::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

22 November 2013

E-Novel: Oh My Prince! 08



Oh My Prince! 08
            “Kenapa tak jawab?” soal Hairi yang masih menunggu jawapan aku.
            Otakku ligat berfikir. Apa jawapan yang aku nak berikan ni?
            Well, kau tahukan aku banyak buat insiden tak best dengan dia. Jadi itu yang dia nak jumpa.”
            “Dia kata apa je?”

            “Tak ada apa sangat pun. Cuma lepas ni jangan main pakai cakap je lah...”
            Hairi mengangguk tanda memahami kata-kata aku. Jauh di lubuk hati, aku terasa bersalah sebab berbohong dengan dia. Perbualan kami terhenti saat pensyarah melangkah masuk ke dalam kelas. Fokus kami mula diberikan buat sesi pembelajaran.
            “Malam ni nak ikut aku?” Hairi berbisik.
            “Pergi mana?”
            “Quake.”
            Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju. Lama tak merehatkan fikiran dekat sana.
***
Aku memilih untuk menggayakan dress berwarna merah separas lutut untuk ke Quake. Kemudian, aku melangkah pula ke arah cermin. Wajah dihias ala-kadar supaya tidak nampak terlalu kusam. Rambut pula aku lepaskan. Puas berpusing-pusing di hadapan cermin, aku melangkah ke arah pintu. Sepasang heels hitam hadiah hari lahir daripada Hairi aku sarungkan ke kaki. Dalam sekelip mata tinggi aku bertambah 3 inci.
Laju aku berlari keluar apabila telefon aku berbunyi. Pasti Hairi sudah menunggu di bawah. Janjinya tadi nak keluar awal untuk makan malam terlebih dahulu sebelum ke Quake. Aku meninjau-ninjau di kawasan meletak kenderaan. Kereta Hairi masih belum kelihatan. Yang ada hanya sebuah kereta berhenti di bahu jalan dengan lampu dan enjin yang hidup. Dahi aku sudah berkerut. Ingatkan Hairi yang telefon tadi. Aku mendapatkan telefon bimbit dari dalam beg. Ingin melihat siapa yang menelefon aku sebentar tadi.
Baru aku hendak unlock screen, tiba-tiba kereta yang tadi berhenti di bahu jalan bergerak dan berhenti di depan aku. Bulat mata aku memerhatikan Reventon merah ni. Ada orang lain ke dekat belakang aku yang dia nak ambil? Aku menoleh ke belakang. Tak ada sesiapa pula. Dalam aku bersoal jawab dengan diri sendiri, cermin tingkap pemandu diturunkan. Wajah Putera Danial yang tersenyum menyapa pandangan aku. Ergh! Dia nak apa ni?!
“Naik,” arahnya.
Aku berpeluk tubuh. Pandangan Putera Danial aku balas tajam. Arahan dia sedikit pun aku tak ikutkan. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba nak suruh aku ikut dia. Silap besar! Cepatlah Hairi sampai. Tapi nanti jadi masalah lain pula bila dia nampak putera raja seorang ni dekat sini.
“Adlina Hani, kamu mahu kami paksa seperti sebelum ni ke?”
Aku merengus geram. “Tuanku siapa nak paksa-paksa saya?”
Putera Danial diam seketika. “Sebab kami putera raja?”
“Blergh!” aku membuat muka. “Tak kuasalah saya nak layan tuanku. Saya ada date. Saya pergi dulu,” kataku lalu menapak meninggalkan Putera Danial.
Aku naik pelik. Macam manalah dia boleh tahu aku nak keluar tadi? Lah... nombor dia agaknya yang telefon aku tadi? Berapa banyak nomborlah yang dia ada? Nombor dulu aku dah banned supaya dia tak dapat call lagi. Rimas! Takkan aku nak kena tukar nombor pula? Dengan kuasa dia, mudah sangat dia nak dapatkan maklumat aku. Terpandangkan Mercedes putih bergerak menghala ke arah aku, aku berlari-lari anak mendapatkan Hairi. Dalam pada masa yang sama, Putera Danial pun berlalu pergi.
“Siapa?” soal Hairi sebaik saja aku duduk di sebelahnya.
“Hrm?” soalku cuba menghilangkan rasa gemuruh yang tiba-tiba muncul.
Lambor merah tadi? Pelik je nampak kereta mewah macam tu kat kawasan ni?”
Aku hanya mampu tersengih. Janganlah Hairi dapat tangkap itu Putera Danial. Habis aku nanti.
“Entah! Aku turun-turun terus nampak kereta kau.”
Hairi hanya menerima jawapan aku bulat-bulat. Tapi jelas di wajah dia yang dia masih memikirkan perihal kereta tadi. Sudahlah kawasan Pangsapuri Seri Indah ni, kawasan orang yang tak kaya sangat. Mana tak pelik bila kereta tu ada dekat situ.
So, kita nak dinner dekat mana ni?”
“Rumah family aku.”
Aku membulatkan mata. Seriously, lah? Aku belum sedia nak jumpa keluarga Hairi walaupun sudah hampir dua tahun kami bersama.
“Biar betul?”
Hairi mengangguk tanda tidak main-main. Jantung aku berdegup kencang. Dengan pakaian macam ni, sesuai ke nak jumpa keluarga Hairi ni? Aku menelek keadaan diri. Macam tak sesuai je dress ni nak jumpa mak dengan ayah Hairi?
“Kenapa?”
“Baju aku... macam tak sesuai je?”
“Habis baju apa yang sesuai?” Hairi ketawa perlahan. “Selalunya memang kau pakai macam ni, kan? Relax lah... family aku macam aku juga,” pujuk Hairi.
Aku menggigit bibir. Tetap rasa tak best nak pakai macam ni. Hairi tiba-tiba memperlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan. Kemudian, dia menoleh ke arah aku dengan senyuman yang cukup menawan.
Plus, kau dah nampak gorgeous sangat malam ni. No worries, kay?” perlahan dan lembut sekali suara Hairi. Cukup membuatkan aku terbuai-buai mendengarnya.
Melihatkan aku mula tersenyum, Hairi meneruskan kembali pemanduannya. Aku pula leka memerhatikan suasana malam di Amanjaya sehinggalah kereta bergerak masuk ke kawasan perumahan Greenhills. Mata memerhatikan setiap reka bentuk rumah mewah yang ada. Kagum aku melihatkannya. Rumah Hairi entah macam mana pula rupa bentuknya.
“Habis tu jadi pergi Quake tak ni?”
Hairi mengangguk. “Jadi. Dinner sekejap je.”
Aku tidak membalas. Tiba-tiba rasa gelabah pula bila Hairi membelok ke arah sebuah rumah banglo yang boleh tahan besarnya. Fuh... fuh! Harap-haraplah keluarga Hairi ok.
“Kau ok tak?” Hairi bertanya sebaik saja kereta berhenti.
Aku mengangguk. Tanpa berlengah, aku membuka pintu kereta. Saat aku dan Hairi sama-sama berdiri di tepi kereta, bunyi kereta yang berderu laju di jalan menarik perhatian kami. Kami menoleh ke arah jalan. Sempat mata aku menangkap Reventon merah laju bergerak.
Terasa berderau darah aku dibuatnya bila teringatkan Putera Danial memandu kereta tu tadi. Dia ikut aku sampai ke sini ke? Heh. Aku senyum sinis. Nampaklah aku keluar nak jumpa keluarga Hairi? Kalau ikutkan, sekarang ni bertambah lagi satu tangga dalam hubungan kami. Jangan nak berangan lebih-lebihlah tuan putera!
“Gila betul bawa kereta laju kat kawasan ni. Ingat dia seorang ada Lambor ke?” bebel Hairi tak puas hati. Malas mahu memanjangkan perbualan, aku mengajak dia untuk masuk. Hilang dah perasaan gelabah nak jumpa mak ayah Hairi dek kerana Putera Danial. Terima kasih tuan putera.
***
Aku tersenyum senang sepanjang perjalanan ke Quake sehingga Hairi tak terkata apa bila aku asyik tersenyum. Gembira sangat rasanya bila kedua-dua ibu bapa Hairi menerima aku dengan baik sekali. Mama Hairi sangat ramah dan friendly. Ayah Hairi lebih banyak mendiamkan diri tetapi mendengar segala perbualan antara aku dengan auntie. Sedikit pun aku tak rasa kekayaan mereka sekeluarga menjadi perbezaan antara kami berdua.
Tadi juga aku berjumpa dengan adik Hairi yang dia bawa ke Nori’s pada malam aku keluar dengan Abang Jade. Cantik orangnya, banyak mengikut rupa auntie. Cuma sikapnya banyak mengikut uncle yang banyak diam. Apa yang pasti, aku terasa diraikan malam tadi. Gembira dan senang hati betul aku rasakan sekarang.
“Tak sangka sangat parents kau baik!”
Hairi menjeling aku sekilas.
“Habis tu, selama ni kau sangka parents aku kejam sangat ke?”
Aku hanya menayangkan gigi. Senyum.
“Kan aku dah cakap, dia orang macam aku juga. Kita pun dah dua tahun sama, kan? Sebab tu aku rasa dah masanya aku kenalkan kau dengan dia orang.”
Aku mengangguk tanda bersetuju. Dua tahun bukannya pendek jangka masanya. Bila Hairi membawa aku berjumpa dengan keluarga dia bermakna dia serius dalam berkawan dengan aku. Bahagianya!
“Jadi, bila nak kenalkan aku dengan keluarga kau?” Hairi menyoal.
Aku terdiam. Rasa bagaikan dicekik saja mendengarkan soalan Hairi.
“Aku tak sedia lagilah Hairi...” kataku perlahan. Terbayang-bayang wajah ayah dan abang-abang aku di ruang mata.
“Tak sedia? Kau tak pernah cerita pasal kita ke pada dia orang?”
Aku mengeluh. Macam mana aku nak sampaikan pada Hairi? Susahnya nak menyusun perkataan!
“Dia orang bukan open sangat macam family kau...” jelas aku ringkas.
Pasti mereka tak setuju aku berkawan dengan Hairi. Sudahlah niat aku nak sambung belajar dulu ayah dengan Abang Hadi tentang keras. Lagipun, aku pasti Hairi tak termasuk dalam senarai calon untuk suami aku versi ayah dan Abang Hadi. Aku menghela nafas perlahan. Tak boleh ke kalau esok nak kahwin, malam ni baru aku kenalkan Hairi? Tak larat rasanya hendak memenuhkan fikiran dengan masalah-masalah macam ni. Aduhai....

---
Saya sangat sangat berterima kasih buat akak akak, adik adik yang sudi memberikan komen. Rasa membuak buak mood nak menulis OMP dengan sokongan anda. :D
Terima kasih daun keladi, kalau boleh komenlah lagi. Eheh. ;)

7 comments:

Manganime Ader said...

macam tak puas je bace..

eija said...

laa..xnk lah hairi jd hero..

Basyirah Abd Rahman said...

Waa.. bestnya.. Really make my day :) Xsabar nk baca episod seterusnya. Karang la banyak sikit. Baru puas baca dan verangan angan. haha. Duk teringat2 dah ni kat Adele & Tuan putera. hihi.. Mix perasaan betul. Anyway,, Nice story and keep it updates frequently! ;)

emyliana adlin said...

best....cpt smbg n3...xsabar nk baca n3 seterusnya....

baby mio said...

BEST...

fiore said...

Huhu....camne la family Adele ni sebenarnye...

Nur Eza said...

Family adele ni org kpg je ke?