::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

27 March 2015

Oh, My Prince! Teaser 02


Last teaser.

Selesai mengemas buku dan alat tulis, terus aku keluar daripada dewan kuliah dan berjalan menuju ke Pustaka Ilmu seorang diri. Aku terus menuju ke arah meja kubikel yang terletak di penjuru perpustakaan, yang terletak membelakangkan dinding. Kurang sikit gangguan dan boleh aku fokus dengan kerja aku.

            Selepas meletakkan beg di atas meja, aku berjalan menuju ke rak-rak buku untuk mencari bahan. Kemudian, aku kembali ke meja dengan tiga buah buku di tangan. Langkah aku terhenti apabila terpandangkan Putera Danial selamba duduk di meja aku sambil membelek buku dan alat tulis aku. Aku menggeleng perlahan. Buku-buku yang berkaitan dengan laporan yang aku kena siapkan aku letakkan di atas meja kasar. Putera Danial sedikit terkejut. Bulat mata aku merenung wajah dia yang tersenyum.
            “Adlina...”

            “Awak buat apa dekat sini? Pergi tempat lainlah. Saya tak nak jumpa awak...” kataku perlahan namun keras.

            Putera Danial menayangkan riak bersahaja. Bagaikan kata-kata aku sedikit pun tidak kedengaran di telinganya. Aku menarik sebuah kerusi di meja kubikel sebelah yang tidak digunakan. Tanpa menghiraukan Putera Danial, aku duduk di sebelahnya. Aku menjeling ke arah Putera Danial dengan hujung mata. Nampak kurus pula lelaki ni.

            “Lama tak jumpa kamu...”

            “Ok. Sekarang kita dah jumpa, dan awak nampak saya sihat, dan saya rasa awak dah boleh pergi...” kataku aku sedikit menghalau. Kalau diikutkan hati, teringin juga hendak berbual dengan tuan putera seorang ni tapi, mengingatkan Hairi yang tak pernah sukakan Putera Danial, lagi baik aku berusaha jauhkan diri daripada bergaduh benda kecil macam ni nanti.

            “Adlina... Adlina...” Putera Danial ketawa kecil. “Kenapa tak ambil hadiah yang kami berikan hari tu?” soalnya tiba-tiba. Sedikit pun tidak menghiraukan kata-kata aku tadi.

            “Hadiah?” soalku kabur. “Hadiah apa?” aku memandang Putera Danial kosong. Wajahnya sedikit cengkung. Bagai tak cukup rehat saja gayanya.

“Telefon bimbit. Kami minta Safwan berikan kepada kamu.”

“Oh... telefon bimbit ke...” aku menggumam perlahan. “Tak ada sebablah saya nak terima. Awak bantu saya itu pun, saya dah terhutang budi...”

“Kamu kan dalam kesusahan... apa salahnya kalau kami gantikan telefon yang hilangkan dengan yang baru?”

Aku tersenyum mendengarkan kata-kata dia. “Jadi, kalau orang lain di dalam kesusahan, awak nak tolonglah? Dalam sehari, ada orang yang rumahnya terbakar. Ada orang yang keretanya kena curi, ada yang rumahnya kena rompak. Awak nak gantikan semuanya?” sindirku.

Putera Danial sekadar tersenyum. “Kalau perlu, apa salahnya?”

Aku mencebik. Kemudian, aku berpura-pura sibuk dengan kerja-kerjaku walaupun hakikatnya hati aku tak tenang bila dia ada di sebelah. Hati terasa bagai dipaksa-paksa untuk terus berbual dengan dia.

            “Awak nampak kurus. Sihat ke?” akhirnya aku memecahkan kesunyian di antara kami. Walaupun tak melihat wajah Putera Danial, aku yakin dia tengah meriah dengan senyuman.

            “Kurus sangat ke?”

            “Nampak susut sikitlah...”

            “Hrm... biasalah Adlina. Mana dengan belajar lagi, mana dengan negara lagi...” keluhnya perlahan.

             “Kenapa awak kena sibuk fikirkan negara juga? Awak bukannya crown prince, pun...”

           “Jadi, kalau kami putera mahkota, kamu setuju untuk jadi puterinya?” soalnya selamba. Aku mencebik.

           “Suka sangat tukar topik,” kataku geram. “Datang seribu crown prince pun saya tak pandang. Saya ni setia, tau!”

           Putera Danial ketawa kecil. Namun tidak lama. Tangannya tiba-tiba memegang pergelangan tangan aku, langsung menyebabkan pergerakan aku yang sedang menyelak buku terhenti.

           Adlina, is there any possibility that you’re engaged?”

           Aku terkedu seketika. Terpandangkan cincin yang diberikan Hairi pada malam hari tu, barulah aku tersedarkan sesuatu. Engaged?

           “Hrm...” aku mengangguk perlahan. Wajah Putera Danial yang sedikit berubah aku pandang lama. Bulat matanya memerhatikan cincin emas belah rotan di jari manis aku. Bagaikan tidak percaya saja riaknya.

xxx

Saya sangat suka cover ni sebab kena dengan watak utama cerita ini yang memakai 'topeng' :D
*Klik gambar cover untuk membuat pesanan di laman web Karyaseni. :)

Alhamdulillah.... tamat sudah kisah Adlina, Hairi dan Danial di blog. Tak puas hati dengan endingnya? Jadi apa lagi? Dapatkan novel Oh, My Prince! di pasaran nanti, ya!
*Orang Melaka, Muar, Seremban dan yang dekat-dekat dengan Stadium Hang Jebat Krubong, boleh dapatkan OMP di sana 28&29 Mac ni ya! ^_^ (confirmed)

Saya ada merancang untuk membuka order, tetapi buat masa sekarang saya tak dapat nak uruskan dulu sebab masalah keluarga yg membuatkan saya terpaksa ulang alik ke hospital. :( Jadi, kalau buka pun, mungkin lewat ataupun tak buka langsung. Maaf sangat-sangat sebab beri harapan hari tu. T.T 

Bagi yang belum pernah baca sedutan OMP, saya alu-alukan baca bab 1 sehingga 38 di blog saya. ^_^


Apa-apa pun, saya harap anda berhibur dengan novel OMP dan moga ia tak menghampakan anda. Kalau tak puas hati ke apa ke, just shoot me, ok? Sesungguhnya yang baik itu drpd Tuhan dan yang buruk itu disandarkan atas kelemahan saya sendiri. :')
Wallahua'lam. :) 

4 comments:

Aziela said...

Alamak....tak ada ke.di Jom Heboh?

Aziela said...

Hannah sayang....tq so.much. Akak dah berjaya beli di Jom Heboh dan dah promot dalam blog juga. All the best. Insya Allah meletop juga novel ni. Dun worry.

Abby Sha said...

Wahh bestnya dah dpt...

Basyirah Abd Rahman said...

Yeay dah order harini!! baru perasan.. huhu.. YaAllah lama menanti rasanya,. haha ,,