Oh My Prince 32
Aku
tersedar bila telefon aku sudah berbunyi berkali-kali. Dalam keadaan mamai, aku
menjawab panggilan yang aku tak tahu daripada siapa. Sayup-sayup aku mendengar
suara Hairi di hujung talian.
“Hrm... sayang? Ada apa telefon
pagi-pagi ni?” soalku malas. Mata kembali dipejamkan.
“Ada apa? Adele, cuba tengok jam dah
pukul berapa?”
Aku membuka mata. Telefon yang
melekap di telinga aku angkat dan jam aku perhatikan. Alamak! Pukul tujuh suku!
“Aaaaa....! Aku baru bangun!
Sekejap! Lima minit aku siap! Jangan tinggalkan aku!”
Aku
terus mematikan talian. Bergegas aku keluar dari bilik dan berlari ke bilik
air. Selepas mencuci muka dan menggosok gigi, aku kembali ke bilik untuk
bersiap. Gila! Sudahlah hari ni ada test
pukul lapan. Itulah! Malam tadi stay up
sangat nak study. Akhirnya tengok
pukul berapa bangun pagi ni?
Malam
tadi, sikit punya lama aku dilema sama ada hendak pergi ke universiti,
menunaikan janji aku dengan Adib ataupun duduk saja dekat bilik, study. Dalam aku berdilema tu tak sedar
jam dah menunjukkan pukul lapan setengah. Akhirnya, aku mengambil keputusan
untuk duduk saja di bilik. Pukul tiga pagi baru aku tidur.
Selesai menyalin baju, aku terus
mencapai beg yang aku selalu gunakan untuk kelas dan keluar. Dengan tak
mandinya, dengan berpeluh-peluhnya, aku pun masuk ke dalam kereta Hairi. Dia
memecut laju ke universiti.
***
“Macam mana? Ok?” Hairi bertanya
sebaik saja kami keluar daripada testroom.
Aku hanya mengangkat bahu.
“Bolehlah...”
“Hesy.... ok pun muka macam tak ok
je...” tegur Hairi. Aku sekadar melemparkan senyuman.
“Hairi, aku ingat nak baliklah bilik
sekejaplah...” aku bersuara sebelum kami sampai kafeteria. Lepas ni ada kelas
lagi pukul sepuluh sampai sebelas. Adalah sejam masa untuk break sebelum kelas bermula. Rasanya, tak sempat nak kejar masa
untuk balik dalam sejam ni. Skip
ajelah kelas tu. Bukannya selalu buat pun.
“Kenapa nak balik? Next class pukul sepuluh, kan?”
“Aku tak sempat mandi sebenarnya
tadi. Kau tak ada bau busuk ke jalan sebelah aku? Aku rasa badan dah melekit
walaupun sejam dalam test room tadi
ada air-cond.”
“Kau tak mandi?!” Hairi menyoal kuat.
Cepat-cepat aku menampar tangan dia
supaya dia merendahkan volume dia.
Nasib baiklah tak ramai yang berjalan dekat-dekat kami. “Kau ni! Malulah aku!”
Hairi ketawa. “Sempat ke nak balik
sejam ni?”
“Tak tahulah. Kalau tak sempat, aku
ponteng ajelah kelas lepas ni. Kelas petang nanti aku datang balik,” aku dah
tersengih. Rasa nakal pula sekali-sekala pasang niat nak ponteng kelas ni.
Hairi menggeleng perlahan. “Dah
pandai nak ponteng kelas sekarang ni. Semalam kata tak sempat nak study, risau pasal study...” dia bising. “Jomlah. Aku hantar kau balik. Sekejap je kan
kau mandi?”
“Eh! Tak payahlah! Kau stay. Aku pun tiba-tiba rasa malas nak
pergi kelas lepas ni. Petang kita jumpa, ok? Bye sayang...” kataku lalu melangkah ke jalan short cut untuk ke pondok bas. Pada Hairi aku lambaikan tangan
sebagai tanda perpisahan. Perpisahan sangat!
Belum aku sampai di pondok bas,
tiba-tiba telefon aku bergetar di dalam kocek seluar. Telefon aku keluarkan.
Mesej kiriman Hairi aku baca.
-Habis
tu, aku nak brunch dengan siapa ni?-
Aku tersenyum sendiri. Manja! Laju
aku menaip jawapan untuk diberikan kepada dia. +Pergilah dengan Ihsan ke,
Naqib ke. Yang penting bukan perempuan.+
-Waa...
ada orang cemburu! Syukurlah!-
Aku mencebik. Syukur apanya pun aku tak tahu. Aku jenis
cemburu? Macam tak je. Aku memasukkan kembali telefon ke dalam kocek seluar.
Sambil berjalan, mata melilau ke arah jalan. Memerhatikan sama ada bas
universiti untuk hantar pelajar ke stesyen MRT dah sampai atau belum. Aku
menarik nafas lega bila bas sampai tepat-tepat masa aku menjejakkan kaki di
pondok bas. Dalam ramai pelajar yang hendak turun, aku menunggu masa untuk naik. Terpandangkan Abang Jade yang memandu,
sengih aku sudah melebar.
“Pagi!” sapaku ceria.
“Hai? Nak balik dah ke? Tak ada
kelas?” soal dia serius.
Aku hanya tersengih dan mengangguk.
Nampak sangat aku seorang je yang naik bas untuk ke MRT Emerald. Kantoi sangat skip kelas. Aku mengambil tempat di
belakang Abang Jade. Sementara menunggu bas tiba di destinasi, aku bermain
dengan telefon.
“Peh! Gila dahsyat!”
Suara Abang Jade yang seolah-olah
terkejut melihatkan sesuatu menarik perhatian aku. Aku mengangkat muka dari
telefon di tangan. Mata melilau memerhatikan ke arah jalan melalui windscreen. Melihatkan trafik bergerak
perlahan, dahi aku dah berkerut. Sekarang bukan waktu puncak yang boleh buat
jalan sesak.
“Kenapa Abang Jade?” aku menyoal
bila tak faham dengan situasi yang berlaku.
“Itu hah! Lambor accident.”
Aku bangun daripada duduk dan
bergerak ke sebelah pemandu. Mata aku kecilkan, cuba memerhati kereta yang
Abang jade maksudkan. Sebuah kereta Lamborghini berwarna merah sudah remuk di
bahagian depan dan belakang bersama dua kereta lain di depan dan belakangnya. Api
marak menjulang dari bahagian enjin lambor
tu. Aku menelan air liur. Teruknya! Melihatkan keadaan kereta yang remuk macam
ni, aku tak rasa pemandu dia boleh selamat. Aku menggeleng kepala perlahan.
Betullah, kelajuan itu membunuh!
Aku kembali ke tempat duduk aku.
Keadaan kereta tadi masih tak mampu aku buang dari ingatan. Kenapa aku rasa
macam biasa tengok kereta tu? Ingatan aku melayang teringatkan Putera Danial
yang mempunyai kereta yang sama jenama dan warna. Tak perasan pula kereta tadi
model yang mana. Tapi, takkanlah itu kereta dia? Bukannya dia seorang je yang
mampu beli kereta tu. Kenapa hati aku rasa tak tenang ni?
Jari jemari aku bermain dengan
telefon. Hati teragak-agak sama ada mahu menghubungi Putera Danial ataupun
tidak. Tapi, waktu-waktu macam ni, tak sepatutnya dia berada di luar kampus.
Lagi-lagi pelajar tahun akhir macam dia.Bila aku tak mampu menahan rasa ingin
tahu, laju jari jemari aku berlari di atas skrin telefon. Sebuah mesej aku
hantarkan kepada Putera Danial.
-Where
are you?-
Tidak lama kemudian, sebuah mesej tiba di telefon aku.
Jantung aku mula berdegup laju bila nombor lain yang menghantar mesej. Aku
membuka mesej yang baru aku terima. Satu demi satu perkataan yang tertera di
skrin aku baca.
-Permata
Specialist Hospital-
Aku tergamam. Rahang aku jatuh. Ini
bukan nombor Putera Danial. Jadi, adakah ini bermakna... aku menggigit bibir. Perasaan
risau terus menyelubungi diri. Dengan keadaan kereta tadi tu.. aku memejamkan
mata rapat-rapat. Kenapa perlu fikirkan pasal dia, Adele? Tak kisahlah! Apa
yang penting, dia selamat atau tidak?
“Abang Jade...”
“Hrm?”
“Agak-agak, driver tadi selamat tak?” soalku perlahan.
“Susah
nak cakap, Adele. Kalau tengok remuknya kereta tadi...” Abang Jade tidak
meneruskan kata-kata.
Aku
menghela nafas perlahan. Mata masih membaca mesej tadi berulang kali. Tak boleh
jadi ni! Hospital Pakar Permata. Kalau naik train
di MRT Emerald, kena turun di Amanjaya
Central Station, lepas tu naik cab untuk
ke hospital tu. Paling cepat pun dalam setengah jam baru sampai. Itu pun kalau
trafik tak sesak dekat Jalan Panglima.
Aku
melihat jam di pergelangan. Pukul sembilan setengah pagi. Kelas petang ni pukul
dua. Sempat kalau aku pergi melawat Putera Danial sekejap ni. Aku menggenggam
erat telefon di tangan. Ya Allah, aku tak minta banyak. Sekali ini saja. Dia
kawan aku, maka kau selamatkanlah dia daripada sebarang malapetaka...
16 comments:
Nak cubit tak sampai hati.
Awat buat lagu tu cek.
Tengah syok baca...
Hang!
adoi...
Eh jgn la...smbg la wlpun sket...
wwannurr....
awat cipuk bebenor ni... tak puas N3N3N3 lagiiiiiiii
Ohmy Prince! Berdebarnya nk tahu keadaan tuan putera.. Bagi la Adele chance nak lawat Tuan Putera tu. Haha (Sebenarnya bg la readers chance nak tahu apa terjadi berikutnya).
Keep up good job, beautiful writer! You make my day oh-sem.
Adele mandi kat hospital je lah! haha..
Ala..ini kan assignment jugak. Jgn berenti menulis dan update. hihi. Nak tahu apa jadi ng tuan putera..
Gud luck in your writing!
Kalau tak letak entry pun hati tak tenang...apa salahnya sambung entry ni kan. Tolonglah...kahwinkanlah Adele dengan Daniel. Pleasseeeeeeee....!!!
Jangan la stop writing sikit pun every entry x pe janji ada entry kalau x meroyan dibuatnya. All the best dalam semua yang diceburi.
Eh saspennye tetibe stop! Pls update next Monday. Nak tahu jugak ape jadi ng Danial.
Kesiannya kalau Putera Danial yg terlibat dlm accident. Mesti masuk paper. Hihi..
Nnt update Adele dgn Danial je eh. Nk tgk babak dorg. ha ha.
p/s: Saya habiskan setengah hari baca pasal OMP ni. its fun dan rasa terhibur dgn cerita ni.
Hah..alamak... prince xcden ke... sapa yg reply msg adele tu.. haishh.. suspen..suspen. tgh2 dok suspen.. tub2 da bis? Aduyai kak...
Isnin depan jgn lupa update apa jd yer...x sabo nih.. penat berteka teki...
Yeayyyyy ada entry. Terima kasih tuan tanah. Rasanya bukan putera yg drive kereta tu kot? Silalah sambung lg yer. Tak sabar nak tau nih!
bestt...tq.macam pungguk rindukan bulan,rindu.....rinduan...
owh no...plzzz writer,,smbung cite nie..nk thu sgt pe yg jdi.
lma x updates..
rindu gler..
jgn lorh stop lg..
x puas..
rindu putera danial..
alaaa...akak writer sambung la lagi..ppllleeaassseee!! nkk adele ngan putera daniel..love them most..muah3!!
Salam. Telahpun miliki novel ini dari tahun lepas lagi. Memang penulis amat berbakat. Ceritanya menarik. Syabas dan tahniah kepada penulis. Usahakan lagi novel baru yang berkualiti macam ini. Salam :)
Post a Comment