Oh My Prince! 36
Sebaik
saja kaki melangkah ke dalam Swensen’s, kami duduk di meja yang jauh daripada
meja lain. Selesai membuat pesanan, perbualan kembali bersambung berkisarkan
topik yang sama. Kahwin.
“Dulu,
auntie dengan uncle tak kenal pun satu sama lain. Kami kahwin, semua family yang aturkan.” Auntie Mai membuka cerita semasa kami
menunggu makanan tiba.
“Auntie tak kisah pula ikut pilihan orang
tua?” soalku jujur. Manalah tahu ada scene
benci-benci cinta juga antara dia dengan Uncle
Zaman.
Auntie Mai
menggeleng. “Ayah mertua auntie
dengan ayah auntie kawan baik.
Sama-sama masa susah, sama-sama masa senang. Company yang uncle
uruskan sekarang, merekalah yang asaskan.”
“Oh...”
aku mengangguk perlahan.
“Auntie anak tunggal. Sebelum kahwin
dengan uncle, auntie dah ada someone special.
Tapi keluarga auntie langsung tak
tahu pasal kekasih hati auntie masa
tu. Masa parents auntie cakap nak kenalkan uncle,
auntie tak adalah reject terus. Nak kata suka pun tak, nak
kata tak suka pun tak. Tapi gelabah jugaklah beritahu ex-boyfriend auntie.” Auntie
Mai menarik nafas seketika.
“Lepas
tu apa jadi?”
“Hrm...
masa jumpa tu, keluarga uncle dah
rancang nak datang meminang masa hari raya ketiga. Auntie punyalah kalut beritahu ex
auntie masa tu, suruh pinang auntie
hari raya pertama. Plan dan baik dah ni. Auntie
pun dah senang hati nak sambut raya.” Auntie
Mai tersenyum sendiri mengimbau kenangan lama.
“Nak
dijadikan cerita, ex auntie tak dapat
nak datang. Keluarga dia dari kampung datang beraya. Tiba-tiba pula, ayah uncle pula tukar fikiran. Kata dia, ‘raya ketiga lambat sangat!
Kita pergi raya pertama,’”
Aku
sudah terlopong. “Habis tu, plan bertukar?”
Auntie Mai mengangguk. “Ex auntie masa tu
tak dapat datang. Akhirnya keluarga uncle
yang datang dulu. Parents auntie mula
setuju terima lamaran tu sebab auntie tak
ada tunjuk tanda menolak. Setahun lepas tu, selamatlah uncle jadi kekasih auntie
sampai sekarang.” Auntie Mai tersenyum
bahagia. Pasti dia pun terima Uncle Zaman
seikhlas hati walaupun keluarga yang aturkan perkahwinan mereka.
Mendengarkan
kisah Auntie Mai, membuatkan aku rasa
hendak membuka mulut menceritakan masalah aku. Aku memandang Auntie Mai lama sebelum membuka mulut.
Air liur ditelan. Keyakinan diri cuba aku kumpulkan. Mungkin aku boleh
bercerita sedikit tentang latar belakang keluarga aku pada dia?
“Auntie, ada benda Adele nak cerita pada auntie...” Aku memulakan mukadimahku.
“Apa
dia Adele? Cerita je, auntie setia
mendengar.”
“Sebenarnya,
Adele tak cerita lagi pada keluarga Adele, pasal hubungan Adele dengan Hairi,”
kataku perlahan. “Keluarga Adele sebenarnya jauh beza dengan keluarga auntie. Jadi, Adele risau kalau mereka
tak boleh terima,” luahku.
“Adele,
Adele tak cuba cerita macam mana nak tahu mereka terima ke tak?”
Aku
diam. Memang belum cuba belum tahu, tapi kalau dengan sikap Abang Hadi yang
macam tu, tak payah cuba pun aku dah tahu.
“Adele
tak tahu macam mana nak ceritalah, auntie.
Actually, hubungan Adele dengan family Adele tak close sangat. Adele tak tahu macam mana nak mula.”
Aku
melepaskan nafas berat. Perbualan kami terhenti apabila seorang pelayan
menghantar pesanan kami. Semangkuk Spaghetti
Bolognaise dan semangkuk lagi spageti
berencahkan makanan laut diletakkan di hadapan kami.
“Auntie cadangkan Adele mulakan dengan
orang yang paling rapat dengan Adele. Takkan tak ada seorang pun yang Adele
rapat, kan? Bila orang yang paling rapat dengan Adele dah tahu, mungkin dia ada
idea macam mana nak selesaikan masalah Adele. Atau, mungkin dia boleh jadi
orang tengah antara Adele dengan ahli keluarga yang lain. Cuba bincang
elok-elok. Manalah tahu mereka faham. Manalah tahu bila dah jumpa Hairi, mereka
ok je.”
Auntie Mai cuba memberikan semangat. Tangan aku yang berada di atas meja dipegang
erat. Aku tersenyum. Terasa lain bila ada seorang yang kita boleh luahkan
masalah kita pada dia. Mungkin masalah tu dia tak dapat nak selesaikan
sepenuhnya tetapi, menjadi seorang pendengar yang setia itu pun sudah sangat
bermakna. Aku baru hendak membalas kata-kata Auntie Mai, terhenti apabila telefon bimbit miliknya berbunyi.
“Hah,
along? Dah sampai mana?” Dahi Auntie Mai
sudah berkerut.
“Kami
dekat Swensen’s ni. Order? Mana ada. Along tak cakap pun nak
datang. Kalau tak mama dah order
apa-apa yang patut,” mata Auntie Mai
sudah melilau mencari pelayan.
“Ha...
okay, okay. Tak... kami pun tak makan pun lagi. Ye... cepatla naik. Ok. Bye.” Talian dimatikan. Auntie Mai memasukkan kembali telefon ke
dalam beg tangan dia. Kemudian dia memandang aku lalu ketawa kecil.
“Kenapa,
auntie?”
“Hairi.
Dah sampai sini dah. Nak lunch sama,
kata dia.”
“Pula,
dah?” aku menggeleng perlahan. Ada-ada saja Hairi ni.
Hairi
tiba sepuluh minit kemudian dengan pakaian sukan yang dia pakai sejak pagi
tadi. Dengan senyuman lebar, dia mengambil tempat di sebelah aku. Perbualan aku
dengan Auntie Mai bertukar topik
sebaik saja dia ada. Hampir sejam kami bertiga duduk di dalam Swensen’s.
Akhirnya kami bersiap untuk balik. Itu pun selepas lama Auntie Mai berfikir kalau-kalau ada lagi barang yang dia hendak
cari.
“Ma,
ma balik dululah. Biar along hantar Adele,” tawar Hairi tiba-tiba.
“Hai?
Mama yang ajak dia keluar, biarlah mama yang hantar dia balik?” balas Auntie Mai selamba. Terpandangkan
matanya dikenyitkan ke arah aku, aku faham sendiri. Sajalah tu dia nak
mengenakan anak lelaki dia.
“Alah
ma... dari pagi sampai tengah hari mama dah berdua dengan Adele, kasilah along can pula...”
“Hrm...
iyelah kamu. Okaylah Adele, auntie balik dulu. Jangan lama sangat
merayap! Along, jaga Adele ni elok-elok.”
Aku
tergamam mendengarkan kata-kata Auntie
Mai. Ah, sudah! Lepas date dengan
mak, nak date dengan anak pula?
Letihnya! Tanpa bantahan, aku sambut juga tangan yang dihulurkan Auntie Mai. Pipi berlaga pipi dan
kemudian, Auntie Mai sudah berjalan
ke arah eskalator untuk menuju ke basement,
tempat kereta diparkir sewaktu sampai tadi.
“Nak
ajak pergi mana pula ni?” soalku pada Hairi selepas Auntie Mai hilang daripada pandangan.
“Penat
melayan mama?” soalnya tersenyum.
“Penat
tu, penatlah juga. Tapi, oklah. Merasalah macam mana perasaannya keluar berdua
dengan seorang ibu.”
Hairi
mengangguk perlahan. Tangannya menggosok kepala aku lembut. “Thanks, Adele sebab boleh terima mama.
Senang hati aku tengok mama pun happy bila
dengan kau.”
Aku
membalas senyuman dia. Tangan dia yang berada di kepala aku turunkan dan pegang
sepanjang berjalan yang tak tahu ke mana arah tujunya.
“Sayang,
kita balik, boleh? Aku letihlah. Kau pun mesti letih jugak kan?” pujukku. Betul
dah tak larat nak mengukur keluasan mall
ni.
“Okaylah...
balik pun baliklah. Tapi, kita makan aiskrim dulu nak?”
Ketawa
aku mendengar ajakan dia. Aku menganggukkan kepala. Dengan senyuman lebar,
Hairi menarik tangan aku untuk menuju ke Baskin Robin.
***
Balik
dari Marina Mall, aku bergolek di atas katil selepas mandi dan menukar pakaian.
Walaupun badan terasa letih dan mata seperti hendak terlelap, ada sesuatu yang
menahan aku daripada tidur. Aku menghela nafas perlahan. Di fikiran sarat
memikirkan tentang masalah yang aku luahkan pada Auntie Mai tadi.
Aku
melurutkan jari jemari aku di rambut. Teringat-ingat saranan yang Auntie Mai berikan tadi. Mulakan dengan
orang yang rapat dengan aku. Masalahnya siapa? Aku mengeluh. Tangan mencapai
telefon bimbit di atas meja belajar. Seraut wajah tibat-tiba muncul di fikiran.
Abang Harith!
-Salam Abang Harith. Hani sebenarnya dah ada boyfriend-
Aku
membaca kembali mesej yang aku taip. Rasa macam terlalu ringkas pula. Aku
memadamkan kembali huruf-huruf yang ada. Sambil menaip, aku berfikir ayat yang
sesuai untuk aku hantarkan pada Abang Harith.
-Salam Abang Harith. Hani sebenarnya ada perkara nak
beritahu abang. Hani tak tahu nak mula macam mana. Sebenarnya salah satu sebab
Hani tolak untuk disatukan dengan Adib dulu sebab Hani dah ada seseorang yang
istimewa. Hani tak tahu macam mana nak beritahu dekat ayah dengan Abang Hadi.
Mesti dia orang tak suka dan tak setuju dengan pilihan Hani....-
Ok.
Bolehlah agaknya. Send. Dalam
debaran, aku sabar menunggu balasan daripada Abang Harith. Seminit... dua
minit... masih belum ada jawapan. Aku mengerling jam di telefon. Tiga sepuluh
minit petang. Dia ada aktiviti di kolej ke?
Aku
meletakkan kembali telefon di atas meja. Kemudian, aku kembali meluruskan badan
di atas tilam. Sabarlah Adele. Nanti-nanti Abang Harith balaslah tu. Aku
memejamkan mata. Baru aku hendak terlelap, bunyi mesej masuk membuatkan
mengantuk aku hilang. Kelam kabut aku bangun dan mencapai telefon. Dengan penh
debaran, mesej Abang Harith aku buka dan baca.
-Waalaikumsalam. Kenapa tak bincang elok-elok hari tu,
Hani? Tak apalah... nanti cuti semester, balik, bincang elok-elok dengan Abang
Hadi, dengan ayah. Kenalkan dia pada kami. Kalau dia serius, boleh jaga Hani,
teruskan dengan langkah seterusnya. Tak elok berkawan lama-lama sangat.-
Aku
sedikit lega membaca jawapan Abang Harith. Kenalkan dekat keluarga di kampung?
Aku sudah mencongak tarikh bila yang sesuai untuk ajak Hairi ke kampung.
Rasanya lepas habis final exam, baru
aku kenalkan. Sekurang-kurangnya, masih ada masa sebulan dua untuk aku jelaskan
beberapa perkara penting pada Hairi sebelum dia jumpa dengan ayah dan
abang-abang aku yang lain. Aku menggenggam telefon di tangan. Terasa dapat
kekuatan sikit bila baca mesej Abang Harith. Terima kasih, Abang Harith!
xxxx
Maka dengan
ini, secara rasminya saya akan hiatus.
Ok, janganlah marah. Hiatus sekejap
je sebab dah nak final exam. T.T
Adakah
anda tahu? Saya dah share 182 pages
daripada tulisan saya di blog sedangkan saya baru menulis sampai 250 pages.
Huhu.
Maka doakan
kejayaan saya dalam pelajaran pada sem ni. Nanti saya dah lapang sikit saya update. Mana tahu ada rezeki keluar
novel baru OMP pulak ke. Bos dah dua tiga kali tanya ada cerita baru tak. Hihi.
:P
Terima kasih
semua atas sokongan anda. Maka selepas ni janganlah menunggu setiap Isnin lagi,
ya? Tapi tak tahulah kalau tiba-tiba saya rasa rajin nak update or teaser di page fb. Hihi.
Maafkan atas
segala kesalahan dan kekurangan saya. Teruskan mengkritik agar saya boleh improve penulisan saya. Moga Allah balas
dengan kebaikan yang banyak buat semua. *hugs*
8 comments:
hahaha... dah tak der monday morning news dah lg nmpknyer from now on...
tp tak per..
GOOD LUCK for your final sem exam dear...
cerita yg menarik sebenarnya. :D
**
selma nie cuma silent reader jer kt cni (wink! wink!)
I see.. Thanks anyway.. Gudluck cik writer! Keep supporting you all the way..
#walauFrustXdePasalPrince..
aduh! nak menangis rasanya. bila nak jumpa putera danial ni? tak pelah. alhamdulillah. setakat ni semuanya yang terbaik... saya akan menanti putera danial.
Baik sangat mak Hairi ni!! Haha.. Okla tu Adele dh berani nk bgtahu kt abg dia. Sekurang2nya terlepas beban.. he he..
Selamat Maju Jaya.. Kalau OMP kluar novel kitorg nk serbu! haha
bestt..penantian satu penyeksaan,kasihan putera danial cukup sabar menanti cintanya...????
Hope to see Putera Danial in upcoming entry! Well done writer. Good luck in your exam paper.
Is waiting patiently for the next entry..
Bila la cik writer nk updt n3 bru ni. Xsbr nk tggu
Post a Comment