::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

17 March 2014

E-novel: Oh, My Prince! 34



Oh My Prince 34
            Aku sampai di bilik bila jam menunjukkan pukul sebelas. Tadi ada juga Putera Danial ajak aku lunch sekali, tapi aku menolak sebab risau kelam kabut bila nak pergi kelas petang ni. Selepas mandi dan bersiap, aku keluar untuk ke kelas.
Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari sewaktu aku turun daripada blok. Baru nak berjalan ke stesyen MRT, perut dah berkeriuk menandakan aku tengah lapar. Aku singgah di Onestop minimart. Seperti biasa, semangkuk mi segera dan sepaket coklat 3 in 1 aku capai. Hampir dua puluh minit juga aku duduk dan menikmati makanan tengah hari aku.

            Aku baru melangkah keluar daripada minimart bila seorang perempuan tiba-tiba menghalang langkah aku. Aku memerhatikan wanita itu dari atas ke bawah. Dengan rambut yang diwarnakan dengan warna perang, dengan sepasang cermin mata hitam terletak di pangkal hiding, dengan jaket berbulu berwarna coklat, sekali kilas aku dah tahu siapa dia.
Gila apa perempuan ni? Tak panas ke pakai jaket macam tu tengah-tengah panas ni? Sanggup menyeksa diri semata-mata tak mahu wartawan nampak. Rasanya lagi menarik perhatian umum adalah. Mana ada orang nak pakai macam tu tengah-tengah panas macam ni. Aku menggeleng kepala perlahan.Sejak berkawan dengan Putera Danial ni, tak pasal-pasal hidup aku terlibat dengan Jasmine ni. Kalau terlibat sebagai penyanyi dan peminat tak apa juga. Ini...
            “Jadi kamulah orangnya ya?” Jasmin membuka cermin mata hitamnya. Aku sedikit kagum meihatkan kecantikan dia dari jarak dekat. Muka dia... flawless! Ish! Adele! Ini bukan masanya nak kagum dengan kecantikan orang!
            “Ada apa Cik Jasmine cari saya? Saya dah lambat nak ke kelas ni."
Jasmine memerhatikan aku dari atas ke bawah. Entah kenapa, rasa sakit hati je bila dia tengok aku macam tu. Bibirnya tersungging senyuman sinis. Aku cuba menahan rasa marah yang mula hadir. Sudahlah aku nak kejar masa. Bising Hairi nanti kalau aku tak datang kelas petang ni.
“Perempuan biasa je rupanya. Duduk pun dekat flat Seri Indah tu. Ingatkan anak orang kenamaan mana yang nak bersaing dengan aku. Pakaian pun...urgh!” Jasmine menjulingkan mata.
Aku mengepal tangan aku geram. Tak perlu rasanya nak hina aku macam tu. Kalau tak kerana Putera Danial, tak adanya aku  kena berhadapan manusia bongkak macam ni. Ini bidadari ni? Ini bukan bidadari, ini syaitonnirrajim negara namanya. Huh, tak pasal-pasal aku dah rasa macam Tuhan, sesuka hati nak menghukum orang. Sabar Adele.
“Oh... malang untuk awak sebab saya tak perlu menjadi anak orang kenamaan untuk membuatkan Putera Danial jatuh hati pada saya,” kataku dengan senyuman manis. Muka Jasmine berubah riak. Nampak marah dengan kata-kata aku.
“Okaylah cik Jasmine. Saya ni ada kelas lepas ni. Tak ada masa nak beramah mesra dengan penyanyi kesayangan negara ni. Baik cik Jasmine pergi sekarang. Orang ramai pun terjenguk-jenguk perhatikan cik Jasmine dekat sini, tau! Kalau Cik Jasmine lama-lama dekat sini, saya berani jamin dia orang tak akan lepaskan cik. Bodyguard pun tak ada ni. Bye!
Aku terus meninggalkan Jasmine di situ. Tak kuasa nak berlama-lama dengan dia. Lagipun, bukannya aku ada apa-apa hubungan dengan Putera Danial pun. Baru lima langkah aku meninggalkan Jasmine, tiba-tiba aku mendengar seseorang memanggil nama aku. Aku menoleh ke arah jalan. Putera Danial sudah melambai dari dalam kereta dia yang tak berbumbung.
Aku mendapat satu idea nakal. Tadi mengutuk aku sangat, kan? Sekarang aku nak kasi terbeliak biji mata kau tengok aku naik kereta Putera Danial pula. Tanpa teragak-agak, aku terus melangkah ke arah kereta Putera Danial. Pintu kereta aku buka dan dengan selamba, aku duduk di sebelah dia.
“Kampus?” dia bertanya. Aku menggeleng.
“MRT Ruby. Saya naik train je.” Aku memandang ke belakang. Jasmine masih lagi terpaku di tempat tadi. Walaupun dia dah sarungkan balik cermin mata hitam dia, aku yakin dia memandang aku tak berkelip. Kereta mula bergerak perlahan dan keluar dari jalan ini untuk ke jalan besar.
“Gilalah buah hati awak tu! Macam mana dia boleh tahu saya duduk dekat-dekat sini? Mesti dia pasang spy juga macam awak!”
Putera Danial yang sedang memandu menjeling aku sekilas. “Buah hati kami, selain bonda, kamu seorang je...”
Aku mencebik. Iyelah tu. Mulut manis sangat! Sebab tu Jasmine tak nak lepaskan agaknya! Puas hati melihat Jasmine, aku memandang ke depan. Tangan sesekali membetulkan rambut yang sedikit mengerbang apabila ditiup angin.
“Jangan dia nak buat fitnah pasal saya dekat press sudah. Tak pasal-pasal keluar cerita saya dating dengan awak.”
“Dia tak akan beranilah...” komen Putera Danial. Kereta bergerak laju menuju ke destinasi. Sedar tak sedar, kami tiba di lampu isyarat untuk ke stesyen MRT Ruby.
“Awak! Hantar saya ke MRT Ruby je. Saya naik train...” kata aku bila dia mengambil lorong tengah untuk terus, tidak lorong kanan untuk belok ke stesyen MRT Ruby.
“Apa salahnya kalau kami hantar kamu terus ke kampus? Destinasi kita sehala.”
“Salah besar, awak! Saya yang buat salah besar. Kalau Hairi nampak, habislah saya...” luahku.
Aku dah mula risau bila kereta meninggalkan stesyen MRT Ruby di belakang. Aduh! Silap besar aku ikut dia tadi. Itulah, nak sangat sakitkan hati orang, kan dah dapat balasan dia. Nanti hati aku pula yang sakit kalau Hairi mengamuk nanti.
“Awak, turunkan saya dekat MRT Emerald, ya?”
Nope!”
“Awak, janganlah macam ni... nanti susah saya nanti. Awak tak kesiankan saya ke? Hairi tu sudahlah jenis cemburu. Nanti dia nampak saya naik kereta awak, angin lagi dia. Hari tu dah bergaduh dah. Susah nak pujuk dia, awak...” rayuku.
“Lagipun kan awak, kalau budak-budak lain nampak, tak pasal jadi kontroversi tau! Jatuh imej awak nanti. Kalau saya, lainlah!” kataku cuba menerangkan kesan tindakan dia. Walhal, kalau jadi kontroversi dan sampai ke pengetahuan keluarga aku, aku sendiri yang mati,
Putera Danial tersenyum. Tangan kiri dia yang tadi memegang stereng beralih memegang tangan aku. Aku menolak. “Kalau jadi kontroversi pun bagus juga. Tak perlu kami buat ‘PC’ untuk kenalkan bakal isteri kami,” kata dia selamba.
“Awak ni kan... Ishhh....!” Geram dengan jawapan dia, aku memukul bahu dia dengan fail yang ada di tangan. Nak kena dia ni. Aku rasa sejak kecil tak pernah kena pukul ni, sebab tu dah besar ikut suka hati dia je nak buat apa. Pedulikanlah dia ni putera ke tidak. Geram aku dibuatnya.
“Baiklah... kami tak hantar kamu di MRT Emerald, tapi kami turunkan tak jauh dari pintu pagar universiti. Boleh?”
“Tapi nanti orang nampaklah...”
“Adlina, kamu naik kereta dengan kami ni pun, orang kiri kanan semua nampak tau!” dia menyedarkan aku fakta yang aku terlepas pandang.
Baru aku tersedar kami berhenti di lampu isyarat Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Dua-dua belah kereta memandang ke arah kami dengan penuh minat. Terpandangkan ada di antara mereka melambai ke arah kami, aku sudah tertunduk dan menutup muka dengan fail di tangan. Putera Danial tenang membalas lambaian rakyat dia. Aku sudah tak tahu nak beri reaksi macam mana. Jangan mereka ingat aku ni kekasih Putera Danial sudah.
“Kenapalah awak tak tutup bumbung kereta ni? Awak ni, saja je tau!”
Putera Danial sekadar tersenyum. Tenang dia memandu walaupun trafik agak sesak ketika ini. Aku sesekali bermain dengan rambut. Bila terasa bosan, aku main pula game yang ada dalam telefon. Tengah leka bermain, tiba-tiba telefon aku bergetar dan sebuah notification keluar memberi tahu ada mesej baru. Aku menamatkan permainan. Mesej yang baru tiba aku buka. Siapa ni?
-Awak tak datang semalam, Hani? Jangan cabar saya...-
Mata aku membulat. Jantung sudah mengalunkan irama yang tak tentu hala. Alamak... Adib! Soalan yang dia tanya tu tak adalah aku takut sangat. Tapi ayat terakhir dia tu buat aku serba tak kena. Laju jari aku menari di atas skrin, menerangkan situasi sebenar. Harap dia boleh  consider situasi aku yang tersepit antara test dengan janji dengan dia tu.
-Ok. Minggu depan, tempat dan waktu yang sama. Saya tunggu.-
Aku menarik nafas lega bila Adib tidak cerewet. Selepas membalas ‘Ok’, aku sambung permainan aku yang tergendala tadi.
“Adlina, hujung minggu ni, kamu pergi tengok inter-batch sport competition? Hairi masuk kan?”
Aku mengangkat muka daripada memandang telefon. Telefon aku simpan kembali ke dalam beg.
“Ha’ah. Kenapa?”
“Tak ada apa. Jumpa di sana nanti,” kata Putera Danial dengan senyuman penuh muslihat. Aku meengerutkan dahi. Jumpa dekat sana? Dia pun masuk juga ke? Tiba-tiba teringat yang dia cakap dia nampak aku meredah hujan dengan Hairi baik daripada praktis badminton dekat Komplek Sukan Pertama beberapa minggu lepas. Oh, my God!
“Awak masuk selection tu jugak ke?” nada suara aku meninggi dek kerana terkejut.
Putera Danial sekadar mengangkat bahu. Aku sudah menggeleng perlahan. Tak suka betul bila kena bernafas dalam ruang yang sama dengan dia dan Hairi.

7 comments:

cik ct payung said...

ayoyo adlina....

eifa said...

Masak laa Adlina. Hahaha

Basyirah Abd Rahman said...

Putera Danial saje je. Haha.. Suka dgn usikan bersahaja Tuan Putera. harap Tuan putera masuk competition tu dan menang! Hihi..

Ala.. Adib dh dtg. Ish Adib ni..

Anonymous said...

Hahaha.. senyum debar sensorang part adlina dlm kete open air ngan prince tu.. hehehe.. ske3...
Aiyooo... siyes plak adib tuntut janji.. apa tujuannya.. asal yg baik n positif x menjerat adlina ok... fuhhhhh.. tiap2 kali x sabar tunggu minggu depan... prince makin comel laaa mengusik adlina... oh my....

Anonymous said...

Hari2 skodeng adele n danial.. can't wait.. bila la adele n danial dlm versi cetak yer... hmmm....

siti Aisyah said...

oh,akak! i love it..coz ad prince daniel.. but,i dislike adib..sibuk je nk dgn adlina..biarlah adlina dgn putera daniel..hmm..ap2 pun memang the best..thumbs up!!!

Fiesha Ibrahim said...

Cepat2la update n3 xsabar nk tgk ksudahan mrk