::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

15 November 2013

E-Novel: Oh My Prince! 07



Oh My Prince 07
            Aku menaiki MRT untuk ke tempat yang dijanjikan. Hampir dua puluh minit masa aku ambil untuk tiba di perkarangan restoran menjual piza yang terkenal di sekitar Amanjaya, Nori’s Pizza. Dengar kata orang, pemilik restoran ni belajar buat piza sampai ke Eropah. Sebab tu pizanya sedap. Selalu juga aku makan dekat sini dengan Hairi waktu hujung minggu.

            Aku bergerak ke tepi apabila ada sebuah motorsikal datang daripada arah belakang. Sebaik saja penunggangnya  memakirkan motor di sebelah restoran, dia turun daripada motor dan helmet yang melindungi kepala di buka. Lelaki itu memandang aku dengan senyuman lebar.
            “Adele!”
      Aku mengecilkan mata. Lah! Abang Jade rupanya! Aku mempercepatkan langkah aku untuk mendapatkan dia yang sudah melambaikan tangannya, memanggil aku untuk ke arah dia.
            “Pergi hantar delivery ke? soalku sekadar memulakan perbualan.
            Abang Jade mengangguk. “Biasalah malam-malam macam ni. Awalnya Adele datang?”
            “Awal?” aku mengerutkan dahi. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul sepuluh. Rasanya dah terlambat untuk makan malam ni. “Abang habis kerja pukul berapa ni?”
            “Pukul sebelas.”
            “Dah tu, pukul sebelaslah baru kita nak makan?” soalku dengan kening dinaikkan. Abang Jade angguk tanpa rasa bersalah. Bukan ke dalam mesej dia ajak makan malam sama? Ini dah supper jadinya. Perut aku pun dah terasa lapar sebab tadi hanya makan lunch dengan Hairi dekat kafe.
            Abang Jade menyambung tugasnya manakala aku duduk di tempat makan bahagian luar restoran. Dalam pada itu mata memerhatikan pelanggan yang baru tiba walaupun waktu operasi hampir tamat tidak lama lagi. Itu belum lagi kereta yang keluar masuk untuk drive thru. Aku bangga dengan pemilik Nori’s Pizza ni sebab piza dia setanding dengan piza-piza terkenal yang lain.
            Sementara menunggu, seorang lelaki meletakkan semangkuk ais krim  di hadapan aku. Bila aku menayangkan muka pelik, dia menunjukkan ke arah Abang Jade di ruang dalam. Pasti dia yang minta kawan sekerja dia hantarkan.
Sambil menikmati aiskrim, aku memerhatikan sebuah kereta sport Mercedes masuk ke perkarangan restoran untuk ke laluan pandu lalu. Aku mengerutkan dahi apabila rasa kenal sangat dengan kereta berwarna putih ni. Bertambah berkerut apabila aku melihat pemandunya. Hairi sedang bergelak ketawa dengan seorang gadis di sebelahnya. Apa semua ni?
            “Ok. Dah sudah. Jom, kita dinner.”
Dua kotak regular piza di letakkan di hadapan aku. Sebelum dia duduk, dia ambil mangkuk aiskrim yang sudah kosong untuk di bawa ke dalam. Kemudian dia keluar kembali dengan senyuman lebar. Melihatkan wajah aku yang tegang, perlahan-lahan senyuman Abang Jade memudar.
            “Kenapa ni?” soal Abang Jade semasa aku tengah berperang dengan perasaan sendiri. Siapa perempuan yang bersama Hairi tadi? Kenapa dia keluar dengan perempuan tu? Selama ni, dia buat macam tu ke di belakang aku? Aku ke yang terlalu bodoh sebab mempercayai Hairi bulat-bulat?
            “Hei! Adele?”
            Abang Jade memetikkan jari di hadapan muka aku. Aku tersentak.
“Huh? Kenapa?”
Abang Jade memandang aku dengan dahi berkerut. “Fikirkan apa?” Abang Jade melemparkan pandangan ke arah jalan. Cuba untuk melihat apa yang membuatkan aku leka sebentar tadi.
“Tak ada apa...” balasku perlahan.
Kotak piza  yang ada di hadapan aku buka. Terasa lapar pula tiba-tiba. Perihal Hairi aku cuba untuk letak ke tepi. Baik aku isikan dulu perut yang kosong ni. Huh! Jangan-jangan dia tengah sedap-sedap makan piza dengan perempuan tadi. Argh! Geramnya aku! Kenapalah boleh ternampak Hairi dengan perempuan lain ni!
“Amboi! Makan terus je? Pelawa abang pun tak?” tegur Abang Jade.
Aku yang baru hendak menyuap piza ke dalam mulut terhenti. Wajah Abang Jade aku pandang dengan senyuman bersalah. Dahlah dia yang belanja, boleh pula aku nak bedal dulu tak ingatkan dia.
“Eh! Sorry... jom makan jom!” kataku seraya menyuapkan piza ke dalam mulut. Abang Jade menggeleng perlahan. Dia turut mengambil sepotong piza untuk dimakan.
So, saya dah keluar dinner dengan abang, kita hutang saya langsailah, ya?” aku memandang Abang Jade meminta kepastian.
Apalah sangat dengan pertolongan dia hari tu. Setakat tolong hantarkan aku ke kelas je. Rasanya cukuplah aku balas ni. Tapi melihatkan gelengan Abang Jade, dahi aku sudah berkerut. Tak cukup ke aku teman dia malam ni? Bukan senang tau nak ajak aku keluar kalau tak ya-ya?
“Tak. Sebenarnya, ada benda lain abang nak cakap dengan Adele.”
Aku mengangkat kening meminta dia meneruskan kata-katanya.
“Sebenarnya, abang...”
Aku merenung wajah Abang Jade yang mula serius. Kata-katanya aku tunggu dengan penuh debar. Apa yang Abang Jade nak sampaikan?
***
Aku bersiap ala kadar untuk ke kelas. Rambut separas bahu sanggulkan dan yang rambut yang terjuntai di muka aku selitkan ke telinga. Puas hati dengan persiapan diri, aku mencapai beg sandang dan sebuah fail yang terletak di atas meja. Suis lampu dan kipas aku matikan sebelum keluar dengan meninggalkan bilik berkunci.
Aku mengatur langkah ke arah stesyen MRT Ruby. Stesyen yang terdekat dengan rumah aku. Mujurlah dapat menyewa bilik di kawasan yang mudah pengangkutan awam. Hendak ke sana ke mari menjadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan MRT. Sebab tu aku memilih untuk tinggal di kawasan ini.
Sepuluh minit menaiki train, aku turun di stesyen MRT Emerald. Stesyen ini pula stesyen yang terdekat dengan Universiti Awam Alamin. Setiap sejam, pasti ada bas universiti tiba mengambil pelajar yang mahu ke universiti.
Disebabkan Universiti Awam Alamin tak menyediakan asrama yang mencukupi, terpaksalah pelajar yang bukan di semester pertama mencari bilik sewa. Mujur juga setiap pelajar di negara ini memang diberikan bantuan pembiayaan pelajaran. Jadi sebenarnya duit yang kami terima setiap semester lebih daripada cukup.
Aku tiba di kelas sepuluh minit sebelum kelas bermula. Mata aku laju mencari Hairi di tempat duduk favourite kami. Hairi sedang duduk dengan bermain dengan iphone di tangan. Leka. Tanpa menganggu tumpuannya, aku terus duduk di sebelah Hairi. Hairi menjeling aku sekilas sebelum kembali leka dengan telefonnya. Aku diam, dia pun diam.
Teringatkan peristiwa semalam, perasaan cemburu aku kembali muncul. Rasa ringan saja mulut ingin bertanya tentang perempuan semalam tapi...
“Kau pergi mana semalam?” Hairi terlebih dahulu bertanya.
Aku tersentak. Dia nampak aku ke masa aku dengan Abang Jade?
“Aku keluar dengan kawan...”
“Tuan Putera tu?” dingin saja nada suara Hairi.
“Tuan Putera?” dahi aku berkerut. “Tuan putera mana pula ni?” tambah aku lagi. Semalam aku keluar dengan Abang Jade je pun. Mana ada... tiba-tiba rahang aku jatuh. Aku melopong. Hairi tahu? Hairi tahu yang aku ‘keluar’ dengan Putera Danial? Alamak!
“Putera Danial tu lah! Kau keluar dengan dia kan petang semalam? Ada member aku nampak. Macam ni kau, kan? Depan aku kutuk-kutuk putera tu. Belakang aku? Huh! Entah berapa ramai lagi lelaki yang kau ikut!” Hairi sudah mencampakkan iphone dia ke dalam beg. Wajahnya tegang sewaktu aku lihat dari tepi.
Aku menggigit bibir. Macam tu sekali pandangan dia pada aku? Sampainya hati Hairi!
“Kau tak tahu kisah sebenar, kau jangan  assume yang bukan-bukan. Kau tahu ke aku kena paksa ikut dia? Kau tahu ke dia gunakan bodyguard dia untuk paksa aku ikut dia?”
Hairi tidak menjawab.
“Aku bukannya keluar dengan dia rela hati tau! Janganlah nak cakap macam aku ni perempuan murah sangat!” aku jadi marah. Tapi dalam marah-marah, aku risau juga kalau Hairi tahu putera sengal tu ajak aku kahwin. Ah! Dah tentu aku dengan putera tu je yang ada waktu tu. Kalau aku tak buka mulut, mana Hairi nak tahu.
“Yang kau tu semalam? Aku nampak kau keluar dengan perempuan mana entah pergi Nori’s. Siap bergelak ketawa lagi. Sekurang-kurangnya, aku tak adalah suka sangat kena ikut putera tu tau!” marahku pula.
Hairi membulatkan mata. “Nori’s?”
Aku mengangguk geram. Buat-buat tak ingat pula!
            “Itu adik akulah!” Hairi marah aku balik.
Riak wajah aku mula berubah. Daripada marah tiba-tiba aku terasa malu sendiri. Adoi! Kenapalah tak tanya dia elok-elok. Kan dah malu sendiri!
            “Kau buat apa dekat Nori’s? Aku pergi pun dah dekat pukul sebelas kot?” nada Hairi menurun. Tidak lagi berbunyi marah seperti tadi.
            Aku menelan air liur. Patut ke aku cerita aku pergi jumpa Abang Jade? Karang tak marahkan aku ikut Putera Danial, ada dia marah aku jumpa Abang Jade pula.
            “Aku laparlah...”
            “Lapar? Kenapa tak call delivery je? Bukan ke jauh rumah kau dengan Nori’s tu?”
            “Kan delivery sampai pukul sepuluh setengah je. Aku lapar pukul sepuluh empat puluh.”
            Hairi sekadar menggelengkan kepala mendengarkan alasan aku. Aku menggigit bibir. Haraplah dia tak tanya lebih-lebih lagi.
            “Adele, mulai hari ni, kau nak pergi mana-mana, cakap dengan aku dulu. Aku tak suka kau keluar dengan mana-mana lelaki.”
            Aku mengangguk tanda faham.
            “Lagi satu, mulai hari ni, pergi dengan balik kelas, aku hantar. Aku tak nak nanti Putera Danial tu buat gila lagi. Lagipun, aku pelik, kenapa sampai gunakan bodyguard dia untuk paksa kau? Dia ada apa nak jumpa kau sebenarnya?”
            Aku dah mula gelabah. Kalau beritahu Putera Danial ajak aku kahwin, tempah maut namanya! Apa aku nak cakap ni? Apa? Aduh... waktu-waktu macam inilah otak aku stuck tak boleh nak berfikir.

4 comments:

eija said...

alaaaa... btl ke hairi kuar ngn adik dia.. ntah btl entah x.. nk lah adela bcinta ngn putera..hihi

Unknown said...

best.....

Unknown said...

Yeke tu adik hairi?xcayalah..adele jgn prcaya tau

Basyirah Abd Rahman said...

Mintak2 hairi kantoi lg dgn perempuan lain. Hahha.. nk baca watak putera lagi. best lah..