::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

07 May 2015

Mininovel: Kasih Suci 08



after a while... maaf lewat update. biasalah, writer's block. T.T jeles dengan penulis yang boleh menulis laju dan tak pernah kering idea. ^^"
Kasih Suci 08
            “Kak Win... akak rasa Izzat ada girlfriend tak sebelum bertunang dengan saya?” aku bertanya dengan Kak Win sewaktu kami berada di pantri berdua. Kak Win sedang membancuh air untuk dibawa ke mejanya.
            “Kak Win tak pernah tanya pula. Kenapa Ila?”
            Aku duduk di kerusi yang terdapat di pantri. Rasa resah aku lepaskan dengan helaan yang panjang.

“Entahlah. Saya je kot yang berperasaan bukan-bukan...” kataku sambil memandang kosong tangan Kak Win yang sedang mengacau airnya dengan sudu.
            “Kalau ada pun... itu dulu, Ila. Sekarangkan dia sendiri setuju untuk kahwin dengan Ila?”
            Aku diam. Tak tahu patut atau tidak aku menceritakan tentang rasa cemburu aku dengan Nabihah. Kalau bercerita, risau Kak Win salah faham pula. Akhirnya aku membuat keputusan untuk diamkan saja perasaan aku. Kalau Izzat sendiri boleh terima aku baik buruk, kenapa tidak aku? Tapi mampu ke aku hidup dengan Izzat kalau Nabihah masih menjadi kawan dia? Aku tak nak nanti cemburu buta pula dalam perhubungan.
            “Ila risau ya? Insya Allah... tak ada apa-apa tu. Biasalah, mainan syaitan Ila sebelum kahwin ni,” pujuk Kak Win.
            Aku mengangguk. Melihatkan Kak Win sudah bersedia untuk kembali ke meja dia, aku pula bangun untuk ke bilik air sebelum membancuh air untuk diri sendiri.
            ***
            Tengah hari itu, seperti biasa aku dengan Kak Win terus ke kafe untuk makan tengah hari. Sampai di kafe, tiba-tiba ada satu suara memanggil nama aku dari jauh. Aku memerhatikan sekeliling kafe. Thaqif sedang duduk di meja yang kami duduki beberapa hari lepas seorang diri. Pasti dia mengajak kami untuk duduk sekali. Aku mencuit Kak Win lalu mengajak dia ke meja Thaqif.
            “Lambat keluar hari ni?” soal Thaqif sebaik saja kami duduk.
            “Saya ada meeting dengan bos tadi. Abang Thaqif ada lawatan tapak ke hari ni?”
            Dia mengangguk. “Itu yang terus makan dekat sini.”
            Aku mengangguk. Hendak berbual apa lagi pun, aku tak tahu. Mujur ada Kak Win yang rajin bersembang. Barulah aku tahu Thaqif duduk satu taman dengan aku. Aku tersenyum sendiri bila dia menyebutnya tadi.
“Iya ke? Satu taman dengan Suhailalah kalau macam tu!”
“Rumah Suhaila di mana?” Thaqif memandang aku meminta jawapan.
“Kawasan Gangsa. Lorong empat,” jawabku ringkas.
Thaqif tersenyum lalu menggeleng perlahan. “Tak sangka kita duduk satu taman. Tapi kali pertama jumpa jauh sangat...”
Kak Win memandang aku dengan Thaqif dengan dahi berkerut. “Jauh? Kali pertama jumpa di mana? Macam dah pernah jumpa sebelum Ila kenal dengan Izzat je?” soal Kak Win. Cepat saja dia membuat analisis sendiri.
“Ila terlanggar kereta Abang Thaqif masa Ila on the way balik ke kampung dulu. Ingat tak yang bumper kereta Ila kemek dengan lampu pecah?”
Kak Win mengangguk perlahan. “Patutlah nampak mesra je korang berdua,” komen Kak Win.
Aku dengan Thaqif berpandangan. Tak tahu dekat bahagian mana nampak mesranya kami. Akhirnya kami tersenyum sendiri.
***
Aku tidak sedar sejak bila makan tengah hari bersama Thaqif menjadi rutin harian aku pada waktu bekerja. Dia pun pasti akan menghantar aku mesej bila waktu rehat, untuk menyatakan dia berada di kawasan pejabat aku dan menunggu aku di kafe. Mujur jugalah Kak Win tak ada masalah untuk menemani aku sekali. Tak manis pula kalau keluar berdua saja dengan Thaqif memandangkan aku tunang orang.
Aku membuka mesej yang baru saja masuk ke telefon sekejap tadi. Thaqif mengajak aku untuk makan tengahari di sebuah kedai yang terletak sedikit jauh dari kawasan pejabat aku. Sudah jemu dengan menu di kafe selalu, kata dia. Aku yang menghadap kafe tu bertahun-tahun pun redha saja, dia yang baru berapa hari makan di situ sudah jemu.
“Kak Win...” panggilku sebaik saja membalas mesej ‘OK’ kepada Thaqif. Langkah aku atur ke meja Kak Win, mahu mengajak dia untuk turut serta.
“Iya, Ila? Kenapa?” Kak Win menoleh ke arah aku.
“Thaqif ajak makan dekat Pelangi. Kak Win nak ikut?”
Kak Win nampak serba salah untuk menjawab soalan aku. Melihatkan air mukanya begitu, aku lantas tersenyum.
“Tak apalah kalau Kak Win tak dapat ikut. Ila keluar sekejap dengan dia ya lunch nanti...” kataku lalu kembali ke meja untuk menyambung tugasan. Tiba-tiba terdengar Kak Win memanggil aku.
“Ila...”
Aku memandang Kak Win dengan penuh persoalan. Mulutnya bergerak-gerak seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Riak wajahnya nampak serba-salah. Akhirnya Kak Win menggeleng. Tanda tiada apa yang dia ingin perkatakan.
Thaqif sudah berada di tempat parkir kereta sewaktu aku keluar dari pejabat. Tanpa perlu dipanggil, aku sudah berjalan ke kereta dia. Thaqif tersenyum nipis sewaktu aku membuka pintu dan duduk di sebelahnya.
“Win tak ikut sekali?” soalnya bila melihatkan aku seorang diri.
“Kak Win cakap tak dapat ikut. Abang Thaqif tak kisah ke kita keluar berdua? Kalau tak, kita makan di kafe selalu sajalah...”
Thaqif menggeleng. “Abang kena sakit perut sebenarnya malam tadi lepas makan bihun dia semalam...” ujar Thaqif membuka cerita.
Aku sedikit terkejut. “Iya ke?”
Thaqif mengangguk. “Sebab tu abang nak ajak Suhaila makan dekat tempat lain. Teringat pula Pelangi dah tak jauh, kita makan disitu boleh? Nasi ayam penyet dia, orang kata sedap!”
Aku bersetuju. Namun dalam hati pelik juga sebab tak pernah-pernah kami sakit perut kalau makan di kafe tu. Tapi memang semalam dia seorang je yang makan bihun sup. Entah apalah yang tercemar sampai dia boleh kena sakit perut.
“Abang Thaqif yakin ke abang dapat sakit perut sebab makan kafe tu?”
“Iya. Semalam pagi abang bawa sandwich dari rumah. Tengahari makan di kafe. Malam balik rumah mak, makan malam dekat sana. Dah dua-tiga hari juga abang bermalam dekat sana...”
Aku yang baru hendak kagum dia membaca bekal dari rumah terhenti. Bermalam di rumah mak cik rupanya. Patutlah bawa bekal sandwich.
“Seronoklah Irfan ayah ada malam-malam...”
Thaqif hanya tersenyum dan mengangguk. Sedikit sebanyak aku terasa kesian dengan kehidupan Thaqif. Serba-serbi kena uruskan sendiri. Tak terfikir ke dia untuk cari pengganti? Kesian bila mengingatkan Irfan yang tak dapat kasih seorang ibu. Mana nak sama kasih ibu dengan kasih nenek ni.
“Abang Thaqif tak ada rasa nak cari pengganti, ke?” soalku spontan. Tersedarkan aku tiada hak untuk bertanya soalan begitu, aku cepat-cepat memohon maaf. Thaqif hanya tersenyum melihatkan kekalutan aku.
“Buat masa sekarang, belum lagi. Nanti-nanti, tak tahulah...”
Aku mengangguk. Tersedar kesilapan diri, aku tidak membuka cerita lagi tentang latar belakang dia. Pengakhirannya, perjalanan kami ke Pelangi hanya diserikan dengan cerita kerja, keletah Irfan dan beberapa persiapan yang aku dah lakukan untuk majlis aku nanti.
***
Dua tiga kali juga aku dengan Thaqif keluar makan bersama. Disebabkan dia sudah tahu kedudukan rumah aku, rajin juga dia menghantar mesej bertanya kalau aku belum makan. Waktu malam, bila aku rasa malas hendak keluar, pasti ada makanan yang dia bungkuskan untuk aku. Tahu-tahu saja dia sudah menelefon aku, menyuruh aku keluar untuk mengambil makanan.
Aku tak sedar bibir menyimpul senyuman sewaktu membaca mesej daripada Thaqif. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni bila dia mesej bertanya khabar dan sedang buat apa saja sudah membuatkan senyuman aku ke telinga. Ada masanya, aku terlupa tentang status diri aku yang sudah menjadi tunangan orang. Perubahan diri aku turut dirasai oleh Kak Win. Kalau tak, kenapa tiba-tiba dia meminta aku membatalkan janji dengan Thaqif dan mengajak aku makan berdua dengan dia.
“Akak risau tengok Ila semenjak dua menjak ni...” kata Kak Win masa kami tunggu makanan di kafe.
Kening aku terangkat sebelah. “Kenapa kak?” soalku jujur tak memahami maksud soalannya.
“Ila... akak tengok Ila dengan Thaqif makin rapat sejak dua menjak ni. Ila kena ingat, Ila tunang Izzat, bukan Thaqif. Sanggup ke Ila tengok kalau Izzat berkawan rapat dengan gadis lain tanpa pengetahuan Ila?”
Nabihah. Entah kenapa sepotong nama itu muncul di fikiran sewaktu Kak Win cuba menyedarkan aku tentang kejujuran Izzat. Aku menggeleng perlahan.
“Ila dengan Thaqif tak ada apa-apa, kak. Akak janganlah fikir bukan-bukan...” kataku cuba merasionalkan tindakan aku. Kak Win menggeleng.
“Bukan masalah tentang apa yang orang fikirkan, Ila. Ila kena faham... batas-batas pergaulan kita sebagai wanita macam mana. Kalau dah pagi, petang, siang, malam dok bermesej, berjumpa, makan sama... tunggul je yang tak ada perasaan, Ila. Izzat letakkan sepenuh kepercayaan dia pada Ila. Tanpa banyak soal, dia terima Ila seadanya dengan harapan Ila pun lakukan perkara yang sama...”
Ayat terakhir yang keluar daripada mulut Kak Win membuatkan aku tersentak. Meskipun dia tak tahu tentang kondisi aku yang kemungkinan akan menghadapi masalah untuk mengandung, ayatnya itu menyebabkan aku tersedar dengan kesilapan aku kerana melayan Thaqif berlebihan. Aku menggigit bibir. Rasa malu dan bersalah mula mencengkam diri.
“Sebab itu Islam ada gariskan panduan tentang pergaulan lelaki dengan perempuan, Ila. Bukan saja-saja. Tapi untuk mengelakkan masalah-masalah yang macam inilah. Nampak kecil, Ila... kesannya besar dan panjang. Ila berkenalan dengan Izzat, bina hubungan dengan cara yang baik. Tapi kenapa dengan tunang sendiri Ila jaga batas pergaulan, dengan Thaqif, Ila buat macam tak ada apa-apa? Sekalipun dia abang ipar kepada Izzat, tak bermaksud Ila melayan dia macam tu sekali. Mula-mula makan sama di kafe ni. Oklah, akak ada teman. Kemudian dah mula keluar berdua. Hari tu Ila cerita Thaqif hantar makanan ke rumah sewa Ila. Ila rasa, kenapa dia layan Ila macam tu kalau tak kerana dia ada hati pada Ila?”
Aku diam. Tak tahu bagaimana hendak berkata-kata untuk memenangkan diri aku. Kata-kata Kak Win tepat menusuk ke hati.
“Akak bukannya apa... akak tegur sebab akak sayang Ila. Akak rasa bertanggungjawab sebab akak yang kenalkan Ila pada Izzat. Akak harap, Ila fikirlah apa yang akak katakan tadi. Dah tak lama dah masa untuk Ila dengan Izzat bernikah. Kalau sebelum kahwin macam ni, lepas kahwin nanti lagi banyak dugaannya. Kena pula, Izzat akan berada di Sarawak yang entah bila dapat pindah ke sini. Fikir-fikirkanlah Ila...”

No comments: