::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

03 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 32



Oh My Prince 32
Aku tersedar bila telefon aku sudah berbunyi berkali-kali. Dalam keadaan mamai, aku menjawab panggilan yang aku tak tahu daripada siapa. Sayup-sayup aku mendengar suara Hairi di hujung talian.
            “Hrm... sayang? Ada apa telefon pagi-pagi ni?” soalku malas. Mata kembali dipejamkan.
            “Ada apa? Adele, cuba tengok jam dah pukul berapa?”

            Aku membuka mata. Telefon yang melekap di telinga aku angkat dan jam aku perhatikan. Alamak! Pukul tujuh suku!
            “Aaaaa....! Aku baru bangun! Sekejap! Lima minit aku siap! Jangan tinggalkan aku!”
Aku terus mematikan talian. Bergegas aku keluar dari bilik dan berlari ke bilik air. Selepas mencuci muka dan menggosok gigi, aku kembali ke bilik untuk bersiap. Gila! Sudahlah hari ni ada test pukul lapan. Itulah! Malam tadi stay up sangat nak study. Akhirnya tengok pukul berapa bangun pagi ni?
Malam tadi, sikit punya lama aku dilema sama ada hendak pergi ke universiti, menunaikan janji aku dengan Adib ataupun duduk saja dekat bilik, study. Dalam aku berdilema tu tak sedar jam dah menunjukkan pukul lapan setengah. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk duduk saja di bilik. Pukul tiga pagi baru aku tidur.
            Selesai menyalin baju, aku terus mencapai beg yang aku selalu gunakan untuk kelas dan keluar. Dengan tak mandinya, dengan berpeluh-peluhnya, aku pun masuk ke dalam kereta Hairi. Dia memecut laju ke universiti.
            ***
            “Macam mana? Ok?” Hairi bertanya sebaik saja kami keluar daripada testroom.
            Aku hanya mengangkat bahu. “Bolehlah...”
            “Hesy.... ok pun muka macam tak ok je...” tegur Hairi. Aku sekadar melemparkan senyuman.
            “Hairi, aku ingat nak baliklah bilik sekejaplah...” aku bersuara sebelum kami sampai kafeteria. Lepas ni ada kelas lagi pukul sepuluh sampai sebelas. Adalah sejam masa untuk break sebelum kelas bermula. Rasanya, tak sempat nak kejar masa untuk balik dalam sejam ni. Skip ajelah kelas tu. Bukannya selalu buat pun.
            “Kenapa nak balik? Next class pukul sepuluh, kan?”
            “Aku tak sempat mandi sebenarnya tadi. Kau tak ada bau busuk ke jalan sebelah aku? Aku rasa badan dah melekit walaupun sejam dalam test room tadi ada ­air-cond.”
            “Kau tak mandi?!” Hairi menyoal kuat.
            Cepat-cepat aku menampar tangan dia supaya dia merendahkan volume dia. Nasib baiklah tak ramai yang berjalan dekat-dekat kami. “Kau ni! Malulah aku!”
            Hairi ketawa. “Sempat ke nak balik sejam ni?”
            “Tak tahulah. Kalau tak sempat, aku ponteng ajelah kelas lepas ni. Kelas petang nanti aku datang balik,” aku dah tersengih. Rasa nakal pula sekali-sekala pasang niat nak ponteng kelas ni.
            Hairi menggeleng perlahan. “Dah pandai nak ponteng kelas sekarang ni. Semalam kata tak sempat nak study, risau pasal study...” dia bising. “Jomlah. Aku hantar kau balik. Sekejap je kan kau mandi?”
            “Eh! Tak payahlah! Kau stay. Aku pun tiba-tiba rasa malas nak pergi kelas lepas ni. Petang kita jumpa, ok? Bye sayang...” kataku lalu melangkah ke jalan short cut untuk ke pondok bas. Pada Hairi aku lambaikan tangan sebagai tanda perpisahan. Perpisahan sangat!
           Belum aku sampai di pondok bas, tiba-tiba telefon aku bergetar di dalam kocek seluar. Telefon aku keluarkan. Mesej kiriman Hairi aku baca.
            -Habis tu, aku nak brunch dengan siapa ni?-
            Aku tersenyum sendiri. Manja! Laju aku menaip jawapan untuk diberikan kepada dia.       +Pergilah dengan Ihsan ke, Naqib ke. Yang penting bukan perempuan.+
-Waa... ada orang cemburu! Syukurlah!-
            Aku mencebik. Syukur apanya pun aku tak tahu. Aku jenis cemburu? Macam tak je. Aku memasukkan kembali telefon ke dalam kocek seluar. Sambil berjalan, mata melilau ke arah jalan. Memerhatikan sama ada bas universiti untuk hantar pelajar ke stesyen MRT dah sampai atau belum. Aku menarik nafas lega bila bas sampai tepat-tepat masa aku menjejakkan kaki di pondok bas. Dalam ramai pelajar yang hendak turun, aku menunggu masa untuk  naik. Terpandangkan Abang Jade yang memandu, sengih aku sudah melebar.
            “Pagi!” sapaku ceria.
            “Hai? Nak balik dah ke? Tak ada kelas?” soal dia serius.
            Aku hanya tersengih dan mengangguk. Nampak sangat aku seorang je yang naik bas untuk ke MRT Emerald. Kantoi sangat skip kelas. Aku mengambil tempat di belakang Abang Jade. Sementara menunggu bas tiba di destinasi, aku bermain dengan telefon.
            “Peh! Gila dahsyat!”
            Suara Abang Jade yang seolah-olah terkejut melihatkan sesuatu menarik perhatian aku. Aku mengangkat muka dari telefon di tangan. Mata melilau memerhatikan ke arah jalan melalui windscreen. Melihatkan trafik bergerak perlahan, dahi aku dah berkerut. Sekarang bukan waktu puncak yang boleh buat jalan sesak.
            “Kenapa Abang Jade?” aku menyoal bila tak faham dengan situasi yang berlaku.
            “Itu hah! Lambor accident.”
            Aku bangun daripada duduk dan bergerak ke sebelah pemandu. Mata aku kecilkan, cuba memerhati kereta yang Abang jade maksudkan. Sebuah kereta Lamborghini berwarna merah sudah remuk di bahagian depan dan belakang bersama dua kereta lain di depan dan belakangnya. Api marak menjulang dari bahagian enjin lambor tu. Aku menelan air liur. Teruknya! Melihatkan keadaan kereta yang remuk macam ni, aku tak rasa pemandu dia boleh selamat. Aku menggeleng kepala perlahan. Betullah, kelajuan itu membunuh!
            Aku kembali ke tempat duduk aku. Keadaan kereta tadi masih tak mampu aku buang dari ingatan. Kenapa aku rasa macam biasa tengok kereta tu? Ingatan aku melayang teringatkan Putera Danial yang mempunyai kereta yang sama jenama dan warna. Tak perasan pula kereta tadi model yang mana. Tapi, takkanlah itu kereta dia? Bukannya dia seorang je yang mampu beli kereta tu. Kenapa hati aku rasa tak tenang ni?
            Jari jemari aku bermain dengan telefon. Hati teragak-agak sama ada mahu menghubungi Putera Danial ataupun tidak. Tapi, waktu-waktu macam ni, tak sepatutnya dia berada di luar kampus. Lagi-lagi pelajar tahun akhir macam dia.Bila aku tak mampu menahan rasa ingin tahu, laju jari jemari aku berlari di atas skrin telefon. Sebuah mesej aku hantarkan kepada Putera Danial.
            -Where are you?-
            Tidak lama kemudian, sebuah mesej tiba di telefon aku. Jantung aku mula berdegup laju bila nombor lain yang menghantar mesej. Aku membuka mesej yang baru aku terima. Satu demi satu perkataan yang tertera di skrin aku baca.
            -Permata Specialist Hospital-
            Aku tergamam. Rahang aku jatuh. Ini bukan nombor Putera Danial. Jadi, adakah ini bermakna... aku menggigit bibir. Perasaan risau terus menyelubungi diri. Dengan keadaan kereta tadi tu.. aku memejamkan mata rapat-rapat. Kenapa perlu fikirkan pasal dia, Adele? Tak kisahlah! Apa yang penting, dia selamat atau tidak?
            “Abang Jade...”
            “Hrm?”
            “Agak-agak, driver tadi selamat tak?” soalku perlahan.
“Susah nak cakap, Adele. Kalau tengok remuknya kereta tadi...” Abang Jade tidak meneruskan kata-kata.
Aku menghela nafas perlahan. Mata masih membaca mesej tadi berulang kali. Tak boleh jadi ni! Hospital Pakar Permata. Kalau naik train di MRT Emerald, kena turun di Amanjaya Central Station, lepas tu naik cab untuk ke hospital tu. Paling cepat pun dalam setengah jam baru sampai. Itu pun kalau trafik tak sesak dekat Jalan Panglima.
Aku melihat jam di pergelangan. Pukul sembilan setengah pagi. Kelas petang ni pukul dua. Sempat kalau aku pergi melawat Putera Danial sekejap ni. Aku menggenggam erat telefon di tangan. Ya Allah, aku tak minta banyak. Sekali ini saja. Dia kawan aku, maka kau selamatkanlah dia daripada sebarang malapetaka...

15 comments:

zarra zuyyin said...

Nak cubit tak sampai hati.
Awat buat lagu tu cek.
Tengah syok baca...
Hang!

adoi...

Anonymous said...

Eh jgn la...smbg la wlpun sket...

Anonymous said...

wwannurr....

awat cipuk bebenor ni... tak puas N3N3N3 lagiiiiiiii

Basyirah Abd Rahman said...

Ohmy Prince! Berdebarnya nk tahu keadaan tuan putera.. Bagi la Adele chance nak lawat Tuan Putera tu. Haha (Sebenarnya bg la readers chance nak tahu apa terjadi berikutnya).

Keep up good job, beautiful writer! You make my day oh-sem.

Peminat Prince said...

Adele mandi kat hospital je lah! haha..
Ala..ini kan assignment jugak. Jgn berenti menulis dan update. hihi. Nak tahu apa jadi ng tuan putera..

Gud luck in your writing!

Aziela said...

Kalau tak letak entry pun hati tak tenang...apa salahnya sambung entry ni kan. Tolonglah...kahwinkanlah Adele dengan Daniel. Pleasseeeeeeee....!!!

Ruhaya Isnin said...

Jangan la stop writing sikit pun every entry x pe janji ada entry kalau x meroyan dibuatnya. All the best dalam semua yang diceburi.

#NakJadiAdele said...

Eh saspennye tetibe stop! Pls update next Monday. Nak tahu jugak ape jadi ng Danial.

Anonymous said...

Kesiannya kalau Putera Danial yg terlibat dlm accident. Mesti masuk paper. Hihi..
Nnt update Adele dgn Danial je eh. Nk tgk babak dorg. ha ha.
p/s: Saya habiskan setengah hari baca pasal OMP ni. its fun dan rasa terhibur dgn cerita ni.

Anonymous said...

Hah..alamak... prince xcden ke... sapa yg reply msg adele tu.. haishh.. suspen..suspen. tgh2 dok suspen.. tub2 da bis? Aduyai kak...
Isnin depan jgn lupa update apa jd yer...x sabo nih.. penat berteka teki...

elfa said...

Yeayyyyy ada entry. Terima kasih tuan tanah. Rasanya bukan putera yg drive kereta tu kot? Silalah sambung lg yer. Tak sabar nak tau nih!

Anonymous said...

bestt...tq.macam pungguk rindukan bulan,rindu.....rinduan...

Anonymous said...

owh no...plzzz writer,,smbung cite nie..nk thu sgt pe yg jdi.

Anonymous said...

lma x updates..
rindu gler..
jgn lorh stop lg..
x puas..
rindu putera danial..

siti Aisyah said...

alaaa...akak writer sambung la lagi..ppllleeaassseee!! nkk adele ngan putera daniel..love them most..muah3!!