Oh My Prince! 27
Aku bangun awal daripada biasa untuk
mengikut Hairi untuk ke Komplek Sukan Pertama dekat Jalan Kenanga. Dia cakap
nak praktis main badminton dengan kawan-kawan dia. Oleh sebab pasal nak pergi
main badminton pun jadi isu hari tu, jadi bila dia ajak, terus aku bersetuju.
Mujurlah ada dua je assignment nak
kena submit minggu depan.
Pukul lapan pagi kami dah dewan
badminton. Sementara menunggu kawan-kawan dia yang lain datang, kami duduk di
tepi gelanggang. Beg raket dan botol
air diletakkan di atas lantai.Hairi bersiap-siap untuk bermain manakala aku pula
duduk bersandarkan tiang net. Sebuah
novel aku keluarkan daripada beg dan aku memulakan pembacaan. Sesekali aku
menjeling ke arah Hairi yang sedang memakai kasut sukan dan bersedia untuk warming up.
“Lambat pula budak-budak ni,” Hairi
mengeluh. Dia dah berdiri di depan aku sambil berlari setempat.
“Janji pukul berapa?” aku melihat
jam di tangan. Dah lapan suku.
“Lapan.”
Aku dah tak tahu nak cakap apa.Akhinya
novel di tangan aku tutup dan letak ke tepi. Aku bangun daripada duduk. Hairi
memandang aku dengan dahi berkerut.
“Nak main dengan aku sekejap?”
tawarku.
“Bolehlah sekejap. Untuk ‘bunuh’
masa.” Hairi melangkah ke beg dia. Dua batang raket dia keluarkan dan satu
dihulurkan kepada aku.
“Jangan main serius sangat. Aku tak warming up ni.”
“Ye...”
Aku membuka sandal yang aku pakai.
Kalau main dengan sandal ni, tak pasal-pasal balik berkaki ayam kalau dia putus
tengah main. Kami mula bermain berdua. Semput juga rasa nak kejar bulu tangkis.
Daripada nak main, main-main tiba-tiba jadi main dengan serius. Dalam kami leka
bermain, tiba-tiba aku terdengar ada suara yang bersorak untuk kami. Baru aku
perasan kawan-kawan Hairi dah tiba.
“Ok
dah, dah!”
Aku
menyerah kalah bila otot kaki mula terasa kejang. Sebaik saja permainan
berhenti, aku kembali duduk di tempat tadi. Tangan mengurut-urut betis yang
mula nak kejang. Inilah padahnya kalau main tak panaskan badan.
“Okay
tak ni?” Muka Hairi dah risau.
“Okay.
Cuma terasa dah nak kejang. Belum kena lagi.”
“Sorry...” kata Hairi perlahan. Dia
menghulurkan sebotol kecil air 100 Plus yang dia bawa. Aku menyambut dan air
itu aku minum.
“Kawan-kawan
kau dah ready tu. Pergilah main.”
Hairi mengangguk. “Jangan lupa sorak
untuk aku!”
“Hahaha!” aku ketawa besar. “Nak aku
sorak. Kalau kau masuk final nanti
masa selection nanti. Lepas tu, kalau
kau dapat wakil fakulti, aku sorak lagi untuk kau.”
Hairi ketawa. Tidak lama kemudian,
dia kembali ke gelanggang. Aku pula kembali hanyut dengan pembacaan aku. Tak
sedar bila masa permainan mereka tamat. Tahu-tahu mereka dah bising-bising
dekat sebelah aku.
“Adele? Tak nak main lagi dengan
Hairi?” tegur Ihsan.
Aku
hanya membalas soalan dia dengan senyuman dan gelengan.
“Pergilah main. Tadi main sekejap
sangat kitorang dah sampai,” kata Naqib pula. Walhal aku main pun sebab Hairi
dah bising diorang ni datang lambat.
“Takpelah. Tadi main sekejap pun laki
pun dah nak cramp,” tolakku.
Hairi mengangguk bersetuju. Dia
memasukkan raket ke dalam beg dan mencapai botol 100 plus tadi. Melihatkan dia
sudah bersedia untuk balik, aku menyimpan kembali novel di tangan. Kemudian aku
bangun dan menggeliat kerana duduk terlalu lama.
“Hai? Tak main pun penat?” usik
Hairi.
“Penat tengok orang main,” balasku
dengan usikan juga.
“Kau tengok? Kalau macam tu, siapa
yang menang second game tadi?”
“Kau yang menang tadi, kan?” balasku yakin.
“Huh! Nampak sangat tak tengok. Dah sah-sah
Ihsan main dengan Naqib.” Hairi tarik muka.
Aku ketawa lagi. Kantoi
terang-terangan tak tengok diorang main. Ihsan dan Naqib sudah bergerak
terlebih dahulu apabila mereka sudah selesai berkemas. Tinggal aku dengan Hairi
di belakang. Entah apa yang membuatkan kami lambat pun aku tak tahu. Kami
berjalan bersama ke pintu keluar. Sebaik saja pintu terbuka, terkejut aku bila
mendengar bunyi hujan yang sangat lebat.
“Macam mana ni nak balik?” soalku
pada Hairi di sebelah.
Memang
ada susur gajah menghubungkan antara bangunan dalam kompleks ni, tapi untuk ke
tempat parking tak ada bumbung.
Terpaksa redah hujan juga nampak gayanya ni.
Hairi tiba-tiba menghulurkan aku beg yang dia pegang. Kemudian, dia
membuka jaket yang tersarung di badannya. Berkerut dahi aku melihatkan
tindakannya.
“Nak buat apa?”
Hairi mengangkat kening dan
tersenyum. “Jom redah hujan sama-sama?”
Aku tergamam seketika. Kemudian aku
ketawa besar. “Jom? Tapi keluarkan kunci kereta siap-siap. Hujan macam ni,
sekejap je dah lencun ni,” aku mengingatkan.
Hairi mengangguk. Kemudian dia
membuka poket kecil yang ada di begnya untuk mengeluarkan kunci. Kemudian kunci
itu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Kami berjalan sehinggalah di hujung
bangunan yang terdekat dengan tempat meletak kereta.
“Ok. Satu...” Hairi memulakan
pengiraan.
“Dua...” aku menyambung.
“Tiga!” kata kami bersama.
Kami berlari –lari anak menuju ke
kereta. Apabila jarak semakin dekat, Hairi cepat-cepat menekan remote untuk membuka kunci. Aku terlebih
dahulu masuk ke dalam kereta manakala Hairi berlari untuk ke pintu pemandu. Aku
sudah tersenyum sendiri. Bertambah satu lagi kenangan manis dengan Hairi.
Meredah hujan lebat dengan menggunakan jaket. Sweet sangatlah kononnya.
***
Pulang
daripada komplek sukan, Hairi terus menghantar
aku balik. Dia menurunkan aku di tempat menurunkan penumpang yang berbumbung.
Sempat dia melayangkan flying kiss
sebelum dia pergi. Aku pula hanya ketawa menyambut flying kiss dia. Hairi... Hairi... Kalau marah, marah sangat. Bila
bab-bab romantik, romantik pula.
Aku
berjalan ke arah lif dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir. Sebaik
saja pintu lif terbuka, aku melangkah masuk. Butang bernombor dua puluh belas
aku tekan dan baru saja pintu hendak tertutup, aku terdengar ada suara menjerit
suruh menunggu. Cepat-cepat aku menekan butang untuk membuka pintu. Terjegul
wajah Putera Danial di hadapan aku.
“Awak
nak pergi mana?”
“Ikut
kamu?”
“Nonsense! Jangan nak buat gila lagi naik
atas sana!”
Putera
Danial hanya ketawa. Betullah lelaki seorang ni tak ada limit!
Akhirnya
aku menarik tangan dia untuk keluar dari lif. Aku membawa dia ke arah pondok
yang kami duduki semasa dia mengadakan lawatan mengejut ke bilik aku hari tu.
“Awak
nak apa sebenarnya?”
“Kami
nak ajak kamu meredah hujan sama-sama?”
Aku
mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata dia. Kemudian aku ketawa sendiri. Faham
dah dengan apa yang dia maksudkan. Baru perasan dia pun memakai pakaian sukan.
Bukan dekat istana tu lengkap segala-galanya ke? Lagipun, komplek sukan tu untuk
rakyat jelata, kan? Kenapa dia ada dekat sana juga?
“You were there?” soalku meminta
kepastian. Manalah tahu Zul yang laporkan pada dia. Tapi kalau ikut kata Putera
Danial, Zul tu kira macam bodyguard
aku. Bukannya laporkan apa yang aku buat pada dia.
Putera
Danial mengangguk. Betullah seperit jangkaan aku awal-awal tadi.
“Awak
ni, sesuatu betullah!”
Putera
Danial hanya tersengih. “Jom?” ajaknya lagi.
“Pergi
mana? Kalau nak ajak redah hujan sama-sama, baik saya naik atas mandi dan
siapkan assignment,” sindirku.
Putera
Danial masih tersenyum. Tak penat ke otot muka dia asyik tersenyum je macam tu?
Aku merengus geram. Tapi aku tetap setia duduk dengan dia dekat pondok ni.
Kenapalah aku tak boleh biarkan saja dia? Oh, terlupa! Sebab dia ni lelaki yang
tak had. Jadi, kalau aku biarkan dia, mahu dia naik ke atas lagi.
“ I wish for it. Tapi disebabkan kamu tak
sudi, apa kata kita keluar minum? Lama kami tak keluar dengan kamu.”
“Atas
sebab sapa saya nak kena keluar dengan awak?”
“Well, tak menjadi satu kesalahan bukan,
kalau dua orang kawan keluar minum bersama?”
“Satu
kesalahan sebab saya dah ada teman lelaki.”
“Nope! Unless you are cheating behind him. Kamu
tak menipu dia kan? We are friends,
aren’t we?”
Aku
kehilangan kata-kata. Tajam mata memandang Putera Danial yang bersantai
memerhatikan hujan yang sudah renyai menimpa lantai pondok. Aku menggigit
bibir. Pandai lelaki ni menjerat aku. Kalau aku rasa bersalah pada Hairi bila
keluar dengan dia, seolah-olah aku dengan dia memang dating dalam diam pula.
Aku
menguak rambut ke belakang. Pening kepala hendak melayan kerenah tuan putera
yang tak pernah kena reject macam dia
ni. Tersepit aku jadinya. Kawan konon! Patutnya aku reject je salam persahabatan dia tu. Tapi nanti, ada saja cara dia
nak mengenakan aku. Aku mengeluh.
“Fine. Saya naik atas sekejap. Salin
baju.”
“No need. Pakai je baju tu. Ok je. Kamu
tunggu sini, kami ambil kereta sekejap.”
Berdesup
laju Putera Danial meninggalkan aku. Bulat mata aku melihat dia yang dah hilang
daripada pandangan. Amboi! Teruja sangat nampak bila aku setuju nak keluar
sama? Aku membetulkan letak beg tangan di bahu. Perlahan-lahan aku mengorak
langkah keluar menuju ke tempat meletak kenderaan.
xxx
Next entry? Eheh, Isnin minggu depan kay? Hihi. ^_^
Thanks semua. (^^,)v
8 comments:
best sgt..cept2 update next entry.x saba nk tau ape jdi..
Best.
akak!!! entry ni bestnye... ad putera daniel..wohoo!!! i really really hope adele with prince daniel..akak cpatla nk entry strusnya..ppllleeeaaasssee!!
Klo adele ngn prince cian kat hairi.. :(
Khusyuk sgt baca sampai x puas hati sbb dh habis.. Huhu. Mesti tuan putera makan hati sbb ayat dia mcm sedih je.. Ajak redah hujan sama2.. haha.. Adele mesti kene ade something yg buatkn dia akan suka tuan putera balik, like Tuan Putera terpaksa pergi jauh ke atau.a ada arrange marriage.. something yg buat Adele rasa perasaan sayang``
arap sngt adele dgn prince daniel..ska dpa brdua lgi sweet..
Hahahah.. klaka la prince ni.. nk gak dia buat ulangtayang mcm pe yg adele n hairi. Nmpk sgt dia tilik wajah kegembiraan adele yg excited cipta sejarah manis redah hujan ngan hairi. Prince pu nk sama la itewww....
memang sah!aku dah jatuh cinta e-novel OMP tak sabar menunggu cerita selanjutnya bila....????
Post a Comment