::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

31 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 36



Oh My Prince! 36
Sebaik saja kaki melangkah ke dalam Swensen’s, kami duduk di meja yang jauh daripada meja lain. Selesai membuat pesanan, perbualan kembali bersambung berkisarkan topik yang sama. Kahwin.
“Dulu, auntie dengan uncle tak kenal pun satu sama lain. Kami kahwin, semua family yang aturkan.” Auntie Mai membuka cerita semasa kami menunggu makanan tiba.

Auntie tak kisah pula ikut pilihan orang tua?” soalku jujur. Manalah tahu ada scene benci-benci cinta juga antara dia dengan Uncle Zaman.
Auntie Mai menggeleng. “Ayah mertua auntie dengan ayah auntie kawan baik. Sama-sama masa susah, sama-sama masa senang. Company yang uncle uruskan sekarang, merekalah yang asaskan.”
“Oh...” aku mengangguk perlahan.
Auntie anak tunggal. Sebelum kahwin dengan uncle, auntie dah ada someone special. Tapi keluarga auntie langsung tak tahu pasal kekasih hati auntie masa tu. Masa parents auntie cakap nak kenalkan uncle, auntie tak adalah reject terus. Nak kata suka pun tak, nak kata tak suka pun tak. Tapi gelabah jugaklah beritahu ex-boyfriend auntie.” Auntie Mai menarik nafas seketika.
“Lepas tu apa jadi?”
“Hrm... masa jumpa tu, keluarga uncle dah rancang nak datang meminang masa hari raya ketiga. Auntie punyalah kalut beritahu ex auntie masa tu, suruh pinang auntie hari raya pertama. Plan dan baik dah ni. Auntie pun dah senang hati nak sambut raya.” Auntie Mai tersenyum sendiri mengimbau kenangan lama.
“Nak dijadikan cerita, ex auntie tak dapat nak datang. Keluarga dia dari kampung datang beraya. Tiba-tiba pula, ayah uncle pula tukar fikiran. Kata dia, ‘raya ketiga lambat sangat! Kita pergi raya pertama,’”
Aku sudah terlopong. “Habis tu, plan bertukar?”
Auntie Mai mengangguk. “Ex auntie masa tu tak dapat datang. Akhirnya keluarga uncle yang datang dulu. Parents auntie mula setuju terima lamaran tu sebab auntie tak ada tunjuk tanda menolak. Setahun lepas tu, selamatlah uncle jadi kekasih auntie sampai sekarang.” Auntie Mai tersenyum bahagia. Pasti dia pun terima Uncle Zaman seikhlas hati walaupun keluarga yang aturkan perkahwinan mereka.
Mendengarkan kisah Auntie Mai, membuatkan aku rasa hendak membuka mulut menceritakan masalah aku. Aku memandang Auntie Mai lama sebelum membuka mulut. Air liur ditelan. Keyakinan diri cuba aku kumpulkan. Mungkin aku boleh bercerita sedikit tentang latar belakang keluarga aku pada dia?
Auntie, ada benda Adele nak cerita pada auntie...” Aku memulakan mukadimahku.
“Apa dia Adele? Cerita je, auntie setia mendengar.”
“Sebenarnya, Adele tak cerita lagi pada keluarga Adele, pasal hubungan Adele dengan Hairi,” kataku perlahan. “Keluarga Adele sebenarnya jauh beza dengan keluarga auntie. Jadi, Adele risau kalau mereka tak boleh terima,” luahku.
“Adele, Adele tak cuba cerita macam mana nak tahu mereka terima ke tak?”
Aku diam. Memang belum cuba belum tahu, tapi kalau dengan sikap Abang Hadi yang macam tu, tak payah cuba pun aku dah tahu.
“Adele tak tahu macam mana nak ceritalah, auntie. Actually, hubungan Adele dengan family Adele tak close sangat. Adele tak tahu macam mana nak mula.”
Aku melepaskan nafas berat. Perbualan kami terhenti apabila seorang pelayan menghantar pesanan kami. Semangkuk Spaghetti Bolognaise dan semangkuk lagi spageti berencahkan makanan laut diletakkan di hadapan kami.
Auntie cadangkan Adele mulakan dengan orang yang paling rapat dengan Adele. Takkan tak ada seorang pun yang Adele rapat, kan? Bila orang yang paling rapat dengan Adele dah tahu, mungkin dia ada idea macam mana nak selesaikan masalah Adele. Atau, mungkin dia boleh jadi orang tengah antara Adele dengan ahli keluarga yang lain. Cuba bincang elok-elok. Manalah tahu mereka faham. Manalah tahu bila dah jumpa Hairi, mereka ok je.”
Auntie Mai cuba memberikan semangat. Tangan aku yang berada di atas meja dipegang erat. Aku tersenyum. Terasa lain bila ada seorang yang kita boleh luahkan masalah kita pada dia. Mungkin masalah tu dia tak dapat nak selesaikan sepenuhnya tetapi, menjadi seorang pendengar yang setia itu pun sudah sangat bermakna. Aku baru hendak membalas kata-kata Auntie Mai, terhenti apabila telefon bimbit miliknya berbunyi.
“Hah, along? Dah sampai mana?” Dahi Auntie Mai sudah berkerut.
“Kami dekat Swensen’s ni. Order? Mana ada. Along tak cakap pun nak datang. Kalau tak mama dah order apa-apa yang patut,” mata Auntie Mai sudah melilau mencari pelayan.
“Ha... okay, okay. Tak... kami pun tak makan pun lagi. Ye... cepatla naik. Ok. Bye.” Talian dimatikan. Auntie Mai memasukkan kembali telefon ke dalam beg tangan dia. Kemudian dia memandang aku lalu ketawa kecil.
“Kenapa, auntie?”
“Hairi. Dah sampai sini dah. Nak lunch sama, kata dia.”
“Pula, dah?” aku menggeleng perlahan. Ada-ada saja Hairi ni.
Hairi tiba sepuluh minit kemudian dengan pakaian sukan yang dia pakai sejak pagi tadi. Dengan senyuman lebar, dia mengambil tempat di sebelah aku. Perbualan aku dengan Auntie Mai bertukar topik sebaik saja dia ada. Hampir sejam kami bertiga duduk di dalam Swensen’s. Akhirnya kami bersiap untuk balik. Itu pun selepas lama Auntie Mai berfikir kalau-kalau ada lagi barang yang dia hendak cari.
“Ma, ma balik dululah. Biar along hantar Adele,” tawar Hairi tiba-tiba.
“Hai? Mama yang ajak dia keluar, biarlah mama yang hantar dia balik?” balas Auntie Mai selamba. Terpandangkan matanya dikenyitkan ke arah aku, aku faham sendiri. Sajalah tu dia nak mengenakan anak lelaki dia.
“Alah ma... dari pagi sampai tengah hari mama dah berdua dengan Adele, kasilah along can pula...”
“Hrm... iyelah kamu. Okaylah Adele, auntie balik dulu. Jangan lama sangat merayap! Along, jaga Adele ni elok-elok.”
Aku tergamam mendengarkan kata-kata Auntie Mai. Ah, sudah! Lepas date dengan mak, nak date dengan anak pula? Letihnya! Tanpa bantahan, aku sambut juga tangan yang dihulurkan Auntie Mai. Pipi berlaga pipi dan kemudian, Auntie Mai sudah berjalan ke arah eskalator untuk menuju ke basement, tempat kereta diparkir sewaktu sampai tadi.
“Nak ajak pergi mana pula ni?” soalku pada Hairi selepas Auntie Mai hilang daripada pandangan.
“Penat melayan mama?” soalnya tersenyum.
“Penat tu, penatlah juga. Tapi, oklah. Merasalah macam mana perasaannya keluar berdua dengan seorang ibu.”
Hairi mengangguk perlahan. Tangannya menggosok kepala aku lembut. “Thanks, Adele sebab boleh terima mama. Senang hati aku tengok mama pun happy bila dengan kau.”
Aku membalas senyuman dia. Tangan dia yang berada di kepala aku turunkan dan pegang sepanjang berjalan yang tak tahu ke mana arah tujunya.
“Sayang, kita balik, boleh? Aku letihlah. Kau pun mesti letih jugak kan?” pujukku. Betul dah tak larat nak mengukur keluasan mall ni.
“Okaylah... balik pun baliklah. Tapi, kita makan aiskrim dulu nak?”
Ketawa aku mendengar ajakan dia. Aku menganggukkan kepala. Dengan senyuman lebar, Hairi menarik tangan aku untuk menuju ke Baskin Robin.
***
Balik dari Marina Mall, aku bergolek di atas katil selepas mandi dan menukar pakaian. Walaupun badan terasa letih dan mata seperti hendak terlelap, ada sesuatu yang menahan aku daripada tidur. Aku menghela nafas perlahan. Di fikiran sarat memikirkan tentang masalah yang aku luahkan pada Auntie Mai tadi.
Aku melurutkan jari jemari aku di rambut. Teringat-ingat saranan yang Auntie Mai berikan tadi. Mulakan dengan orang yang rapat dengan aku. Masalahnya siapa? Aku mengeluh. Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja belajar. Seraut wajah tibat-tiba muncul di fikiran. Abang Harith!
-Salam Abang Harith. Hani sebenarnya dah ada boyfriend-
Aku membaca kembali mesej yang aku taip. Rasa macam terlalu ringkas pula. Aku memadamkan kembali huruf-huruf yang ada. Sambil menaip, aku berfikir ayat yang sesuai untuk aku hantarkan pada Abang Harith.
-Salam Abang Harith. Hani sebenarnya ada perkara nak beritahu abang. Hani tak tahu nak mula macam mana. Sebenarnya salah satu sebab Hani tolak untuk disatukan dengan Adib dulu sebab Hani dah ada seseorang yang istimewa. Hani tak tahu macam mana nak beritahu dekat ayah dengan Abang Hadi. Mesti dia orang tak suka dan tak setuju dengan pilihan Hani....-
Ok. Bolehlah agaknya. Send. Dalam debaran, aku sabar menunggu balasan daripada Abang Harith. Seminit... dua minit... masih belum ada jawapan. Aku mengerling jam di telefon. Tiga sepuluh minit petang. Dia ada aktiviti di kolej ke?
Aku meletakkan kembali telefon di atas meja. Kemudian, aku kembali meluruskan badan di atas tilam. Sabarlah Adele. Nanti-nanti Abang Harith balaslah tu. Aku memejamkan mata. Baru aku hendak terlelap, bunyi mesej masuk membuatkan mengantuk aku hilang. Kelam kabut aku bangun dan mencapai telefon. Dengan penh debaran, mesej Abang Harith aku buka dan baca.
-Waalaikumsalam. Kenapa tak bincang elok-elok hari tu, Hani? Tak apalah... nanti cuti semester, balik, bincang elok-elok dengan Abang Hadi, dengan ayah. Kenalkan dia pada kami. Kalau dia serius, boleh jaga Hani, teruskan dengan langkah seterusnya. Tak elok berkawan lama-lama sangat.-
Aku sedikit lega membaca jawapan Abang Harith. Kenalkan dekat keluarga di kampung? Aku sudah mencongak tarikh bila yang sesuai untuk ajak Hairi ke kampung. Rasanya lepas habis final exam, baru aku kenalkan. Sekurang-kurangnya, masih ada masa sebulan dua untuk aku jelaskan beberapa perkara penting pada Hairi sebelum dia jumpa dengan ayah dan abang-abang aku yang lain. Aku menggenggam telefon di tangan. Terasa dapat kekuatan sikit bila baca mesej Abang Harith. Terima kasih, Abang Harith!
xxxx

Maka dengan ini, secara rasminya saya akan hiatus. Ok, janganlah marah. Hiatus sekejap je sebab dah nak final exam. T.T
 Adakah anda tahu? Saya dah share 182 pages daripada tulisan saya di blog sedangkan saya baru menulis sampai 250 pages. Huhu.
Maka doakan kejayaan saya dalam pelajaran pada sem ni. Nanti saya dah lapang sikit saya update. Mana tahu ada rezeki keluar novel baru OMP pulak ke. Bos dah dua tiga kali tanya ada cerita baru tak. Hihi. :P
Terima kasih semua atas sokongan anda. Maka selepas ni janganlah menunggu setiap Isnin lagi, ya? Tapi tak tahulah kalau tiba-tiba saya rasa rajin nak update or teaser di page fb. Hihi.
Maafkan atas segala kesalahan dan kekurangan saya. Teruskan mengkritik agar saya boleh improve penulisan saya. Moga Allah balas dengan kebaikan yang banyak buat semua. *hugs*


8 comments:

Suryati Abdul Samad said...

hahaha... dah tak der monday morning news dah lg nmpknyer from now on...
tp tak per..
GOOD LUCK for your final sem exam dear...
cerita yg menarik sebenarnya. :D

**
selma nie cuma silent reader jer kt cni (wink! wink!)

Basyirah Abd Rahman said...

I see.. Thanks anyway.. Gudluck cik writer! Keep supporting you all the way..

#walauFrustXdePasalPrince..

Anonymous said...

aduh! nak menangis rasanya. bila nak jumpa putera danial ni? tak pelah. alhamdulillah. setakat ni semuanya yang terbaik... saya akan menanti putera danial.

Pembaca_Setia said...

Baik sangat mak Hairi ni!! Haha.. Okla tu Adele dh berani nk bgtahu kt abg dia. Sekurang2nya terlepas beban.. he he..
Selamat Maju Jaya.. Kalau OMP kluar novel kitorg nk serbu! haha

Anonymous said...

bestt..penantian satu penyeksaan,kasihan putera danial cukup sabar menanti cintanya...????

Anonymous said...

Hope to see Putera Danial in upcoming entry! Well done writer. Good luck in your exam paper.

Anonymous said...

Is waiting patiently for the next entry..

Fiesha Ibrahim said...

Bila la cik writer nk updt n3 bru ni. Xsbr nk tggu