Aku menarik nafas lega bila Auntie Mai mengajak aku keluar hari
Sabtu. Rasa nak berjoget masa Hairi menceritakan rancangan Auntie Mai. Bukannya apa, aku lega gila bila dapat mengelak
daripada menemani Hairi untuk sesi pemilihan.
Sudahlah kena berdepan dengan Putera
Danial dekat sana. Tak suka betul aku bila kena berada dalam satu tempat yang
sama dengan dua lelaki tu walaupun aku dan Putera Danial hanya berkawan.
Tak
dapat menzahirkan kegembiraan, bibir aku hanya tersengih besar. Suka gila! Reaksi
Hairi jauh berbeza dengan reaksi aku. Masa dia menceritakan rancangan Auntie Mai, masam saja mukanya. Bising
dia bila aku tersengih macam orang gila. Bukannya dia tahu aku sengih sebab
suka. Kalau dia tahu, lagi bising aku rasa.
“Ala... Sabtu je kan? Kau mainlah
betul-betul. Masuk final hari Ahad
nanti, aku boleh tengok,” aku cuba memujuk dia.
“Macam mana nak masuk kalau buah
hati tak ada depan mata? Tak ada semangat tau!” dia membantah. “Mama pun satu,
aku dah cakap dah nak ajak kau weekend ni.
Eh! Nak jugak ajak kau keluar. Karang aku melawan dia kata aku anak derhaka
pula...” dia membebel lagi.
“Sebab kau bukan anak derhaka, kau
tak melawan...” Aku tersenyum. “Mama ajak aku keluar sebab tahu hari Ahad ada
lagi. Dia nak kau masuk final la tu.”
“Iyalah...” Hairi mengalah akhirnya
walaupun mukanya kelat manakala aku sudah tersenyum simpul.
***
Tepat
pukul lapan pagi aku sudah bangun dan lapan setengah pagi aku sudah bersiap
untuk keluar dengan Auntie Mai. Kalau
ikut mesej Auntie Mai malam tadi, dia
nak ambil aku dalam pukul sembilan setengah pagi. Sempat aku pergi breakfast dekat Onestop ni sementara menunggu Auntie
Mai datang.
Aku
masuk ke dalam minimart dan berjalan
ke arah kaunter yang menempatkan pemanas makanan. Tiga keping pai epal aku
ambil dan kemudian aku ke kaunter minuman untuk membancuh secawan air coklat 3 in 1. Selesai membuat pembayaran, aku
duduk di tempat duduk berpayung yang disediakan di luar kedai. Sambil menikmati
sarapan ringkas, aku memerhatikan kereta yang lalu lalang.
Hampir
sejam juga menunggu, barulah Auntie Mai tiba.
Dia memandu sendiri kereta Toyota Camry yang dihadiahkan oleh Uncle Zaman sempena annyversary mereka yang ketiga puluh tahun. Melihatkan hanya dia
seorang yang ada di dalam kereta, dahi aku berkerut.
“Auntie seorang je? Acha tak ikut ke?”
soalku sebai saja duduk dan memakai tali pinggang keledar.
“Seorang
je, Adele. Acha tiba-tiba ada group
discussion dengan kawan-kawan. Tak dapatlah dia ikut,” jelas Auntie Mai. Dia memandu berhati-hati untuk kembali masuk ke jalan.
“Tak
bising ke dia, tak dapat ikut auntie?” soalku
pelik. Tengok gaya Acha tu, macam jenis tak boleh tinggal je.
“Hrm...
tak bising apanya! Merengek minta auntie
postpone date kita. Auntie pujuklah dia, cakap lain kali
kita keluar lagi bertiga. Tak seronoklah pula dah berjanji dengan Adele
tiba-tiba cancel pula...” cerita Auntie Mai rancak.
Aku
terangguk-angguk mendengarkan ceritanya. “Kalau postpone pun, Adele tak kisah auntie.
Kesian dekat Acha,” kataku berbahasa. Dalam hati dah bersyukur gila. Mujurlah Auntie Mai tak tangguhkan janji dia.
“Kita
nak ke mana ni auntie?”
“Kita
jalanlah mana-mana. Kita berbual-bual, makan, shopping... bonding time,” balasnya. “Auntie pun ingat nak ke salon
dengan spa. Lama tak manjakan diri. Adele boleh teman auntie,
kan?”
Aku
hanya tersengih dan mengiyakan. Habislah kau hari ni, Adele. Layankan sajalah
bakal mertua kau ni. Masa inilah nak kenal dia. Nanti dah kahwin senang, tak
payah berperang mertua vs menantu!
Tempat
pertama yang dituju Auntie Mai adalah
spa yang dimiliki kenalan dia. Mesra Puan Zee menyambut kedatangan kami. Aku
hanya tersipu malu bila diperkenalkan sebagai bakal menantu Auntie Mai. Segannya! Belum apa-apa
lagi, sudah dicanang dekat kawan-kawan dia aku bakal berkahwin dengan Hairi tak
lama lagi. Tak lama lagi tu bila tu? Tengok gaya Auntie Mai ni macam dah ada perancangan je untuk aku dengan Hairi.
Selepas
menghabiskan masa berjam-jam di spa, kami ke salon pula untuk mencuci rambut. Sementara menunggu, aku
membelek-belek katalog yang menghimpunkan gaya-gaya rambut yang terkini.
Terpandangkan gaya rambut Jasmine yang aku pernah buat dulu, aku mencebik.
Huh!
Tak kuasa dah nak ikut gaya perempuan tak cukup akal tu. Kenapalah aku boleh suka
dia? Tapi iyalah, tak ada sebab untuk orang tak suka dia. Kat luar dia sangat
baik dan bertimbang rasa dan baik hati. Aku jadi tak suka dia pun sebab dia
buat hal dengan aku. Semuanya salah Putera Danial! Kalau aku tak ikut dia balik
apartment dia, mesti tak adanya aku
jumpa Jasmine dalam keadaan tegang macam tu.
Tumpuan
aku terganggu bila telefon aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aku
meletakkan kembali katalog di tempat aku ambil tadi. Telefon aku keluarkan dari
kocek seluar dan aku jawab. Tidak lama kemudian, suara Hairi menampar gegendang
telinga aku.
“Hai,
sayang! How’s the game?” soalan
pertama yang aku bertanya kepada dia.
“Agak-agak?”
dia menyoal kembali. Daripada nada suara dia aku dah boleh agak macam mana
permainan dia tadi.
“Masuk
final, ye? Ceria semacam je ni?”
Hairi
ketawa besar. “Tak. Esok masuk semi final,
lepas tu baru final. Itupun kalau
dapat masuklah.”
“Wah...
congrats! Kalau dapat masuk final, and menang, aku bagi hadiah. Ok?”
“Ok!
Aku tuntut nanti! Kau dekat mana ni? Masih dengan mama lagi?”
“Ha’ah.
Tengah buat rambut ni. Lepas ni dia nak ajak lunch pula. Ikutkan ajelah...”
“Beruntung
mama, dapat bakal menantu yang memahami,” Hairi mengusik.
Aku
hanya ketawa. Beruntung sangat! Kalau Hairi, mampu ke dia menjadi bakal menantu
yang memahami dalam keluarga aku? Aku mengetap bibir. Jangan dirosakkan mood
yang tengah elok, Adele!
“Adele,
kau nak tahu? Danial pun ada sekali tadi,” Hairi membuka cerita yang membuatkan
jantung aku berdegup laju.
“Oh
ya? Dia masuk juga ke?” soalku, pura-pura tak tahu.
“Ha’ah.
Tapi tadi dia team C, aku team A. Cantik jugalah game dia tadi. Dengar cerita masuk semi final juga.”
Aku
menelan air liur. Ah sudah! “Habis tu, kau jumpa dia ke nanti?”
“Eh,
tak! Aku dengan team B. Dia dengan team D. Kalau sama-sama masuk final, jumpa dekat final lah nanti.”
Aku
tergeleng perlahan. Entah kenapa, rasa tak sedap hati membayangkan Hairi
berlawan dengan Putera Danial tu.
“Oklah,
saja je call. Esok kau kena teman
aku. Semi final tau! Semi final! Pembakar semangat kena ada.
Cakap dengan mama siap-siap!”
Aku
hanya ketawa mendengarkan kata-kata Hairi. Tak hilang lagi rasa geram dia
dengan mama dia. Aku menggeleng perlahan. Sebaik saja talian tamat, aku
menyimpan kembali telefon bimbit berwarna putih itu.
“Hairi
ke?” tegur Auntie Mai di sebelah.
Aku
mengiyakan.
“Apa
katanya? Menang game hari ni?”
“Ha’ah.
Esok semi final. Dia pesan suruh ikut
dia esok.”
“Hrm...
tak habis lagi geram dia pada auntie?”
Aku
hanya ketawa tanpa membalas soalan Auntie
Mai. Dia pun dah faham sangat perangai anak teruna dia seorang tu. Sebaik
saja pekerja yang mendandan rambut aku menanggalkan segala barang dan kain yang
digunakan, aku bangun dan berpindah tempat duduk di ruangan menunggu. Auntie Mai muncul tidak lama kemudian
selepas membuat pembayaran. Untung betul aku hari ni. Daripada spa, sampailah
ke salon rambut, serba serbi
ditanggung beres.
“Adele
ada apa-apa ke nak cari? Baju ke?” soal Auntie
Mai sebaik saja kami melangkah keluar dari salon.
Aku
sekadar menggeleng dan menghadiahkan dia senyuman. Gila! Kalau aku cakap ada,
memang dari hujung rambut sampai hujung kepala Auntie Mai ni belanja. Aku ni, tahu malu juga!
“Kalau
tak ada, kita lunch dululah, ya? Jam
pun dah pukul satu dah ni,” saran Auntie
Mai.
“Auntie tak lunch di rumah je? Uncle macam
mana?”
“Uncle main golf dengan kawan-kawan dia
hari ni. Sebab tu panjang sikit langkah auntie.”
Aku
mengangguk faham.
“Kita
makan dekat Swensen’s?”
“Adele
ikut je...”
Kami
berjalan dan menuruni eskalator ke tingkat dua. Sambil berjalan, kami
berborak. Sedang aku bercerita tentang pelajaran
aku dekat Auntie Mai, tiba-tiba dia
menepuk lengan aku perlahan.
“Eh,
tengok tu, Adele! Cantiknya wedding dress
tu. Adele tak berkenan ke?” dia menunjukkan ke arah sehelai gaun pengantin berwarna
putih yang diperagakan oleh patung di dalam sebuah kedai.
“Cantik,
auntie. Kenapa? Auntie nak belikan untuk Adele ke nanti?” usikku.
“Eh!
Auntie tak kisah. Nanti, kalau Adele
dah nak kahwin dengan Hairi nanti. Adele pilih je nak dress yang mana. Kalau nak desgin
sendiri pun, tak apa. Bukannya selalu, kan? Auntie ada kawan yang buka butik. Banyak baju-baju pengantin customer, dia design sendiri. Cantik, tau!”
Aku
hanya mampu tersengih. Usikan aku akhirnya memakan diri aku sendiri. Akhirnya
aku hanya menggelengkan kepala.
“Lambat
lagi, auntie...”
“Yela...
kalau lambat pun, tak salah kan kalau kita berangan-berangan dulu!”
“Hrm...”
aku mengangguk perlahan.
“Adele
nanti nak tema macam mana?” soal Auntie
Mai lagi.
Aku
sudah terkelu. Ah sudah! Tema pula yang dia tanya. Akhirnya aku menggeleng.
“Tak fikir lagi, auntie. Auntie rasa
macam mana?”
“Eh!
Wedding Adele, Adele la yang decide. Kalau auntie yang lebih sudu daripada kuah, bising uncle nanti...”
Aku
hanya ketawa tanpa memberi sebarang komen. Kalau boleh, aku tak nak isu kahwin
berpanjangan. Biarlah reda dahulu. Aku dengan Hairi pun ada setahun setengah
lagi untuk tamat belajar. Banyak lagi masa yang ada...
xxx
Salam
semua.
1st. Sorry
lambat! Saya terlupa nak auto update pagi tadi. ^^" *takde danial dalam
entry ni, jangan marah eh. hihi.*
2nd. Ada yang
minta saya tulis cerpen. Err... nak menyambung OMP ini pun tak tersambung.
Macam mana nak tulis cerpen? Huhuhu. T.T
3rd. Next
entry... hrmm.... kemungkinan akan hiatus untuk jangka masa yang tak pasti.
Jadi kita tengoklah macam mana nanti. T.T Thanks semua. ^^
9 comments:
baiknye aunty mai ni. betuah adele klu dpt mil mcm ni. bila pulak nk kenalkan hairi kat belah adele lak? tak adil lak kat hairi sebab adele ni berahsia sgt
Aha..patut lama tunggu2. few times refresh. Ingatkan dpt baca update match putera dgn Hairi. hikhik..
Next week pls sambung cpt2 cerita ni. Wohaa.. Saya nak tuan putera menang!!
Aunty Mai baik sangat. Haha.. Tp tunang pn belum lagi aunty. Ada masa lagi ;)
Xmarah cuma rindu je >___< ahaks..
Saye nk jadi team putera daniel! Xmau hairi. haha
baiknya aunty mai. bkn senang nk dpt mertua yg sporting. klu sy jd adele mst serba salah sbb aunty mai baik dn yg pntg dia menerima seadanya.
tp pd ms yg sama daniel juga humble dn adorable. sy rs susah utk adele buat kputusan. hairi mesti akn mrh klu tahu adele kwn dgn daniel blkg dia. tp hairi xde hak nk marah sbb adele ada hak utk kwn dgn sesapa kan. x suka kalu hairi terlalu pushy sgt. i can feel adele (wlupn dlm watak novel)
nicely written cik penulis. awak boleh 'pause' rasa saspen tu kan. ni yg menarik. cerita yg lain dr yg lain. cinta bersegi2. ekeke
thanks akak for this entry..lpas ni update la prince daniel..i miss him..
pendapat saya, cerita ini sangat menarik jalan ceritanya. cuma kekurangannya, saya tak dapat melihat keikhlasan putera daniel dalam hubungan. mungkin belum ditunjukkan lagi. apa pun sangat menarik. saya bagi 99%.
bestnya. tapi bila nak tengok dia dengan putera daniel pulak? alaaa..... bosannya kalau cerita ni tak complete lagi. tak sabar nak tunggu next n3. pleaseeee, update cepat. tak sabar nak tahu kisah yang seterusnya.
saya tak setuju! kenapa adele mesti terperangkap dengan tiga orang lelaki.
kenapa abang-abang dia kejam sangat? kenapa tak ambil peduli pasal adik perempuan diorang. haishh... memang tak puas hati betul! maaf jika terasa. saya memang macam ni. kalau membaca, suka mendalami perasaan watak yang dibawakan!
pengakhiran cerita ni adalah adale akan berkahwin jg dengan putera daniel tu
Post a Comment