::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

24 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 35



Oh My Prince 35
            Aku menarik nafas lega bila Auntie Mai mengajak aku keluar hari Sabtu. Rasa nak berjoget masa Hairi menceritakan rancangan Auntie Mai. Bukannya apa, aku lega gila bila dapat mengelak daripada menemani Hairi untuk sesi pemilihan. Sudahlah kena berdepan dengan  Putera Danial dekat sana. Tak suka betul aku bila kena berada dalam satu tempat yang sama dengan dua lelaki tu walaupun aku dan Putera Danial hanya berkawan.

Tak dapat menzahirkan kegembiraan, bibir aku hanya tersengih besar. Suka gila! Reaksi Hairi jauh berbeza dengan reaksi aku. Masa dia menceritakan rancangan Auntie Mai, masam saja mukanya. Bising dia bila aku tersengih macam orang gila. Bukannya dia tahu aku sengih sebab suka. Kalau dia tahu, lagi bising aku rasa.
            “Ala... Sabtu je kan? Kau mainlah betul-betul. Masuk final hari Ahad nanti, aku boleh tengok,” aku cuba memujuk dia.
            “Macam mana nak masuk kalau buah hati tak ada depan mata? Tak ada semangat tau!” dia membantah. “Mama pun satu, aku dah cakap dah nak ajak kau weekend ni. Eh! Nak jugak ajak kau keluar. Karang aku melawan dia kata aku anak derhaka pula...” dia membebel lagi.
            “Sebab kau bukan anak derhaka, kau tak melawan...” Aku tersenyum. “Mama ajak aku keluar sebab tahu hari Ahad ada lagi. Dia nak kau masuk final la tu.”
            “Iyalah...” Hairi mengalah akhirnya walaupun mukanya kelat manakala aku sudah tersenyum simpul.
            ***
Tepat pukul lapan pagi aku sudah bangun dan lapan setengah pagi aku sudah bersiap untuk keluar dengan Auntie Mai. Kalau ikut mesej Auntie Mai malam tadi, dia nak ambil aku dalam pukul sembilan setengah pagi. Sempat aku pergi breakfast dekat Onestop ni sementara menunggu Auntie Mai datang.
Aku masuk ke dalam minimart dan berjalan ke arah kaunter yang menempatkan pemanas makanan. Tiga keping pai epal aku ambil dan kemudian aku ke kaunter minuman untuk membancuh secawan air coklat 3 in 1. Selesai membuat pembayaran, aku duduk di tempat duduk berpayung yang disediakan di luar kedai. Sambil menikmati sarapan ringkas, aku memerhatikan kereta yang lalu lalang.
Hampir sejam juga menunggu, barulah Auntie Mai tiba. Dia memandu sendiri kereta Toyota Camry yang dihadiahkan oleh Uncle Zaman sempena annyversary mereka yang ketiga puluh tahun. Melihatkan hanya dia seorang yang ada di dalam kereta, dahi aku berkerut.
Auntie seorang je? Acha tak ikut ke?” soalku sebai saja duduk dan memakai tali pinggang keledar.
“Seorang je, Adele. Acha tiba-tiba ada group discussion dengan kawan-kawan. Tak dapatlah dia ikut,” jelas Auntie Mai. Dia memandu berhati-hati untuk kembali masuk ke jalan.
“Tak bising ke dia, tak dapat ikut auntie?” soalku pelik. Tengok gaya Acha tu, macam jenis tak boleh tinggal je.
“Hrm... tak bising apanya! Merengek minta auntie postpone date kita. Auntie pujuklah dia, cakap lain kali kita keluar lagi bertiga. Tak seronoklah pula dah berjanji dengan Adele tiba-tiba cancel pula...” cerita Auntie Mai rancak.
Aku terangguk-angguk mendengarkan ceritanya. “Kalau postpone pun, Adele tak kisah auntie. Kesian dekat Acha,” kataku berbahasa. Dalam hati dah bersyukur gila. Mujurlah Auntie Mai tak tangguhkan janji dia.
“Kita nak ke mana ni auntie?”
“Kita jalanlah mana-mana. Kita berbual-bual, makan, shopping... bonding time,” balasnya. “Auntie pun ingat nak ke salon dengan spa. Lama tak manjakan diri. Adele boleh teman  auntie, kan?”
Aku hanya tersengih dan mengiyakan. Habislah kau hari ni, Adele. Layankan sajalah bakal mertua kau ni. Masa inilah nak kenal dia. Nanti dah kahwin senang, tak payah berperang mertua vs menantu!
Tempat pertama yang dituju Auntie Mai adalah spa yang dimiliki kenalan dia. Mesra Puan Zee menyambut kedatangan kami. Aku hanya tersipu malu bila diperkenalkan sebagai bakal menantu Auntie Mai. Segannya! Belum apa-apa lagi, sudah dicanang dekat kawan-kawan dia aku bakal berkahwin dengan Hairi tak lama lagi. Tak lama lagi tu bila tu? Tengok gaya Auntie Mai ni macam dah ada perancangan je untuk aku dengan Hairi.
Selepas menghabiskan masa berjam-jam di spa, kami ke salon pula untuk mencuci rambut. Sementara menunggu, aku membelek-belek katalog yang menghimpunkan gaya-gaya rambut yang terkini. Terpandangkan gaya rambut Jasmine yang aku pernah buat dulu, aku mencebik.
Huh! Tak kuasa dah nak ikut gaya perempuan tak cukup akal tu. Kenapalah aku boleh suka dia? Tapi iyalah, tak ada sebab untuk orang tak suka dia. Kat luar dia sangat baik dan bertimbang rasa dan baik hati. Aku jadi tak suka dia pun sebab dia buat hal dengan aku. Semuanya salah Putera Danial! Kalau aku tak ikut dia balik apartment dia, mesti tak adanya aku jumpa Jasmine dalam keadaan tegang macam tu.
Tumpuan aku terganggu bila telefon aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aku meletakkan kembali katalog di tempat aku ambil tadi. Telefon aku keluarkan dari kocek seluar dan aku jawab. Tidak lama kemudian, suara Hairi menampar gegendang telinga aku.
“Hai, sayang! How’s the game?” soalan pertama yang aku bertanya kepada dia.
“Agak-agak?” dia menyoal kembali. Daripada nada suara dia aku dah boleh agak macam mana permainan dia tadi.
“Masuk final, ye? Ceria semacam je ni?”
Hairi ketawa besar. “Tak. Esok masuk semi final, lepas tu baru final. Itupun kalau dapat masuklah.”
“Wah... congrats! Kalau dapat masuk final, and menang, aku bagi hadiah. Ok?”
“Ok! Aku tuntut nanti! Kau dekat mana ni? Masih dengan mama lagi?”
“Ha’ah. Tengah buat rambut ni. Lepas ni dia nak ajak lunch pula. Ikutkan ajelah...”
“Beruntung mama, dapat bakal menantu yang memahami,” Hairi mengusik.
Aku hanya ketawa. Beruntung sangat! Kalau Hairi, mampu ke dia menjadi bakal menantu yang memahami dalam keluarga aku? Aku mengetap bibir. Jangan dirosakkan mood yang tengah elok, Adele!
“Adele, kau nak tahu? Danial pun ada sekali tadi,” Hairi membuka cerita yang membuatkan jantung aku berdegup laju.
“Oh ya? Dia masuk juga ke?” soalku, pura-pura tak tahu.
“Ha’ah. Tapi tadi dia team C, aku team A. Cantik jugalah game dia tadi. Dengar cerita masuk semi final juga.”
Aku menelan air liur. Ah sudah! “Habis tu, kau jumpa dia ke nanti?”
“Eh, tak! Aku dengan team B. Dia dengan team D. Kalau sama-sama masuk final, jumpa dekat final lah nanti.”
Aku tergeleng perlahan. Entah kenapa, rasa tak sedap hati membayangkan Hairi berlawan dengan Putera Danial tu.
“Oklah, saja je call. Esok kau kena teman aku. Semi final tau! Semi final! Pembakar semangat kena ada. Cakap dengan mama siap-siap!”
Aku hanya ketawa mendengarkan kata-kata Hairi. Tak hilang lagi rasa geram dia dengan mama dia. Aku menggeleng perlahan. Sebaik saja talian tamat, aku menyimpan kembali telefon bimbit berwarna putih itu.
“Hairi ke?” tegur Auntie Mai di sebelah.
Aku mengiyakan.
“Apa katanya? Menang game hari ni?”
“Ha’ah. Esok semi final. Dia pesan suruh ikut dia esok.”
“Hrm... tak habis lagi geram dia pada auntie?
Aku hanya ketawa tanpa membalas soalan Auntie Mai. Dia pun dah faham sangat perangai anak teruna dia seorang tu. Sebaik saja pekerja yang mendandan rambut aku menanggalkan segala barang dan kain yang digunakan, aku bangun dan berpindah tempat duduk di ruangan menunggu. Auntie Mai muncul tidak lama kemudian selepas membuat pembayaran. Untung betul aku hari ni. Daripada spa, sampailah ke salon rambut, serba serbi ditanggung beres.
“Adele ada apa-apa ke nak cari? Baju ke?” soal Auntie Mai sebaik saja kami melangkah keluar dari salon.
Aku sekadar menggeleng dan menghadiahkan dia senyuman. Gila! Kalau aku cakap ada, memang dari hujung rambut sampai hujung kepala Auntie Mai ni belanja. Aku ni, tahu malu juga!
“Kalau tak ada, kita lunch dululah, ya? Jam pun dah pukul satu dah ni,” saran Auntie Mai.
Auntie tak lunch di rumah je? Uncle macam mana?”
Uncle main golf dengan kawan-kawan dia hari ni. Sebab tu panjang sikit langkah auntie.”
Aku mengangguk faham.
“Kita makan dekat Swensen’s?”
“Adele ikut je...”
Kami berjalan dan menuruni eskalator ke tingkat dua. Sambil berjalan, kami berborak.  Sedang aku bercerita tentang pelajaran aku dekat Auntie Mai, tiba-tiba dia menepuk lengan aku perlahan.
“Eh, tengok tu, Adele! Cantiknya wedding dress tu. Adele tak berkenan ke?” dia menunjukkan ke arah sehelai gaun pengantin berwarna putih yang diperagakan oleh patung di dalam sebuah kedai.
“Cantik, auntie. Kenapa? Auntie nak belikan untuk Adele ke nanti?” usikku.
“Eh! Auntie tak kisah. Nanti, kalau Adele dah nak kahwin dengan Hairi nanti. Adele pilih je nak dress yang mana. Kalau nak desgin sendiri pun, tak apa. Bukannya selalu, kan? Auntie ada kawan yang buka butik. Banyak baju-baju pengantin customer, dia design sendiri. Cantik, tau!”
Aku hanya mampu tersengih. Usikan aku akhirnya memakan diri aku sendiri. Akhirnya aku hanya menggelengkan kepala.
“Lambat lagi, auntie...
“Yela... kalau lambat pun, tak salah kan kalau kita berangan-berangan dulu!”
“Hrm...” aku mengangguk perlahan.
“Adele nanti nak tema macam mana?” soal Auntie Mai lagi.
Aku sudah terkelu. Ah sudah! Tema pula yang dia tanya. Akhirnya aku menggeleng. “Tak fikir lagi, auntie. Auntie rasa macam mana?”
“Eh! Wedding Adele, Adele la yang decide. Kalau auntie yang lebih sudu daripada kuah, bising uncle nanti...”
Aku hanya ketawa tanpa memberi sebarang komen. Kalau boleh, aku tak nak isu kahwin berpanjangan. Biarlah reda dahulu. Aku dengan Hairi pun ada setahun setengah lagi untuk tamat belajar. Banyak lagi masa yang ada...
xxx


Salam semua. 
1st. Sorry lambat! Saya terlupa nak auto update pagi tadi. ^^" *takde danial dalam entry ni, jangan marah eh. hihi.*
2nd. Ada yang minta saya tulis cerpen. Err... nak menyambung OMP ini pun tak tersambung. Macam  mana nak tulis cerpen? Huhuhu. T.T
3rd. Next entry... hrmm.... kemungkinan akan hiatus untuk jangka masa yang tak pasti. Jadi kita tengoklah macam mana nanti. T.T Thanks semua. ^^

8 comments:

Anonymous said...

baiknye aunty mai ni. betuah adele klu dpt mil mcm ni. bila pulak nk kenalkan hairi kat belah adele lak? tak adil lak kat hairi sebab adele ni berahsia sgt

Basyirah Abd Rahman said...

Aha..patut lama tunggu2. few times refresh. Ingatkan dpt baca update match putera dgn Hairi. hikhik..
Next week pls sambung cpt2 cerita ni. Wohaa.. Saya nak tuan putera menang!!
Aunty Mai baik sangat. Haha.. Tp tunang pn belum lagi aunty. Ada masa lagi ;)

Peminat Prince said...

Xmarah cuma rindu je >___< ahaks..
Saye nk jadi team putera daniel! Xmau hairi. haha

Pembaca_Setia said...

baiknya aunty mai. bkn senang nk dpt mertua yg sporting. klu sy jd adele mst serba salah sbb aunty mai baik dn yg pntg dia menerima seadanya.
tp pd ms yg sama daniel juga humble dn adorable. sy rs susah utk adele buat kputusan. hairi mesti akn mrh klu tahu adele kwn dgn daniel blkg dia. tp hairi xde hak nk marah sbb adele ada hak utk kwn dgn sesapa kan. x suka kalu hairi terlalu pushy sgt. i can feel adele (wlupn dlm watak novel)
nicely written cik penulis. awak boleh 'pause' rasa saspen tu kan. ni yg menarik. cerita yg lain dr yg lain. cinta bersegi2. ekeke

siti Aisyah said...

thanks akak for this entry..lpas ni update la prince daniel..i miss him..

Anonymous said...

pendapat saya, cerita ini sangat menarik jalan ceritanya. cuma kekurangannya, saya tak dapat melihat keikhlasan putera daniel dalam hubungan. mungkin belum ditunjukkan lagi. apa pun sangat menarik. saya bagi 99%.

Anonymous said...

bestnya. tapi bila nak tengok dia dengan putera daniel pulak? alaaa..... bosannya kalau cerita ni tak complete lagi. tak sabar nak tunggu next n3. pleaseeee, update cepat. tak sabar nak tahu kisah yang seterusnya.

Anonymous said...

saya tak setuju! kenapa adele mesti terperangkap dengan tiga orang lelaki.
kenapa abang-abang dia kejam sangat? kenapa tak ambil peduli pasal adik perempuan diorang. haishh... memang tak puas hati betul! maaf jika terasa. saya memang macam ni. kalau membaca, suka mendalami perasaan watak yang dibawakan!