::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 May 2015

Mari berkongsi info


Ada sahabat pembaca mengenai anak susuan, ibu susan dan ayah susuan kerana watak Hanis dalam novel Bidadari merupakan seorang anak susuan dalam keluarga Khairul. Jadi di bawah merupakan penjelasan ringkas berkenaan ibu susuan/ayah susuan/keluarga susuan. Ikatan susuan ini terjadi bila bayi itu disusukan sehingga kenyang melalui susu badan seorang wanita sama ada secara terus ataupun menggunakan botol dengan menepati 3 syarat di bawah:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah. [sumber: e-fatwa]
Untuk kes menyusukan anak dengan pengambilan pil hormone (kerana wanita tidak mengandung dan mempunyai anak kecil, bagi kes Alisa dan Hafiz dalam kisah Suami Aku Ustaz), penjelasannya adalah seperti berikut:
"Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan." [sumber: e-fatwa]
Berikut merupakan artikel BERKENAAN HUBUNGAN IBU SUSU & STATUS ANAK ANGKAT daripada Ust Zaharuddin Abd Rahman [sumber: link]
a. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang bayi perempuan, apakah bentuk hubungan yang terjalin antara bayi perempuan tersebut dengan wanita tersebut, suami wanita tersebut dan antara bayi perempuan tersebut dengan anak-anak wanita tersebut. Bagaimana dengan batasan aurat di antara mereka?
b. Status anak susuan berbeza daripada anak angkat. Bagaimana batasan aurat seorang anak angkat lelaki/perempuan dengan keluarga angkatnya? Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui tentang statusnya sebagai anak angkat, dia berada dalam sesebuah keluarga seperti biasa sehinggalah diberitahu ketika dia sudah dewasa. Setelah mengetahui status sebenar, apakah tindakan yang perlu dilakukan dari sudut keterbatasan aurat?
c. Bolehkan suami kepada wanita susuan menjadi wali pernikahan kepada anak
susuan?
d. Sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti tertukar bayi ketika penyerahan bayi oleh pihak hospital, tanpa disedari oleh ibu bapa itu, bagaimanakah kedudukan anak tersebut?
Kiriman Hayati, KL
Jawapan
a) Bayi perempuan tersebut akan diiktiraf dalam Islam sebagai anak susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu pula akan diiktiraf dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan terhasil ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di antara suami susu dan anaknya.
Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal ini, demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram melalui susuan itu adalah susu  ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan dubur maka ia tidak di kira. (Rujuk  Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq, 2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-Sartowi, ms 104). 
Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu (Rujuk Bidayatul Mujtahid, 2/33):-
i- Suami wanita susuan kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.
ii- Ayah serta datuk kepada ibu susunya.
iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.
iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.
b) Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.
Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah :
Ertinya  :"(Antara yang haram kahwin adalah) Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (An-Nisa : 23)
Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik beradik. Juga Nabi SAW bersabda ertinya :"Apa yang jadi haram disebabkan susuan adalah seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"
Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu di jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat menurut Islam.

Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh islam kepada lelaki dan perempuan yang bukan Mahram.
c) Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya.
d) Adapun andaian tertukar bayi ketika di hospital atau klinik adalah amat jarang berlaku. Dan jika ia benar-benar tertukar dan di luar pengetahuan ibu bapa. Maka anak pada hemat saya akan menjadi anak susuan , ia adalah kerana sudah pasti anak itu akan menyusu dengan si ibu tadi, dan dengan hanya 3 kali kenyang hasil dari penyusuannya, sabitlah status anak susuan. Manakala hubungan lain yang tidak diketahui, maka adalah dimaafkan. Sebagaimana hadith : " Diangkat tanggungan dari seseorang manusia kerana tiga perkara : Tidur sehingga bangun, Bayi sehingga baligh dan gila sehingga sedar". Maka bab tiada pengetahuan yang shohih dalam hal ini juga termasuk dalam hal di atas. Dan ia akan kekal demikian sehinggalah maklumat  yang sebenar dapat diketahui
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
30 Jan 07
11 Muharram 1428 H

No comments: