::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

03 February 2014

E-novel: Oh, My Prince! 27



Oh My Prince! 27
            Aku bangun awal daripada biasa untuk mengikut Hairi untuk ke Komplek Sukan Pertama dekat Jalan Kenanga. Dia cakap nak praktis main badminton dengan kawan-kawan dia. Oleh sebab pasal nak pergi main badminton pun jadi isu hari tu, jadi bila dia ajak, terus aku bersetuju. Mujurlah ada dua je assignment nak kena submit minggu depan.

            Pukul lapan pagi kami dah dewan badminton. Sementara menunggu kawan-kawan dia yang lain datang, kami duduk di tepi gelanggang. Beg raket dan botol air diletakkan di atas lantai.Hairi bersiap-siap untuk bermain manakala aku pula duduk bersandarkan tiang net. Sebuah novel aku keluarkan daripada beg dan aku memulakan pembacaan. Sesekali aku menjeling ke arah Hairi yang sedang memakai kasut sukan dan bersedia untuk warming up.
            “Lambat pula budak-budak ni,” Hairi mengeluh. Dia dah berdiri di depan aku sambil berlari setempat.
            “Janji pukul berapa?” aku melihat jam di tangan. Dah lapan suku.
            “Lapan.”
            Aku dah tak tahu nak cakap apa.Akhinya novel di tangan aku tutup dan letak ke tepi. Aku bangun daripada duduk. Hairi memandang aku dengan dahi berkerut.
            “Nak main dengan aku sekejap?” tawarku.
            “Bolehlah sekejap. Untuk ‘bunuh’ masa.” Hairi melangkah ke beg dia. Dua batang raket dia keluarkan dan satu dihulurkan kepada aku.
            “Jangan main serius sangat. Aku tak warming up ni.”
            “Ye...”
            Aku membuka sandal yang aku pakai. Kalau main dengan sandal ni, tak pasal-pasal balik berkaki ayam kalau dia putus tengah main. Kami mula bermain berdua. Semput juga rasa nak kejar bulu tangkis. Daripada nak main, main-main tiba-tiba jadi main dengan serius. Dalam kami leka bermain, tiba-tiba aku terdengar ada suara yang bersorak untuk kami. Baru aku perasan kawan-kawan Hairi dah tiba.
“Ok dah, dah!”
Aku menyerah kalah bila otot kaki mula terasa kejang. Sebaik saja permainan berhenti, aku kembali duduk di tempat tadi. Tangan mengurut-urut betis yang mula nak kejang. Inilah padahnya kalau main tak panaskan badan.
“Okay tak ni?” Muka Hairi dah risau.
“Okay. Cuma terasa dah nak kejang. Belum kena lagi.”
Sorry...” kata Hairi perlahan. Dia menghulurkan sebotol kecil air 100 Plus yang dia bawa. Aku menyambut dan air itu aku minum.
“Kawan-kawan kau dah ready tu. Pergilah main.”
            Hairi mengangguk. “Jangan lupa sorak untuk aku!”
            “Hahaha!” aku ketawa besar. “Nak aku sorak. Kalau kau masuk final nanti masa selection nanti. Lepas tu, kalau kau dapat wakil fakulti, aku sorak lagi untuk kau.”
            Hairi ketawa. Tidak lama kemudian, dia kembali ke gelanggang. Aku pula kembali hanyut dengan pembacaan aku. Tak sedar bila masa permainan mereka tamat. Tahu-tahu mereka dah bising-bising dekat sebelah aku.
            “Adele? Tak nak main lagi dengan Hairi?” tegur Ihsan.
Aku hanya membalas soalan dia dengan senyuman dan gelengan.
            “Pergilah main. Tadi main sekejap sangat kitorang dah sampai,” kata Naqib pula. Walhal aku main pun sebab Hairi dah bising diorang ni datang lambat.
            “Takpelah. Tadi main sekejap pun laki pun dah nak cramp,” tolakku.
            Hairi mengangguk bersetuju. Dia memasukkan raket ke dalam beg dan mencapai botol 100 plus tadi. Melihatkan dia sudah bersedia untuk balik, aku menyimpan kembali novel di tangan. Kemudian aku bangun dan menggeliat kerana duduk terlalu lama.
            “Hai? Tak main pun penat?” usik Hairi.
            “Penat tengok orang main,” balasku dengan usikan juga.
            “Kau tengok? Kalau macam tu, siapa yang menang second game tadi?”
 “Kau yang menang tadi, kan?” balasku yakin.
            “Huh! Nampak sangat tak tengok. Dah sah-sah Ihsan main dengan Naqib.” Hairi tarik muka.
            Aku ketawa lagi. Kantoi terang-terangan tak tengok diorang main. Ihsan dan Naqib sudah bergerak terlebih dahulu apabila mereka sudah selesai berkemas. Tinggal aku dengan Hairi di belakang. Entah apa yang membuatkan kami lambat pun aku tak tahu. Kami berjalan bersama ke pintu keluar. Sebaik saja pintu terbuka, terkejut aku bila mendengar bunyi hujan yang sangat lebat.
            “Macam mana ni nak balik?” soalku pada Hairi di sebelah.
Memang ada susur gajah menghubungkan antara bangunan dalam kompleks ni, tapi untuk ke tempat parking tak ada bumbung. Terpaksa redah hujan juga nampak gayanya ni.  Hairi tiba-tiba menghulurkan aku beg yang dia pegang. Kemudian, dia membuka jaket yang tersarung di badannya. Berkerut dahi aku melihatkan tindakannya.
            “Nak buat apa?”
            Hairi mengangkat kening dan tersenyum. “Jom redah hujan sama-sama?”
            Aku tergamam seketika. Kemudian aku ketawa besar. “Jom? Tapi keluarkan kunci kereta siap-siap. Hujan macam ni, sekejap je dah lencun ni,” aku mengingatkan.
            Hairi mengangguk. Kemudian dia membuka poket kecil yang ada di begnya untuk mengeluarkan kunci. Kemudian kunci itu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Kami berjalan sehinggalah di hujung bangunan yang terdekat dengan tempat meletak kereta.
            “Ok. Satu...” Hairi memulakan pengiraan.
            “Dua...” aku menyambung.
            “Tiga!” kata kami bersama.
            Kami berlari –lari anak menuju ke kereta. Apabila jarak semakin dekat, Hairi cepat-cepat menekan remote untuk membuka kunci. Aku terlebih dahulu masuk ke dalam kereta manakala Hairi berlari untuk ke pintu pemandu. Aku sudah tersenyum sendiri. Bertambah satu lagi kenangan manis dengan Hairi. Meredah hujan lebat dengan menggunakan jaket. Sweet sangatlah kononnya.
            ***
Pulang daripada komplek sukan, Hairi terus menghantar aku balik. Dia menurunkan aku di tempat menurunkan penumpang yang berbumbung. Sempat dia melayangkan flying kiss sebelum dia pergi. Aku pula hanya ketawa menyambut flying kiss dia. Hairi... Hairi... Kalau marah, marah sangat. Bila bab-bab romantik, romantik pula.
Aku berjalan ke arah lif dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir. Sebaik saja pintu lif terbuka, aku melangkah masuk. Butang bernombor dua puluh belas aku tekan dan baru saja pintu hendak tertutup, aku terdengar ada suara menjerit suruh menunggu. Cepat-cepat aku menekan butang untuk membuka pintu. Terjegul wajah Putera Danial di hadapan aku.
“Awak nak pergi mana?”
“Ikut kamu?”
Nonsense! Jangan nak buat gila lagi naik atas sana!”
Putera Danial hanya ketawa. Betullah lelaki seorang ni tak ada limit!
Akhirnya aku menarik tangan dia untuk keluar dari lif. Aku membawa dia ke arah pondok yang kami duduki semasa dia mengadakan lawatan mengejut ke bilik aku hari tu.
“Awak nak apa sebenarnya?”
“Kami nak ajak kamu meredah hujan sama-sama?”
Aku mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata dia. Kemudian aku ketawa sendiri. Faham dah dengan apa yang dia maksudkan. Baru perasan dia pun memakai pakaian sukan. Bukan dekat istana tu lengkap segala-galanya ke? Lagipun, komplek sukan tu untuk rakyat jelata, kan? Kenapa dia ada dekat sana juga?
You were there?” soalku meminta kepastian. Manalah tahu Zul yang laporkan pada dia. Tapi kalau ikut kata Putera Danial, Zul tu kira macam bodyguard aku. Bukannya laporkan apa yang aku buat pada dia.
Putera Danial mengangguk. Betullah seperit jangkaan aku awal-awal tadi.
“Awak ni, sesuatu betullah!”
Putera Danial hanya tersengih. “Jom?” ajaknya lagi.
“Pergi mana? Kalau nak ajak redah hujan sama-sama, baik saya naik atas mandi dan siapkan assignment,” sindirku.
Putera Danial masih tersenyum. Tak penat ke otot muka dia asyik tersenyum je macam tu? Aku merengus geram. Tapi aku tetap setia duduk dengan dia dekat pondok ni. Kenapalah aku tak boleh biarkan saja dia? Oh, terlupa! Sebab dia ni lelaki yang tak had. Jadi, kalau aku biarkan dia, mahu dia naik ke atas lagi.
I wish for it. Tapi disebabkan kamu tak sudi, apa kata kita keluar minum? Lama kami tak keluar dengan kamu.”
“Atas sebab sapa saya nak kena keluar dengan awak?”
Well, tak menjadi satu kesalahan bukan, kalau dua orang kawan keluar minum bersama?”
“Satu kesalahan sebab saya dah ada teman lelaki.”
Nope! Unless you are cheating behind him. Kamu tak menipu dia kan? We are friends, aren’t we?
Aku kehilangan kata-kata. Tajam mata memandang Putera Danial yang bersantai memerhatikan hujan yang sudah renyai menimpa lantai pondok. Aku menggigit bibir. Pandai lelaki ni menjerat aku. Kalau aku rasa bersalah pada Hairi bila keluar dengan dia, seolah-olah aku dengan dia memang dating dalam diam pula.
Aku menguak rambut ke belakang. Pening kepala hendak melayan kerenah tuan putera yang tak pernah kena reject macam dia ni. Tersepit aku jadinya. Kawan konon! Patutnya aku reject je salam persahabatan dia tu. Tapi nanti, ada saja cara dia nak mengenakan aku. Aku mengeluh.
Fine. Saya naik atas sekejap. Salin baju.”
No need. Pakai je baju tu. Ok je. Kamu tunggu sini, kami ambil kereta sekejap.”
Berdesup laju Putera Danial meninggalkan aku. Bulat mata aku melihat dia yang dah hilang daripada pandangan. Amboi! Teruja sangat nampak bila aku setuju nak keluar sama? Aku membetulkan letak beg tangan di bahu. Perlahan-lahan aku mengorak langkah keluar menuju ke tempat meletak kenderaan.
xxx
Next entry? Eheh, Isnin minggu depan kay? Hihi. ^_^
Thanks semua. (^^,)v

8 comments:

Unknown said...

best sgt..cept2 update next entry.x saba nk tau ape jdi..

Unknown said...

Best.

manga lover said...

akak!!! entry ni bestnye... ad putera daniel..wohoo!!! i really really hope adele with prince daniel..akak cpatla nk entry strusnya..ppllleeeaaasssee!!

iwana aisar said...

Klo adele ngn prince cian kat hairi.. :(

Basyirah Abd Rahman said...

Khusyuk sgt baca sampai x puas hati sbb dh habis.. Huhu. Mesti tuan putera makan hati sbb ayat dia mcm sedih je.. Ajak redah hujan sama2.. haha.. Adele mesti kene ade something yg buatkn dia akan suka tuan putera balik, like Tuan Putera terpaksa pergi jauh ke atau.a ada arrange marriage.. something yg buat Adele rasa perasaan sayang``

Anonymous said...

arap sngt adele dgn prince daniel..ska dpa brdua lgi sweet..

Anonymous said...

Hahahah.. klaka la prince ni.. nk gak dia buat ulangtayang mcm pe yg adele n hairi. Nmpk sgt dia tilik wajah kegembiraan adele yg excited cipta sejarah manis redah hujan ngan hairi. Prince pu nk sama la itewww....

Anonymous said...

memang sah!aku dah jatuh cinta e-novel OMP tak sabar menunggu cerita selanjutnya bila....????