::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 May 2015

E-novel: Bidadari 14



Bidadari 14
Aku menutup beg selepas memasukkan barang yang terakhir. Meja yang sedikit serabut, aku susun kembali kepada asal. Mendengarkan suara Auni berdehem meminta perhatian, laju aku mengangkat muka memandang dia.

“Hanis, kau pergi malam ni?”
            Malam ni? Ada apa malam ni? Aku mengerutkan dahi. Terpandang sahaja kerutan pertama aku, Auni sudah menggelengkan kepala.
“Baru tadi Encik Syahmi ingatkan, takkan kau dah lupa?”
Encik Syahmi ingatkan? Apa ya? Jari sudah mengurut-urut batang hidung, memaksa otak untuk cuba mengingat. Oh! Aku menepuk dahi perlahan. Terlupa tadi Encik Syahmi ada mengingatkan kenduri doa selamat di rumahnya malam ni. Di rumah barunya yang baru dia duduk dua minggu yang lepas.
Sebenarnya, dua hari lepas lagi dia dah ingatkan.Cuma semenjak dua menjak ni, terasa makin lambat pula otak hendak memproses apa-apa input. Lagi-lagi kalau orang bercakap dengan aku sekali lalu macam yang Encik Syahmi buat tadi.
“Allah! Aku terlupa sungguh, Auni...” kataku.
“Habis tu, kau pergi ke tak?”
“Tak tahu lagi lah. Horizon Hills, kan?”
Auni mengangguk. “Kalau kau nak pergi, kita pergilah sekali. Malaslah aku nak drive!”
“Tengoklah. Majlisnya lepas Isyak kan? Nanti sebelum Isyak aku beritahu kau.”
Selepas berpuas hati dengan keadaan meja,  aku melangkah meninggalkan Auni di belakang. Beberapa pekerja lain turut sama bersiap untuk pulang.
“Eh! Janganlah sebelum Isyak! Lambat sangat. Kalau tak nak, aku pergi sendiri je,” kata Auni sedikit risau. Aku ketawa perlahan. Ibu jari di tekapkan di alat untuk mengambil kedatangan sebelum melangkah keluar daripada pejabat.
“Iyalah! Aku beritahu. Memandangkan rumah kita pun tak jauh, solat Isyak dekat rumah dululah baru aku ambil kau. Dalam lapan empat lima puluh. Lambat sikit pergi rumah dia tak apa kot!” putusku sebelum kami menuju ke kereta masing-masing.
“Mana boleh awak lambat. Awaklah yang kena datang paling awal tahu?”
Aku terpinga-pinga mendengar ada suara yang menegur daripada belakang. Tanpa menunggu lama, aku menoleh. Encik Syahmi sedang berjalan sedikit laju untuk menyaingi langkah aku.
“Saya terdengar awak berbual dengan Auni tadi. Jadi, saja nak mengusik awak...” ujarnya dengan senyuman nipis.Aku memejam celikkan mata beberapa kali. Encik Syahmi ke ni? Macam pelik je senyum dengan aku ni? Nak mengusik aku?
“Saya dah lama nak tanya awak. Tapi, asyik tak berkesempatan je...”
Langkah Encik Syahmi terhenti di sebelah. Dahi aku sedikit berkerut. Soalan apa yang dia nak tanya tapi tak berkesempatan? Rasanya hampir setiap hari, setiap jam cuma tak setiap saat je aku jumpa dia. Kenapa dia tak tanya?
“Nak tanya apa encik?” soalku akhirnya.
“Disebabkan kita dah habis office hour, jadi rasanya tak salah kalau saya nak tanya err...”
Bunyi telefon bimbit yang berkumandang sayup-sayup di dalam beg tangan mematikan kata-kata Encik Syahmi. Dia memberi isyarat kepada aku untuk menjawab panggilan terlebih dahulu. Aku menyeluk beg tangan yang berada di tangan kiri. Sebaik sahaja telefon bimbit berada di tangan, aku membaca nama pemanggil. Teragak-agak aku memandang Encik Syahmi yang berada di sebelah. Melihatkan gelagat aku, akhirnya Encik Syahmi faham sendiri dan meminta diri. Aku tersenyum senang menekan butang hijau untuk menjawab panggilan pujaan hati.
“Assalamualaikum, ya Hanis Raihan!” ucap si pemanggil.
Aku tergelak-gelak. Sabar sajalah bila pak cik ni kena angin-angin nak berbahasa Arab dengan aku. Tak bercakap Arab, dia cakap dalam bahasa Melayu berlenggokkan Arab. Macam–macam!
“Waalaikumussalam, ya orang di sana! Ada apa enta telefon ana? Ana baru pulang dari pejabatlah!”
Ketawa besar Aiman apabila aku turut sama bergurau. Aku tersenyum senang mendengarkan suaranya yang ceria. Kunci kereta ditekan untuk membuka pintu. Belum sempat aku hendak menutup pintu dan mengunci daripada dalam, seorang lelaki bertopi keledar sudah membuka pintu sebelah pemandu dengan pisau di tangan diacukan ke leher aku. ‘Astaghfirullah al azim...’ berkali-kali aku beristighfar dan mengucap di dalam hati.
“Hanis! Hanis! Kenapa tu?” soal Aiman apabila mendengar ada suara lelaki mengugut aku untuk memberikan beg tangan yang berada diriba. Perasaan cemas dan takut bercampur baur menjadi satu. Aku tergamam.
“Bagi beg tu!” sergah lelaki yang sudah mengacukan pisau ke arah leher aku. Mukanya tidak dapat aku lihat apabila dia memakai topi keledar hitam.
Aku tergamam. Dalam keadaan yang macam ni, nyawa lagi bernilai daripada harta benda. Laju aku mencampakkan beg tangan aku daripada pegangan. Selepas mendapat apa yang dihajatkan, lelaki itu berkejar keluar daripada kereta menuju ke arah motor yang sedang menunggu di belakang kereta.
“Tolong!Peragut!” sekuat hati aku menjerit.
Encik Syahmi yang sedang meletakkan barang di tempat duduk belakang keretanya terus membaling sebuah objek ke arah dua lelaki tersebut. Mata aku hanya memerhatikan dia mengejar mereka yang sudah terjatuh daripada motor. Beberapa orang ramai yang sedar apa yang berlaku, berkejar mendapatkan dua orang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mereka melepaskan diri. Ya Allah, syukurlah ada Encik Syahmi yang menjadi penyelamat.
“Bawa pergi balai terus. Orang macam ni tak boleh dibiarkan lepas. Menyusahkan hidup orang lain saja kerjanya!” marah Encik Syahmi apabila kedua-dua lelaki itu berjaya ditangkap.
Aku sudah terduduk di sebelah kereta.
“Astaghfirullah al-azim...” berulang kali aku beristighfar.
Perasaan takut mula hadir. Tak semena-mena air mata sudah bergenang. Allah... tak sangka perkara begini terjadi pada diri sendiri. Tangan dibawa meraup muka. Barulah aku sedar tangan aku sejuk dan menggigil. Ya Allah, dugaan sungguh hari ini!
“Hanis? Are you okay?”
Aku mengangguk perlahan mendengarkan soalan Encik Syahmi. Tanpa sedar, tangan dia sudah menarik lengan aku untuk membantu aku berdiri. Tersedar dengan situasi kami, laju aku mengelak daripada bersentuhan dengan dia. Sekalipun kulit tidak bertemu kulit, tak selesa rasanya berdua begini. Belum darurat mana lagi.
“Ambillah. Baca selawat dulu sebelum minum. Saya tahu awak masih terkejut.”
Encik Syahmi menghulurkan sebotol air mineral yang masih baru. Aku menyambut tanpa sebarang kata. Mata memerhatikan dua lelaki tadi di kawal ketat. Peliknya manusia, bila dah dalam keadaan terdesak, di kawasan orang ramai pun berani hendak meragut.
“Saya rasa ada baiknya lepas ni awak ikut pergi ke balai. Saya teman. Kalau rasa tak nak ke rumah saya malam ni pun tak apa, saya faham. Lebih baik awak rehat saja di rumah malam ni,” ujarnya lagi.
Aku merenung kosong lelaki-lelaki yang sudah berjaya ditangkap. Lama aku terleka sehinggakan Encik Syahmi menggawangkan tangannya di hadapan muka aku.
“Hanis?” soalnya dalam nada risau.
Aku sedikit tersentak. Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala. “Tak boleh ke kalau saya tak pergi?”
Air muka Encik Syahmi nyata berubah. “Awak tak nak pergi?”
Aku diam.
“Awak nak biarkan mereka berdua terlepas begitu saja?”
Bulat matanya merenung aku yang sudah serba tak kena. Apa yang bermain di fikiran hanyalah untuk balik ke rumah dan berehat. Boleh jadi aku akan telefon ayah, minta dia ambil aku di rumah sewa. Esok cuti kecemasan!
“Jangan biarkan penjenayah macam ni bebas, Hanis. Awak mangsa, beg tangan awak bahan bukti. Dekat sini dah berapa ramai orang saksi. Kalau awak lepaskan mereka bayangkan, berapa ramai lagi mangsa yang kena ragut. Kalau dibiarkan, makin melarat masalah jenayah ni Mereka pun dapat ditangkap tu hah. Tak lama lagi, sampailah polis angkut mereka ke balai. Ini pun tanggungjawab awak juga Hanis. Jangan biarkan mereka terlepas!” Encik Syahmi cuba meyakinkan.
Aku pula masih mendiamkan diri. Pelbagai perkara bermain di dalam fikiran. “Macam mana kalau mereka berdendam? Buatnya satu hari nanti dia orang cari saya balik? Saya ni perempuan. Sekuat mana pun saya, seberani mana pun saya, kudrat saya tak mampu nak melawan mereka...” kataku sedikit risau. Mereka pasti sudah biasa dengan kerja-kerja jenayah begini. Kalau tidak, masakan mereka begitu berani hendak meragut di kawasan ramai orang?
“Hanis, negara kita ada undang-undang. Kalau awak diancam, insya Allah polis akan bantu awak. Jangan takut untuk perkara yang benar, Hanis. Sepatutnya awak kena lebih takut dengan Allah bila di akhirat nanti dia soal awak kenapa awak biarkan peragut tu bebas, macam mana?”
Aku terdiam. Jauh betul lelaki ni fikir. Aku mengaku, ada benarnya kata-kata Encik Syahmi. Cuma, sejak peristiwa tadi, tak semena-mena semangat aku dibawa pergi. Aku menjadi penakut! Aku mengambil tempat di dalam kereta. Botol air mineral aku buka dan airnya aku minum. Kemudian, lama aku berteleku sendiri. Berfikir dan mencari semula semangat yang hilang. Encik Syahmi setia berdiri di sebelah pintu. Sama-sama menunggu ketibaan kereta polis.
“Hanis?”
Aku mendongak.
“Polis dah sampai. Mari, naik kereta saya?” pelawanya.
Aku memandang ke arah kereta putih-biru yang berhenti tidak jauh dari kami. Kemudian aku bangun. Pintu kereta di tutup perlahan dan remote control di tekan untuk mengunci kereta yang akan ditinggalkan. Langkah aku atur mengikut langkah Encik Syahmi. Dalam hati berulang kali membacakan sepotong doa. Mengikut hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi, sesiapa yang membaca doa ini setiap pagi dan petang tak akan ditimpa bahaya. Namun setiap apa yang berlaku, semuanya atas izin Allah juga.
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, daripada kejahatan apa-apa yang diciptakan.”
***
 “Allahuakbar...jaga diri elok-elok Hanis. Pergi mana-mana, jangan seorang diri. Masuk je kereta, amalkan terus kunci pintu. Kita bukannya tahu kalau ada orang memang dah lama perhatikan kita...”
“Ya...”
“Itulah, abang suruh kerja dengan abang dekat sini, tak nak! Kalau tak, ada juga orang boleh tengok-tengokkan!” sempat Khairul mengungkit.
Aku menggeleng perlahan. “Tak apalah, abang. Jenayah dekat mana-mana pun boleh jadi. Kerja dekat sini, dekat dengan mak ayah. Lagipun, banyak benda lain lagi yang abang boleh fikir selain fikirkan Hanis. Nanti kalau memang jadi abang kahwin dengan Nik, tanggungjawab abang kena jaga Nik pula. Nanti bila Hanis dah kahwin...”
“Aiman pula yang jaga. Ye, betul. Tapi Hanis, selagi Hanis belum kahwin, selagi tu tanggungjawab jaga Hanis ada pada ayah dengan abang. Oklah... pergilah berehat. Tenangkan fikiran. Ada masanya, Hanis ni lemah semangat juga walaupun luar nampak kebal!”
Aku tersenyum. Khairul, dah kenal sangat diri aku macam mana. Bolehkah Aiman menjadi seperti Khairul? Abang yang sangat prihatin dan memahami. Kalau tidak sebaik Khairul pun, penerimaan Aiman terhadap status aku pun dah cukup membuatkan aku rasa bersyukur.
By the way, Aiman tahu tak? Dia cakap apa?”
“Itu juga yang dia tanya. Macam perempuanlah abang ni, benda kecil pun nak ambil tahu!” usikku.
Perasaan sudah mula sedikit tenang selepas berkongsi rasa dengan orang lain. Dengan mak dan ayah, dengan Khairul, belum lagi kata-kata semangat daripada encik tunang! Orang kata perempuan ni, antara salah satu cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan bercakap.
“Hish! Jawab sajalah,” balasnya selamba.
“Kami tengah berbual dekat telefon masa perkara tu berlaku. Terus dia telefon mak dengan ayah. Tadi Hanis mesej dia je. Dia cakap alhamdulillah Hanis tak apa-apa. Pesan itu ini macam abang jugalah.”
“Hrm... baguslah kalau macam tu. Habis tu esok kerja tak?”
“Tak tahu lagi. Kalau rasa semangat dah ok, pergilah kerja. Kalau tak, minta off sehari dekat bos.”
“Oklah tu. Take care. Abang pun nak tidur dah ni...”
“Abang...”
“Yes?”
“Terima kasih jadi pendengar yang baik, pemberi semangat yang baik, abang yang baik. Nanti jaga Nisa macam abang jaga Hanis juga, ye? Dia tu lagilah adik kandung abang tau!” aku mengingatkan.
“Hanis...” suara Khairul mula bergetar memberi amaran. Memberi amaran untuk aku tidak terus membezakan taraf aku dan yang lain.
“Ok, abang. Assalamualaikum. Good night!” laju aku mematikan talian sebelum Khairul membebel. Aku senyum dalam menahan sebak. Alhamdulillah. Ya Allah, betapa adilnya Engkau, mengambil insan yang paling aku sayang dan menggantikan dengan ramai insan menyayangi aku.
***
“Eh? Kenapa kau datang kerja?” berkerut dahi Auni apabila terlihat kelibat aku di pintu masuk pejabat.
“Kenapa? Aku tak boleh kerja ke hari ni? Encik Syahmi dah berhentikan aku ye?” soalku bagai tiada apa-apa yang berlaku.
“Hish! Engkau ni... ke situ pula! Bila masa pula Encik Syahmi buat macam tu. Lagi dia risaukan kau adalah. Datang-datang je pejabat, nampak muka aku, terus tanya pasal kau,” ceritanya ringkas.
Aku hanya menghadiahkan senyuman buat Auni. Sayang juga Encik Syahmi pada orang bawahan dia walaupun sewaktu kerja, seriusnya tak payah nak cakap! Tak friendly!
“Aku ok. Alhamdulillah, mak, ayah dengan abang aku semua bagi semangat tak sudah-sudah. Ini ayah aku yang hantar balik rumah sewa pukul lima pagi tadi bila aku cakap aku dah ok. Macam mana kenduri dia malam tadi? Kau pergi? Sorry lah, tiba-tiba rancangan bertukar...”
“Alah... benda nak jadi. Yang penting kau selamat. Jangan difikirkan pasal aku. Tahulah aku nak hidup macam mana. Setakat pergi rumah Encik Syahmi tu, bawa basikal pun boleh!”  katanya melawak. Kami sama-sama ketawa. Macamlah dekat sangat rumah dia dengan rumah Encik Syahmi tu.
“Cantik tahu rumah Encik Syahmi! Fuhh... tapi sayang duduk seorang. Aku usik juga dia, bila nak ada orang rumah...”
Keningku terangkat sebelah. Tertarik dengan cerita Auni. Terus perhatian aku berikan sepenuhnya kepada dia.
“Apa dia jawab? Tak ada ke calon isteri dia datang sekali?” soalku teruja.
Auni sudah mengekek ketawa. “Hai? Busybody juga kau ni ya?”
Aku menarik muka. Geram dipermainkan.
“Dia cakap, ‘tak lama lagi awak semua tahulah. Calonnya dah ada, cuma tuan badan belum tahu lagi...’. Entah bila nak jumpa pun, entah! ” cerita Auni. Suka benar dia menceritakan apa yang berlaku di rumah Encik Syahmi semalam.
“Hai? Macam mana nak dapat kad kalau perempuan tu tak tahu apa-apa? Merepek betullah dia tu! Calon apanya kalau perempuan tu pun tak tahu lagi!” kutukku.
“Calon dalam hati dialah agaknya...” Auni mengangkat bahu. Kemudian dia memberi isyarat untuk tidak meneruskan perbualan.
“Siapa yang merepek, Hanis?”
Erk! Alamak...! Ada pula pakcik ni dekat sini!
“Tak ada apa encik. Saja, update isu semasa dengan Auni pasal kenduri encik semalam,” balasku jujur.
Auni sudah membulatkan mata. Aku pula menahan tawa di dalam hati. Hahaha!
“Hrm... sudah. Masuk bilik saya sekejap,” arah Encik Syahmi serius.
Aku sekadar mengangguk. Kemudian aku bangun dari duduk dan berjalan ke arah pintu bilik Encik Syahmi yang terbuka. Kebiasaan Encik Syahmi yang aku kagum apabila ingin bertemu dengan pekerja wanita kalau berdua. Sesuatu sungguh lelaki ni! Macam manalah tunang dia boleh tinggalkan dia dulu? Tapi dalam kelebihan Encik Syahmi, mesti ada kekurangan dia yang menyebabkan tunang dia tak boleh terima. Manusia, tiada siapa yang sempurna.

No comments: