::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

04 November 2013

E-Novel: Oh My Prince! 05



Oh My Prince 05
            Aku berjalan daripada blok C menuju ke arah tasik buatan yang di hadapan blok B dan C. Inilah satu-satunya jalan yang paling cepat untuk aku sampai ke pondok bas jika aku daripada salah satu daripada dua blok ini. Baru aku menuruni tangga untuk ke kawasan tasik, mata aku menangkap kelibat Putera Danial bersama seorang lelaki yang selalu menemani beliau selepas waktu kelas tamat di tepi tasik. Putera Danial santai berdiri dengan menyandarkan badannya di handrail kayu yang ada.

Malas mahu berselisih dengan Putera Danial, aku berpatah balik ke arah tangga. Aku melepaskan nafas berat. Aku rasa universiti ni, tak adalah kecil sangat sampai boleh terserempak dengan dia setiap hari. Dia ambil jurusan apa sebenarnya? Selalu sangat terserempak dengan dia sampai jadi rimas aku dibuatnya. Lagi pun, dua blok ni untuk jurusan aku je. Tiba di blok C, aku terpaksa mengambil laluan utama. Belum pun sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ada seorang lelaki berkacamata dan bersut hitam lengkap menghalang perjalanan aku. Aku terhenti melangkah.
Aku memandang lelaki itu daripada atas ke bawah. Tanpa berkata apa, perlahan-lahan aku mengundur ke belakang. Baru hendak membuka langkah seribu, aku sudah terlanggar seseorang di belakang. Siapa pula lelaki lagi seorang ni? Pasti dia ni orang-orang Putera Danial! Tak sempat aku hendak melarikan diri apabila tangan aku di pegang lelaki itu.
“Apa ni?!” melengking suara aku memarahi mereka. Sudahlah tahan aku macam aku ni pesalah.
“Maaf cik. Cik terpaksa ikut kami.”
Tangan aku di tarik untuk mengikut lelaki berada di belakang aku tadi. Aku meronta untuk melepaskan diri. Beberapa pelajar yang sedang lalu lalang hanya menjadi pemerhati tanpa masuk campur dengan urusan kami.
“Hei, apa ni? Lepaslah!” marahku. Namun, permintaan aku sedikt pun tidak di endahkan. Aku di bawa menghala ke jalan besar. Daripada jauh, sudah kelihatan sebuah kereta limosin panjang yang berwarna hitam menunggu. Kurang ajar! Ini mesti kerja Putera Danial. Siapa je yang mampu menggunakan kereta mewah macam tu dalam universiti ni?
Tiba di pintu kereta, lelaki berkaca mata membukakan pintu. Badan aku terasa di tolak ke dalam. Akhirnya dalam keterpaksaan, aku masuk juga ke dalam kereta mewah itu. Tergamam apabila mata aku memandang ruang dalam limosin ini. Tempat duduknya dengan dibaluti kulit berwarna hitam. Di bahagian tepi kanan pula terdapat mini bar dan juga televisyen. Bulat mata aku melihat kemewahan di depan mata ni.
“Please have a seat, Miss Adlina Hani...”
Lamunan aku terhenti apabila suara Putera Danial kedengaran memanggil nama penuh aku. Aku mengerutkan dahi. Adlina Hani? Macam mana dia boleh kenal aku? Siap panggil nama penuh aku pula tu? Ah! Terlupa pula. Sudah sah-sah dia ni putera raja, apalah sangat nak cari maklumat diri aku, rakyat marhaen ni? Teringatkan sesuatu, aku mula gelisah. Jangan pula rahsia aku di kampung dia telah tahu?
Aku menggigit bibir. Lagi satu, bila masa dia ada dalam kereta ni pula? Tadi rasanya dia ada kat tepi tasik? Bila masa dia ada dalam limo ni pula? Mata memandang Putera Danial yang duduk di hujung dengan kaki bersilang. ‘Kacak dan tampan,’ bisik hati aku. Hati mula menidakkan pandangan aku pada dia sewaktu kali pertama berjumpa dulu. Kalau Putera Danish itu lebih handsome dan kacak, Putera Danial juga mempunyai kelebihan dia sendiri. Kalau pelajar perempuan lain melihat dia sekarang ni, mahu berdarah hidung agaknya. Heh.
Aku cuba untuk bertenang. Pelawaannya untuk aku duduk, aku terima. Tetapi jauh sebatu daripada Putera Danial. Huh! Istimewa betul aku siap dapat duduk dalam satu kereta dengan Putera Danial ni!
“Maafkan saya tuanku. Ada apa tuanku cari saya ni?” akhirnya aku bertanya selepas hampir dua minit mendiamkan diri. Kereta pun sudah bergerak menghala ke pintu utama universiti.
Putera Danial tersenyum. Inilah kali pertama aku melihatkan senyuman dia. Senyuman yang dia berikan hanya untuk aku seorang. Tak perlu hendak berkongsi dengan gadis-gadis di luar sana.
“Kami cari kamu sebab kamu selalu larikan diri daripada kami. Kenapa?”
Kami? Kamu? Aku menelan air liur. ‘Soalan susah tu, tuanku. Kalau saya jawab, tuanku akan hukum saya ke?’ balasku di dalam hati. Namun di mulut, langsung tiada jawapan yang terkeluar.
“I’m waiting...” tegas suara Putera Danial.
“Saya tak ada jawapan, tuanku. Saya minta maaf kalau tindakan saya melarikan diri daripada tuanku, tuanku tak senang. Lepas ni, saya akan turut sama dengan kumpulan gadis-gadis yang selalu bersama tuanku...” balasku selamba. Cuba untuk tidak menunjukkan rasa gelisah dalam diri.
Putera Danial memandang aku tajam. Aku menggigit bibir. Entah kenapa, bila dengan dia, aku tak reti hendak menjadi lebih sopan. Mungkin sebab beberapa kali dah kantoi dengan dia, aku rasa aku tak perlu nak berpura-pura. Lagipun dia dah banyak dengar aku mengutuk dia hari pertama dia masuk sini.
Renungan tajam Putera Danial tidak lama. Seketika kemudian, ketawanya memenuhi ruang kereta ini. Aku mengerutkan dahi. Galak benar Putera Danial ketawa sehingga aku nampak dia mengesat air mata dia beberapa kali.
“You are very interesting, Adlina Hani. I really like you,” katanya sebaik saja ketawa dia berhenti.
Aku menjeling ke arah Putera Danial. ‘But I don’t like you!’ kataku geram di dalam hati.
Putera Danial bergerak ke arah mini bar yang menempatkan gelas dan beberapa botol kaca berisi minuman. Aku mengecilkan mata memandang botol-botol kaca yang pada kertas  permukaannya bertulis dengan tulisan yang aku tidak faham. Air apa yang putera ni nak beri kepada aku? Jangan-jangan dia ni ada niat tak baik tak?
“Have a drink. Minuman ni di datangkan khas daripada timur tengah. I really love it. You should try.”
Putera Danial menghulurkan segelas minuman berwarna merah kepada aku. Teragak-agak aku untuk menerimanya. Melihatkan dia turut menuangkan air yang sama ke dalam sebuah lagi gelas, barulah aku sedikit yakin untuk merasanya. Rasanya seperti air strawberi, tetapi ada sesuatu yang membuatkan air ini rasa lain. Rasa yang susah aku hendak gambarkan. Aku meneguk air ini buat kali ke dua. Sedapnya!
Putera Danial berpindah tempat ke sebelah aku. Badan aku mengeras. Rasa tidak selesa bila terasa bahu kami bersentuhan. Aku mengesot sedikit ke tepi, mahu menjarakkan kedudukan kami. Mujur Putera Danial tidak memberikan apa-apa reaksi melihatkan tindakan aku.
“Okay. Straight to the point, Your Highness. Kenapa tuanku cari saya?” kataku selepas meneguk sedikit minuman yang diberikan. Putera Danial tidak terus menjawab. Matanya memerhatikan ke arah luar tingkap, melihat kesibukan kota Amanjaya yang tidak pernah mati.
“Untuk kenal kamu lebih dekat?” ujarnya dalam tawa. “Sewaktu kali pertama kami berjumpa kamu, kami dengar setiap patah yang kamu katakan. Dan kami rasa tertarik dengan kamu,” sambungnya lagi.
Putera Danial memandang aku dengan senyuman di bibir. Perlahan-lahan, wajahnya di dekatkan dengan wajah aku. Jantung aku mula berdegup kencang. Seketika kemudian, terdengar suara dia berbisik di telinga aku.
“Adlina Hani, will you marry me?”
Dan serentak dengan itu, gelas yang masih penuh dengan minuman terlepas ke lantai limosin.

4 comments:

baby mio said...

BEST......

Nur Eza said...

Sopannya putera ni ckp,kami2 gitu..hehe..
Agak2 adelia terima ke

Basyirah Abd Rahman said...

Straight to the point betul putera ni.. Haha

Anonymous said...

omg best putera danial ni buat lawak ke apa terus ajak kahwin haha cant wait for the next chap its deff gonna be inreresting

~amira