::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

10 March 2014

E-novel: Oh My Prince! 33


Oh My Prince! 33
            Aku berlari masuk ke dalam Hospital Pakar Permata melalui pintu utama. Sebaik saja aku masuk di lobi hospital, aku menuju ke kaunter pertanyaan yang ada. Terpinga-pinga staf yang bekerja di situ melihatkan aku yang tercungap-cungap.
            “Danial... Danial Alauddin,” aku terhenti. Cuba menenangkan diri sebelum membuka mulut bertanya. “Danial Alauddin Ibni Sultan Hussin. Dia... accident tadi. Dia dekat mana sekarang?”

            Staf berbaju kuning cair itu memandang aku dari atas ke bawah. Pasti dia pelik melihatkan pakaian aku macam ni, lepas tu tiba-tiba bertanya tentang putera kedua Alamin. Ah! Pedulikanlah! Yang penting sekarang, aku nak tahu keadaan Putera Danial. Joe dengan Zul mesti ada dekat sini juga.
            “Awak ni, sihat ke tidak?” wanita itu memandang aku dengan ketawa sinis.
            “Saya sihat. Saya nak tahu, macam mana keadaan dia sekarang.” Aku menebalkan muka bertanya. Kalau ikutkan hati, nak juga aku balas balik kata-kata dia tu.
            “Heh...”
Wanita itu memperlekehkan aku. Aku mengetap bibir. Kalau tak kerana dia saja yang boleh membantu aku, tak adanya aku berdiri dekat sini. Bengang rasanya bila soalan aku dibiarkan tak berjawab. Boleh pula dia duduk dan buat kerja lain. Ingat aku ni tunggul dekat sini?!
“Cik... saya tanya tadi...”
“Maaflah! Saya rasa awak ni sakit ni. Awak siapa tiba-tiba nak minta kami maklumat tentang Putera Danial? Lagipun, Putera Danial tak ada dekat hospital ni,” sinis sekali jawapan dia.
Aku menahan rasa marah di dalam hati. Nametag yang dipakai wanita itu aku baca sekali lalu. Indah. Huh! Perangai tak indah langsung! Aku berpusing dan bergerak meninggalkan kaunter tadi. Telefon di dalam kocek aku keluarkan. Aku baca kembali mesej yang aku dapat tadi.
            -Permata Specialist Hospital-
Awak... awak dekat mana sekarang ni? Lama aku merenung mesej itu. Tersedarkan sesuatu, aku menampar pipi aku sendiri. Apalah bodoh sangat aku ni? Telefon sajalah nombor yang hantar mesej ni? Dah sah-sah yang hantar ni pembantu Putera Danial juga. Aduhai...!
            Aku mendail nombor itu. Kali pertama memanggil, talian tidak berjawab. Kali kedua memanggil pun, perkara yang sama berlaku. Aku mengeluh. Macam mana ni? Sudahlah staf hospital ni tak membantu! Aku tahulah aku ni tak layak berkawan dengan tuan putera tu.
            Aku cuba memanggil buat kali ketiga. Sebaik saja talian bersambung, terdengar ada bunyi telefon seseorang yang berjalan di belakang turut berbunyi. Entah kenapa, aku menoleh ke  belakang, ke arah datangnya bunyi telefon tadi.
“Adlina! Kamu buat apa dekat sini?”
Rasa menderu darah turun daripada muka. Aku memandang susuk tubuh Putera Danial yang berdiri tegak tidak jauh daripada tempat aku berdiri. Kami berbalas pandangan.
“Awak! Awak ok?”
Putera Danial mengangguk.
“Habis tu, yang accident tadi?”
“Oh! Joe yang accident. Lost control. Dia tengah laju, tiba-tiba kereta depan brek. Mujur, dia sempat diselamatkan. What a lucky guy!”
“Siapa yang reply mesej saya tadi?”
“Kamilah!”
“Kenapa nombor lain?” aku dah mula nak marah.
“Mana ada. Itu nombor kami yang kedualah! Yang kamu banned dulu!”
Oh! Baru aku teringat, lepas aku buang daripada banned list, aku tak pernah simpan nombor itu.
“Awak buat saya risau awak tahu tak! Sudahlah saya ingat awak yang drive. Bila nombor yang hantar mesej tu saya tak cam, lagilah saya risau, awak tahu?!” Aku menggeleng perlahan. Kalau diingat balik keadaan kereta tu... memang yakin pemandunya dah bertemu dengan Pencipta dia masa tu juga!
“I feel bad for Joe, but, I’m glad that you’re not in the car!”
Putera Danial tersenyum. Tangan aku dia capai dan diusap lembut.
“Sayang juga kamu pada kami, ya?”
Aku menarik muncung. Tangan yang berada dalam pegangan dia aku tarik. “Awak kawan saya, mestilah saya ambil berat.” Aku memerhatikan sekeliling. “Joe dekat mana?”
“Baru keluar ICU. Ada di tingkat empat. Nak tengok dia?”
Aku mengangguk.
“Come. Follow me. Tapi dia tak sedar lagi ni. Doktor kata, kepala dia mengalami hentakan sikit.
Aku mengikut langkah Putera Danial ke lif. Sewaktu kami melintasi kaunter pertanyaan tadi, aku menjeling ke arah Indah. Bibir aku melemparkan senyuman sinis. Tadi sindir-sindir aku, kan? Sekarang malu sendiri tak, tengok aku berjalan dengan Putera Danial macam ni walaupun baju aku sempoi macam apa? Huh! Tak pasal-pasal aku rasa bongkak pula!
“Awak yakin ke ini bukan cubaan membunuh?” aku bertanya bila tiba-tiba perkara itu terlintas di fikiran. Manalah tahu, dia ni kan orang berprofil tinggi. Kereta tu pula, kereta yang dia selalu bawa mana pergi. Melihatkan anggukan Putera Danial, aku menarik nafas lega.
“Kalau ikut kata saksi, memang kemalangan yang tak dirancang.” Putera Danial menerangkan ringkas. “Kamu dari mana ni, berpeluh-peluh?”
Putera Danial selamba mengelap peluh yang mula mengalir ke pipi dengan jari dia. Aku menolak tangan dia lembut dan mengeluarkan tisu dari dalam beg untuk mengelap peluh.
“Oh.. tadi saya nak balik bilik. Masa dalam perjalanan ke stesyen MRT Emerald, ternampak kereta awak accident.
“Balik bilik? Kamu tak ada kelas ke?”
Aku mengetap bibir. Baru inilah teringat tujuan utama aku tadi. Bukan kau nak balik bilik sebab nak mandi ke, Adele? Aku memandang Putera Danial sambil tersengih. Kami melangkah masuk ke dalam lif berdua. Mujur tak ada orang lain sekali. Nombor empat ditekan. Sebaik saja pintu lif tertutup barulah aku membuka cerita.
“Ah... malunya saya!” terasa panas muka aku hendak membuka cerita. Putera Danial memandang aku dengan riak ingin tahu.
“Sebenarnya saya terlewat bangun tadi.” Aku menggigit bibir. “Saya bangun pukul tujuh suku. Hairi dah sampai. Sudahlah kita orang ada test pukul lapan. Berebut saya siap sampai tak sempat nak mandi.” Aku sudah tertunduk malu.
“Jadi sebab tu saya nak balik bilik. Nak mandi. Petang baru pergi universiti balik. Tapi, dalam perjalanan nak pergi stesyen MRT Emerald, ternampak pula kereta awak. Itu yang saya dekat sini.”
Putera Danial sudah ketawa terbahak-bahak mendengar cerita aku. Terpegun aku melihat dia ketawa macam tu sekali. Inilah kali pertama dia mengekspresikan diri dia tanpa ada apa-apa halangan. Sebelum ni nampak macam cover macho je.
“Kamu ni Adlina... very funny!”
Aku hanya tersengih. Lidah aku jelirkan pada dia untuk menutup malu.
“Jasmine mesti tak pernah buat perangai macam ni. Mesti mana pergi dia wangi dan kemas dan cantik dan da bomb gitu!” kataku. Cuba membandingkan Jasmine dengan aku.
“Adlina...” suara Putera Danial tiba-tiba bertukar serius. Aku mengetap bibir.
“Ahah! Saya tak tanya apa-apa soalan. Saya cuma keluarkan ayat penyata je,” balasku selamba. Dia sendiri yang kata ‘No questions asked’ bukannya ‘no statement allowed’.
Putera Danial mengeluh. Serba salah pula sebab membuatkan mood dia bertukar tiba-tiba. “Don’t talk about her in front of me, ever!” tegasnya.
Aku hanya mengangguk. “Ai... ai... Your Highness! I’m sorry...”
Pintu lif terbuka. Tanpa berlengah, kami terus keluar dan menuju ke arah bilik yang menempatkan Joe.
Want to know something, Adlina?”
“Hrm?”
“Hari ni, kami makin jatuh cinta pada kamu,” Putera Danial tersenyum manis.
Berubah riak wajah aku bila dia cakap macam tu. Aku menarik nafas dalam, cuba untuk mengawal keadaan.
“Awak kawan saya, Putera Danial. Awak kawan saya...” kataku berulang kali. Mahu mengingatkan dia satu fakta yang tak akan pernah berubah. Dulu, kini dan selamanya.
xx


Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 buat anda yang sentiasa bagi sokongan. ^^ *asyik terima kasih je dari awal sampai la... hehe...*
Dan dikesempatan ni, sama-samalah kita doakan agar berlaku keajaiban untuk pesawat MH370 dan penumpangnya, agar mereka ditemui dalam keadaan yang selamat. :'(

8 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Mujurlah Putera Danial xde ape2. Haha. Berlagak jugak Adlina ni dgn receptionist tu. Kelakar baca.
Hehe.. Thank you writer sbb menjawab segala persoalan kami. (^__^)

Yeaa. Keep praying for MH370.

Peminat Prince said...

Sib baik xape2. Kalau x sy pn nk ke Hospital. haha

Cik writer boleh x tolong tulis panjang sikit babak Adele dgn Danial. Kite suka2 la babak dorg dua ni. Sweet.

Anonymous said...

Yeayyy.... ske ske chapter ni.. senyum n gelak sensowang baca.. hihihihi.. comelnyer... aduhaiii...
bila nk berakhir adele ngan hairi ni..?. Minggu depan pun bg citer depa 2 jugak yer..

zarra zuyyin said...

kita lambat pulak komen kali ini...
Kami makin jatuh cinta dengan awak.
Okey, tu je. Dan memang jatuh cinta pun dengan Adlina dan si Putera gelak-tak-cover-macho!

norma yusof said...

Bestnya...ske je baca. .sweet sgt2...

#NakJadiAdele said...

Haha. Adele kantoi sude dengan putera. keh3. xpe. tu buktinya adele concern.
keep up gud job writer. we wait for next chapter.
#prayforMH370

eifa said...

Kan dah kata putera tak eksiden. Wah!!! Dah makin jatuh cinta. Kelas gitu wahai tuan putera. Hehe

Ida said...

best & sweet. tn putere pasni mohon naik MRT dgn adele. haha