::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

13 May 2015

E-novel: Bidadari 13



Bidadari 13
Beg plastik berisi barang-barang yang dibeli di Sogo aku letakkan di kerusi kosong di sebelah. Lega bila hampir ke semua barang yang penting selamat dibeli. Yang tinggal hanyalah barang hiasan untuk menggubah barang hantaran. Yang itu, beli di Johor pun boleh. Pilihan pun banyak. Ke Kuala Lumpur ini pun sebab nak beli barang-barang yang memerlukan Aiman untuk berada sekali. Selebihnya, boleh juga kami berbincang untuk majlis nanti.

Khairul meminta diri untuk ke bilik air. Aiman pula sedang memilih lauk tengah hari untuk dimakan. Aku pula menjadi penunggu di meja ini. Tengah-tengah hari macam ni, ramai sungguh orang. Sesak nafas dibuatnya. Itu belum masuk yang merokok tengah-tengah kawasan awam macam ni. Sabar sahajalah melihatnya. Tapi yang jadi tak sabar tu, bila aku terpaksa menghidu bau asap dia sekali. Sampai terbatuk-batuk aku dibuatnya. Yang sedapnya dia dapat, yang berpenyakit itulah diberi pada orang lain.
“Kenapa berkerut-kerut muka tu?” teguran Aiman membawa aku kembali ke alam nyata. Tangan kanannya membawa semangkuk besar kari kepala ikan dan di tangan kirinya membawa semangkuk kecil sayur goreng untuk kami bertiga.
“Tak ada apa. Tengok orang ramai.”
Aiman tersenyum. “Biasalah Hanis, hari minggu...”
Aku mengangguk perlahan. Aiman mengambil tempat di sebelah kerusi Khairul di hadapan aku. Matanya memerhatikan jalan raya yang tidak putus-putus dengan kenderaan.
“Hrm... macam mana kerja? Ok?” baru inilah sempat bertanyakan dirinya setelah tadi mengejar masa untuk membeli barang.
Aiman mengalih pandangannya ke arah aku. Perlahan kepalanya dianggukkan. “Ok je... deal dengan student. Bila tengok dia orang, teringat perangai kita masa zaman belajar,” katanya tersenyum.
“Hrm... Hanis baik, tak apa!”
“Baik?” Aiman menjeling.
“Bukan ke Hanis yang selalu tidur time kelas? Lepas tu, bila lecturer ajar tak faham boleh pula kutuk-kutuk lecturer?” kutuk Aiman.
“Mana ada! Dah memang betul lecturer ajak tak faham. Orang tidur je lah. Duduk dengar pun, tak faham. Baik orang study dekat bilik, siang tidur dekat kelas!”
“Iyalah! Study sangat. Bila berbual dengan Atiqah, dia cakap orang tu tidur je dekat bilik?”
Aku mengetap bibir. Atiqah bocorkan rahsia. Malunya! “Oh! Kiranya, dari dulu lagilah Aiman dah merisik-risik pasal Hanis melalui Atiqah ya?” aku menukar topik.
Kali ini, muka Aiman pula yang berubah. Tapi, dia pandai menutup yang dia tengah malu.
“Mana ada...” Aiman menafikan.
Aku sudah tersengih-sengih. Kiranya aku dengan dia sejak dulu dok pendam-pendam perasaan ke? Hahaha! Perasannya! Kami sama-sama terdiam apabila pelayan menghantar air yang dipesan. Kemudian, kami menyambung perbualan yang lebih banyak berkisarkan kenangan zaman belajar sehinggalah Khairul datang
“Rancak berbual. Bercerita pasal apa?” tegur Khairul. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Aiman, berhadapan dengan aku.
“Teringat zaman belajar,” Aiman tolong jawabkan.
“Iya? Mesti Hanis nakal kan?” kata Khairul. Dia mencapai jus oren yang diletakkan di hadapannya tadi.
“Nakal sangat!” Aiman dah ketawa. Suka dapat mengenakan aku. Kalau tak difikirkan batas pergaulan, aku dah cubit saja lengan dia. Geram tidak dapat membalas kata-kata Aiman, aku mencubit lengan Khairul. Khairul mengaduh.
“Apa cubit abang pula ni? Tunang awak yang cakap macam tu.” Khairul pandang aku tak puas hati. Tangannya mengusap-usap bekas cubitan tadi. Aku mencebik. Macamlah sakit sangat!
“Geram! Abang tolonglah cubitkan dia pula,” kataku selamba. Khairul dengan Aiman sudah tergelak. Aku bangun untuk membasuh tangan di singki. Malas mahu melayan dua insan di hadapan aku ni.
“Rapat ya Hanis dengan Khairul?” kata Aiman perlahan semasa Khairul membuat pembayaran di kaunter.
Aku mengangguk perlahan. Tidak menafikan. Kalau si Aiman pernah dengar sendiri daripada mulut Khairul panggilan sayang untuk aku, tak guna untuk aku menyorok.
“Rapat sangat! Sampai Nisa pun cemburu!” kataku bangga.
Aiman tersenyum.
“Baguslah. Adik beradik baik pakat,” komen Aiman. Matanya masih memerhatikan Khairul yang sedang berdiri menunggu wang baki. Aku turut sama menghalakan pandangan ke arah Khairul. Makan tengah hari dia belanja, katanya. Pelik ya, walaupun kami tak ada pertalian darah, hubungan kami cukup rapat. Mungkin sebab membesar bersama-sama sejak kecil membuatkan dia lebih memahami aku dan aku mudah bercerita dengan dia.
Jadi, lepas ni terus balik Ipoh?”
Aiman mengangguk.
“Drive elok-elok...” pesanku.                      
“Insya Allah,” jawabnya tersenyum.Aiman berjalan menuju ke kereta.
Sempat dia mengangkat tangan sebelum keretanya bergerak perlahan meninggalkan kami. Aku memerhatikan kereta Aiman yang sudah menjauh. Terasa ada sesuatu yang belum selesai selagi aku tidak memberitahu dia perkara yang sebenar. Bukannya aku tak nak beritahu, tapi ada sahaja perkara yang jadi halangan. Ah, alasan! Yang sebenarnya, aku sendiri tak tahu hendak mengatur ayat untuk memberitahu Aiman tentang diri aku. Berdosa ke aku kalau tak beritahu sampai majlis kami selesai? Adakah itu boleh dikatakan penipuan?
***
“Dia dah jauh tu, Hanis!”
Aku tersentak. Malu bila Khairul memandang aku yang masih tidak berganjak daripada tempat berdiri tadi. Tangannya menggamit aku untuk mendapatkan dia.
“Jomlah. Kita pun nak balik juga. Letih sehari dekat bandar ni.”
Aku mengangguk. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta. Khairul menghidupkan enjin. Tidak lama kemudian, kereta bergerak perlahan meninggalkan tempat meletak kenderaan.
“Ok, cakap.” Khairul tiba-tiba bersuara.
Aku tersentak. Hilang muka Aiman yang tersenyum di fikiran tadi.
“Hah?”
“Abang tahu, Hanis ada benda dia tengah fikirkan. Ceritalah...”
Aku terkelu apabila Khairul berjaya menangkap aku. Bibir digigit perlahan. “Hanis tak ada apalah. Pandai-pandai abang je.”
Khairul menggeleng. Tengok air muka pun dah tahu. Tak payahlah nak mengelak.”
Aku menunduk. Tangan bermain-main dengan cincin tunang yang tersarung di jari.
“Abang...”
“Hrm?”
“Agaknya, kalau Hanis cerita pasal diri Hanis dekat Aiman, dia batalkan ke majlis kita orang?” soalku perlahan.
Khairul tidak terus menjawab. Perhatiannya masih tertumpu kepada pemanduan dia. Aku sudah mula tak senang duduk.
“Kalau abang, dapat isteri yang tak tahu asal-usul, abang terima tak?”
Khairul diam.
“Kadang-kadang Hanis takut. Disebabkan Hanis, rosak keturunan orang lain...” ujarku sayu.
Kalau Khairul, aku berani jamin dia tak akan putuskan pertunangan dia. Tapi kalau Aiman, macam mana pula? Sedangkan keturunan itu antara empat faktor yang diambil kira untuk memilih calon suami atau isteri. Kalau Aiman boleh terima, macam mana pula dengan keluarga dia?
“Hanis...” perlahan Khairul memanggil.
Aku menyahut.
“Kan abang dah cakap, lelaki yang waras, mesti akan terima Hanis. Kenapa mesti ungkit benda yang kita nak tutup?”
“Tapi, sampai bila kita nak rahsiakan? Satu hari nanti, mesti perkara ni akan diungkit balik. Hanis takut kalau keluarga Aiman akan ungkit asal usul Hanis nanti. Hanis tak sekuat umi, bang!”
Khairul tersenyum. “Kenapa Hanis mesti fikir yang bukan-bukan? Hanis dah beritahu Aiman? Dah cerita pada keluarga dia?”
Aku menggeleng lemah. Aku tak sanggup! Aku sayangkan hubungan ni. Dan, aku risau kalau disebabkan perkara ni menyebabkan aku dengan Aiman jadi jauh. Macam mana kalau kami tak jadi kahwin? Malu itu satu hal. Yang pasti, aku tak rasa aku kuat untuk melihat Aiman jadi milik orang lain!
Astaghfirullah... kenapa aku perlu ada perasaan macam ni sekali? Sejak bila aku meletakkan perasaan lebih atas daripada logik akal? Meletakkan perasaan terhadap seorang lelaki melebihi sepatutnya? Aiman itu bukannya suami kau, Hanis!
“See? Kalau Hanis tak bincang sendiri dengan Aiman, mana kita nak tahu?”
“Tapi... macam mana kalau dia putuskan? Hanis tak sanggup...”
“Cubalah dulu. Tak cuba kita tak tahu? Abang dah cakap, hanya lelaki yang waras je yang sesuai dengan Hanis. Yang boleh sayang Hanis, tahu?”
“Abang agak-agak, Aiman tu waras ke tak?”
Khairul ketawa. Aku terpinga-pinga. Kenapa mesti dia ketawa masa aku tengah risau sampai rasa macam nak pengsan ni?
“Soalan apalah yang Hanis tanya ni, Hanis? Sudahlah! Jangan fikir yang bukan-bukan.”
Aku membungkam. Cincin yang tersarung dijari kembali mendapat perhatian. Macam mana kalau tiba-tiba cincin ni terpaksa dipulangkan kepada pihak Aiman? Aku menggigit bibir. Macam mana pula aku nak beritahu Aiman cerita yang sebenar ni? Kalau tak memikirkan kesan yang mendatang, mahu saja aku merahsiakan perkara ini. Aku menarik nafas perlahan.
***
Aiman masih tidak berkutik di tempat duduknya. Aku sudah mula resah. Reaksinya, cukup membuatkan aku rasa serba tak kena sewaktu duduk di hadapannya. Baru sekejap tadi aku menceritakan tentang siapa diri aku yang sebenarnya. Melihatkan air mukanya yang berubah, aku sudah mula tidak sedap hati. Lama aku berdoa, meminta Allah melembutkan hati dia untuk menerima aku seadanya. Namun, reaksi yang Aiman berikan tetap membuatkan hati aku terasa hiba. Laju aku mengesat air mata yang sudah mula hendak menitis ke pipi.
“Kenapa Hanis baru beritahu sekarang?” kesal Aiman bersuara.
“Hanis tak sedia lagi nak beritahu. Hanis takut Aiman tak boleh terima...”
Aku memandang tepat ke dalam mata Aiman. Aiman melarikan pandangannya. Dia menggeleng perlahan. Badannya disandarkan ke kerusi dengan tangan meramas kasar rambutnya. Air mukanya cukup menunjukkan dia tidak boleh menerima berita yang aku sampaikan. Aku menunduk. Air liur yang ditelan terasa pahit, sepahit keputusan Aiman yang terpaksa aku telan nanti.
“Hanis sedar tak, majlis kita lagi dua bulan?”
Aku mengangguk lemah. “Sebab itulah Hanis beritahu Aiman sekarang. Hanis tak nak lepas kahwin nanti, Aiman cakap Hanis sengaja nak rahsiakan...”
Aiman mengeluh. Dia kembali duduk menegak. Nasib baik sahaja restoran ini tak ramai orang malam-malam begini.
“Aiman tak tahu nak cakap apa, Hanis...” katanya.
“Majlis kita masih boleh berjalan kalau Aiman terima Hanis seadanya...” kataku berkias.
Aiman tidak memberi apa-apa reaksi. Tolonglah Aiman... cakaplah sesuatu yang boleh menguatkan semangat Hanis...
“Apa yang buat Hanis rasa majlis kita patut diteruskan lepas apa yang Hanis beritahu? Hanis dah menipu Aiman, tahu?”
Aku terdiam. Hati bertambah pilu dengan kata-katanya. Ya Allah, inikah Aiman yang selama ini aku kagumi? Yang aku pandang mulia? Yang selama ini aku menyimpan hati terhadap dia?
“Aiman minta maaf, Hanis. Aiman tak boleh buat keputusan sekarang...”
Aiman bangun. Sudah bersedia untuk pergi. Aku masih terpinga-pinga memandangnya. Belum sempat aku menahan, air mata sudah membanjiri pandangan aku. Kelam kabut aku bangun untuk mengejar dia. Tak! Aiman tak boleh buat aku macam ni. Majlis lagi dua bulan dan aku tak akan benarkan dia buat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah aku. No! Perkahwinan ini kena diteruskan juga walau apa pun yang terjadi.
Laju kaki aku mengejar Aiman yang sudah berada di seberang jalan besar. Namanya sudah berulang kali aku jerit, namun Aiman masih buat selamba. Aku sudah hampir terduduk di bahu jalan. Entah kenapa, kereta tak henti-henti sejak tadi. Aku menggigit bibir. Aiman sudah masuk ke dalam kereta. Tanpa sedar, kaki melangkah ke arah jalan raya.
“Aiman!” jeritku lagi. Tanpa sedar, sebuah kereta perdana berwarna hitam sedang laju meluncur ke arah aku. Hon yang dibunyikan tidak henti-henti sejak tadi membuatkan aku tergamam sehinggalah...
“Hanis!”
“Hanis!!” pipi aku terasa seperti ditampar-tampar. Aku tidak larat hendak membuka mata. Terasa penat menangis disebabkan Aiman.
“Hanis!!! Bangun!”
Aku tersentak. Pandangan aku tertumpu pada Khairul yang sudah berkerut dahinya. Tangan aku menggosok-gosok mata yang terasa kelat. Sakit kepala yang tiba-tiba menangkap membuatkan aku memicit perlahan kepala aku. Khairul tidak beralih daripada memandang aku sejak aku bangun.
“Mimpi apa resah macam ni sekali?” tegurnya.
Aku terdiam. Perlahan-lahan tangan dibawa ke pipi. Basah. Cukup membuktikan aku menangis di dalam tidur.
“Tak ada apa...” balasku perlahan.
Mimpi yang aku alami masih bermain-main di fikiran.
“Apa yang geleng-geleng tu? Mimpi buruk ke? Sudahlah... tak payah ingat-ingat lagi...” pesan Khairul lembut. Kemudian dia menggigit epal yang berada di pegangan sejak tadi. Mukanya mengunyah epal membuatkan aku ketawa perlahan. Kelakar pula.
“Eh? Gelak pula dia. Tadi menangis, meracau, apa semua dalam tidur. Nasib baik abang terdengar dari luar.”
“Entah hantu mana yang kacau adik abang ni agaknya...” tambahnya lagi.
Aku menggeleng perlahan. “Bukan hantu. Tak ada apalah... Hanis dah ok. Abang keluarlah...”
Khairul mengangguk perlahan. Dia mencapai botol air lalu diberikan kepada aku. Aku mengerutkan dahi.
“Minumlah. Air zam-zam ni. Tadi banyak kali cuba kejutkan Hanis, tak sedar-sedar juga.”
Aku diam.
“Hantu Aiman kacau Hanis, kan?”
Aku menarik muncung. Ada ke patut, tunang aku dia panggilnya hantu? Botol air yang dia berikan aku buka penutupnya dan isinya aku minum. Aku tidur bercakap ke? Khairul tersenyum sedikit.
“Jangan risau. Hanis beritahu dia je nanti, semuanya selesai. Tak adalah nak mimpi buruk macam ni. Ok?” katanya. Sah! Dia boleh agak apa yang aku mimpikan tadi.
“Ok...” balasku perlahan.
Khairul mengangguk, memberi semangat. Dia tahu adiknya yang seorang ni ada masalah tak yakin dengan diri sendiri walaupun banyak kali dia bagi semangat untuk berterus terang.
“Abang keluar dululah! Baca doa sebelum tidur. Tak adalah syaitan boleh masuk dalam badan sampai buat awak termimpi-mimpi!” pesannya lagi.
Aku ketawa perlahan. “Iyalah!” balasku dengan mata menghantar Khairul ke pintu.
“Abang cakap betul ni. Hanis beritahu dia je, insya Allah semuanya selesai. Jangan assume yang bukan-bukan selagi Hanis belum buka mulut pada dia.”
Lampu bilik ditutup.Aku tersenyum. Thanks, abang!

4 comments:

Yin Areesa said...

ada rahsia rupanya...
kena tunggu berapa lama lg nak tau rahsia tu cik writer?

aku_dia said...

hehehe. rahsia tu aiman je yang tak tau. kita semua dah tau tentang ibu kandung hanis. 😉

Anonymous said...

Bapa susuan blh ke jd wali? Kalau blh, x payah citer kat aiman pun tak apa.

Anonymous said...

ada ke bapa susuan. ibu susuan tau la memang ada