::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

24 February 2014

E-novel: Oh My Prince! 30, 31




Oh My Prince 30
            Kami menikmati makan tengah hari dalam keadaan suasana yang paling senyap. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Aku menghela nafas perlahan. Kalau macam inilah gayanya, baiklah aku makan seorang diri. Makan berteman pun macam tak ada teman je gayanya. Aku mengerling ke arah Putera Danial yang menyuapkan sesudu spageti ke dalam mulut.
            “Kenapa, Adlina?” tegur Putera Danial bila tersedar aku memandang dia lama.

            Aku menggeleng perlahan. Garfu mencucuk bebola daging yang Joe buat tadi dan aku gigit sedikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian, aku capai gelas berisi jus strawberi. Perlahan-lahan aku menyedut air itu menggunakan straw.
            “Kami minta maaf pasal tadi.” Tiba-tiba Putera Danial bersuara.
            Kening aku terangkat sebelah. Gelas diletakkan kembali di atas meja. “Tak apa,” kataku perlahan. Aku menyambung suapan. Bila perut dah terasa penuh, aku meletakkan sudu dan garfu. Masih ada sedikit spageti yang berbaki. Tak larat dah nak menghabiskan semua.
            I didn’t expect it will turn out like this. Rosak semua plan,” dia mengeluh.
Seperti aku, dia meletakkan sudu dan garfunya walaupun masib ada spageti yang berbaki. Dia mencapai gelas dia. Mesti selera dia pun hilang bila Jasmine datang tadi. Inilah kali pertama aku nampak Putera Danial dengan mood macam ni. Kalau tak, mesti air muka dia ceria dan nakal je.
            Aku berdehem. Cuba mengambil perhatian dia. Putera Danial megangkat muka.
            “Awak, arwah nenek saya katakan, tak baik tau makan tak habis. Nanti makanan tu menangis,” kataku selamba. Aku capai balik sudu dengan garfu tadi. “Jadi, apa kata kita habiskan makanan ni, lepas tu kita keluar. Jam pun dah dekat pukul dua dah ni,” kataku lagi.
           Putera Danial mula tersenyum. Kami kembali menyambung suapan yang terhenti. Rasa nak meletup perut aku. Joe ni pun satu. Boleh dia letak sebanyak-banyak spageti dalam pinggan aku ni? Kalau buka restoran pun boleh bankrupt.
            “Lepas ni, kita nak pergi mana?” soal Putera Danial.
            Aku diam. Buat-buat berfikir sedangkan jawapan dia dah lama ada dalam kepala ni. “Kita pergi... hrm... awak hantar saya balik? Saya penatlah! Sudahlah keluar sejak pagi. Teman Hairi main badminton. Lepas tu nak kena teman awak makan pula. Haih...” aku membebel.
            Putera Danial ketawa. “Ingatkan kamu nak ajak kami date.”
            Aku mencebik. Tadi beriya-iya bad mood. Bila bab ni, laju je nak mengenakan aku. “Awak. Saya nak tanya satu soalan boleh tak?”
            Putera Danial terhenti mengunyah. Pandangannya tajam merenung aku.
            “Jangan risau. Saya tak tanya pasal Jasminelah! Kan awak dah ‘no questions asked’ kan saya tadi...”
            “Oh! Ok. Proceed.” Dia memberi kebenaran.
            Aku menarik nafas dalam. Apa yang aku nak tanya ye? Banyak sebenarnya yang aku nak tahu pasal dia ni.
            “Awak... ambil jurusan apa sebenarnya?”
            “Sama dengan kamu.”
            “Oh? BBA?” aku sedikit terkejut. Patutlah selalu sangat terserempak dengan dia!  “Umur awak berapa sebenarnya?”
            “Umur kami pun kamu tak tahu?” Wajah Putera Danial mula berkerut.
            “Saya tahu umur Putera Danish je. Dua puluh lima tahun...” balasku dalam ketawa. Seronok dapat mengusik Putera Danial.
            Putera Danial menarik muka. “Dua puluh dua,” dia memberitahu.
            “Oh... kiranya tahun akhirlah ni?”
            Putera Danial mengangguk. Matanya tak lari daripada memandang muka aku.
            “Kenapa awak masuk universiti tu? Kenapa tak belajar di universiti diraja?”
            Putera Danial tersengih. “Saja...”
            Aku mencebik. Jawapan tak memuaskan hati betul. Sambil mengunyah, aku berfikir apa lagi yang hendak di tanya.
            “Awak kena buang keluarga, ye? Tak duduk istana? Kenapa duduk sini?” tanya aku lagi. Putera Danial tiba-tiba meletakkan sudu dan garfu dia. Alamak! Dia marah ke? Bila melihatkan dia tersenyum, barulah aku rasa tenang sedikit.
            “Tadi kami dengar kamu nak tanya satu soalan je,” dia menegur dengan senyuman.
            “Oh? Dah terlebih ya? Rasa macam baru setengah soalan je saya tanya.”
Aku tayang muka selamba. Dia nak tukar topiklah tu. Tadi elok je jawab empat soalan yang aku tanya. Tiba-tiba soalan kelima baru dia nak sedar aku dah tanya lebih. Ceh! Aku cepat-cepat menghabiskan spageti yang berbaki. Sebaik saja menelan kunyahan yang terakhir, aku mengesat mulut dengan napkin yang disediakan.
            “Ok. Dah siap lunch. Saya nak balik.”
            “Kami tak habis makan lagi, Adlina...” dia menegur lagi.
            Aku memandang pinggan yang ada di depan Putera Danial. Baru perasan dia belum menghabiskan spageti dia. Aku yang kenyang gila tadi, aku yang habis dulu. Akhirnya aku duduk menunggu dia menghabiskan makanannya sambil mengunyah buah-buahan yang tersedia. Setiap kelakuan dia sewaktu makan aku perhatikan. Macam mimpi rasanya bila memikirkan aku sedang duduk di depan putera raja seorang ni.
            Selesai makan tengah hari, aku menunggu Putera Danial bersiap untuk menghantar aku pulang. Sementara menunggu, aku leka berdiri di tepi tingkap memerhatikan pemandangan luar sehinggalah Joe tiba-tiba berdiri di sebelah aku.
            “Kenapa, Joe?”
            “Tak ada apa. Leka sangat Cik Adlina termenung? Tengok apa?”
            “Tak ada apa. Tunggu bos awak lama sangat. Dia memang lama ke bersiap? Kalah saya tau!”
            Joe tersengih. “Kalau Cik Adlina rasa bosan, nak saya tunjukkan sekeliling apartment ni?” tawar Joe. Mata aku sudah membulat. Teruja! Dahlah rumah ni besar gila. Bukan selalu aku masuk rumah orang kaya ni selain daripada rumah keluarga Hairi. Kalau tak silap pandang tadi, dekat bahagian tepi apartment ni ada kolam renang. Pergh!
            “Boleh juga!” balas aku laju. Aku sudah melangkah mendahului Joe. Tapi nak ke mana pun aku tak tahu.
            Belum sempat kami ke mana-mana, Putera Danial sudah muncul di ruang tamu. Dalam pada masa yang sama, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Terasa menderu darah turun daripada muka bila membaca nama yang tertera di skrin. Alamak! Hairi! Aku memberi isyarat sekejap ke arah Joe dan Putera Danial. Kemudian, aku bergerak menjauhi mereka. Panggilan Hairi aku jawab.
            “Helo, sayang?” kataku sebaik saja talian bersambung. Aku menggigit bibir. Bertenang Adele. Nanti suara pelik, lagi Hairi musykil. Aduh! Nervous rasanya berada dalam keadaan macam ni.
            “Hrm... hai sayang. Tengah buat apa?”
            “Err... aku tak ada apa pun. Kau?”
            “Baru bangun tidur ni. Baru nak makan.”
            “Oh... ok... ada apa call?”
            Just checking up on you.
            Aku menarik nafas dalam-dalam. Rasa nak meletup dada bila dia cakap macam tu. Inilah masalah bila menipu. Sorry Hairi, tak ada niat pun. Terpaksa!
“Adele, mama minta sampaikan pesan. Esok dia nak ajak kau keluar. She will fetch you tomorrow around ten.”
All right.”
“Hrm... kau dah makan belum ni?”
“Dah!” Aku dah mula berpeluh. Lamalah pula Hairi nak berbual masa-masa ni.
Adele, you sound weird. Kau tengah buat apa ni?”
Rasa bagaikan dicekik je bila Hairi melontarkan soalan tu. Aku terus ketawa besar. Macam tengah melihat sesuatu yang kelakar. Mata mengerling ke arah Joe dan Putera Danial yang masih memerhatikan aku dengan riak pelik.
“Ah... tak. Aku tengah tengok drama ni.”
“Oh, ye ke. Patutlah aku cakap sepuluh patah , kau jawab sepatah je.”
“Hrm...”
“Leka sangatlah tu. Oklah, nanti call balik. Take care, love...”
“Ok. You too...” kataku sebelum mematikan talian.
Aku menarik nafas lega. Kalau macam ni setiap hari, memang sakit jantung aku dibuatnya. Aku menggaru kepala kasar. Am I cheating on him? Tapi rasanya tidak selagi aku tak ada apa-apa perasaan pada Putera Danial. Lagipun, antara aku dengan Putera Danial sekadar kawan biasa. Argh! Serabut kepala otak aku jadinya.
“Let’s go...” kataku perlahan.
Putera Danial mengangguk. Dia menyuruh aku berjalan terlebih dahulu dan kemudian dia berjalan di sebelah aku.
“Siapa called?” soalnya ingin tahu.
Aku memandang tepat ke dalam mata Putera Danial. Wajah aku serius. Hanya sepatah ayat yang mampu aku ucapkan kepada dia.
“No questions asked.”
Dan Putera Danial hanya tersengih sehinggalah kami keluar dari rumahnya.



Oh My Prince 31
            Hujung minggu berlalu lagi. Terasa sekejap dua hari berlalu bila banyak perkara yang aku buat dua hari lepas. Hari Sabtu je dekat separuh hari aku tak ada dekat rumah. Teman Hairi pada sebelah pagi, tengah hari membawa ke petang ikut Putera Danial. Malam barulah aku berjumpa katil. Satu apa kerja pun aku tak buat.
Hari Ahad, Auntie Mai ajak shopping dekat Marina Mall. Rasa nak patah kaki berjalan dalam bangunan tu. Kalau bercerita dengan Hairi nanti, takut dia fikir aku malas hendak melayan Auntie Mai pula. Baru sebelah malamlah aku dapat berehat dan membelek-belek ‘kerja sekolah’ yang ada. Kenapalah sejak kebelakangan ni aku makin susah nak study sendiri?
            Aku termenung memerhatikan Mr. Sam memberi penerangan di depan. Sesekali aku menunduk dan menutup mulut apabila menguap. Aku mengalih pandangan ke arah Hairi di sebelah. Tekun dia mendengar kuliah yang disampai. Bila aku rasa tak mampu lagi nak menahan rasa mengantuk, aku bangun dengan niat hendak ke bilik air.
            “Pergi mana?” Hairi menoleh bila terasa aku bergerak.
            Washroom.”
            Hairi mengangguk. Aku melangkah ke pintu keluar dewan kuliah dan menuju ke bilik air yang terletak di tengah-tengah bangunan. Selepas membasahkan muka dan meregangkan badan, aku melangkah keluar. Jari menarik keluar getah rambut yang mula longgar dan mengemaskan kembali ikatan dalam perjalanan menuju ke kelas.
            “Hani...”
            Aku terhenti melangkah apabila mendengarkan seseorang memanggil nama aku. Terasa keras kejung badan aku dibuatnya. Aku menelan air liur. Tahu siapa gerangan yang memanggil aku. Hanya keluarga je yang memanggil aku dengan panggilan Hani. Dan, boleh jadi juga mereka yang rapat dengan ahli keluarga aku. Aku memejam mata rapat-rapat. This is it. Masanya dah tiba. Aku memusingkan badan ke belakang. Bertentangan dengan Adib yang berdiri tegak memerhatikan aku. Hanya sekali lalu, kemudian dia memandang ke arah lain.
            “Jadi, ini sebabnya Hani tak setuju untuk terima hasrat saya?”
            “Saya assume Abang Hadi dah beritahu apa yang saya sampaikan.” Aku menghela nafas perlahan. “Awak nampak sendirikan? Hani yang awak kenal dekat kampung tak sama dengan yang awak akan kenal dekat sini.”
“Jadi, dekat sini, Hani dah kenal diri Hani sendiri?”
Soalan Adib ibarat satu beban menghempap diri aku sebab aku sendiri tak tahu yang mana diri aku sebenar. Yang pasti, aku lagi selesa dengan diri aku begini. Aku memandang ke arah lain. Tidak mahu nampak gelabah depan dia.
“Saya ada kelas.” Aku mengorak langkah untuk kembali ke kelas.
“Sekejap!” Adib menahan aku untuk pergi. Tangannya menyeluk saku seluar. Mengeluarkan telefon bimbit dia. Berkerut dahi aku memerhatikan tindakan dia.
“Hei!” aku menolak kasar telefon bimbit yang dia pegang bila tersedar dia cuba mengambil gambar aku. Telefon itu jatuh terhempas ke atas lantai. Aku tergamam bila melihatkan skrinnya retak.
I’m sorry. Tapi awak tak ada hak nak ambil gambar saya sesuka hati!” marahku. Melihatkan Adib membongkok mengambil telefon dia, hati aku disapa rasa bersalah. “Saya akan bayar. Nanti kalau dah betulkan, kita jumpa. Awak bawa resit.”
Adib tersenyum sinis mendengarkan kata-kata aku. Dia menggeleng perlahan tanda menolak. Aduh! Habislah aku kalau dia bagi gambar tu pada Abang Hadi. Tengah malam ni juga aku yakin Abang Hadi akan sampai ke sini. Aku mula menggelabah. Terasa berpeluh bila membayangkan reaksi Abang Hadi nanti.
“Saya akan batalkan hasrat saya. Dan saya juga anggap hutang Hani dengan saya terbayar...” kata Adib tenang.
Aku menggigit bibir. Takkan semudah itu dia hendak batalkan niat dia dan settle tepi je pasal telefon dia yang dah retak tu.
“Dengan satu syarat...”
Aku mengeluh. Dah agak! Mesti ada syarat yang aku kena ikut. Apa? Nak suruh aku bertudung lingkup dekat sini macam aku pakai dekat kampung?
“Apa syarat dia?” aku menyoal bila dia masih tak meletakkan syarat dia.
“Datang ke Masjid Al-Ain setiap Rabu malam Khamis. Maghrib dan Isyak di sana. Lepas Isyak, turun ke bawah masjid, ada bilik kuliah di bawah masjid tu. Bilik nombor A kosong lima. Kalau saya berpuas hati dengan kedatangan Hani, then masalah antara kita selesai.”
Aku diam. Mujurlah! Mujurlah dia tak suruh aku buat pelik-pelik dekat sini. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengangguk setuju. Buatnya dia tukar fikiran, lagilah payah. Yang paling aku takutkan kalau dia bagi gambar tadi pada Abang Hadi.
“Tolong delete gambar saya tadi,” pintaku sebelum kembali melangkah ke kelas. Haraplah dia buat apa yang aku harapkan.
Aku masuk ke dalam kelas sebaik saja selesai urusan dengan Adib. Terpinga-pinga bila melihat seisi kelas diam dan menulis sesuatu di atas kertas. Alamak! Kuiz! Laju aku mendapatkan tempat duduk aku. Hairi menghulurkan sehelai kertas yang sudah bertulis nama aku berserta jawapan.
Oh... you’re my life savior!” kataku. Mata scan jawapan yang ditulis Hairi sekali lalu.
“Kalau bukan aku, siapa lagi?” Hairi mengangkat kening.
Aku hanya tersengih.
Next week ada test.
“Hah? Hari apa? Pukul berapa?” Gelabah tiba-tiba mendengarkan perkataan test keluar daripada mulut Hairi.
“Khamis. Lapan pagi. Masa kelas. Dekat test room. Cover chapter 6-10.
Aku ternganga. Matilah aku! Rasa tak bersedia lagi untuk apa-apa test. Sudahlah sejak naik cuti pertengahan semester hari tu, jadual belajar jadi kelam kabut. Aku menghela nafas berat. Mr. Sam meminta semua kertas jawapan untuk kuiz tadi. Selepas menyerahkan kertas itu, kami terus bangun untuk meninggalkan dewan kuliah.
“Kau punya selection badminton bila?”
“Sabtu next week.”
Aku mengangguk. Kenapa makin lama aku rasa masa untuk diri aku berkurang? Aku menggaru kepala. Sebelum ni mana pergi dengan Hairi juga. Tapi... aku menggeleng perlahan. Sebelum result aku sem ni drop, aku kena cakap no dekat semua ajakan dan tawaran. Tapi kalau Auntie Mai yang ajak ke mana-mana, macam mana aku nak tolak? Aisy!
Lunch?”
            Aku mengangguk.
            “Nak makan apa?”
            Aku mengangkat bahu.
            “Hey... kenapa ni?”
            “Risaulah... aku rasa sejak naik cuti hari tu, aku kurang study. Tiba-tiba je dah nak test. Ni final exam lagi berapa minggu je ni,” keluhku.
            Hairi sekadar tersengih mendengarkan keluhan aku. Tangannya menggosok kepala aku lembut.
            “Jarang nampak kau risau macam ni. Ah... best student setiap sem pun nak risau sangat ke? Kau kan genius!” puji dia.
            Aku mencebik. Geniuslah sangat! “Aku tak genius. Tapi aku cuba je usaha yang termampu...” kataku perlahan.
Tiba-tiba teringat semangat yang berkobar-kobar masa mendaftar di sini dulu. Aku mahu berusaha dapatkan result yang baik, kononnya mengharapkan ayah akan acknowledge aku. Tapi, usaha yang sia-sia saja bila tak ada siapa pun dekat rumah tu yang ambil kisah. Aku mengeluh.
 Sampai di kafeteria, kami duduk di tempat duduk yang paling luar sekali. Baru aku hendak mengikut Hairi untuk memilih makanan, mata aku terpandangkan Adib yang duduk di penjuru kafeteria. Kami berbalas pandangan seketika. Sekali lagi aku mengeluh. Ini pun lagi satu masalah! Sudahlah suruh aku pergi masjid setiap Rabu malam Khamis. Wait! Kalau tak silap, Hairi cakap test Khamis minggu depan? Aduh! Sakit aku minggu depan. Sakit!

8 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Hoho. 2 entry sekali gus. Seronok. Hehe. Sedikit ulasan saya pasal cerita kali ni.
Nampaknya Adlina skrg sedang masuk fasa yg agak sukar, simpulan yg makin ketat. Hmm.. Saya harap juga ajakan dari Adib dapat membantu Adlina berubah sedikit demi sedikit walau Adlina baik sebenarnya. Hehe.. Cuma still.. Tetap mahukan Adlina dgn prince in the end. Harap ade jalan2 yg boleh menemukan mereka..

Ahaha.. next week xde entry dah ke.. acane ni, rindu kat prince nnt. Haha. Well.. Xpe, jgn lama2 sangat smbunyi bawah meja tu. Will always support you.

p/s: terkilan lah x dpt ikut Adlina tgk rumah Mr Prince. Hahah.. Apesal Hairi call. Kacau betul :p

Peminat Prince said...

Xpe Adlina, next time lunch date lagi dgn Prince. Pastikan xde lagi Jamine kacau daun. Haha.

Ala.. Minggu dpn xde ke? Ingatkan 2 entry ni bonus. hehe.. Kalau ade masa update la lagi pls.. Thank you for your time.

Cemana Adele nak uruskan masa dia dkt kampus? Kita yg baca ni pun naik riso. Hee.. Agaknya situasi yg sama kot mcm cik writer kite ni? ;)

eifa said...

Kian rumit situasi Adel..... hoho. 2 entry sekali. Ok laa tu. Lepas ni rindu-rinduan laa.

zarra zuyyin said...

no no no (goyang jari)
ada lah entri minggu depan.
nak tahu sakit ke tak hani/adlina next entri nanti

Anonymous said...

Wahhh.. bercahaya mata tgk ada 2 chapter minggi nih.. bes3...
Xpuas la tgk prince berkata2 romantik mrngusik jiwa ngan adele ms lunch tuh.. aduihhh.. bgla adele berdebar2 sket.. hehehhe
kaco daun btol hairi.. haishhh..
part adib.. yes3! Saat dinanti... tp bengang gaks apa tujuan dia nk snap pix adele.. marah btol rasa...
kite tgk mcmne adele reschedule idup dia ngan stadi ngan syarat adib... n dating2 nyer itew..

Kak writer.. mmg ikut ati mcm x puas je kalu xde ole2 omp tiap isnin. Mcm x lengkap!..
Tp pepun.. kami paham kalu mmg smer otg sibuk... tambah plak nk feeling2 menulis nih...
apapun jgn smunyik bawah meja lama sangat.. nnt isnin kami xdek makna.. heheh

Anonymous said...

Best cter ni..akak ble nk smbng bidadari??

siti Aisyah said...

alaaaaa...akak mane boleh macam tu!! next week kena ad entry baru jugak... ppllleeeeaaasssseee!!!! ap2 pun entry kali ni best coz ad prince daniel..hehehehe..>_<

Anonymous said...

ok.. adele da brbh k arh yg pstf..
tpy sye ttp x stju adele ngn adib..
omg nnty jg suamiku ustaz plk..
hehe..
putera danial love adele..
sweeeeeeeeeeeetnya..