Oh My Prince 07
Aku menaiki MRT untuk ke tempat yang
dijanjikan. Hampir dua puluh minit masa aku ambil untuk tiba di perkarangan restoran
menjual piza yang terkenal di sekitar Amanjaya, Nori’s Pizza. Dengar kata
orang, pemilik restoran ni belajar buat piza sampai ke Eropah. Sebab tu pizanya
sedap. Selalu juga aku makan dekat sini dengan Hairi waktu hujung minggu.
Aku bergerak ke tepi apabila ada
sebuah motorsikal datang daripada arah belakang. Sebaik saja penunggangnya memakirkan motor di sebelah restoran, dia turun
daripada motor dan helmet yang melindungi kepala di buka. Lelaki itu memandang
aku dengan senyuman lebar.
“Adele!”
Aku mengecilkan mata. Lah! Abang
Jade rupanya! Aku mempercepatkan langkah aku untuk mendapatkan dia yang sudah
melambaikan tangannya, memanggil aku untuk ke arah dia.
“Pergi hantar delivery ke?” soalku sekadar
memulakan perbualan.
Abang Jade mengangguk. “Biasalah
malam-malam macam ni. Awalnya Adele datang?”
“Awal?” aku mengerutkan dahi. Jam di
tangan sudah menunjukkan pukul sepuluh. Rasanya dah terlambat untuk makan malam
ni. “Abang habis kerja pukul berapa ni?”
“Pukul sebelas.”
“Dah tu, pukul sebelaslah baru kita
nak makan?” soalku dengan kening dinaikkan. Abang Jade angguk tanpa rasa
bersalah. Bukan ke dalam mesej dia ajak makan malam sama? Ini dah supper jadinya. Perut aku pun dah terasa
lapar sebab tadi hanya makan lunch dengan
Hairi dekat kafe.
Abang Jade menyambung tugasnya
manakala aku duduk di tempat makan bahagian luar restoran. Dalam pada itu mata
memerhatikan pelanggan yang baru tiba walaupun waktu operasi hampir tamat tidak
lama lagi. Itu belum lagi kereta yang keluar masuk untuk drive thru. Aku bangga dengan pemilik Nori’s Pizza ni sebab piza
dia setanding dengan piza-piza terkenal yang lain.
Sementara menunggu, seorang lelaki
meletakkan semangkuk ais krim di hadapan
aku. Bila aku menayangkan muka pelik, dia menunjukkan ke arah Abang Jade di
ruang dalam. Pasti dia yang minta kawan sekerja dia hantarkan.
Sambil
menikmati aiskrim, aku memerhatikan sebuah kereta sport Mercedes masuk ke perkarangan restoran untuk ke laluan pandu
lalu. Aku mengerutkan dahi apabila rasa kenal sangat dengan kereta berwarna
putih ni. Bertambah berkerut apabila aku melihat pemandunya. Hairi sedang
bergelak ketawa dengan seorang gadis di sebelahnya. Apa semua ni?
“Ok. Dah sudah. Jom, kita dinner.”
Dua
kotak regular piza di letakkan di
hadapan aku. Sebelum dia duduk, dia ambil mangkuk aiskrim yang sudah kosong
untuk di bawa ke dalam. Kemudian dia keluar kembali dengan senyuman lebar.
Melihatkan wajah aku yang tegang, perlahan-lahan senyuman Abang Jade memudar.
“Kenapa ni?” soal Abang Jade semasa
aku tengah berperang dengan perasaan sendiri. Siapa perempuan yang bersama
Hairi tadi? Kenapa dia keluar dengan perempuan tu? Selama ni, dia buat macam tu
ke di belakang aku? Aku ke yang terlalu bodoh sebab mempercayai Hairi bulat-bulat?
“Hei! Adele?”
Abang Jade memetikkan jari di
hadapan muka aku. Aku tersentak.
“Huh?
Kenapa?”
Abang
Jade memandang aku dengan dahi berkerut. “Fikirkan apa?” Abang Jade melemparkan
pandangan ke arah jalan. Cuba untuk melihat apa yang membuatkan aku leka
sebentar tadi.
“Tak
ada apa...” balasku perlahan.
Kotak
piza yang ada di hadapan aku buka.
Terasa lapar pula tiba-tiba. Perihal Hairi aku cuba untuk letak ke tepi. Baik
aku isikan dulu perut yang kosong ni. Huh! Jangan-jangan dia tengah sedap-sedap
makan piza dengan perempuan tadi. Argh! Geramnya aku! Kenapalah boleh ternampak
Hairi dengan perempuan lain ni!
“Amboi!
Makan terus je? Pelawa abang pun tak?” tegur Abang Jade.
Aku
yang baru hendak menyuap piza ke dalam mulut terhenti. Wajah Abang Jade aku
pandang dengan senyuman bersalah. Dahlah dia yang belanja, boleh pula aku nak
bedal dulu tak ingatkan dia.
“Eh! Sorry... jom makan jom!” kataku seraya
menyuapkan piza ke dalam mulut. Abang Jade menggeleng perlahan. Dia turut
mengambil sepotong piza untuk dimakan.
“So, saya dah keluar dinner dengan abang, kita hutang saya langsailah, ya?” aku
memandang Abang Jade meminta kepastian.
Apalah
sangat dengan pertolongan dia hari tu. Setakat tolong hantarkan aku ke kelas
je. Rasanya cukuplah aku balas ni. Tapi melihatkan gelengan Abang Jade, dahi
aku sudah berkerut. Tak cukup ke aku teman dia malam ni? Bukan senang tau nak
ajak aku keluar kalau tak ya-ya?
“Tak.
Sebenarnya, ada benda lain abang nak cakap dengan Adele.”
Aku
mengangkat kening meminta dia meneruskan kata-katanya.
“Sebenarnya,
abang...”
Aku
merenung wajah Abang Jade yang mula serius. Kata-katanya aku tunggu dengan
penuh debar. Apa yang Abang Jade nak sampaikan?
***
Aku
bersiap ala kadar untuk ke kelas. Rambut separas bahu sanggulkan dan yang rambut
yang terjuntai di muka aku selitkan ke telinga. Puas hati dengan persiapan
diri, aku mencapai beg sandang dan sebuah fail yang terletak di atas meja. Suis
lampu dan kipas aku matikan sebelum keluar dengan meninggalkan bilik berkunci.
Aku
mengatur langkah ke arah stesyen MRT Ruby. Stesyen yang terdekat dengan rumah
aku. Mujurlah dapat menyewa bilik di kawasan yang mudah pengangkutan awam.
Hendak ke sana ke mari menjadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan MRT.
Sebab tu aku memilih untuk tinggal di kawasan ini.
Sepuluh
minit menaiki train, aku turun di
stesyen MRT Emerald. Stesyen ini pula stesyen yang terdekat dengan Universiti
Awam Alamin. Setiap sejam, pasti ada bas universiti tiba mengambil pelajar yang
mahu ke universiti.
Disebabkan
Universiti Awam Alamin tak menyediakan asrama yang mencukupi, terpaksalah
pelajar yang bukan di semester pertama mencari bilik sewa. Mujur juga setiap
pelajar di negara ini memang diberikan bantuan pembiayaan pelajaran. Jadi
sebenarnya duit yang kami terima setiap semester lebih daripada cukup.
Aku
tiba di kelas sepuluh minit sebelum kelas bermula. Mata aku laju mencari Hairi
di tempat duduk favourite kami. Hairi
sedang duduk dengan bermain dengan iphone
di tangan. Leka. Tanpa menganggu tumpuannya, aku terus duduk di sebelah Hairi.
Hairi menjeling aku sekilas sebelum kembali leka dengan telefonnya. Aku diam,
dia pun diam.
Teringatkan
peristiwa semalam, perasaan cemburu aku kembali muncul. Rasa ringan saja mulut
ingin bertanya tentang perempuan semalam tapi...
“Kau
pergi mana semalam?” Hairi terlebih dahulu bertanya.
Aku
tersentak. Dia nampak aku ke masa aku dengan Abang Jade?
“Aku
keluar dengan kawan...”
“Tuan
Putera tu?” dingin saja nada suara Hairi.
“Tuan
Putera?” dahi aku berkerut. “Tuan putera mana pula ni?” tambah aku lagi.
Semalam aku keluar dengan Abang Jade je pun. Mana ada... tiba-tiba rahang aku jatuh.
Aku melopong. Hairi tahu? Hairi tahu yang aku ‘keluar’ dengan Putera Danial? Alamak!
“Putera
Danial tu lah! Kau keluar dengan dia kan petang semalam? Ada member aku nampak. Macam ni kau, kan?
Depan aku kutuk-kutuk putera tu. Belakang aku? Huh! Entah berapa ramai lagi
lelaki yang kau ikut!” Hairi sudah mencampakkan iphone dia ke dalam beg. Wajahnya tegang sewaktu aku lihat dari
tepi.
Aku
menggigit bibir. Macam tu sekali pandangan dia pada aku? Sampainya hati Hairi!
“Kau
tak tahu kisah sebenar, kau jangan assume yang bukan-bukan. Kau tahu ke aku
kena paksa ikut dia? Kau tahu ke dia gunakan bodyguard dia untuk paksa aku ikut dia?”
Hairi
tidak menjawab.
“Aku
bukannya keluar dengan dia rela hati tau! Janganlah nak cakap macam aku ni
perempuan murah sangat!” aku jadi marah. Tapi dalam marah-marah, aku risau juga
kalau Hairi tahu putera sengal tu ajak aku kahwin. Ah! Dah tentu aku dengan
putera tu je yang ada waktu tu. Kalau aku tak buka mulut, mana Hairi nak tahu.
“Yang
kau tu semalam? Aku nampak kau keluar dengan perempuan mana entah pergi Nori’s.
Siap bergelak ketawa lagi. Sekurang-kurangnya, aku tak adalah suka sangat kena
ikut putera tu tau!” marahku pula.
Hairi
membulatkan mata. “Nori’s?”
Aku
mengangguk geram. Buat-buat tak ingat pula!
“Itu adik akulah!” Hairi marah aku
balik.
Riak
wajah aku mula berubah. Daripada marah tiba-tiba aku terasa malu sendiri. Adoi!
Kenapalah tak tanya dia elok-elok. Kan dah malu sendiri!
“Kau buat apa dekat Nori’s? Aku
pergi pun dah dekat pukul sebelas kot?” nada Hairi menurun. Tidak lagi berbunyi
marah seperti tadi.
Aku menelan air liur. Patut ke aku
cerita aku pergi jumpa Abang Jade? Karang tak marahkan aku ikut Putera Danial,
ada dia marah aku jumpa Abang Jade pula.
“Aku laparlah...”
“Lapar? Kenapa tak call delivery je? Bukan ke jauh rumah
kau dengan Nori’s tu?”
“Kan delivery sampai pukul sepuluh setengah je. Aku lapar pukul sepuluh
empat puluh.”
Hairi sekadar menggelengkan kepala
mendengarkan alasan aku. Aku menggigit bibir. Haraplah dia tak tanya
lebih-lebih lagi.
“Adele, mulai hari ni, kau nak pergi
mana-mana, cakap dengan aku dulu. Aku tak suka kau keluar dengan mana-mana
lelaki.”
Aku mengangguk tanda faham.
“Lagi satu, mulai hari ni, pergi
dengan balik kelas, aku hantar. Aku tak nak nanti Putera Danial tu buat gila
lagi. Lagipun, aku pelik, kenapa sampai gunakan bodyguard dia untuk paksa kau? Dia ada apa nak jumpa kau
sebenarnya?”
Aku dah mula gelabah. Kalau beritahu
Putera Danial ajak aku kahwin, tempah maut namanya! Apa aku nak cakap ni? Apa?
Aduh... waktu-waktu macam inilah otak aku stuck
tak boleh nak berfikir.
4 comments:
alaaaa... btl ke hairi kuar ngn adik dia.. ntah btl entah x.. nk lah adela bcinta ngn putera..hihi
best.....
Yeke tu adik hairi?xcayalah..adele jgn prcaya tau
Mintak2 hairi kantoi lg dgn perempuan lain. Hahha.. nk baca watak putera lagi. best lah..
Post a Comment