::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

08 October 2012

Sila buat research, kajian dan etc...

Assalamualaikum. Apa khabar semua? ^^, Satu entry pendek bukan cerpen mahupun novel, tetapi sebagai penyeri blog yang dah bersawang ini. Cewah! Insya Allah kalau satu cerita penuh dah siap saya akan update. ^^,

Seringkali saya membaca kritikan-kritikan SAU tentang kesalahan Alisa berkahwin sewaktu bersekolah. Dan seringkali saya dilontarkan dengan kata-kata, buat research, sila kaji lebih lagi dan lalala (baca: etc) yang berkaitan dengannya. Oh ya, saya ingin ingatkan cerita ini adalah fiksyen. Sekadar imaginasi yang berlangsung di luar sedar saya. agaknya.

Saya bukanlah tak buat research langsung. Saya sendiri ada menghantar soalan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang perkara ini. Ya, mungkin beberapa tahun lepas, perkahwinan tidak dibenarka. Saya sendiri tak ada memo rasmi tentang kebenaran untuk pelajar bersekolah berkahwin daripada KPM. ^^, Yang saya ada hanyalah jawapan ringkas daripada KPM tentang hal ini. Jadi, bagi pelajar sekolah yang hendak berkahwin tu, fikir banyak kali tentang besarnya tanggungjawab seorang ibubapa dan berbincanglah sebaiknya dengan keluarga.

Maaflah, dah hampir enam bulan dalam pasaran baru saya berkongsikan perkara ini. >.<

Wallahu'alam.


Oh, ada juga kata cerita ini pedophile! Tang mana pedophile nya bila ustaz Hafiz berkahwin dengan Alisa pada umur 25 tahun dan Alisa 17 tahun. Hanya kerana Alisa bersekolah sudah ditarafkan sebagai pedo? Mohon pencerahan, boleh? Saya open kepada segala kritikan dan kutukan yang membina untuk karya akan datang, insya Allah... ^^,
As a medical diagnosis, pedophilia, or paedophilia, is defined as a psychiatric disorder in persons who are 16 years of age or older typically characterized by a primary or exclusive sexual interest in prepubescent children (generally age 13 years or younger, though onset of puberty varies) sumber:Wikipedia