang menempatkan beg tangan. Mana pula si Aiman ni? Tadi kata dah nak sampai. Terasa bosan pula jalan berdua dengan Khairul.
“Mana ada? Cuba tengok? Abang pandang Hanis dua belah mata tau!”
Hee... geramnya! Bukannya nak pujuk betul-betul. Lagi dia main-mainkan kita pula.
“Nak cakap Hanis tak cantiklah ni?”
Khairul ketawa.
“Kalau Hanis ni tak cantik, Aiman yang handsome tu tak pandang tau! Tengoklah dia tu, perasan handsome, seorang awek pun tak lekat.” Selamba aku mengejek.
“Siapa yang awek tak lekat tu, Hanis?”
Aku tersentak. Tak perlu berfikir panjang, aku boleh agak siapa yang menegur. Spontan aku menoleh ke belakang, ingin melihat insan yang aku tunggu sejak tadi.
“Err... hai?” teragak-agak aku menegur Aiman. Malunya puji diri sendiri depan Aiman. Sudahlah terang-terang puji Aiman tu handsome! Oh tidak! Semua salah Khairul. Geramnya...!
“Assalamualaikum...” ujar Aiman dengan bibir menghadiahkan senyuman.
Aku dah tak tahu nak letak muka dekat mana. Agak-agak, rak dekat sebelah ni muat tak untuk aku sembunyi? Aiman sudah menuju ke arah Khairul untuk bersalam.
“Lama tunggu, bang?” soalnya.
Khairul menggeleng. “Adalah sepuluh minit...”
“Ni kenapa terdiam je ni? Tadi bising mulut tu. Jumpa tunang sendiri terus malu-malu ni?” tegur Khairul.
Aiman hanya tersenyum-senyum memandang aku. Aku sudah tersipu-sipu. Aduh! Sejak bertunang ni, hilang perangai lepas laku aku ni. Khairul ni, sungguh la... memalukan aku betul!
“Mana ada! Jomlah kita gerak, beli apa yang patut. Hari ni, semua ditanggung sepenuhnya oleh Aiman kan?” aku bergurau, cuba mengubah suasana.
“Iyalah...”
Aku tersengih. “Tak apa, Aiman. Jangan risau... kalau tak cukup boleh je minta abang belanja. Tak gitu?” aku mengenyitkan mata ke arah Khairul.
Laju Khairul menggeleng. “Apa kena mengena abang dengan barang hantaran kau orang berdua? Sendiri punya majlis, sendiri uruskan ya?” dia memberi amaran.
Aku mencebik. “Iyalah! Hanis tahu. Lagipun, biarlah kita orang beli guna duit sendiri. Tahulah abang tengah saving nak meminang Nik, kan?” aku tersengih nakal.
Khairul menepuk bahu aku perlahan, memberi amaran untuk tidak membuat cerita di hadapan Aiman. Iyalah, benda tak pasti lagi, buat apa hendak diheboh-hebohkan. Nik tu, entah dah setuju ke tidak pun, belum tahu lagi.
Aiman menjeling aku sekilas. Keningnya terangkat sebelah. “Nik?”
Aku mengangkat kening dua tiga kali kepada Aiman.
“Nik Izzati?” tekanya.
Aku ketawa dengan kepala terangguk-angguk. Pandainya! Tunang siapalah ni? Amboi, Hanis! Baru bertunang sudah mengedik semacam.
“Yup! Ada orang tu tengah menjalankan misi meminang anak dara orang!” jelasku.
Aiman sudah ketawa. Kepalanya sesekali digelengkan. Khairul dah luku kepala aku. Geramlah tu! Baru dia tahu perasaan bila kena bahan.
“Ah, kau orang berdua ni! Dah sudah! Jom. Kata tadi nak beli barang hantaranlah, itulah, inilah. Dah berapa minit masa terbuang dekat sini tau! Nanti dengan nak memilihnya lagi... ” tegur Khairul.
Aku masih tersengih-sengih. Nak mengelak kena bahanlah tu! Tanpa berlengah, kami meneruskan misi kami. Kalau boleh, biarlah semua barang dapat diselesaikan hari ni.
xxx
Thanksss... siapa heronya, kena tunggu sampai habis. hehehe. :)

No comments: